nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, May 31, 2012

::DIAM DAN EGO, JADILAH AIR::

Assalamualaikum...


Agak menyepi seketika dari dunia blog... dek ketandusan idea dan maleh nak on laptop waktu senggang..hihihihihi. Pagi ni aku baca majalah al-ustaz. Taktau majalah apa? Haaaaa... macam kat bawah ni..





Setakat ni baru keluaran edisi kedua majalah ni..Tapi memang superb bagi yang suka baca majalah ilmiah yang macam ni. Kalau yang suka baca Hai ka Mangga ka mungkin majalah macam ni tak menarik pun la. Tapi during leisure time aku, memang aku suka baca majalah yang pattern macam ni.



Dalam edisi pertama majalah ni, dah syok... "Susahnya mendidik diri"



Memang sebagai manusia ni, kita kena selalu didik diri kita, rajin-rajinla tanam sifat positif dalam diri, Insyaallah orang sekeliling pun akan senang dengan kita. Dan macam mana kita nak handle situasi dengan lebih baik yang tu semua akan bergantung pada kemampuan otak kita untuk berfikir.



Bila kita berdepan dengan orang yang terlalu sensitif dan panas baran, kita kena bertindak jadi air. Dengan kata yang lain, kita kena belajaq rendahkan ego kita. Manusia semua ada ego, tapi selagi mana kita berjaya kawal mood marah kita tu, kita memang dah berjaya lawan hasutan syaitan.



Diam orang mukmin tu ibadah. Adakah kita boleh digelar mukmin? Kalau dalam diam berzikir, berselawat dan memuji kebesaran Ilahi, itu adalah ibadah. Tapi kalau diam dengan niat meluat kat orang, dan saja nak diam sebab bagi sakit hati orang dan buat taktau, tu bukan ibadah dah ye.huhu



Kadang-kadang orang diam bila ada masalah dan takmau sharing dengan kita. Tapi kita pun satu hal jugak, janganla sampai tak kena time bila nak tanya pun. Ataupun kita paksa sorang tu cakap apa yang tak kena bila dia tengah moody. Kita kan manusia, hari-hari kita jumpa orang sekeliling. Takkan kita still tak boleh belajaq cara nak kenai orang. Sekali sekala kena jugak baca psikologi orang. 



Jadilah air bagi ubat orang yang terlalu sensitif. Kalau dia rasa dia betul-betul perlukan kita dalam hayat dia, insyaallah dia akan cari kita dan dia takkan sekali kali mengkhianati dan tinggalkan kita. Kalau niat dia menyimpang dan tak elok untuk kita, selalunya dia akan dapat apa yang dia nak. Ingat "what you give you get back". Jangan sedih bila jumpa orang yang salah sebaliknya bersyukur, ada hikmah yang kita tak nampak, kita takkan rugi pun. Jadi, sapa yang rugi??? Fikir-fikirkan dan selamat beramal ;).





p/s : Mood tengah posa memang banyak idea mencurah-curah dalam kepala.hihi


Friday, May 25, 2012

::APA YANG AKU HARAPKAN::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.....



Salam jumaat bagi saudara saudari muslimku, dan salam sejahtera kepada saudara saudariku yang bukan beragama Islam. Mengupdate lagi aku pagi ni.....



Bila kita bercakap soal harapan...
dari hati kecilku....


Semua kita ada hati dan perasaan dan selama mana kita masih bergelar manusia, pasti di situ ada harapan. Walaupun di permulaan. Semua manusia nak macam-macam, ada yang nak rumah besaq, jadi kaya, hidup bahagia. Ada usaha dan bila ada usaha, ada harapan yang diletakkan. Selagi harapan yang tidak bercanggah dalam islam, pohonlah, dan apabila harapan itu bertentangan dengan akidah islam, buanglah.




Kadangkala, kita silap letak harapan. Kita rasa manusia boleh memahami. Jadi, kita letak harapan pada manusia, yang sama sekali sama fitrahnya macam kita. Manusia yang lalai, manusia yang ada perasaan, manusia yang serba kekurangan. Manusia yang hanya boleh semai harapan tapi sama sekali jarang boleh melunaskan harapan. Untuk apa? Kerana kita tak yakin! Tak yakin dengan harapan yang Allah boleh bagi lebih dari itu.




Kita masih mengharapkan apa yang hanya ada depan mata kita. Kita tak nampak yang sebaliknya. Yang lagi berkuasa dan yang lagi mampu menunaikan dari apa yang ada depan mata. Andai kita tersasar dari menyandarkan harapan, pohonlah laluan agar kita diberi harapan baru. Harapan untuk disandarkan pada Pencipta. Kita hanya manusia biasa, kita tak berhak menjadi tempat bergantung harap.



Kita berharap pada manusia yang tak teguh pendirian, kelak kita merana
Kita berharap pada manusia yang tak teguh hati, kelak kita tak dihargai
Kita berharap pada manusia yang cetek akal, kelak kita akan ditinggal
Kita berharap pada manusia yang tak boleh buat keputusan, kelak kita bosan 
Kita berharap pada manusia yang akan mati, kelak kita semua akan mati.



HARAPAN hanya tinggal HARAPAN. Tinggalkan harapan palsu itu. Tak guna mengharap andai itu belum tentu memberi kebaikan. Berserahlah pada yang maha Esa, dia merencanakan setiap saat hidup kita. Dia merancangkan kita jadi begini dan begitu.Itulah yang kita namakan takdir. Takdir hidup yang kita belum nampak dan sedang kita harungi likunya. Jangan kecewa dengan rahmat Allah. 


Bahagiakan kami ya Allah, 
sesungguhnya aku sendiri lemah lagi tidak berdaya untuk melawan ketetapanMu. 
Engkau adalah perancang terbaik buatku.
Sesungguhnya tiada apa yang mampu menghalang aku dari dekat denganMu
Aku mengharapkan sesuatu hanya padaMu
Hanya Engkau yang mengerti diri ini ya Allah
Aku tidak akan menjauhiMu ya Allah
Sesungguhnya Engkau sajalah peneman aku, penjagaku
Sedangkan aku sendiri tiada daya memikirkan hari esokku
Aku HambaMu
Dari bermula nafas pertamaku hingga terhentinya nafas terakhirku.
Engkaulah perancang sebaik-baik perancang.



Kita semua masih disayangi ;)



P/S : Jangan frust dengan apa yang kita lalui, belajarlah untuk redha ;)




::iklan untuk saham akhirat, mari menyumbang sorang sikit ;)::

Thursday, May 24, 2012

::JANGAN ENGKAU MARAH, AKU DISISIMU::

Assalamualaikum peeps...




Alhamdulillah harini dah masuk 3 Rejab, lepas tu syaaban dan ramadhan pulak yang akan menyusul. Bagi sesapa yang tengah posa sunat, posa ganti tu, selamat berpuasa diucapkan. Aku pun posa jugak harini...hihi. Banyak diam saja harini, tak cakap banyak sangat. Cuma ada masa dan kesempatan untuk update blog aku ni dengan ilmu yang ada, tak banyak mana. Sekadar untuk share semata-mata. Terpulang bagi yang nak menyampaikan.






Satu fenomena yang agak biasa dalam diri kita, bila kita menegur tu maksudnya kita ambik berat. Maksudnya kat sini, janganlah bila ada yang menegur kita bila dah terang-terang nampak tu memang kesalahan kita, kita kata "dia tu menyibuk pulak, diri sendiri jalan tak betui, ada hati nak menegur orang".




Sedarlah saudara-saudariku yang dihormati sekalian, 


Cuba positifkan minda kita. Menegur bukannya untuk menjadikan akhlak kita jadi lebih teruk, selalunya orang yang menegur, dia nampak apa yang tak kena di mata dia, yang mungkin kita sendiri tak sedar. Jadi itu adalah proses untuk kita belajar dari membuat kesilapan yang berterusan. Amat malang, bagi mereka yang apabila ditegur terus melenting dan melancarkan serangan balas kata-mengata yang menyakitkan hati.



Rileks..............

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 

" Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."




Dan bagi yang nak menegur tu, silalah guna bahasa yang lebih lembut dan halus dari softlan, sebab, ia akan meresap jauh ke jiwa. Jika gunakan kekerasan dan lisan yang berbentuk amaran, jarang ada manusia yang boleh menerima dengan hati yang terbuka. tegurlah secara berhemah. Kalau yang menerima lah, yang tak boleh terima, biarkan dulu. Hidayah hak Allah, Dia boleh bagi pada sesiapa saja hambaNya yang mahu mencari.





p/s ; Janganlah menutup pintu hati di saat ia masih mahu menerima kebaikan, kesian hati kita.

Monday, May 21, 2012

::KENA JAGA TEPI KAIN ORANG::

Assalamualaikum readers and bloggers,




Agak beberapa hari dah aku tak update apa-apa, hehehe. Kemalasan dan kelembapan tenet menghambat ruang waktu..hihihihihi. Nak lari jugak tu dari excuse maleh tu..hahaha



Pagi tadi aku baca sat majalah Gen-Q. Ya lah, sebelum bertambah sibuk menjelang hari ni, eloklah baca buku-buku ilmiah sat. Cewwwwwwahhh. haha. Apa yang aku rasa tertarik, pagi ni adalah satu peribahasa ka apa tah "JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG". Bagi aku, ayat ni dah tak buleh nak pakai dengan jiwa aku. Sebabnya, bagi aku, 'remind and advice' tu memang penting dalam Islam. Bukan dalam islam saja, dalam masyarakat pun sama jugak. Kalau mati, orang lain jugak uruskan kita. Bukan diri kita sendiri yang nak bangun mandi sendiri. Kannnnn?





Bagi aku, memang hidup kita ni ada landasan. Kadang-kadang kita boler tersasar jugak, tapi lama mana kita nak tersasar jauh-jauh? Sapa yang boleh pandu kita ke jalan yang benar? Cuba tanya diri sendiri. Apa guna hidup kita kalau sampai tak buleh diteguq. Ego namanya tu. Kita ada nilai bagi diri kita sendiri. Tapi setinggi mana nilai yang kita rasa pada diri kita, JANGAN PERNAH NAK BERLAGAK SOMBONG DENGAN ORANG LAIN. Orang teguq kita mesti ada sebab. Kadang-kadang bila kawan kita yang selalu teguq, kita langsung letak fikiran negatif. Kita kata kawan kita tu ada niat nak menjatuhkan kita la, padahal ada orang teguq untuk kebaikan. Kenapa kita tidak cuba untuk menerima apa yang baik dan jadikan panduan dalam hidup kita.




Bagi aku, aku jenis yang simple, aku jenis easy going, give and take. Jadi aku suka dengaq nasihat orang dan suka nasihat orang. Ada jugak orang yang suka dengaq pandangan aku, walaupun kadang-kadang ke laut saja idea aku ni..hihi. Tapi aku tak reti nak nasihat diri sendiri. Sebab tu aku lebih suka orang nasihat aku. Tapi adakala, bila orang tak buleh nak terima pandangan kita, abaikan saja. 




Eh, ingat tau tanggungjawab kita sebagai orang Islam, kita ada tanggungjawab untuk sampaikan apa yang kita tau pada orang yang taktau pasai hukum agama. Teguq yang mana buleh. Yang mana kita taktau, carilah ilmu. Islam bukan hanya sekadar nama, tapi Islam itu mendidik diri kita, mengisi rohani yang berjasad agar lebih menyedari bahawa hidup kita ada matlamat. HIDUP MESTI BERTUHAN.




p/s : Saling berpesan-pesanlah kita pada kebenaran. Jangan jadikan Islam hanya pada IC. Berpeganglah dengan ajarannya. Semoga bermanfaat untuk semua. Peace.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails