nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label budak-budak. Show all posts
Showing posts with label budak-budak. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

::PAYAH BENAU NAK EXPLAIN:

Assalamualaikum to all readers and bloggers.




Dalam hidup ni memang ada benda yang kadang-kadang payah sangat nak explain. Macam aku.haha. Walaupun kadang-kadang aku tau something tu, tapi bila orang tanya balik, aku payah sangat nak teruih terang. It's hard to explain. Dalam erti kata yang lain aku payah nak story balik.





Balik-balik keja kelmarin, tengah aku baru buka pintu keta nak keluaq, nak masuk rumah, anak sedara aku mai menyambut depan pintu.Anak sedara sulung aku ni darjah 2. Dia ni memang banyak cakap sket. Jenuh nak layan. 


"Cu, cu beli apa-apa dak kat atif?"
"laaaa. dak pun.Atif nak apa" bersalah la pulak rasa
"takda pa aih. Saja tanya."


Aku pi jenguk kura-kura aku dalam kolam dia.




Ni tinggai kenangan ja. Semua kena curi, tinggai sekoq ja ngan aku. Tapi nauzubillah, garang pun nye lah adoi.  La ni adalah sebesaq piring, dan dah berat pun. Okeh, dah agak lari konsep di sini, back to the point. Tengah aku dok tengok kura-kura aku yang cepat nau membesaqnya.Tiba-tiba....



"Cu, kenapa kura-kura cu duduk dalam ayaq?"
"sebab dia suka berendam"
"kenapa kulit dia keras"
"sebab nak lindung badan dia"
"kenapa kulit dia petak-petak"
"sebab tak licin"
"kenapa tak licin?"
"sebab kulit dia petak-petak"
"kenapa kura-kura cu ni garang?"
"taktau, sebab atiff buat dia kut, sebab tu dia pun garang"
"cu, kura-kura cu ni makan dak lagi?"
"atiff, cu pun baru balik ni, buleh dak lalu sket, tak keluaq keta lagi"
"awat cu tak habaq nak keluaq?"
"haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....................."
"dan.bla.bla.bla."



Aku rasa dah setengah jam aku tak jadi nak masuk rumah sebab dok layan soalan budak ni, macam-macam benau dia tanya aku. Takpa la budak-budak, tapi nak jawab soalan budak pun stress jugak. Aku takdan nak bukak kasut kena jawab soalan spontan sampai naik blur.Berpuluh-puluh soalan dalam masa 10 minit sampai taktau nak jawab apa.




Huhuhuhuhu. Aku taktau nak cakap apa dah, rasa nak biul pun ada kena tanya banyak-banyak. hahaha. Dah la jalan jem tadi.hihi. Tapi walau apa pun, aku suka budak-budak. Aku memang suka cari pasai dengan anak sedara aku yang dua orang tu. Sorang darjah 2, sorang lagi baru nak masuk 3 tahun. Aku suka buli yang no dua tu, tapi dia suka ketuk kepala aku dengan remote. Garang sket dia ni, kasaq. Bila dia garang, aku lari teruih, tak berani dah. Satgi dia suka gigit. Uiiiiiiiiiiiii macam phirana.



Dua-dua gila kamera.....errr...termasuk dengan cu dia jugak.hihhihihi



p/s : sunyi jugak kalau takdak depa ni...nak bergaduh takdak orang..muahahaha

Thursday, August 11, 2011

::AKU RASA LAGI SYIOKKK JADI BUDAK-BUDAK::

Hello bloggers....



Assalamualaikum to readers, bloggers, stalkers dan semua saja yang masih lagi sempat luang masa singgah kat sini....Mengupdate lagi pada tengah hari ni, sambil berbaju batik...huhu Khamis dah kan harini, dah 11 hari berpuasa, bagi yang tak tinggai lagi la. Bagi yang dah tinggai tu, hihi...counting sendiri la.







Syiooookkkkkkkkkk sangat jadi budak. Tahyah nak risau tiap-tiap bulan kena bayaq bil yang nu, bil ni, tak payah nak risau harini nak masak apa, nak isi minyak kereta, nak servis tu, servis ni. Huiiiiiiiiii aman dunia, petang-petang pi main guli, main polis sentri, main sorok-sorok, main kejaq-kejaq bak kata orang utara aci ligan, macam-macam.







Tapi kita tak kecik selamanya. Besaq jugak, kalau dulu aku ni kecik ja, la ni kecik jugak tapi renjong ja la...hahahha. huhuhu.Best oooo jadi budak-budak , takyah pikiaq nak gaduh ngan orang. Kalau gaduh pun esok, baik balik. Kalau dah besaq ni, gaduh.alahaiiiiiiiii..memang panjang la masa nak baik pun.





Stressssss pun takdak. Tak payah kalut nak pikiaq hal keja, stresssss sana, stressssss sini, haishhhhhh. Apa pun tak boleh. Nak marah pun buleh ikut dan ja. Tapi lain cerita bila dah besaq ni. Dulu masa kecik, ikut dan aku ja nak cakap apa pun, la ni aku kena guna akai dulu nak cakap. Tapi di atas sikap aku yang tak reti nak marah orang ni, raaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai gila yang ambik kesempatan buli aku. Marah aku, malah depa buleh buat apa saja yang menyebabkan aku tak pueh hati.




Ramai yang suruh aku marah, suruh aku jadi setan sekali sekala, depa kata marah tu perlu jugak kalau tidak, penat dok simpan sorang-sorang. Aku ni palingggggggggggggggggggggggg payah nak marah orang, kalau aku marah, aku cepattttttttttttttttttttttt pulak cool. Tapi bila aku berlembut dengan orang, orang dok tekannnnnnnn aku. Tu yang aku tak boleh blah. Aduiiiiiii...tolongla manusia. jangan buat aku marah..... Aku boleh jadi godzila nanti.




Sebab tu aku dok pikiaq jadi budak lagi syiooookkkkkkkk. Menyampah betui nak hadap manusia arrogant yang selfish dan tak boleh ambik kira hal orang lain. Adehhhh, penat....melayan.Takmau layan pun kena hadap jugak.



p/s : i'm rock bebehhhhhhhhh...

Friday, June 3, 2011

::YANG MUDA DISAYANGI, YANG TUA DIHORMATI::

Assalamualaikum bloggers....






Masih relevan kah tajuk entri aku tu dengan dunia sekarang ni..???? Apa yang aku perasan, budaya hentam menghentam tanpa mengira usia dan hati sapa-sapa saja dah macam lumrah pulak..... Sekarang ni aku perasan, budak-budak muda tak hormatkan lagi orang yang lebih tua. Kalau dulu, zaman aku kecik, memang nak kena pelangkong laaaaa kalau buat macamtu.








Masa aku sebesaq budak yang dalam gambaq tu, aku taktau langsung peranan jari tengah tu. Apatah lagi nak tunjuk dan halakan pada orang yang lebih tua dari aku. Ohhhh, tak pernah terlintas langsung. Yang aku tau aktiviti kampung aku, pi sekolah, balik sekolah, pi mengaji, main kat umah tok dengan sepupu aku.





Walaupun di alam rebina aku, pergaulan aku agak kasaq sebab geng-geng aku ramai hero, tapi kami suka ja main masak-masak. Serius kami taktau langsung rasa nak try benda-benda tak senonoh ka hapa. Kami main macam budak-budak sebaya kami....polis sentri, tuju kasut sampai lebam betis, main juai-juai, main guli, main teng-teng. Yang tu ja.....





Tapi awas......budak-budak la ni dah semakin maju bila depa tau apa itu mencabul dan yang seangkatan dengannya. Bab ni depa memang expert, macam ada silibus kat sekolah pulak. Kadang-kadang, budak pompuan sekecik 2,3 tahun pun pernah kena. Gaya pengajaran dan penerimaan budak la ni jauhhhh beza dengan budak dulu.





Kalau dulu, aku diajaq mak aku, dengan orang tua-tua jangan cakap kughang ajaq, jangan tengking-tengking, lalu depan orang tua, mesti bongkokkan badan sket tanda hormat. Tapi la ni, payah nak jumpa budak-budak kecik yang lalu depan aku bongkokkan badan. Boleh jamin, takdak punya. Ikut dan ja......





Sebab tu aku tertanya-tanya, dengan zaman yang berubah, masihkah anak-anak generasi depan menerima "yang muda disayangi, yang tua dihormati"






sekian, untuk makluman.






Saturday, May 21, 2011

::SELALU BERHARAP ANAK JADI SOLEHAH TAPI DIDIKAN TAK KENA GAYA::

Assalamualaikum bloggers...




Sambil melepak depan tv tengok majalah 3 aku dan lagi nak update entri. Aku terkilan bila tengok dunia sekarang ni. Bila ditanya ibu bapa, "apa makcik harap kepada anak-anak makcik?"




Ooooo.."makcik harap bila anak makcik besaq nanti, jadi anak yang solehah, yang boleh mendoakan makcik sampai syurga," Tapi bila didikan kat anak-anak pun sambil lewa ja, pendidikan pun dok harap kat cikgu di sekolah ja.....Boleh ka anak-anak makcik berdikari menjadi anak-anak yang solehah?





Mendidik anak-anak zaman la ni memang sangat mencabar....Mak bapak, senggang mata, keja perah keringat, bagi duit kat anak-anak tapi depa pun tak pasti anak-anak depa tu dapat didikan yang sempurna ka tak.....







Anak-anak tak lulus idola kecil, mak bapak meraung sama hebat dengan anak-anak. Rilek makcik, kalau anak makcik tak pass nak masuk idola kecil, apa kata makcik try hantaq anak makcik masuk rancangan adik dan al-quran ka, kat tv9 tu...dah kalau nak anak makcik jadi femes la...









Tapi kadang-kadang, budak-budak sendiri yang tak minat rancangan ilmiah macam ni, kalau tengok ja rancangan macam ni, deka suka alih channel...aku tengok anak menakan aku pun lebih kurang ja...kartun manjang...









Gambaq atas ni rancangan adik-adikku kat tv1. Syok tengok keletah budak-budak ni..memang ada style...cuba bagi adik-adik kita tengok program ni.... Memang susah nak ubah mind setting orang, tapi untuk tunas muda ni, aku rasa belum terlambat kot kalau kita nak ubah minat dia.... Dari dok join tengok mentor segala, bukan ada benda best yang depa boleh belajaq pun..... Ibu bapa laaaaa yang mencorakkan anak-anak....






sekian, untuk makluman.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails