nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, May 24, 2013

::WHY ARE YOU NOT GROWING??::

Assalamualaikum..fuhhhhhhhhhh.berabuk blog ni..kihkih


Dek lama tak update kat sini, dengan alasan standard "tadak idea".wargh kahkah. Lately aku agak kesibukan sket menghandle keja-keja kat opis.Takda la sibuk sangat, lebih kepada menyibuk ja.hihihihi



Berbalik kepada tajuk entry yang agak british hari ni. Realiti dalam Malaysia. Aku tak mau cakap bab dunia lagi sebab aku bercakap tentang negara aku, dan negara kita. Sapa-sapa pun akan mengakui hakikat ini. Yang akan menafikannya hanyalah menteri mentera saja.kuikui.



facebook :janji dicapati

Aku pun mengakui hakikat ni.Ramai orang kata, bukan rezeki lagi nak buat macam mana. Ya! Itu memang benar. Rezeki semua Allah telah tetapkan. Tapi agak berlaku sedikit kekecewaan dalam hati bila mana, semuaaaaaaaaaaaa nya membesar dengan jayanya kecuali SALARY. Heyyyy you, why so short? Is it mean that we are not put enough effort to gain more??? Ha...keluau dah ayat british aku.. Pada aku, masih berlaku di kalangan siswazah yang ada degree, master tapi nasib masih tak menyebelahi. Macam tak laku. 



Ramai orang menyalahkan graduan sendiri, kononnya, belajaq maleh, tadak usaha, tak yakin diri, tak perform well in communication, tak lawa. Macam- macam lah. Takkan sebab tak pandai cakap then we just throw away this candidate. Sejauh mana kita menyedari hakikat ini. Aku melihat situasi sekarang memang amat menekan.Walau pun aku ada background education yang boleh tahan jugak, haha tapi bila ada yang mengadu dengan aku tentang SALARY, yaaaaa. aku amat bersyukur, sebab ramai lagi yang lagi susah dari aku. Tapi depa yang hanya tau kritik, tapi tak tolong apa-apa sebenaqnya depa taktau apa yang depa sebenaqnya lagi teruk. Menjatuhkan semangat orang.Errrr, boleh ka dikategorikan sebagai kera sumbangan? wakakakakaka.



Kesian sangat. Kadang-kadang bila tengok situasi menekan macam ni, aku taktau macam mana nak start pujuk diri sendiri. Bersyukur tu bersyukur la dengan apa yang ada. Apa yang Allah bagi. Tapi setiap apa yang menyebabkan penindasan dari manusia yang menyebabkan manusia lain susah. Aku gerammm amat! Ya, sangat! Suara disekat, sapa bersuara, bersiap siaga lah anda. Walaupun blog cikai aku ni pun ada terselit bab politik, tu pun ada jugak yang stalker sebab posting politik. kihkih. Sampai tara tu....aku tau la.... haha. Tu baru secebis dua saja. Aku pun bukan update benda menipu, memang serius fakta. Nak takut apa.


Dengaq kata, cuepacs pun sedang bekerjasama dengan Utusan untuk boikot Air Asia? Adakah ini benar? Tapi sebelum nak boikot-boikot ni baik tolong tengok sama nasib pekerja-pekerja dalam Malaysia ni. Bukan apa, kesian depa. Ada kesatuan sekerja pun, macam tak terpuliharaaaaaa ja nasib pekerja-pekerja bawahan. Berpuluh ribu kot pekerja kontrak yang memohon dibela nasib mereka. Kot-kot la ada adik beradik presiden cuepacs mai baca statement aku ni, mohon tolong sampaikan kat beliau ye! Kalau nak harapkan presiden mai baca sendiri, memang tak la kan? kah kah.



Kami memang tak boleh masuk TV3 nak mengadu, sebab kalau mengadu, nanti memang dicop Pembangkang. Tapi that is reality. Who else that can help us..Who else wanna hear us? Nobody, nobody. Nobody, NO BALDI.


p/s : Ni cadang ke soalan?kehkeh.




Tuesday, May 14, 2013

::DEMOCRAZY PUNCA DEMOKRASI MATI::

Assalamualaikum.

Dear peeps. rindu ka nak tengok aku update, haha.mesti tak kan.Kahkah. Kalau tak rindu tadakla inbox aku suruh update blog an?an?.haha



Democrazy yang menyebabkan kebangkitan rakyat. Jarang pulak aku update pasai PRU13 ni, sebab aku tak sempat buka blog, tapi aku nak share kan tempat-tempat BLACKOUT yang tak blackout pun.hahahaha. Penat tau bawak lighter.kihkih. Seronok sebenaqnya bila cakap pasai politik. Biaq pun dah  separa settle tapi masih banyak lagi kekreativitian dalam politik yang menarik minat aku.




Memang aku tak nafikan, walaupun aku tak ambik jurusan sains politik, tapi aku kenai dunia politik agak awai. Dalam aku sekolah rendah, aku ambik tau siapa itu Mahathir, siapa itu Abdul Rahman, Anwar dan sebagainya. Walaupun masa tu, rukun negara pun aku tak berapa paham lagi. Masa tu aku tak kenai lagi apadia politik sebenaqnya, tapi masa tu, aku dah kenai siapa UMNO, sebab memandangkan dalam umoq aku setahun dua, rumah aku markas UMNO. kahkah. Tu yang aku kenai sangat tu. Tapi sekenai-kenai aku pada politik, aku yakin benar, darah aku bukan biru. Waktu tu kalau tak salah aku, ada parti cam kepala lembu. apa nama dia taktau.PRM kot.Flashback balik sebab ingat-ingat lupa.


Seronok sebenaqnya memerhatikan pentas politik dalam Malaysia ni. Ada orang bangkang, ada orang setuju, ada orang yang bangang dan tak kurang jugak bangkang dari longkang. Yang mengatakan "aku tak minat politik" "aku malas nak ambik port pasai politik kotoq ni" "aku tak daftar lagi pun mengundi"  tapi last2 tanya semalam parlimen sekian-sekian sapa menang? Hahaha.Bak kata UAI "bodo dok diang!".



Politik-politik jugak, tapi aku masih tak dapat pisahkan sentimen masyarakat Malaysia dari sembang bab lucah, maki pun lucah-lucah belaka. Yang tua apatah lagi. Berat nanang! Sungguh memberi kesan pada yang muda. Anak muda! Janganlah kamu mengikut sifat orang tua itu yang seringkali mengajara kamu ke arah kelucahan. Hentikan. Ini kebangkitan anak muda. Berhujahlah dengan fakta. Jangan anda biarkan kelucahan itu melatih anda menjadi kotor.



Kat bawah ni aku share kan gambaq-gambaq menarik PASCA PRU13. Batman ngan Kato pun antara  yang tak puas hati jugak.hahahhahaha





















P/S : Hehe, kretip2.... 

# Credit to uppercaise.wordpress.com, 
azizulhakim91.blogspot.com, 
btm mari.blogspot.com 
atas gambo-gambo kalian.



Friday, May 10, 2013

MANTAN MB KEDAH

Assalamualaikum...


Salam Jumaat,

Buat semua sahabat. Alhamdulillah berada kita pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Berita yang agak mengejutkan buat kita semua lepas macam-macam isu tak dan propaganda kolot lepas PRU13 ni, dikhabarkan bahawa mantan MB Kedah Ustaz Azizan telah selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya. Allahuakbar. 






Mari doakan semoga ustaz zizan selamat, dan sentiasa sihat ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails