nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, December 23, 2012

::SEMOGA KEKAL HINGGA KE JANNAH::

Assalamualaikum peeps...


Selamat berhari minggu buat yang cuti, buat yang keja tu mesti laaa selamat bekerja.kihkih. Apa-apa pun harini memang relaxing gila aku kat umah ni, syok layan kona baring sambil hadap 'peel fresh' depan tv. Oh,nikmat yang kebanyakan orang tak rasa.Sebab aku sorang ja yang tengah merasa.hihi



Aku perhatikan kat fesbuk lah kan, ada antara golongan orang yang suka post status jiwang-jiwang karettttt la kan, tapi biaq pi lah, tu pesbuk depa, ikut suka la nak post apa pun kan. Satgi dok kata sebok jaga tepi kain orang pulak.haha.



By the way, aku jumpa satu nasihat untuk kapel-kapel sekalian, kebanyakannya yang ada boifren lah kan... jangan la over expose gambaq kat fb. Tak sesuai, nanti orang buleh edit gambaq tu untuk tujuan lain. Bahaya sebenaqnya letak gambaq banyak-banyak kat fb. Antara nasihat ikhlas buat yang over sangat tu...






Peace.

P/S : tetiba teringat iklan Siti kat radio, "kak siti risau tau dengan adik-adik yang bercinta di bangku persekolahan".hihi

Thursday, December 20, 2012

::TIPS-TIPS ELAK GHIBAH (MENGUMPAT)::

Assalamualaikum w.b.t to all readers



Harini aku rasa aku nak share dengan readers semua trend-trend yang dok ada kat FB ni. GHIBAH. Eh, apakah?



Haaaaa...mai aku nak creta. Ghibah ni maksudnya, mengumpat atau mengata tentang hal orang lain. Sket-sket mengata orang tu orang ni. Kat dalam FB pun lagi sakan. Kengkadang aku dok pikiaq jugak, yang selalu sangat dok post mengata pasal hal orang kat FB ni awat taktau? Takdak keja lain dah ka?Bagi aku la kan maybe lupa bawak cermin kot nak tengok diri sendiri dulu.




Bagi semua yang mana ada kawan-kawan yang stail macam ni, meh aku nak bagi tips sket untuk hangpa semua nak elah ghibah ni.

1. Kalau tengah dok sembang tu, start dengaq bab kawan kita tu mengata orang lain, hangpa tanya kat dia "hang ada cermin dak? aku nak cermin muka dulu sebelum nak mengata kat orang".Mintak ja, jangan malu-malu.

2. Kalau cara dia sembang tu banyak sangat mengata orang, azan kuat-kuat kat telinga dia.

3. Kalau dia tengah drive, try sembang ngan dia, benda-benda lain, ajak tengok pokok-pokok ka, tanya harga keta depan ka kan lagi afdal.

4. Bila ada part yang nak mengumpat orang, cuba bukak radio nyanyi kuat-kuat, sumbang pun takpa, at least dia ada point nak kutuk hangpa balik, dapat jugak pahala free sekali sekala.

5. Lastly, kalau dengaq dia dok jaja keburukan orang lain, ajak dia pi toilet, cakap kat dia "aku nak muntah la dengaq hang dok ngumpat, jom pi toilet sat".hihi


p/s : bagi aku, aku anggap yang jenis stail mengumpat orang ni, depa sebenaqnya kekurangan cermin. Sebab tu tak boleh nak tengok diri sendiri dulu sebelum mengata orang.peace.


Wednesday, December 19, 2012

::SUSAH ITU PETUNJUK::

Assalamualaikum semua.


How are you. Aku? Macam biasa masih boleh dok update entry lagi kat sini walaupun kadang-kadang ja. Tu pun mai time aku kerajinan. Tapi baca blog orang aku rajin la.kihkih.




Sapa tak penah susah atas dunia ni? Tipula. Mana ada orang tak penah susah. Walaupun penah sekali, dua kali, kiranya penah susah la jugak tu. Walaupun sampai satu tahap akan terlintas kat kepala kita ni "ish, apa laaaaaaa nak jadi dengan aku ni?". Sapa pun kita susah tu macam sebati dah dalam hidup kita. Tah payah laaaa nak lari merata untuk elak susah. Kita lari pun merata-rata dia ada. Cumanya, cara kita redha dan bersyukur sebab time susah ni kita akan nampak macam-macam. Ada yang nak tolong, ada yang diam seribu bahasa.




Tapi baguih sebenaqnya bila kita susah ni. At least, kita tak la lupa diri sangat. Tapi bila dah senang tu jangan la belagak sangat sampai tak kira orang. Bersyukur dengan apa yang ada. Bila susah, cuba kita usaha, doa, tawakal. InsyaAllah, Allah akan hantaq bantuan untuk kita. Bantuan yang tak kita sangka-sangka.




P/S : Susah dunia tu ujian kecik ja, jangan sampai susah kat Akhirat. Sapa nak tolong?


Friday, December 14, 2012

::DENDAM TOMYAM MERAH!::

Assalamualaikum to all readers.


Pagi yang agak kecewa aku rasa sementara nak mengubat luka semalam. Memang sangat frust bila tengok Separuh Akhir Malaysia vs Thailand semalam. Tapi bagi aku, kalah pun takpa la, sebab kita kalah bermaruah. Nak berdepan dengan ref Korea yang memang sah nampak berat sebelah kat Thailand.






Memang bukan rezeki harimau tahun ni. Dari awai lagi aku dah rasa yang ref ni memang berat sebelah. Thailand sikit punya kasaq tapi dia buat tak nampak, tapi bila malaysia main, sket-sket kad kuning, dan paling mengecewakan aku tindakan Lee Ming Yu layangkan kad merah kat Fadhli Shas.








Kalau tanya pendapat aku memang aku tak puas hati dari awai game lagi. Sebab aku tengok cara ref korea ni memang bikin panas ja.. Apa-apa pun, aku memang tak buleh tengok mangkuk tomyam buat masa la. Sakit hati dow...




p/s : Misi Singa untuk balas dendam bagi pihak rimau.



Thursday, December 6, 2012

::SIAPA KATA SURIRUMAH SESUATU YANG 'LOW CLASS'?::

Assalamualaikum readers.



Pertamanya aku ingin mengucapkan selamat hari khamis buat semua yang baca entry aku ni. Hari ni aku cuti. Motifnya??? SAJA SYOK-SYOK abihkan cuti. Time-time cuti macam ni selalunya aku bagi full commitment di rumah.Motifnya?? MEMANG AKU SUKA dan suka hati aku la..kihkih. Aku tak suka sangat keluaq hang out time bila masa aku ambik cuti macam ni. Bila kawan-kawan ajak keluaq besanya aku  bagi alasan macam-macam sebab jadi sayang gila nak tinggal rumah ni.Aku lebih suka lepak kat rumah sambil tengok blog, tengok fb, masak apa yang patut. Memang stail tu dah.haha




Jadi bila aku dok kat rumah ni, banyak gila wei keja. Ngalahkan keja aku kat opis yang dirasakan dah melambak. Harini aku nak mengamuk kat rumah. Pagi-pagi lepas subuh lagi start dah jobscope aku. Basuh baju, jemuq baju, lipat baju, sapu sampah, kemas rumah, bagi kucing makan, cakaq sampah kat luaq rumah, mengemop, masak, basuh pinggan, makan, kemas bilik, tengok tv sat, tengok fb sat, update blog dan.......... ulang balik ayat yang kaler merah tu sampai hangpa semua puas hati. Sibuk gila aktiviti aku. Tengok sat mana laaaaaa aku ada masa nak pi shopping bagai. nak makan pun rasa macam tak nyempat. Ni sempat update blog, pasni nak pi mengemas lagi ni. Apa yang aku kemas aku pun taktau dari tadi tak habih-habih. 




Nasib baik tadak anak lagi ni, lega sket rasa sebab anak-anak kucing aku tak payah nak bagi pakai pampers segala. Depa boleh berdikari sendiri. Ni nak bernafas pun rasa macam takdan dah. Sapa yang pandai-pandai kata surirumah tu tak sibuk? dan keja makan tidoq? Mai sini aku nak luku-luku pala. Ni yang bujang-bujang macam aku pun dah sibuk sampai ke malam. Apatah lagi laaaaa yang dah ada 2,3,4,5, anak. Dok kalut nak mengasuh lagi..huiiii. Rasa nak mintak kat Allah "Ya Allah, bagilaaaaa masa tambahan" .Hukkk




Betui kata Ustaz...




Dah la tadak pencen, tadak cuti rehat, tadak public holiday, dan tadak istilah berenti dalam buat keja rumah. Mujoq jugak aku lagi suka dok rumah dari dok kat luaq rumah. Banyak keja lagi nak buat.




p/s : Bagi aku, lelaki yang paling hensem adalah lelaki yang suka dok kat rumah teman bini time cuti, biaq la tak buat apa pun, janji sejuk hati tengok laki ada sama. Errrrrr, sapa nak jadi bakal aku? anyone?anyone?hihi


Wednesday, December 5, 2012

::JRRCMDU: DURIAN BALIK PULAU, MEE KETAM PONDOK UPEH::

Assalamualaikum peeps.


Wah, lama benau tak update apa-apa kat sini.kihkih. Lama menyepi sat sebabnya aku maleh nak update.haha. Walau apa pun kali ni mengupdate dengan entry baru yang masih berkisarkan tentang makan.



Memandangkan la ni musim durian, dan buah yang seangkatan dengannya, kali ni, group JRRCMDU buat terjahan makan durian di Balik Pulau, lokasi kedai tu aku payah nak cerita sket sebab aku taktau sangat jalan dia. Yang aku tau dekat dengan KFC Balik Pulau. Kalau sesat, pandai-pandai la tanya orang.hihihihi.


Kat bawah ni aku letakkan gambar-gambar masa kami makan durian dan jugak mee ketam yang memang sedap,di Pondok Upeh tak jauh dari lokasi port durian tadi.














Kat bawah ni mee ketam Pondok Upeh yang sedap tu....




Kredit gambar:

Zulkifli Ahmad
Sugarhoney

p/s : Ketam tu aku bawak balik umah, tak leh habih dah.hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails