nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, May 17, 2012

:: PAGAR MANA YANG MAKAN PADI::

Assalamualaikum bloggers....




Alhamdulillah, harini mood ok balik sebab semalam takdak game bola, so maknanya, bila takdak game, takdak sapa yang kalah. Dan bila takdak sapa yang kalah, makanya, tenteram hidup aku pun..hiihihi. Pagi ni aku teringat nak perbetulkan istilah peribahasa kita, yang sampai la aku terpikir ada betulnya jugak. Tapi dulu, takdala pulak cikgu-cikgu aku tolong betulkan. Dalam buku pun, memang aku dok jumpa "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI". Yang sebenarnya, HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.



Sebenaqnya dah lama aku nak buat entry pasai ni, tapi dok lupa..hihihi. Jadi harini aku tengok burung terbang masa kat highway tadi, teruih teringat burung Pegar. Aku try tanya pakcik google tadi jadi dia bagi gambaq kat aku.




Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Burung Pegar atau Ayam Pegar adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidaeordo Galliformes, termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.


Mengikut pemikiran pun kalau burung pegar, memang agak logik jugakla. Tapi kalau pagar makan padi, lagu mana pulak pagar nak makan padi. Pagarada mulut ka nak makan padi.



Apakah yang dinamakan Pegar?

Pegar tu adalah sejenis burung. Ada jugak yang panggil ayam pegar. Boleh terbang macam burung, dan jalan-jalan macam ayam jugak, tapi aku rasa burung ni kategori terancam jugak sebab aku tak penah nampak dah spesies ni kat sawah.



Kenapa Pegar yang jaga padi?

Sebabnya burung Pegar ni memang ada kat hutan dekat ngan sawah. Jadinya, burung ni makan serangga perosak padi seperti siput gondang, belalang dan burung yang sama spesies dengan ayam ni jugak boleh makan padi. Kesimpulannya, pegar boleh jadi musuh padi, dan dalam masa yang sama boleh makan padi jugak.





Sama keadaannya macam "MELEPASKAN BATUK DI TANGGA". Bukannya batuk tapi sebenaqnya Batok. Perkataan batok tu adalah bermaksud tempurung. Biasakan nak masuk rumah dulu-dulu, ada tempayan yang ada ayaq nak basuh kaki. Pencedok tu namanya batok.




CREDIT TO:

http://www.bicaradariaku.com
http://ragbar-anekdot.blogspot.com
http://www.umlib.um.edu.my
http://www.koleksiartikel.com


P/S : harapkan pegar, pegar makan padi. Bagai melepaskan batok di tangga.

1 comment:

SM said...

aku pernah mendapat teguran yang membetulkan berkenaan dua peribahasa ni sedikit masa dulu.

macamana agaknya kalau kesilapan ini akan berpanjangan sampai bila-bila?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails