nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, April 30, 2012

::3rd TRIP JRRCMDU : PULAU AMAN::

Hello bloggers.


Assalamualaikum w.b.t to all bloggers



Agak kusam pulak blog aku ni, hihihi. Lama tak update apa-apa kat sini. Reason utama sebab aku maleh.haha. Kelmarin, aku sempat join trip yang kali ke-3 JRRCMDU buat. Kali ni Pulau Aman menjadi lokasi pilihan. Seawal pukul 9 pagi kami dah berkumpul di RnR Juru.(Kami tu merujuk kepada aku dan 2 orang saja, yang lain tak mai lagi). Pekena nasik lemak dengan teh o limau paneh feveret aku. Tapi dukacitanya, nasik lemak yang aku makan mentah pulak. Dok rasa beras lagi. Siot betui...sesudu ja kot nasik lemak yang aku telan pagi tu.



Dalang utama trip kali ini, Mr Bross kita, En. Saifullizan, dan macam besa yang lain tu menjadi tulang belakang trip. Ya lah kan, tanpa tulang belakang, sapa lah pulak nak join kan. Jadi bila dah sampai kat Pulau Aman tu jadi cerita lain pulak dah. Di samping kami yang kebuluran tunggu mee udang, sempat jugak beramah mesra dengan satu lagi group, tapi chinese version punya. PG Food Hunter A Team, hunter makan jumpa hantu makan. haha. Apa- apa pun memang friendly sangat team depa ni. Elok la, meja makan pun sebelah-sebelah saja.



Selamat melayan gambaq-gambaq yang aku kidnap dari pesbuk JRRCMDU dan PG Food Hunter A Team.
















Lupa aku nak close up gambaq sirap limau yang aku minum dekat-dekat. Time paneh menggila macamtu tak buleh order teh o limau paneh, satgi aku pau abih ayaq orang. Memang comfirm terliur sirap limau tu. Ni semua kes henfon aku kena virus. Dah tak boleh nak snap pic apa-apa. 

Tak lupa jugak kredit gambaq to : asraffjamaludin.blogspot.com



p/s : Lepas makan kat Pulau Aman, kami pi makan laksa dengan ABC pulak kat Jeti Batu Musang. Rugi aihhhhh sapa tak ikut..Next time kita pi hiking pulak. Sempoi!

2 comments:

Asraf Jamaludin said...

Memang best trip ke Pulau Aman ni. Tapi lagi best kalau ada orang belanja udang lipan :-)

::Mastura Zakaria:: said...

besaq sangat udang lipan tu, bukan takat nak belanja, nak makan pun takut.....tapi nak belanja tu lagi takut..hahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails