nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, June 26, 2012

::JRRCMDU: TRIP BELASAH DURIAN::

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi, sebab pagi ni aku ada mood nak mengupdate blog. Seperti biasa alasan tetap aku bila tak update blog adalahhhhhhhhhhhhh.. line lembap macam siput barbie. Dah bila line tenet laju aku dok pulun tengok youtube pulak. kikikikiki. Maka, mood nak mengupdate pun lari begitu saja.




Okeh, aktiviti JRRCMDU kali ni julung-julung kali diadakan sempena musim durian dan jugak Euro pada masa la ni. Euro tu tadak kena mengena, cuma aku saja yang dok pulun.kikikiki. Seperti semua sedia maklum, memang la ni musim buah segala-gala. Rambutan pun tengah dok merah, durian pun melambak-lambak di pasaran. Jadi bagi mengeratkan perpaduan (cewwwwwwwwahhhh) di kalangan ahli group, maka atas inisiatif otai-otai group buat event ke dusun durian yang namanya "Dusun Hijau Kuning" yang bertempat di Relau, Seberang Prai Selatan.




Antara family group JRRCMDU yang memang sporting habih. Tapi takdan laaaa nak kenai semua, dan senyum-senyum saja..kikikikiki.Untuk pengetahuan umum, gambaq yang kat bawah ni memang dikelilingi dusun durian seluas 3 ekar, dan sebelah kanan tempat kami berdiri ni ada kolam tilapia. Eh, tilapia ka talapia taktau. Ikan mak aiiiiiiii, jangan cakap la, baru aku jenguk ja mencanak-canak depa timbui. Rasa macam nak menjala ja. Kalau tauk jala, aku memang komfirm dapat habuan.



Kat bawah ni adalah Tuan Dusun bersama isterinya, yang ramah tamah. bagi sesapa yang tak sempat nak join event makan durian, hanya gambaq saja yang ada untuk tatapan.













Okeh, gambaq terhad yang diambik dari kamera bos, ni adalah sebahagian mereka yang memainkan peranan di belakang tabir, peranan utama adalah makan.hihihi. Sapa-sapa yang kenai tu teguq la, jangan malu-malu. Kami memang mengalu-alukan anda semua join event makan-makan yang best dan lepas ni ada event boling longkang. Sapa yang cekap main longkang, dengan rendah dirinya saya mengoffer diri nak join group kalian. pilihlah daku.haha.



Oh, satu lagi, kalau anda perasan, ada sorang tu yang suka bawak video dok shoot merata alam sambil cakap sorang-sorang tu. itu adalah boss kita, otai group ni. Gambaq dia takdak pulak nak sumbat dalam ni. Kalau nampak dia cakap sorang-sorang tu sila abaikan, maknanya dia dok shoot video la tu.hihi. Bagi sapa-sapa yang nak tengok muka-muka belakang tabir, boleh rujuk admin group JRRCMDU


p/s : Trip belasah durian. Yang dok belasah tu orang lain kecuali hat baju putih tu saja.... tapi baju putih itu sedang melayan demam sekarang ni.tima kasih kerana menyokong.huhuhu. tak tahan hangat dah.


Gambar dikidnap dari:

dari DSLR asraff jamaludin
dari kamera boss Zulkifli
dari kamera Zulhisham Abu Hassan

4 comments:

Unknown said...

Best... kipidap

Dj Zul said...

sempoi...

Anonymous said...

Ada juga pic daku dlm blog ni(last pic)....akhirnya setelah sekian lama menanti...durian kucing tidur menjadi igauan..

Unknown said...

Ya ka x mkn,,,,, bkn kucing tido, Tikuih lena ka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails