nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label syurga makanan. Show all posts
Showing posts with label syurga makanan. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

::BUAT YANG SEDANG MENCARI::

Asalamualaikum peeps....



Seperti kebiasaan. Lama aku tak update entri baru. Nak update story panjang, tapi segan nak taip pulak. Jadi harini ada masa terluang sebab ahad ni aku tak pi mana-mana pun sebab semua geng sibuk. So, dok umah basuh baju, lipat baju..hihihihi.




Okeh, back to the topic, ramai yang dok tanya aku, kat area Utara ni tempat makan kat mana yang sempoi-sempoi. Aku nak habaq pun aku tak pasti la pulak selera hangpa lagu mana. Tapi untuk kepastian dan buat sapa-sapa yang berhajat nak mai jalan-jalan cuci mata belah utara tanahair kita ni, haaaaa, aku nak suggest satu group kat pesbuk yang boleh jugak la dijadikan rujukan untuk terjahan port-port makan yang confirm holiauuu..






Bagi sesapa yang masih blur-blur lagi, silalah klik banner di atas, untuk keterangan lanjut, sila refer kat group Jom Ronda-ronda Cari Makan Di Utara. Anda pasti akan dilayan dengan ramah dan tamahnya. Kalau nak suggest tempat makan pun di alu-alukan. Tapi sekitar utara saja lah. Tempat lain tak layan..hahahha.peace.



P/S : Group ni jugak akan buat hiking pi Pantai Kerachut, Penang National Park, sapa yang minat nak join, sila-silalah klik banner kat atas tu.

Monday, April 30, 2012

::3rd TRIP JRRCMDU : PULAU AMAN::

Hello bloggers.


Assalamualaikum w.b.t to all bloggers



Agak kusam pulak blog aku ni, hihihi. Lama tak update apa-apa kat sini. Reason utama sebab aku maleh.haha. Kelmarin, aku sempat join trip yang kali ke-3 JRRCMDU buat. Kali ni Pulau Aman menjadi lokasi pilihan. Seawal pukul 9 pagi kami dah berkumpul di RnR Juru.(Kami tu merujuk kepada aku dan 2 orang saja, yang lain tak mai lagi). Pekena nasik lemak dengan teh o limau paneh feveret aku. Tapi dukacitanya, nasik lemak yang aku makan mentah pulak. Dok rasa beras lagi. Siot betui...sesudu ja kot nasik lemak yang aku telan pagi tu.



Dalang utama trip kali ini, Mr Bross kita, En. Saifullizan, dan macam besa yang lain tu menjadi tulang belakang trip. Ya lah kan, tanpa tulang belakang, sapa lah pulak nak join kan. Jadi bila dah sampai kat Pulau Aman tu jadi cerita lain pulak dah. Di samping kami yang kebuluran tunggu mee udang, sempat jugak beramah mesra dengan satu lagi group, tapi chinese version punya. PG Food Hunter A Team, hunter makan jumpa hantu makan. haha. Apa- apa pun memang friendly sangat team depa ni. Elok la, meja makan pun sebelah-sebelah saja.



Selamat melayan gambaq-gambaq yang aku kidnap dari pesbuk JRRCMDU dan PG Food Hunter A Team.
















Lupa aku nak close up gambaq sirap limau yang aku minum dekat-dekat. Time paneh menggila macamtu tak buleh order teh o limau paneh, satgi aku pau abih ayaq orang. Memang comfirm terliur sirap limau tu. Ni semua kes henfon aku kena virus. Dah tak boleh nak snap pic apa-apa. 

Tak lupa jugak kredit gambaq to : asraffjamaludin.blogspot.com



p/s : Lepas makan kat Pulau Aman, kami pi makan laksa dengan ABC pulak kat Jeti Batu Musang. Rugi aihhhhh sapa tak ikut..Next time kita pi hiking pulak. Sempoi!

Tuesday, April 10, 2012

2nd TRIP JRRCMDU : KUALA KETIL - TASIK BERIS

Assalamualaikum bloggers and readers



Here i come..muehehehhehe. Mood layan lagu sat,okeh berbalik pada tajuk entry kali ni, apabila puak-puak JRRCMDU buat 2nd trip ke Kuala Ketil. Kali ni kita terjah port ikan bakaq sorang ahli dalam group ni jugak. Port yang agak menarik sebab tepi jalan ja, tapi depan sekolah apa taktau, aku dah lupa...kiki..(maafkan saya).




Jadi untuk aktiviti kali ni, walaupun tak semua yang dapat pi, cuma yang mana ada freetime sempat la join. Then kita lajak pi Tasik Beris sekali. Aku pun first time gak sampai kot belah sini. Tak penahnya dok mai pun, cuma dok dengaq ja.Dah alang-alang tu.............apa lagi...redah ja la.



Konvoi kali ni ada lebih kurang 20 members kot yang join..ka kurang? agak-agak macam tu ja la. Meetpoint kat Petronas Seberang Jaya, dan dalam pukul 10 kot baru bertolak ke Restoran Shake Sys kat Kuala Ketil sebelum berangkat ke   ladang anggur Tasik Beris. (aku panggil 'taman anggur' sebab buah anggur tak banyak sangat macam rupa 'ladang') hihi



Kat bawah ni antara aktiviti yang kami buat hari tu.Aktiviti yang memang happening, jalan-jalan cari makan. Paneh sangat sampai sakit tekak, takda suara....tapi memang paneh sungguh ladang anggur kat tasik beris tu, huhuhuhu. Belasah ja la.






















Line berukben ni agak slow sket, so maleh nak upload gambaq banyak-banyak tapi apa-apa pun layan ja la gambaq yang ada no..hihi



Kredit to : asraffjamaludin.blogspot.com atas ihsan gambar.

p/s : next trip.........[no answer] hihi

::ADMIN GROUP JRRCMDU::

Assalamualaikum to all readers and bloggers.



Malam yang suam-suam kuku dek kerana hujan di sini, aku nak ambik kesempatan untuk promosikan satu group yang berpengkalan di.....(aku taktau tapak), tapi yang pastinya di utara lah jugak.hihihi. Group ni salah satu group yang bak kata orang agak cepat naik tarafnya dalam pesbuk ni, sebab makin lama, makin ramai yang dah join dan jugak salah satu platform buat kaki-kaki makan untuk terjah port-port makan yang best coverage dia, sebelah utara ni saja.




Yang mana dok belah selatan, barat, tengah, timur tengah tu, harap maaf la na, sebab yang tu di luaq coverage kami.kikiki. Jadi kebanyakan posting dalam group ni memang based on makanan belah Utara ni yang memang dicop sebagai Syurga makanan (wah!sinonim).





Amacam? sempoi dak?hihi. Actually group JRRCMDU ni diwujudkan untuk mempromosi makanan di Utara terutamanya dari Perak, Penang, Kedah dan jugak Perlis. Jadi ahli-ahli yang ada dalam group ni jugak masing-masing ada tempat makan yang best untuk dikongsi.Tak kira lah yang otai dan selalu makan kat kedai, jadi sebarang posting yang ada dikira sekaligus mempromosi jugak port-port makan yang diterjah.




Bagi sesapa yang nak dapatkan info tempat makan yang best, bolehla terjah group ni dan join sebagai ahli. No fees.no form needed.hihi.Ramai yang boleh tolong suggestkan tempat makan sekiranya lah berhajat nak cuti-cuti Malaysia kat negeri utara Malaysia ni.



Kat bawah ni adalah muka-muka otai dalam group ni. Dan yang sesungguhnya mereka-mereka di bawah ni adalah tulang belakang group ni yang bersedia untuk membantu anda (sila bayar saya untuk promosi kalian...)














Ni antara sebahagian admin-admin yang memang mesra rakyat, kalau kenai muka-muka depa ni kat kedai-kedai makan, silalah teguq..kikikikiki. Sori na admin yang takdak gambaq, cari tak jumpa pulak, kat mana tah depa simpan collection gambaq semua.





So, secara konklusinya, bagi rakan-rakan bloggers yang nak join group ni boleh terjah link ni JRRCMDU. komfirm boleh terliuq dengan segala posting makanan yang dok ada. Assalamualaikum. peace



p/s : ada orang kenai aku dak?hihihi.bagi low profile sket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails