nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, October 12, 2012

::ANDAI AKU TIADA::

Assalamualaikum.....


Jumpa lagi dalam ruangan yang membolehkan aku taipkan rasa hati aku. cewwwwaaaahhhhhhh.....Dan buat sesapa jua yang masih lagi sudi membaca, tima kasih banyak-banyak. Semoga ada jugak entri aku yang bermanfaat untuk kalian, InsyaAllah.





Alhamdulillah,

Kita masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hari-hari sementara yang masih ada. Esok, masih belum tentu buat kita.Begitu juga dengan hari-hari yang mendatang.



Dalam kehidupan kita, kadang-kadang kita lalai dalam bersyukur. Lalai dengan apa yang ada di sekeliling kita sehingga lupa untuk sebut Alhamdulillah. Adakala, kita terlupa ada kawan yang baik untuk kita, ada yang sering membantu kita dengan ikhlas. Tapi kita mengabaikan pertolongannya. Kufur nikmat.



Walau apa pun yang terjadi, jangan pernah berhenti untuk jadi ikhlas. Orang mungkin tak sedar kehadiran kita, tapi mungkin mereka sedar andai kita sudah tiada. Hilang sangat-sangat benda yang paling berharga. Memang lumrahnya macamtu. Jadi, jangan tersinggung. Teruskan menjadi diri sendiri dengan masa yang masih bersisa. Entah, esok atau lusa, mungkin ketiadaan kita akan mendatangkan kerinduan.



Dalam hidup ini, kita perlu berkorban. Tak ada yang dapat kebahagiaan tanpa pengorbanan. Walaupun kita sedih sebab tak dapat sesuatu, tapi percayalah dengan aturan ALLAH SWT.Dia adalah perancang terbaik untuk kita, sedangkan mata kita tak semestinya dapat melihat jauh terus ke hadapan.


Aku terbaca posting sorang sahabat yang menyedarkan aku, kalau dah rezeki takkan ke mana. Segalanya sudah tertulis. Sesungguhnya kalau sesuatu tu memang ditakdirkan untuk kita, jauh manapun ia, akan datang jua menjadi milik kita.

Jangan takut melepaskan sesuatu yang belum tentu menjadi milik kita.



Andai aku tiada, 
Teruskan hadiahkan doamu padaku
Teruskan ingatan kamu pada aku
Teruskan merindui masa kita bersama


Andai aku tiada,
Lupakanlah segala kesilapanku
Halalkan perbuatanku
Teruskan perjuangan sahabat sebagai pendakwah
Kuatkan hati kalian menempuh dunia

Mungkin suatu hari nanti, 
aku sudah tidak boleh menemani kalian,
tapi aku hadir dalam minda sahabat yang mengingatiku.

Semoga istiqamah;)


p/s : Aku redha andai tidak mendapat cinta dunia, jangan sampai aku lalai dari mencintai akhirat.


Thursday, October 11, 2012

::GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK::

Assalamualaikum.....


Back to position.

Aku pelik la, kenapa bila hidup dalam dunia ni, kadang-kadang kita dah hilang rasa timbang rasa kat orang lain. Padahal, bukan dalam dunia ni ada kita sorang, semua kita nampak baik saja, sedangkan kita asyik nampak kesalahan orang lain.



Semua orang ada ego. Tapi kita bijak kalau kita boleh kawal diri kita, ego kita. Orang yang selalu belagak dengan egonya, adalah sorang yang sedang memperbodohkan diri sendiri depan orang lain. Dia mungkin tengah gelakkan seseorang tu, tapi dalam tanpa sedarnya, beratus lagi di belakang sedang gelak besaq tengok kebodohan dia.





Ada kawan aku suatu masa dahulu, walaupun dia tak laaaaa tinggi mana. Tapi ego dia...Nauzubillah, setiap apa yang dicakap, menunjukkan ketidakmatangan dia. Aku gelak ja la dalam hati (jaga hati kawan). Agak-agak la kalau nak belagak pun jangan sampai tak kena tempat. Kesian sangat, seolah-olah memperbodohkan diri sendiri.



Bagi aku, hang kaya ka, ada pangkat ka, ada harta belambak pun kalau AKHLAK tu tak berapa nak ada.... Kesian sangat.................. Bukan susah nak jadi baik dengan orang, cuma kadangkala bila rasa senang sikit, dah lupa daratan pada kawan-kawan yang tengah susah. Apa la nasib kan.





p/s : Mati nanti, takda maknanya yang kaya ke syurga, yang miskin ke neraka. Yang penting, iman dan amal.

Wednesday, October 10, 2012

::AHMAD ADAM SYUKRI::

Assalamualaikum peeps.


Alhamdulillah, cuaca yang paneh terik kat Penang, tak hujan lagi buat masa la. Masih mencari mood jjugak nak update kat sini setelah sekian lama tak penaik apa-apa entry baru.heeeeeeee. Pagi tadi aku tengok MHI. Ada sorang baby ni nama Adam, kesian tengok. Aku pun tak beli berita harian untuk baca lebih tentang adam ni. Tapi sempat tengok kat tv ja tadi.


Pada sesapa yang masih blur-blur siapakah Adam Syukri ni, ni aku sharekan info yang aku dapat.





AHMAD ADAM SYUKRI

  • dilahirkan secara vacuum pada 04/03/2012 dan sewaktu kelahirannya, Adam keluar dalam keadaan flat dan kurang oksigen.
  • Scan MRI pada 9/3/2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk.
  • menghidap penyakit  BRAIN DAMAGE SEVERE Hie (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak.








Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin Oksigen untuk terus hidup.
Adam juga perlu bergantung pada mesin Suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.

Doktor Pakar Otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal amat tipis. Doktor Pakar mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai Kematian Saraf Otak.




Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan dari segi kewangan, boleh salurkan ke:

NORAISAH BINTI MOHAMAD MALENA 
CIMB ACC: 02040007292201

p/s : Sama-samalah kita berdoa dan menyumbang untuk adik Adam.

Monday, October 8, 2012

::AKU TELAH JATUH::

Assalamualaikum peeps...


Tadi pagi aku dengaq satu lagu ni, dengaq saja, teruih masuk dalam jiwa. Aku takdan dengaq radio mana pun yang pasang lagu ni, aku ni kalau dengaq lagu, aku fokus kat lirik dulu. Aku siap lari pi ambik henfon sebab nak taip lirik dia. Memang ni lah perangai aku kalau dengaq lirik yang meaningful.



Pastu, aku taip lirik dia kat google. Tanya pokcik google la senang. baru aku tau, lagu baru bunkface rupanya.Kat bawah ni antara lirik dia..awat syahdu sangat lagu dia pun taktau. Tengok lirik pun rasa surammmmmmmmmm ja.huuuuuuu.



LIRIK JATUH

Aku percaya
sedikit waktu
kan terbuka
hati yang kau bawa

sambut tanganku
biarku bawa
kau ke tempat yang
tiada orang tahu

ku kan menunggu bayangmu
berikan jawapanmu

ku pergi sendiri dan takkan kembali
maafkan segala perbuatanku kepadamu
ku pergi sendiri dan takkan kembali
teman aku buat kali terakhir
aku akan jatuh

dunia hitam
keliling malam
kesejukan
menunggu panggilan

ku kan menunggu bayangmu
berikan jawapanmu

ku pergi sendiri dan takkan kembali
maafkan segala perbuatanku kepadamu
ku pergi sendiri dan takkan kembali
teman aku buat kali terakhir
aku jatuh

selagi kau berjaya
jangan kau lupa
segala yang telah kita lalu bersama
jeritan ke angkasa
selamatkan dia
selamatkan kita semua


ku pergi sendiri dan takkan kembali
maafkan segala perbuatanku kepadamu
ku pergi sendiri dan takkan kembali
teman aku buat kali terakhir
aku telah jatuh.




Thursday, October 4, 2012

::KULIAH OH KULIAH::

Assalamualaikum peeps.



Pagi ni aku agak sibuk dengan segala fail keja aku yang kena update memandangkan akan diaudit lagi minggu depan. Memang suffering sket pada waktu dan ketika ini.Tapi chaiyok2 , aku boleh settlekan.kiki kikikikiki.(sedapkan hati sendiri).


Bila aku teringat balik zaman aku pi kuliah dulu, uiiiiiiiiiiiiiii.bukan nak kata la.Malaih pun ada. Masuk sat, dengaq lecturer cakap sepatah dua kata, balik.perghhhhhhhh. Masa kuliah memang aku suka dok belakang, agak-agak boring, tidoq.hihihihi


Kadang-kadang bila dalam sehari tu ada banyak kuliah, sampai aku pun jadi blur. Apa yang aku tengok semua jadi macam kat bawah ni.





Adeh, time banyak assignment, mata aku pun selalu ja ngantuk awai, kira nak lena keja aku. Pastu pulun. Bangun tengah malam buat assignment, mata jadi panda. Hadap buku lama-lama. Last-last buku pulak hadap aku.hukkkkkk. Aku ni memang suka buat assignment last minit, macam orang gila nak siapkan bila dok kejaq masa.


Tapi, apa-apa pun zaman belajaq la zaman paling syok. Kalau ada rezeki aku lepas ni, insyaallah aku continue study lagi. jemu, memang jemu, tapi bila kenang balik, macam-macam ada, syok, panik, gabra bila nak exam.haha. macam-macam hal.


Paling banyak masa aku sacrifies buat assignment, sedangkan aku memang suka tidoq.huhuhu.To all bloggers yang sedang belajaq tu, selamat menghadapi buku sampai lena.hihihihi...


p/s : tak penah aku baca buku sampai abih, mesti paling lama pun setengah jam saja, pastu buku pulak hadap aku.

Wednesday, October 3, 2012

::KALAU TAK DAPAT JADI PENSIL,JADILAH PEMADAM::

Assalamualaikum to all bloggers.


Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk aku update entry pagi ni. Kebelakangan ni, time nak update agak berkurangan sebab sibuk buat keja lain. Jadi agak terabai la jugak blog aku beberapa ketika ni. Pagi ni aku on fb aku sebab dah lama rasa tak jenguk, walaupun semalam ja baru aku tengok.hahahaha



Bila on FB, aku memang suka view status post kawan-kawan.Aku tertarik satu posting ni. 


PENSIL DAN PEMADAM.





Aku renung pensil yang ada depan aku ni. Memang bahagian hujung pensil aku ni ada pemadam. Sebab aku suka pensil jenis ni, bila salah tulis, boleh guna pemadam getah yang hujung tu. Tak payah nak cari lain dalam  pencil box. Tetiba aku teringat, kenapa mesti ada pemadam?



Mungkin ni sebabnya. Kalau diadaptasikan dalam kehidupan aku, kalaupun aku tak boleh jadi pensil untuk tulis kebahagian orang, biaqla aku jadi pemadam untuk padamkan kesedihan orang. Kita taktau sapa yang kita akan jumpa dalam hidup kita. Kita pun tak tau apa perjalanan yang ada untuk kita tempuh.



Kadang kala, kita jumpa orang baik, tapi sekali saja, tapi yang banyaknya, kita jumpa orang yang rude manners. Hat ni yang paling banyak. Sampai jadi bengong sebab dok pikiaq apa salah kita. Takpala, whatever pun, apa yang jadi semua bersebab. Sebabnya, Allah nak kita brdiri jadi lebih kuat dari sebelum ni.



Kadang, kadang aku rasa penat.Penat bila aku selalu jumpa orang yang suka menyakitkan hati. Tapi semua orang sama. Aku selalu ingatkan diri aku, sebelum kita kata kat orang, kena cermin diri sendiri dulu. Sebelum kita buat jahat dengan orang, renung-renungkan..... Adakah rugi kalau kita jadi baik pada orang. Kalau buat jahat orang tak suka, kenapa mesti buat jahat lagi?





p/s : Sabar. jadi lah macam pohon berbuah, dibaling batu, dibalas buah.Orang yang macam ni, susah nak jumpa.;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails