nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label bloggers. Show all posts
Showing posts with label bloggers. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

::BLOGGER DAN IDENTITI::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....to all muslims bloggers, readers, stalkers, and blogwalkers.




Cewwahhhhhhh..salam panjang hari ni, dan tak lupa jugak ucapan selamat pagi buat yang bukan muslim. Kalau ada la kan, walaupun percentage outsiders yang luangkan masa kat blog aku ni ciput ja.hihi.Pagi ni dengan mood yang suam-suam kuku, mood yang tak berapa ready nak raya. Tapi ada pulak yang ajak aku pi beli baju raya. Takpa la, aku ikut ja sebab saja hobi nak ushar orang..hahahah takda faedah betui.....








Dalam dunia blogger ni, ada dua jenis blogger, yang dedah identiti [macam aku], ada yang tak letak muka langsung, tak letak profile, tak letak link blog, dan ada jugak suka komen yang bergelar anonymous. Tak kesah la apa pun, cuma ada satu owner blog ni, suruh aku pi melawat blog dia, tapi tak letak link, susah gila aku nak jejak dia. Bila aku dah boleh jejak, alamakkkkkkkk....dia tak tulih langsung profile dia, setakat tulih hobi ja. Frust aku. Laki ka pompuan, aku pun taktau.





Apa pun, sebagai blogger, bahasa kita budaya kita. Walaupun ada yang sembunyikan identiti, tapi bahasa mestila sopan sket, jangan buat ayat yang bak kata orang macam $$%^&^%#@, maki dan sebagainya. Tak elok sangat dibaca blogger yang lain.Bukankah bahasa tu mencerminkan personaliti kita.




p/s : Kata bahasa jiwa bangsa, tapi kalau tengok dari segi bahasa...pergghhhhhh...boleh sentap jugak dek ke'kasaq'an dalam penulisan..hihihi...renung-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday, August 3, 2011

::BLOGGERS SEBAGAI AGEN PENTING::

Hello bloggers..



Assalamualaikum blogers, stalkers, readers and sapa-sapa jua yang lalu kat sini. hihi.





Harini aku tertarik dengan satu tazkirah kat tv tadi pagi. Aku taktau apa tajuk dia sebab aku tengok kat tengah-tengah dah. Tapi apa yang aku dapat ketchup adalah........ustaz tu cakap pasai peranan bloggers masa kini...hihihi..jarang ni aku dengaq ustaz-ustaz cakap pasai bloggers ni.







Tadi pagi baru aku dengaq. Ustaz tu cakap, pada bloggers semua. Jadikan penulisan anda tu berkualiti. Jangan hanya cari isu untuk lagakan orang, ni tidak bila ada kemudahan internet digunakan kat jalan yang tak sepatutnya. Semua asyik cerita keburukan orang, salah orang, aib orang lain tapi kita tak ambik yang tu untuk jadi iktibar.





Banyak bloggers sekarang ni lebih suka cerita pasai orang tu, dengaq cerita dari sebelah pihak lepastu buat kesimpulan sendiri, mengutuk orang lain dengan tujuan mengaibkan dia, ada yang suka printscreen benda yang takda kena mengena dengan kita, tapi bertujuan mencari hot story untuk menyalahkan orang lain.




Sepatutnya, bloggers memainkan peranan penting dalam usaha mengajak orang melakukan kebaikan. Lebih kurang berdakwah sket. Sebab kadang-kadang bloggers ni emosi, so, gunakan emosi tu untuk timbulkan kesedaran dari semua pihak tapi ingat, jangan riyak.





Bloggers memang main peranan penting, tapi jangan jadikan isu kecik sebagai masalah besaq buat semua. Tak payah laaaaa untuk update kisah dunia semata-mata, bukankah kita ada ruang sket untuk sama-sama sebarkan ilmu. Tak luak pun bila kita kongsi ilmu. Jadi, buat ni semua sebagai medan untuk kita tambah kenalan dan ambil iktibar dalam apa jua yang jadi.




Jangan jadikan blog kita ni tempat cari gaduh atau tempat untuk hina orang. Beringatlah, kalau ada apa-apa yang salah, mintak maaf....jangan serabutkan kepala dan create isu yang pelik-pelik. Bloggers as united. Jadi kongsi ilmu ni dah jadi kelaziman antara kita.



sekian, untuk makluman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails