nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, May 31, 2012

::DIAM DAN EGO, JADILAH AIR::

Assalamualaikum...


Agak menyepi seketika dari dunia blog... dek ketandusan idea dan maleh nak on laptop waktu senggang..hihihihihi. Pagi ni aku baca majalah al-ustaz. Taktau majalah apa? Haaaaa... macam kat bawah ni..





Setakat ni baru keluaran edisi kedua majalah ni..Tapi memang superb bagi yang suka baca majalah ilmiah yang macam ni. Kalau yang suka baca Hai ka Mangga ka mungkin majalah macam ni tak menarik pun la. Tapi during leisure time aku, memang aku suka baca majalah yang pattern macam ni.



Dalam edisi pertama majalah ni, dah syok... "Susahnya mendidik diri"



Memang sebagai manusia ni, kita kena selalu didik diri kita, rajin-rajinla tanam sifat positif dalam diri, Insyaallah orang sekeliling pun akan senang dengan kita. Dan macam mana kita nak handle situasi dengan lebih baik yang tu semua akan bergantung pada kemampuan otak kita untuk berfikir.



Bila kita berdepan dengan orang yang terlalu sensitif dan panas baran, kita kena bertindak jadi air. Dengan kata yang lain, kita kena belajaq rendahkan ego kita. Manusia semua ada ego, tapi selagi mana kita berjaya kawal mood marah kita tu, kita memang dah berjaya lawan hasutan syaitan.



Diam orang mukmin tu ibadah. Adakah kita boleh digelar mukmin? Kalau dalam diam berzikir, berselawat dan memuji kebesaran Ilahi, itu adalah ibadah. Tapi kalau diam dengan niat meluat kat orang, dan saja nak diam sebab bagi sakit hati orang dan buat taktau, tu bukan ibadah dah ye.huhu



Kadang-kadang orang diam bila ada masalah dan takmau sharing dengan kita. Tapi kita pun satu hal jugak, janganla sampai tak kena time bila nak tanya pun. Ataupun kita paksa sorang tu cakap apa yang tak kena bila dia tengah moody. Kita kan manusia, hari-hari kita jumpa orang sekeliling. Takkan kita still tak boleh belajaq cara nak kenai orang. Sekali sekala kena jugak baca psikologi orang. 



Jadilah air bagi ubat orang yang terlalu sensitif. Kalau dia rasa dia betul-betul perlukan kita dalam hayat dia, insyaallah dia akan cari kita dan dia takkan sekali kali mengkhianati dan tinggalkan kita. Kalau niat dia menyimpang dan tak elok untuk kita, selalunya dia akan dapat apa yang dia nak. Ingat "what you give you get back". Jangan sedih bila jumpa orang yang salah sebaliknya bersyukur, ada hikmah yang kita tak nampak, kita takkan rugi pun. Jadi, sapa yang rugi??? Fikir-fikirkan dan selamat beramal ;).





p/s : Mood tengah posa memang banyak idea mencurah-curah dalam kepala.hihi


Friday, May 25, 2012

::APA YANG AKU HARAPKAN::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.....



Salam jumaat bagi saudara saudari muslimku, dan salam sejahtera kepada saudara saudariku yang bukan beragama Islam. Mengupdate lagi aku pagi ni.....



Bila kita bercakap soal harapan...
dari hati kecilku....


Semua kita ada hati dan perasaan dan selama mana kita masih bergelar manusia, pasti di situ ada harapan. Walaupun di permulaan. Semua manusia nak macam-macam, ada yang nak rumah besaq, jadi kaya, hidup bahagia. Ada usaha dan bila ada usaha, ada harapan yang diletakkan. Selagi harapan yang tidak bercanggah dalam islam, pohonlah, dan apabila harapan itu bertentangan dengan akidah islam, buanglah.




Kadangkala, kita silap letak harapan. Kita rasa manusia boleh memahami. Jadi, kita letak harapan pada manusia, yang sama sekali sama fitrahnya macam kita. Manusia yang lalai, manusia yang ada perasaan, manusia yang serba kekurangan. Manusia yang hanya boleh semai harapan tapi sama sekali jarang boleh melunaskan harapan. Untuk apa? Kerana kita tak yakin! Tak yakin dengan harapan yang Allah boleh bagi lebih dari itu.




Kita masih mengharapkan apa yang hanya ada depan mata kita. Kita tak nampak yang sebaliknya. Yang lagi berkuasa dan yang lagi mampu menunaikan dari apa yang ada depan mata. Andai kita tersasar dari menyandarkan harapan, pohonlah laluan agar kita diberi harapan baru. Harapan untuk disandarkan pada Pencipta. Kita hanya manusia biasa, kita tak berhak menjadi tempat bergantung harap.



Kita berharap pada manusia yang tak teguh pendirian, kelak kita merana
Kita berharap pada manusia yang tak teguh hati, kelak kita tak dihargai
Kita berharap pada manusia yang cetek akal, kelak kita akan ditinggal
Kita berharap pada manusia yang tak boleh buat keputusan, kelak kita bosan 
Kita berharap pada manusia yang akan mati, kelak kita semua akan mati.



HARAPAN hanya tinggal HARAPAN. Tinggalkan harapan palsu itu. Tak guna mengharap andai itu belum tentu memberi kebaikan. Berserahlah pada yang maha Esa, dia merencanakan setiap saat hidup kita. Dia merancangkan kita jadi begini dan begitu.Itulah yang kita namakan takdir. Takdir hidup yang kita belum nampak dan sedang kita harungi likunya. Jangan kecewa dengan rahmat Allah. 


Bahagiakan kami ya Allah, 
sesungguhnya aku sendiri lemah lagi tidak berdaya untuk melawan ketetapanMu. 
Engkau adalah perancang terbaik buatku.
Sesungguhnya tiada apa yang mampu menghalang aku dari dekat denganMu
Aku mengharapkan sesuatu hanya padaMu
Hanya Engkau yang mengerti diri ini ya Allah
Aku tidak akan menjauhiMu ya Allah
Sesungguhnya Engkau sajalah peneman aku, penjagaku
Sedangkan aku sendiri tiada daya memikirkan hari esokku
Aku HambaMu
Dari bermula nafas pertamaku hingga terhentinya nafas terakhirku.
Engkaulah perancang sebaik-baik perancang.



Kita semua masih disayangi ;)



P/S : Jangan frust dengan apa yang kita lalui, belajarlah untuk redha ;)




::iklan untuk saham akhirat, mari menyumbang sorang sikit ;)::

Thursday, May 24, 2012

::JANGAN ENGKAU MARAH, AKU DISISIMU::

Assalamualaikum peeps...




Alhamdulillah harini dah masuk 3 Rejab, lepas tu syaaban dan ramadhan pulak yang akan menyusul. Bagi sesapa yang tengah posa sunat, posa ganti tu, selamat berpuasa diucapkan. Aku pun posa jugak harini...hihi. Banyak diam saja harini, tak cakap banyak sangat. Cuma ada masa dan kesempatan untuk update blog aku ni dengan ilmu yang ada, tak banyak mana. Sekadar untuk share semata-mata. Terpulang bagi yang nak menyampaikan.






Satu fenomena yang agak biasa dalam diri kita, bila kita menegur tu maksudnya kita ambik berat. Maksudnya kat sini, janganlah bila ada yang menegur kita bila dah terang-terang nampak tu memang kesalahan kita, kita kata "dia tu menyibuk pulak, diri sendiri jalan tak betui, ada hati nak menegur orang".




Sedarlah saudara-saudariku yang dihormati sekalian, 


Cuba positifkan minda kita. Menegur bukannya untuk menjadikan akhlak kita jadi lebih teruk, selalunya orang yang menegur, dia nampak apa yang tak kena di mata dia, yang mungkin kita sendiri tak sedar. Jadi itu adalah proses untuk kita belajar dari membuat kesilapan yang berterusan. Amat malang, bagi mereka yang apabila ditegur terus melenting dan melancarkan serangan balas kata-mengata yang menyakitkan hati.



Rileks..............

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 

" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."




Dan bagi yang nak menegur tu, silalah guna bahasa yang lebih lembut dan halus dari softlan, sebab, ia akan meresap jauh ke jiwa. Jika gunakan kekerasan dan lisan yang berbentuk amaran, jarang ada manusia yang boleh menerima dengan hati yang terbuka. tegurlah secara berhemah. Kalau yang menerima lah, yang tak boleh terima, biarkan dulu. Hidayah hak Allah, Dia boleh bagi pada sesiapa saja hambaNya yang mahu mencari.





p/s ; Janganlah menutup pintu hati di saat ia masih mahu menerima kebaikan, kesian hati kita.

Monday, May 21, 2012

::KENA JAGA TEPI KAIN ORANG::

Assalamualaikum readers and bloggers,




Agak beberapa hari dah aku tak update apa-apa, hehehe. Kemalasan dan kelembapan tenet menghambat ruang waktu..hihihihihi. Nak lari jugak tu dari excuse maleh tu..hahaha



Pagi tadi aku baca sat majalah Gen-Q. Ya lah, sebelum bertambah sibuk menjelang hari ni, eloklah baca buku-buku ilmiah sat. Cewwwwwwahhh. haha. Apa yang aku rasa tertarik, pagi ni adalah satu peribahasa ka apa tah "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG". Bagi aku, ayat ni dah tak buleh nak pakai dengan jiwa aku. Sebabnya, bagi aku, 'remind and advice' tu memang penting dalam Islam. Bukan dalam islam saja, dalam masyarakat pun sama jugak. Kalau mati, orang lain jugak uruskan kita. Bukan diri kita sendiri yang nak bangun mandi sendiri. Kannnnn?





Bagi aku, memang hidup kita ni ada landasan. Kadang-kadang kita boler tersasar jugak, tapi lama mana kita nak tersasar jauh-jauh? Sapa yang boleh pandu kita ke jalan yang benar? Cuba tanya diri sendiri. Apa guna hidup kita kalau sampai tak buleh diteguq. Ego namanya tu. Kita ada nilai bagi diri kita sendiri. Tapi setinggi mana nilai yang kita rasa pada diri kita, JANGAN PERNAH NAK BERLAGAK SOMBONG DENGAN ORANG LAIN. Orang teguq kita mesti ada sebab. Kadang-kadang bila kawan kita yang selalu teguq, kita langsung letak fikiran negatif. Kita kata kawan kita tu ada niat nak menjatuhkan kita la, padahal ada orang teguq untuk kebaikan. Kenapa kita tidak cuba untuk menerima apa yang baik dan jadikan panduan dalam hidup kita.




Bagi aku, aku jenis yang simple, aku jenis easy going, give and take. Jadi aku suka dengaq nasihat orang dan suka nasihat orang. Ada jugak orang yang suka dengaq pandangan aku, walaupun kadang-kadang ke laut saja idea aku ni..hihi. Tapi aku tak reti nak nasihat diri sendiri. Sebab tu aku lebih suka orang nasihat aku. Tapi adakala, bila orang tak buleh nak terima pandangan kita, abaikan saja. 




Eh, ingat tau tanggungjawab kita sebagai orang Islam, kita ada tanggungjawab untuk sampaikan apa yang kita tau pada orang yang taktau pasai hukum agama. Teguq yang mana buleh. Yang mana kita taktau, carilah ilmu. Islam bukan hanya sekadar nama, tapi Islam itu mendidik diri kita, mengisi rohani yang berjasad agar lebih menyedari bahawa hidup kita ada matlamat. HIDUP MESTI BERTUHAN.




p/s : Saling berpesan-pesanlah kita pada kebenaran. Jangan jadikan Islam hanya pada IC. Berpeganglah dengan ajarannya. Semoga bermanfaat untuk semua. Peace.

Friday, May 18, 2012

::RAHSIA YANG KITA SIMPAN::

Assalamualaikum peeps.




Salam jumaat bagi semua saudara islamku, to all bloggers and readers, semoga ceria-ceria la dan diredhai Allah lah hendaknya. Semenjak kebelakangan ni, macam-macam status aku tengok kat facebook. Segalanya nak update dalam fesbuk. Nak maki pun dalam fesbuk, nak berjiwang pun dalam fesbuk, nak mengata, mengutuk semuanya dalam fesbuk. kadang-kadang benda yang tak sepatutnya diuploadkan, terlepas jugak. Semua orang mudah 'share' benda yang belum tentu kita tau kesahihannya.




Bila orang kata gila glamour, kita jadi marah. Padahal, memang itu pun yang sedang jadi. Aku sedikit sebanyak tak berapa suka dengan benda-benda yang macam ni. Semuanya nak bagitau orang, sikit pun tak simpan rahsia untuk diri sendiri. Paling aku nak muntah, ada kawan yang 24 jam dok update status putuih cinta, ayat-ayat frust tonggeng. Sebelum ni aku dah cakap, jangan buat macam tu, bukan hang sorang dalam dunia ni yang putuih cinta. Bila aku tak komen kat status dia, aku kena marah pulak. Kononnya aku tak concern dengan keadaan dia. haishhhhhh, please stop it, don't mess your mind and my mind too.





Semua orang ada rahsia. Kita semua ada rahsia, tapi kena paham situasi. Tak semua orang kita boleh cerita semua benda. nak cerita pun kena tengok orang sama. Jangan main ikut suka saja nak terjah pun. Susah kita nak cari orang yang boleh dengaq story kita. Jangan disebabkan bila kita tak puas hati dengan sesuatu benda, kita teruih nak heboh dengan satu dunia. Macam mintak simpati. Mintak penampaq pun ada jugak. Bukankah seeloknya kita sujud dan mengadu pada Allah? Bukankah itu jalan yang terbaik?




Bagi aku, memang aku mengaku teruih terang, aku memang tak suka cakap straight to the point. Selalunya kalau ada apa-apa masalah, atau ada something secret yang aku nak bagitau, memang aku suka berkias. Aku hanya bagi klu-klu. Sebab memang style aku macam tu. Jadi, kalau orang tak paham, aku buat taktau saja. Sebab aku tak suka explain. kecuali kalau aku rasa aku salah, then aku akan explain. Aku bukannya seorang yang cepat berterus terang. Everything aku rahsiakan. 




Selalunya, bagi kawan-kawan yang mana kenai aku, depa akan paham melalui gerak geri aku. Cara aku akan bagi 1001 gambaran, tapi aku jarang berterus terang. Kalau aku tak puas hati pun selalunya aku akan buat ayat tergantung dan buat semua orang pening, kepala mesti penuh dengan "Question Mark".hihihihi. Yang sabaq saja kot yang dapat korek rahsia aku..hahaha. Sebab kalau aku simpan, memang aku simpan dalam-dalam. Buat apa nak bagitau, orang tak kisah pun pasai kita. Kannnnnnnnnn?




P/S : Bila aku tak puas hati, aku tulis atas kertas, then bakaq....Settle..tak update dalam fesbuk pun.hihihihihi

Thursday, May 17, 2012

::KAMU BERTUAH SAHABATKU::

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah, malam ni tak hujan kat umah aku ni. Jadi lepas semayang maghrib ni, seperti sedia kala, idea nak mengupdate entry rasa mencurah-curah mai dalam kepala aku ni. Macam terjun dari langit saja.hihihihi. Bukan senang dia nak mai ni. Kadang-kadang seminggu lebih aku tak update entry dalam blog aku ni.



Dari bicara hati............... 



Alangkah bertuahnya kamu sahabatku, 

Andai kamu menemui sahabat yang benar-benar tulus hatinya. Dari riak wajahnya, tidak sekalipun dia cuba meminta belas ihsan kamu, dari tutur katanya tidak sekalipun dia meninggikan suara, mengguris hati kecilmu, dari segi perbuatannya, tidak sekalipun dia menunjukkan sifat bongkaknya terhadap kamu.



Dia sentiasa tersenyum bila ternampak kelibat kamu. Walaupun hatinya dibalut resah dunia, dia sebolehnya tidak akan menyusahkan kamu. Namun dia yang sering membantu kamu, susah dan senang kamu. Dia tidak meninggalkan kamu saat kamu dihimpit kesusahan. Dia tidak meninggalkan kamu saat kamu tersasar haluan. Dia tidak membiarkan kamu keseorangan di saat kamu kesedihan.




Sahabatku, mengertilah kamu bahawa...

Teman ketawa mudah dicari. Kamu bertuah andainya dalam masa hidup yang kamu ada sekarang, ada seorang sahabat yang sentiasa disamping kamu. Biarpun kadang-kadang kamu membelakanginya, kamu mengejinya, kamu mengabaikannya, tapi dia masih setia memberi kamu semangat di kala kamu rasakan hidup ini perit. Dia yang kuatkan hati kamu di saat kamu rebah di pertengahan jalan. Dia sabar menemani kamu di kala kamu marah. 




Dia yang bernama sahabat tidak pernah luput ingatannya pada kamu dalam setiap doanya. Hanya Allah yang tahu hatinya. Dan jika kamu tidak buta hati, kamu akan menyedari kehadirannya. Hadirnya bagai memberi harapan pada kamu. Datangnya membawa ketenangan pada diri kamu. Dia di umpamakan seperti sebutir bintang. Hilangnya membuat kamu sepi tanpa kata, bagai ayat yang tiada noktahnya. 



P/S : Susah nak jumpa seorang sahabat tapi 'serbuk karbaid' memang belambak...peace.




:: PAGAR MANA YANG MAKAN PADI::

Assalamualaikum bloggers....




Alhamdulillah, harini mood ok balik sebab semalam takdak game bola, so maknanya, bila takdak game, takdak sapa yang kalah. Dan bila takdak sapa yang kalah, makanya, tenteram hidup aku pun..hiihihi. Pagi ni aku teringat nak perbetulkan istilah peribahasa kita, yang sampai la aku terpikir ada betulnya jugak. Tapi dulu, takdala pulak cikgu-cikgu aku tolong betulkan. Dalam buku pun, memang aku dok jumpa "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI". Yang sebenarnya, HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.



Sebenaqnya dah lama aku nak buat entry pasai ni, tapi dok lupa..hihihi. Jadi harini aku tengok burung terbang masa kat highway tadi, teruih teringat burung Pegar. Aku try tanya pakcik google tadi jadi dia bagi gambaq kat aku.




Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Burung Pegar atau Ayam Pegar adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidaeordo Galliformes, termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.


Mengikut pemikiran pun kalau burung pegar, memang agak logik jugakla. Tapi kalau pagar makan padi, lagu mana pulak pagar nak makan padi. Pagarada mulut ka nak makan padi.



Apakah yang dinamakan Pegar?

Pegar tu adalah sejenis burung. Ada jugak yang panggil ayam pegar. Boleh terbang macam burung, dan jalan-jalan macam ayam jugak, tapi aku rasa burung ni kategori terancam jugak sebab aku tak penah nampak dah spesies ni kat sawah.



Kenapa Pegar yang jaga padi?

Sebabnya burung Pegar ni memang ada kat hutan dekat ngan sawah. Jadinya, burung ni makan serangga perosak padi seperti siput gondang, belalang dan burung yang sama spesies dengan ayam ni jugak boleh makan padi. Kesimpulannya, pegar boleh jadi musuh padi, dan dalam masa yang sama boleh makan padi jugak.





Sama keadaannya macam "MELEPASKAN BATUK DI TANGGA". Bukannya batuk tapi sebenaqnya Batok. Perkataan batok tu adalah bermaksud tempurung. Biasakan nak masuk rumah dulu-dulu, ada tempayan yang ada ayaq nak basuh kaki. Pencedok tu namanya batok.




CREDIT TO:

http://www.bicaradariaku.com
http://ragbar-anekdot.blogspot.com
http://www.umlib.um.edu.my
http://www.koleksiartikel.com


P/S : harapkan pegar, pegar makan padi. Bagai melepaskan batok di tangga.

Wednesday, May 16, 2012

::BANGUN...BANGUN SEMUA.....::

Assalamualaikum readers and bloggers...




Tengok tajuk entry aku pun dah macam "sigh"...masuk dahhhhhhhhh.... Tu la ayat mula-mula yang mai dalam kepala otak aku ni bila mood baloq liat nak belajaq mai...hihihi. Aku tension betui bila time aku baru nak restkan otak aku dari subjek sebelum ni, dah masuk masa subjek lain pulak..kiikiikii. Tapi sebenaqnya mesti cikgu lagi tension tengok budak-budak macam kami ni yang suka hingaq dalam kelas. Dengan belemoihnya tambah-tambah lepas waktu rehat....hihihi.






Time sekolah rendah dulu, aku memang skema sket. Ya la, macam mana aku buleh dapat geng-geng skema ntah dalam kelas. Haih la.... Tapi se'skema' aku pun memang trouble betui dalam kelas. Kalau buat jadual subjek dalam kelas, memang nak buat elok-elok, kaler warna-warni, buat petak elok-elok, lawa-lawa lekat atas meja, dalam sebulan saja, 4,5 kali aku kena buat jadual lain sebab hilang. Taktau la sapadia yang suka balaih aku punya jadual.




Kesan langsung dari hilang jadual, aku merupakan student yang paling rajin dan kalau ada isu 'beg berat' masa tu, aku rasa muka aku dah masuk tv 3 suku tu..hahahaha. Maunya tak, orang lain bawak buku ikut jadual, aku bawak semua buku, hari-hari. Jawapan stended aku 'senang, nanti aku tak rasa bersalah sebab tak bawak buku'. padahal jadual dah kena cilok.hihi




Aku jarang sangat naik pentas ambik hadiah, sebabnya bila periksa, aku rajin dok grab no 4, no 5. No 1, 2, 3 abih semua aku bagi kat orang. Ada time cikgu buat soalan periksa senang sket, dapatla sekali sekala no 1. Hadiah pencil box sebijik. Time tuuuu buleh tengok la riak macam mana.huihhh... Sebab riak la kot, maka lepas tu jangan harap dah nak dapat hadiah lagi..hihihi




Aku jugak memang dari sekolah rendah, suka gila ngan subjek Pendidikan Jasmani. Aku suka main macam-macam. Lari la, hambat orang, cari pasai ngan orang, lompat tinggi, lompat kijang, lari segala mak nenek aku  masuk. Tapi bila cikgu cari wakil sekolah, aku orang pertama yang lari blah dulu, takmau take part sebab aku takut nak masuk lawan ngan sekolah lain. 




Dan start sekolah rendah jugak, nama aku selalu naik kat perhimpunan mingguan hari Isnin. Depa kata dah pilih random, tapi asyik aku saja yang jadi mangsa. Baca sifir pulak tu. Mangkuk hayun betui. Ketaq jangan cakap la. Aku meluat betui mana-mana pengawas yang jadi emcee perhimpunan yang suka panggil aku naik baca sifir. Tak pasai-pasai aku kena hafai semua sifir dan pelekat kat dinding umah aku. Malam-malam saja mengigau baca sifir.




Dan paling aku syok bila aku join team muzik kat sekolah. Bila time perhimpunan, ada nyanyian lagu sekolah, lagu negeri, kami main rekorder dan alat muzik macam-macam. Best wooo... rasa macam ada band sendiri pulak time tu. Tapi semua tu harta sekolah. Kami pinjam saja..hihihihi



Dan start darjah 4, (rasa-rasa aku la), cikgu lantik jadi pengawas pulak. Aku sebenaqnya takla suka sangat pakai baju biru ni, tapi disebabkan geng aku ramai pengawas, jadi aku redha. Dan memang puak-puak kami la yang selalu dok buat onar dalam sekolah, kikikiki. student yang kami tak kenai, kalau mai lambat. Memang tahan teruih. Berjela nama depa dalam buku aku. Tapi geng sendiri panjat pagaq sekolah, buat taktau saja, siap tulong kaver line.haha. Tu la untungnya sapa kawan dengan aku..kikikii.



Dan untuk semua cikgu, yang mana kenai tu, saya ucapkan Happy teacher's day, yang mana yang tak kenai tu (alhamdulillahhhhhhhhhhhh) kikiki, sebenaqnya aku paling segan kalau cikgu kenai aku, gerenti depa start cerita perangai aku kalau jumpa..tu yang paling tak buleh tahan..huhuhuhuhu



P/S : cerita benar zaman sekolah rendah aku, tak masuk sekolah menengah lagi.....lagi haru..huhuhu



::LANGIT TAK SELALU BIRU::

Assalamualaikum peeps....




Dengan mood yang mendung-mendung pagi ni. Haissssshhhh. Masih lagi dalam kekecewaan sebab semalam Kedah kena tibai 1-3 dengan PKNS.aduiyaiiiiii...suram teruih mood aku. Dahla semenjak, 2,3 menjak ni... mood stress dan tak berapa nak baguih dah.Semalam tambah lagi mood stress aku.APTB.






Jadi, apa yang buatkan mood aku tak baguih harini, adalah rentetan kekalahan Kedah di negeri sendiri semalam.aduiiii. Taktau nak kata apa dah. Jadi dengan keadaan sekeliling pun buat aku stress jugak. Macam-macam perangai orang aku kena hadap. Semua buat sakit hati betui la...Tak buleh ka tulong sekali jaga hati aku sat ni? Asyik aku saja yang dok jaga hati hangpa, pikiaq hangpa. Tapi kat aku ni, aku sorang saja yang kena bela diri sendiri.Aduiiii penatla macam ni.




Apa ada dengan langit? Dengan perasaan yang suram aku tengok langit pagi tadi. Mendunggggggg. macam hati aku jugak. 





Betui la kan, langit tak selalu biru, tapi disebalik ke'mendung'an dan cahaya matahari yang balam-balam itu, pasti ada jugak sang pelangi yang menghiasi. Di satu sudut aku akan jumpa jugak pelangi yang hanya dapat dilihat dari jauh tapi tak dapat disentuh. 




Bila tengah down macam ni, mesti ada good news nak masuk. Selalunya macam tu la. Tapi, hmmmm. taktau la kan, kita sendiri pun taktau apa yang nak jadi. Sebabnya, jalan kita masing-masing sudah direncanakan. Hadapilah dengan tabah dan redha.




P/S: Tak boleh sentuh 'sky' tapi sentuh 'skyline' pun jadi la.....

Monday, May 14, 2012

::MINTALAH, JANGAN KAMU SOMBONG::

Assalamualaikum bloggers and readers....



Alhamdulillah baru selesai solat. Mood nak mengupdate ni mai pulak. Kena layan sat...hihihi. Tengah hati sejuk-sejuk lepas semayang pun mula lah ilham mencurah-curah masuk kepala. Jadi seharusnya kat sini sajalah tempat aku meluahkan..hihihi




DOA

Doa senjata mukmin. Yang tu yang selalu kita dengaq, kebiasaannya bila kita ditimpa celaka, baru nak ingat berdoa. Biasa lah, manusia.....hanya berdoa di waktu musibah. Tapi sayang bagi mereka yang mempersiakan kehebatan doa. Di situlah mula tenggelamnya cahaya yang bakal menembusi hati. Hati akan jadi kelam.




Janganlah kamu semua menjadi orang yang sombong, orang yang bongkak. Boleh saja berbuat kejahatan atas muka bumi tanpa rasa malu, tapi kamu merasa malu untuk menadah tangan dan meminta dariNYA. Mintalah dengan penuh rendah hati. Tiada siapa yang berhak dipohon kecuali pada tuhanmu, DIAlah yang menciptakan kamu dan menjadikan kamu  manusia terhebat di dalam dunia.





Allah mendengar doa kalian, mintalah tanpa jemu. Ada malaikat yang memerhatikan kita setiap kali kita menadah tangan untuk berdoa. Kita tidak sendirian, kita ada yang menjaganya. Walaupun kita sering tertidur dalam kealpaan, namun setiap gerak kita diperhatikan.




Apakah kalian mahu menjadi sebahagian dari hambaNYA yang sombong, maka kalian tidak ada apa-apa lagi untuk diminta? Mintalah setiap hari agar diampun dosa kita serta diselamatkan umat Islam dari ancaman syaitan yang dasyat. Kita mungkin terkejar dengan dunia, tapi masa untuk kita berdoa tiada batasannya. Minta lah...jangan kamu sombong.





p/s : Lama tak buat entri makanan rohani ni..hehe.

::KASANOVA CAP AYAM::

Assalamualaikum people.



Agak terkilan baca artikel ni. Actually, tajuk entry yang aku buat pagi ni adalah dari harian metro. Yang mana ada kasanova cap ayam yang bercinta semata-mata nak kikis duit perempuan. Yang ditabur hanyalah ungkapan cinta tapi dalam masa yang sama menipu untuk kepentingan diri sendiri dan untuk memancing awek cun yang lain.Ish...ish...ish....




Aku teringat satu story seorang perempuan umur 26 tahun kot rasanya, menanggung malu sebab tunang dia tinggalkan dia dekat-dekat dah hari depa nak kahwin. Allahuakbar, besaq sungguh dugaan dia....bukan takat tu saja, kereta persona sekali lesap, tunang dia kebas..sedih baca. Tacing sat aku pun. Terpikiaq jugak betapa kecewanya dia.




Hmmmmmm.... kesian jugak kat perempuan ni.....keja bagai nak rak, cari duit...tapi lelaki kasanova senang-senang saja tipu macam tu.Dunia...dunia....apa nak jadi la...semua pikiaq duit saja.... cinta sebab duit jadi macam ni la...Memang terkilan dibuatnya.




KREDIT TO :
myMetro | Cari wang tipu wanita


P/S : Zalim...zalim...kesian kat orang.

Sunday, May 13, 2012

::BUAT YANG SEDANG MENCARI::

Asalamualaikum peeps....



Seperti kebiasaan. Lama aku tak update entri baru. Nak update story panjang, tapi segan nak taip pulak. Jadi harini ada masa terluang sebab ahad ni aku tak pi mana-mana pun sebab semua geng sibuk. So, dok umah basuh baju, lipat baju..hihihihi.




Okeh, back to the topic, ramai yang dok tanya aku, kat area Utara ni tempat makan kat mana yang sempoi-sempoi. Aku nak habaq pun aku tak pasti la pulak selera hangpa lagu mana. Tapi untuk kepastian dan buat sapa-sapa yang berhajat nak mai jalan-jalan cuci mata belah utara tanahair kita ni, haaaaa, aku nak suggest satu group kat pesbuk yang boleh jugak la dijadikan rujukan untuk terjahan port-port makan yang confirm holiauuu..






Bagi sesapa yang masih blur-blur lagi, silalah klik banner di atas, untuk keterangan lanjut, sila refer kat group Jom Ronda-ronda Cari Makan Di Utara. Anda pasti akan dilayan dengan ramah dan tamahnya. Kalau nak suggest tempat makan pun di alu-alukan. Tapi sekitar utara saja lah. Tempat lain tak layan..hahahha.peace.



P/S : Group ni jugak akan buat hiking pi Pantai Kerachut, Penang National Park, sapa yang minat nak join, sila-silalah klik banner kat atas tu.

Thursday, May 10, 2012

::MANA LA SIFAT SAYANG TU.....ALAHAI......::

Assalamualaikum people,



Alhamdulillah, hari ni baru ada mood nak update sepatah dua kata. Baru-baru ni kecoh satu Malaysia dok upload video anak kecik yang didera ibunya sendiri. Aku pun tengok jugak, tapi aku tengok dua minit saja, tak buleh tengok panjang-panjang sebab aku rasa kesian, tak sanggup dah nak tengok budak tu teresak-esak. Anak yang kecik macam tu, yang baru nak pandai berjalan, kena dera? Ish......tak buleh la nak bayang. Apatah lagi yang buat tu pulak mak sendiri....Emmmm, agaknya, kat mana lagi laaaaa tempat nak bermanja kan.



Pagi tadi saja-saja aku siap awai dengan alasan nak bawak moto slow-slow atas highway. Sebenaqnya aku maleh isi minyak kelmarin, tahap nak lebih E dah pun tu yang kena bawak slow.hahaha Tapi bila lalu dalam kampung aku nampak ada sekoq ayam ni lintas jalan, pastu yang mengekor ayam jantan tu ayam betina dan berderet-deret 4,5 ekor anak dia. Aku dok agak dia ni mesti bawak bini ngan anak-anak cari makan pagi-pagi.



Siap tunggu lagi anak dia lintas jalan. Wuihhhhh, caring jugak ayam ni. Siap teman anak-anak. Aku jarang jumpa ayam yang jenih caring camni. Takdan nak ambik gambaq pun sebab aku khusyuk dok tengok perangai depa.hahaha.Ni pun aku kidnap dari beberapa blog tempatan.



Baru aku tau, ayam memang caring. Tak kisah pun nak jaga anak-anak yang tak masuk tadika lagi tu.mueheheh. Tapi manusia, tangan-tangan kan aja.haihhhhh...






Ada satu lagi gambaq yang aku jumpa tadi, yang ni abang yang jaga adik dia sebab mak depa dah mati. Mana la haaiiiii nak dapat abang hat baguih lagu ni....kan? Tengok la cara si adik tengok muka si abang tu. manja sungguh dengan abang dia.Tu saja tempat nak manja-manja bila mak takda kan...



Paling aku tak tahan bila tengok orang sepak kucing..haaaaa. Jangan dok buat try sepak depan aku. Aku cepat touching. Jumpa kucing kurap tepi jalan pun aku sanggup bagi makanan yang ada kat aku. Apatah lagi nak sepak kucing. Memang dak la kan.


P/S : Still tak buleh terima lagi dalam kepala aku bila tengok budak-budak kena dera. Mana laaaaa sifat sayang tu kan...ish...tak paham.

Monday, May 7, 2012

:MONDAY BLUES [THE BLUES]::

Assalamualaikum to all.



Menjelang malam ni aku dah tak buleh nak lena.Aiyak.... Memang aku mengaku bahawasanya ni semua salah aku sebab tidoq overdose siang tadi. Aduiiiiiii.malam camni dah mata buat perangai protes takmau ngantuk. hukkkk, dan takda langsung tanda-tanda bahawa aku akan menguap. Dahla esok keja pagi, time ni patutnya aku dah ada kat Newcastle ka mana hala. Tapi malangnya still dok hadap blog.haha



Memandangkan esok 'monday blues' bagi aku, so malam ni elok la sekiranya kita layan sat gambaq-gambaq the blues..hihihihi.Motifnya, saja nak hangatkan suasana..hihihihi



Dan masih meminati kekasih lama aku..kikiki. Frank Lampard posisi midfielder. Harap aku saja dok minat dia, dia kenai aku pun dak.hahahaha.Takpa la janji layan sat.










Dengan harapan semoga CHELSEA maju dengan jayanya...hip hip...


P/S : Game 8hb 5 ni dengan liverpool pulak...

Thursday, May 3, 2012

::PANDANGAN ORANG MUDA::

Assalamualaikum peeps...



Aku agak heran dengan negara kita ni. Sana-sini memang fitnah bersepah-sepah. Bila tengok newspaper Utusan kelmarin. Meloya gila tekak. Gambaq yang sepatutnya disensored dan tak senonoh tu jadi muka depan pulak. Memang Utusan Meloya. Dan paling aku akui, kosmo pun ikut jejak langkah hot news tu jugak. Memang betui la jadi Newspaper playboy paling murah.kikikiiki




Jangan heran bila orang-orang muda still tak ambik port dalam bab-bab mengundi sebabnya benda kotoq macam ni yang selalu jadi isu. Memang menjijikkan bila politik selalu menjadi kotoq dalam Malaysia ni. Bab maki jangan cakapla, hampir semua pemimpin yang di atas memang menunjukkan 'akhlak mulia' pada anak muda. Baguslah kan, satu fenomena yang memang membuat anak muda berapi menjadi lebih berapi.




Kadang-kadang anak muda sekarang dah terkonfius dengan Islam. Ada yang menggunakan perkataan Islam untuk menghalalkan sesetengah perkara. Aku dah naik meluat pulak tengok isu semasa dalam Malaysia. Aku memang mengikuti semua perkembangan yang sedang jadi walaupun aku tak sembang depan orang sebab yang ni melibatkan sensitiviti ramai pihak. Ada  benda yang aku setuju dan ada benda yang aku tak setuju. Lagipun bila sembang bab politik dengan kawan baik kadang-kadang boleh bawak gaduh sebab pemikiran kolot masing-masing.




Thats what we called politik. Baru ni aku baru pi buang satu bendera biru tua yang ada cap dalam parit depan umah aku, sebab menyemakkan pagaq umah aku. Sorry to say. Aku memang buang depan depa sebab tempat depa gantung tu tak kena. Pada sapa yang tengok tu depa buat taktau ja. Sebab depa tau sendiri tempat tak kena.haha. ambik habuan. 







Pada menteri-menteri di atas sana, sudah-sudahla dok canang kebaikan hangpa tu kat orang muda macam kami ni serupa hangpa tu perfect sangat nak bela semua rakyat konon-konon. Padahal gaji hangpa pun dok kutip duit kami.haha. Pastu, jangan dok hingaq kat tv, pasaipa peratusan orang muda yang daftar mengundi masih kurang.




Yang paling aku nak tergelak golek-golek, dalam paper tulih peserta bersih dibayaq.hahahaha. Mesti  la ni ramai pemimpin bankrap kot no...hahahaha Sekian harap maklum.






p/s : Bila nak mengundi taktau.haha


Wednesday, May 2, 2012

::PENANTIAN YANG MASIH LAGI KECUNDANG::

Assalamualaikum peeps.



Harini mood aku dalam opis amat suam-suam kuku. Rasa moody sat, mujoq ada coklat cadbury jiran sebelah. Buleh aku pau sebaris dua.huhu. Dah la kalah semalam, keja pulak harini. Nak ja rasa ambik EL harini.



Apa-apa pun game memang kencang dah malam tadi, cuma nasib saja tak menyebelahi untuk Kedah jejak pentas Final. Apa boleh buat, kena sepak dengan kijang pulak. Kecewa jangan cakap la. Sama perasaan masa Brazil kalah dengan sapa tah masa FIFA dulu. Hijau kuning jugak. Masuk opis dengan perasaan hambar. Time brazil jatuh dulu, lagi teruk mood aku. Sapa tanya saja teruih moody.haha








Walaupun kekalahan, tapi apa-apa pun sebagai tegar hijau kuning, aku support jugak walaupun Kenari hilang bisa. Bukan masa menang saja disanjung, dah kalah kena paku. Tu memang lalang fc. Apa pun tak buleh. 


Yang pastinya, dengan perasaan yang syahdu lagi tak berapa nak ikhlas, aku ucap tahniahla kat team Kelate, negeri angkat aku selama 3 tahun. Sorang player kelate yang aku minat dalam team Kelate, Daudsu tadak pulak semalam. Kena kad merah kot.So takleh tengok dia semalam.haha. 


p/s :Buat Mie yeh, jom pi minum teh o limau....hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails