nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, October 6, 2010

:: PETUA HILANGKAN KEPENATAN::

Hai you all...
Sebelum aku buat story-mory kat sini, elokla sekiranya aku ucapkan salam 1 Malaysia
hihihi...pastu baru la boleh aku mula berstory okeh....

kat sini aku nak share tentang petua untuk hilangkan kepenatan dengan cara




"BERTASBIH, BERTAHMID DAN BERTAKBIR"


sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah r.a...


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :



“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu.”






Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.




Lalu Baginda s.a.w pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w berkata :



“Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”



Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.




Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w ini. Katanya : “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”





Maka dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.





sekian, untuk makluman.

Tuesday, October 5, 2010

:: CARI MOOD::

Assalamualaikum...
para semua pemblogger tegar...
malah yang selalu berblogwalking kat sinin..hihihihi

ooo..lupa lak..bagi yang bukan islam...
selamat sejahtera la hendaknya...
sudah sekian kalinya aku tidak menyping apa2 kat sinin...

harini..aku buat2 rajin sket nak typing sepatah dua puluh patah..hahahhha
masakan la ni aku still kat opis...tapi dah tak bape busy sangat..

nanti.....aku update lagi k...dah nak balik....

Friday, October 1, 2010

::WOWW! LAMA SUDA...

Assalamualaikum kawan2
woww...agak lama suda aku tidak menghupdate
apa2 perkembangan dan pengurusan aku kan?
hihihihi...

sepanjang syawal ni momentum aku untuk menghupdate blog
semakin kurang cergas berikutan sehingga saat ini
aku masih lagi tak berenti ngadap lemang dan ketupat
hasil dari jemputan kawan, staff, ofis segala..

mak aiiii..sangat crowded perut aku....
kengkadang sampai dah tak lalu ngadap
sampai leh kena gastrik balik...adeh laaaaaa
sangat sakit gastrik kali nih....

dahla demam dah tak lalu nak makan
alih2 bila tak makan kena gastrik pulak dah...
adeiiiiiii...tersiksa jiwa betul...

okeh, untuk tidak membosankan kalian....
kat abwah ni aku uploadkan gambaq2 sekitar
ke'terbuka'an ofis PPDNKK SPT bagi raya kali nih...





dah cukup2 lak kot..... kang gaduh jemu lak tengok....
balik2 muka tu je..hahhahaha...okeh, nanti aku rajin aku upload lagi k...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails