nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, December 29, 2011

::MENGADULAH PADA ALLAH BUKAN DI FB::

Assalamualaikum. to all bloggers and readers. Dan tak lupa jugak buat yang blogwalking sampai ke sini.




Aku memang selalu laaaa jugak melepak kat mukabuku aku tu. Boleh dikatakan almost everyday jugak la aku online. Tak masuk sehari rasa macam katak dok bawah tempurung ja.hahahaha. Macam-macam gelagat jugak yang ada kat pesbuk ni. Antara aktiviti yang ramai dok pulun buat dalam pesbuk ni adalah...



-Dok update status 4,5 minit sekali, 
-men game, 
-post ayat-ayat jiwang, 
-post lirik-lirik lagu, 
-maki orang, 
-kutuk tv3
-bagi tazkirah
-tag kawan-kawan
-upload DP yang bajet comei dan hot-hot
-post status mintak simpati
-post video dari youtube



dan pendek kata, macam-macam lagi la.....hahahhaha. Memang happening kan pesbuk ni.update status satgi berderet-deret la komen.Tapi yang tak syoknya bila terlalu banyak sangat luahan kat fb. Adoiii, buat semak kepala ja. Apa laaaaa sangat nak meluah-luah sampai meleret-leret kat fb. Serius nampak tak matang langsung wo.




Aku paham la..... pompuan memang cepat emo, bila gaduh sket update status bebai kat pesbuk. Gaduh pasai laki tak beli nasik lemak pun update masuk pesbuk.hahahaha.Kengkadang nak tergelak jugak aku dengan perangai tak matang sesetengah orang ni. Tapi aku tak komen apa la..Just lalu ja.





Ada buat ayat perasan baguih pun ada.hahahhah.Tapi apa yang aku nampak la. Budak-budak la ni agresif sket. Pantang orang update status ja, depa pun komen kasaq gila.siap maki-maki. Aku tak paham. Biaq pi la orang nak update status apa pun. Kalau tak suka tak payah dok maki orang la. Jangan dok pi komen.




Apa-apa pun terpulang kepada ke'cerdik'an masing-masing la. Jangan terlalu banyak meluah kat pesbuk.Hangpa takkan tau persepsi orang. Kadang-kadang ada orang senyum suka hati bila depa tengok status kita hat sedih-sedih kat pesbuk.Jangan setiap inci pergerakan kita kena update status pulak 



"Harini kami sekeluarga nak gi bercuti-cuti ke Las Vegas".


Ayat memang dah sah-sah macam bangga. Tapi tak risau ka, kot-kot la ada penjenayah menyamaq jadi kawan kat pesbuk ka, bila nampak status macam ni..huuuuuuu...happy go lucky la jawabnya....







p/s : Apa-apa pun nasihat aku, kalau tak puas hati tu luahkan saja pada Allah. Dia kan lagi memahami kita. Aku pun nak luah kat Allah jugak pasai masalah aku ni...okeh.renung-renungkan dan selamat beramal.

::DUNIA BAWAH AIR:PANGKOR::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.



Di tengah hari khamis ni, aku dan lagi dok melepak kat pesbuk aku. Almaklumla...lepas-lepas masak ni, nak kona baring rasa awai lagi, hehehe. So aku baru teringat yang dah lama pulak aku tak mengupdate sepatah empat belas patah kat pesbuk.Aku pun sebenaqnya baru balik Pangkor... apa lagi, mestilaaaaa dengan hobi aku, ketagih nak snorkel kat Pulau.hihihi.





Sebelum meneruskan misi penjelajahan pulau untuk next year, maka aku lepas gian kat Pangkor ja dulu. Terubat jugak rindu dengan dunia bawah ayaq tu.hahaha
















Banyak lagi gambaq, tapi aku upload ni ja dulu. Maleh nak upload banyak-banyak,line slow sket. Gambaq yang second last tu hanya Tuhan ja la yang tau berapa beratnya beg aku tu....tapi aku ni kan camwhore sket, haha asai nampak kamera ja aku terlupa beban beg aku tu.. smile..haha




P/S : Next year mungkin aku plan nak pi ganu lagi. Pulau kat sana best. Sojuk mata memandang.

Saturday, December 24, 2011

::SUSAH Wo NAK JUMPA POMPUAN SUKA SUNBURN.HAHA::

Assalamualaikum.....




Tak berapa lama dah kita nak meninggalkan tahun 2011 kan, yang penuh ngan moody, haha. mood berjimba-jimba, macam-macam mood ada. Mood aku berubah ikut suhu, so thats why la macam-macam kaler yang ada. Harini aku just nak share hobby aku dengan semua yang sudi tengok blog aku ni. Hobi yang susah orang nak join ngan aku. Sebab semua takut ayaq.huhuuhuhu





Layan kan ja. Ni la hobi paling susah cari geng kat malaysia. Snorkeling.hehehe. Sapa nak join, mai habaq kat aku, nanti kita buat trip.  Sebahagian aktiviti aku kat pulau-pulau yang aku dah pi Langkawi, Perhentian, Redang, Manukan, Sapi dan beberapa lagi yang aku dah lupa kat mana. Aku maleh nak watermark gambaq semua ni..hehehe. View ja la no.

















Friday, December 23, 2011

::TAKKAN PANDANG HARTA JA?::

Assalamualaikum.hai all bloggers.




Aku agak kehairanan gitu.wah. Kenapa la cita melayu mesti ada perebutan harta ja melambak-lambak. Sampai haru-biru jadinya. Adakah memang masyarakat kita la ni memang macam tu? Ada harta semua orang pandang. Kalau yang pompuan mesti gila-gilakan laki yang ada harta. Kalau yang laki pun lebih kurang sama ja scene dia.







Abihtu, yang tak kaya nak letak mana? Takkan la takdak sapa nak langsung kot.hehehehehe. Zaman la ni semua pandang yang berduit ja, semua suka barang yang branded-branded ja. Kebanyakan jalan cerita dalam drama melayu ni lebih kurang ja. Sebab tu kengkadang tu aku maleh nak tengok sampai berepisod-episod lamanya.





Tapi bila aku tak tengok, ramai pulak kawan aku yang suruh tengok, depa kata best la, apa la walaupun kena tunggu tiap-tiap minggu.huhu. Tak tengok, dah rasa termissed something pulak. Bila tengok jalan cerita labih kurang ja macam episod sebelum ni. Balik-balik bab harta.aduiyai




Sebabtu aku suka tengok Merlin.hahaha. out of topic sat.




p/s : Jangan kikis harta orang.hehe

Thursday, December 22, 2011

::KALAULAH AKU.....MACAM TU::

Assalamualaikum.....hai peeps ;P



Bertemu lagi di hari khamis yang membahagiakan ini.muehehehehe. Sambil aku sibuk-sibuk cari resepi nak buat kek, aku cari mood sket nak update blog. Memandangkan keja aku dah settle....yehheeeee. dan esok aku start cuti panjang.wuuuuuuuu. bahagia gila rasa jiwa. Menghabiskan tahun ni dengan penuh macam-macam pengharapan.huhuhu





Jadi itu bukan persoalannya. Sepanjang tahun ni macam-macam jugak wishlist aku, dan ada jugak yang aku tengah plan, jadi. Yang aku plan tak jadi.huhu.Tapi, apa kena ngena ngan topik aku hari ni..... Takdak pa, sebenaqnya tapi hangpa perasan tak? dengan amalan "KALAU" dalam hidup kita.








Kalaula aku jadi kaya.
Kalaula aku ada kat tempat hang.
Kalaula aku ada rumah banglo 2,3 bijik.
Kalaula aku jadi menteri.
Kalaula aku dapat dia.
Kalaula aku ada sesuatu macam hang.





Kadang-kadang aku pikiaq jugak. Perkataan "KALAU" ni macam something yang membuatkan kita tak bersyukur ja. Balik-balik asyik nak jadi macam orang lain, nak apa yang orang lain ada. Kita asyik banding-bandingkan dengan orang yang lagi bertuah dari kita. KENAPA?....





Kita asyik tengok orang yang banyak duit, orang yang keja hebat-hebat, orang yang ada rumah besaq, orang yang ada keta porsche 4,5 bijik, dan mula la berangan "ish.kalaula aku jadi dia......" start dah.start dah. "Tu la dulu takmau belajaq pandai-pandai".hahaha. Ayat yang tak boleh blah. Pandai tara mana pun kalau takdak kabel, serupa tak laku ja ijazah tu.hihi





Kenapa bila kita tak bernasib baik dalam apa-apa hal, kenapa kita tak penah langsung nak tengok orang yang lagi tak bernasib baik dari kita. Bila aku rasa agak 'down' aku suka tengok orang yang tak berapa lucky macam aku. Cuba tengok dalam Bersamamu kat TV3. Ramai lagi yang susah rupanya. Kita asyik dok tengok orang-orang kaya ja, kadang-kadang boleh jadikan kita rasa macam tak bersyukur dengan apa yang kita ada.





Ni memang mengundang kerendahan iman dalam hati. Sekadar ingatan untuk diri aku dan kita semua, bila kita rasa down, moody, selalulah pikiaq. Hidup kita ni masing-masing dah ditetapkan rezeki masing-masing. Jangan menyesal apa-apa yang bukan jadi hak kita. Sebab kita tak akan tau pun tuah manusia kat mana dan bila. Tuhan dah atuqkan semua. Jadi, belajaqla untuk redha.





p/s: sekadar renungan. :p

Tuesday, December 20, 2011

::TUTORIAL : CENTERKAN HEADER BLOG::

Assalamualaikum stalkers and readers. peace yawwww.hihi



Malam ni mai dah mood aku nak bagi ilmu bagai.Hehehehe. Sepanjang aku cuti harini asyik dok meronda blog orang ja. Dan ramai jugak aku tengok blog hangpa masing-masing tak center header tu. Contoh cam header aku yang dok ada ni.cewwwwwwwah.




Kat bawah ni antara koleksi header aku yang aku edit susah payahnya.hahahah. Tapi la ni aku low profile sket, sorok muka.haha Dengan header yang lebih rileks bersama putera katak ku.oh lebiu.haha.gilosss.










Okeh.meh aku nak peturunkan ilmu turun-temurun dari blogger-blogger otai sebelum ni. Jangan risau tak payah nak pi mandi limau segala.hahaha. Cuma ikut step yang aku ajaq ni, comfirm settle masalah.



1. Pi kat dashboard > design > template designer > advance > add css

2. Pastu bila kat bahagian add css tu, hangpa boleh pastekan code kat bawah ni...




#header {
margin: 0px 0px 0px 0px;
padding: 0px 0px 0px 0px;
text-align: center;
}

Pastu tekan spacebar. So nanti dia akan masuk dalam tu. Nampak tak yang aku highlight kaler kuning tu, hangpa kena adjust sket. Main dengan angka. ubah yang tu ja. Tukaq nilai ukuran tu dari 0 sampai 100. Kebiasaannya, pada 35px.


3. Save ja. Jangan lupa pulak.


p/s : Kalau taktau tanya na.... tok guru aku : akalemosi.com.

::EDISI 1 UNTUK BLOGGER BARU::

Assalamualaikum. Sekali lagi mengupdate dengan keadaan yang tekejut beruk.hihi




Okeh, tadak apa sebenaqnya, aku cuma tekojut haaa....berjuta mesej (okeh, aku tipu) tetiba terjah kat emel aku. Sat, bagi yang taktau tu, kat bawah ni email address aku.


amani_cutez@yahoo.com.my



Agak jenuh pulakla aku nak menjawab soklan tentang blog. Aku ni bukan engineer blog pun haha. Tapi secara konklusinya, semua ada tanya kan macam mana penghasilan blog yang baik. Pendek kata nak tarik ramai follower, nak mudahkan orang baca blog kita, dan rasa nak 'up'kan trafik blog. Serius, aku hanya tau sikit-sikit ja dalam hal ni. Jadi dalam hal ni ramai jugakla adik-adik blogger yang tanya.




So, aku buat entry ni untuk jawab soklan random hangpa tu okeh. Jangan dok pikiaq teruk-teruk sangat pasaipa blog hangpa tu takdak follower. Mengalahkan masalah besaq pulak. Sebelum ni aku penah buat entry untuk blogger baru tapi mana pi tah. Takpa, ni aku buat lain.





Jadi bagi babyborn dalam dunia blog ni, firstly nasihat aku, tolong laaaa jaga diri dalam dunia blog ni. jangan berlebih-lebihan sangat bila tulih tak ingat dunia. Tak pasai-pasai ada kes polis la, kes saman la. Memang la blog ni FREEDOM OF SPEECH. Tapi beware, jangan sesuka hati buat entry yang berbaur fitnah bagai. Kena saman nanti, jangan dok tanya aku lak nak pi settle kat mana.huhu




Kat bawah ni aku bagi Do and Don't supaya dapat membantu anda semua sekalian bergerak ke jalan yang benar.haha.




DO


1. Boleh update entry apa saja yang terlintas kat kepala anda, be creative dalam apa saja.


2. Rajin-rajin blogwalking?hah.apa tu? Pi jalan-jalan kat blog orang lain.Kalau boleh, komen la sket, jangan la asyik tinggai link ja kat blog orang tu. Boring doh, nampak sangat pe'malaih'. Takdak effort.


3. Kalau nak feedback cepat, letakla shoutbox kat blog hangpa tu, supaya orang yang lalu lalang boleh tinggai  link depa kat situ.


4. Join segmen yang blogger lain buat. Dulu, aku rajin gila join segmen, tambah-tambah segmen yang Bro Ben Ashaari buat. Tapi la ni, maleh sket, kadang-kadang aku terlepas pulak segmen.



DON'T


1. Jangan sesekali update entry aibkan orang lain. Hangpa tak besa kena saman lagi, so jangan cari pasai. Ada tau blogger kena saman sebab aibkan orang, fitnah orang. Hati-hati sket.


2. Jangan asyik guna shortform dalam blog. Sampai aku pun tak paham.Contohnya "aq xtwu pe yg aq nk tls kt cniw.aq hrp kowrg cdilew folow blg aq niey dan ajr aq cmanew nk cntiqkn blog". Yang aku paham kat sini "follow","blog". Yang lain tu aku taktau ayat apa dan bahasa apa. Kalau buleh tulih la penuh-penuh. Banyak aih buleh tulih dalam blog ni. Biaq orang paham.


3. Nak boh lagu boleh,tapi hangpa semua kena paham. Ada sesetengah orang. depa tak suka dengaq lagu. Mungkin dia tengah frust tonggeng, sekali masuk blog hangpa yang ada lagu. teruih dia tutup, tak sempat nak follow. Sapa yang rugi habaq mai.....Kalau nak boh lagu jugak takpa, tapi make sure ada button on off, senang kalau nak senyapkan lagu dalam blog.


4. Jangan paksa orang follow blog kita tanpa kerelaan dia. Semua nak orang follow blog kan? Mestila.... kalau tak, takdala banyak soalan sangat pasai follower.Tapi jangan paksa orang, biaq dia rela sendiri. Tak payah la tulih, "woi..follow ahhh blog aku".adoiii...Haaaaa.satu lagi aku nak bagitau. Untuk senang tarik follower. Letak widget follower tu kat atas blog. Senang la orang nak follow. Takla menyusahkan dia dok cari, celah mana pulak nak follow blog ni.




P/s : Lama tak buat segmen.tetiba gatai tangan.haha

::UBAH DIRI SENDIRI ATAU UBAH ORANG LAIN::

Assalamualaikum.Selamat hari selasa semua.



Harini aku cuti. Lepas ja menghadap sesi masak-memasak kat dapoq. Teruih ada mood nak update blog sat. Dengan tajuk yang nak macam tazkirah tapi bukan tazkirah pun.hihihi. Kadang-kadang ilham tu mai tak kira waktu. Time aku tengah masak dia mai pulak. So, aku cepat-cepat ja sumbat dalam blog sebelum aku lupa. Ilham cepat mai dan jugak cepat hilang.






Ramai orang sedih termasuk aku bila dalam dunia yang besaq ni jumpa macam-macam perangai yang tak sekepala dengan kita.Memang tak semua suka kita. Tapi tak dinafikan ramai pulak yang suka kita. Okeh aku perasan.haha. Tapi apa yang membuatkan kita kecewa? Apa yang kita nak, kita tak dapat. Frust tertonggeng.





Kadang-kadang kita boleh ajak orang jadi baik. Tapi apa yang kita selalu failed adalah nak ubah diri orang lain. Sebenaqnya tak perlu pun kita nak paksa-paksa orang supaya ubah diri depa.Kalau buleh dunia ni pun kita nak ubah ikut acuan kita kan? Mana buleh macam tu bro.









Ramai orang memikirkan (termasukla aku) "awat la dia ni buat aku macam ni," "kenapa la aku ja yang jadi mangsa," "apa laaaaa salah aku," "kenapa ada kawan yang tikam belakang...bla.bla.bla". Kalau nak merungut sampai 20 tahun lagi pun belum tentu habih. Apa yang dimerepekkan aku pun taktau.




Tapi berapa orang yang nak berubah untuk jadi lebih baik? Tak semua pikiaq macam tu. Yang kita sibuk-sibukkan adalah macam mana nak jaga hati orang, pikiaq nu. Pikiaq ni sampai tak pikiaq tentang hal sendiri. Apa la baguih sangat kita pikiaq tentang orang yang tak penah langsung pikiaq pasai kita. Takdak gunanya pun!




Jadi moral of the story, kalau orang tak boleh buat yang baik untuk diri kita, abaikan. Janji kita buat yang terbaik untuk diri sendiri. Sapa lagi nak ubahkan diri kita kalau bukan diri sendiri. Berubahlah untuk jadi yang lebih baik dan lebih terbaekkkkkkkkkkk dari ladang.hihi



p/s : Anda mampu mengubahnya.

Sunday, December 18, 2011

::KEDAI MAKAN NI GUNA PELARIS KA?::

Assalamualaikum to all bloggers, readers. dan jugak stalker yang lalu lalang.
Tima kasih la sudi-sudi view kat sini buat yang kesekian kalinya.





Pagi-pagi ahad ni ada masa sket aku nak update entry.Khususnya bagi yang suka-suka lepak kat kedai makan, tak kira la pekena 5 gelas ayaq sambil cerita satu topik. Macam aku.ngehehehehe. Besala pompuan kan suka bukak topik.Baru-baru ni aku saja search pasai pelaris yang selalu tokey-tokey kedai guna nak melariskan apa yang depa juai tu. Kebanyakannya, kedai makan la. Kadang-kadang kita boleh tengok trafik kat sesetengah kedai agak kelam, ada jugak yang tak menang tangan.






Bagi yang taktau, selalunya benda-benda yang besa digunakan untuk dibuat pelaris dalam bisnes sama ada depa guna besi, duit syiling, beras, garam, gula dan macam-macam lagi la.Kebanyakannya benda-benda macam ni mesti diletakkan dalam kedai. Ada la jampi serapahnya.





Kat sini aku nak share la petua yang aku tau sikit-sikit, cara nak kesan kedai tu guna pelaris ka dak. Tadi aku baca buku yang mak aku beli, tapi rasanya petua ni ramai yang dah tau kot. Cuma aku ja yang dok ketinggalan zaman lagi.huhu.





Cara nak tau tuan kedai tu ada guna pelaris, ataupun dia guna ceplos, jin ka, kita kena baca Ayat Qursi 3 kali, kat luaq kedai tu. Nak baca dalam keta pun takpa.Kalau pi nek moto,sambil buat-buat mesej pun takpa, haaa....bacala ayat Qursi. Pastu bagi yang naik keta tadi tu, buka cermin keta sikit, tiup 7 kali kat arah kedai. Tapi janganla tiup kuat-kuat satgi orang len perasan pulak.huhu. Tiup slow-slow sampai habih nafas.





Pendek kata la, kalau la ada pelaris, mungkin 'benda' yang dok jaga tu akan naik angin kat kita, mungkin kita akan rasa macam ada angin terpa kat muka kita, so. bawak-bawakla diri pi makan kat kedai lain. Kalau tak rasa apa-apa tu selamat la kot.





Test-test la.....dan jangan buruk sangka pulak kat kedai yang memang ramai orang.mungkin servis dia baguih.makanan dia pun sodappppp hingga menjilat jari.





P/S : aku pun selalu lupa nak praktik amalan ni bila sampai kat kedai makan. Selalunya dah makan baru teringat nak baca ayat Qursi.hihi.

Friday, December 16, 2011

::JANGANLA CARI BLOG AKU KAT GOOGLE.KOMFIRM JUMPA ! ::

Assalamualaikum.....




Perggggggggghhhhhhhhhhhh.Tajuk dan jugak merupakan soalan yang sama sekali menyentap jiwa aku.huar. hahaha.Baru-baru ni aku ke'gastrik'an lagi. perut aku ni dah macam rebana ubi, masuk angin tapi tak boleh pulak nak naik angin.Dua, tiga hari aku berada dalam keadaan yang amat 'membengongkan'. Pening kepala jangan cakap la.kengkadang aku boleh rasa bumi kita ni berputaq. Sekali ngan aku pun nak terpusing-pusing sekali.





Sekali tunggu punya tunggu, lama jugak la kat klinik tu. Mau rasa nak pengsan seminit dua.Memang takleh makan apa time tu, tapi disebabkan depan klinik tu ada kedai burger, aku pi jugak beli sebijik.ngehehe.




Masuk ja dalam bilik tu sekali dengaq soklan, "awak ni blogger ka?" perghhhhhh.dahla aku tengah pening, teruih rasa nak pitam. Aku ni memang malu gila kalau orang kenai aku.huhuhuhu. Celah mana pulak dia tau aku ni blogger. Siap tanya lagi blog aku nama apa.adoiiiii. Selalunya kalau orang kenai ada dua kategori.



Kategori 1 :Yang kenai aku dalam blog and fb tapi realiti x kenai.
Kategori 2 : Yang kenai aku realiti dan di alam maya ni.




Kategori 2 tu mostly yang rapat-rapat ngan aku, kawan-kawan. Sedara mara aku pun tak ramai kot yang tau kewujudan blog aku ni.haha.Dek kerana soklan sang dokter tu buat aku terkedu 2,3 minit. Janganla dia jumpa blog aku ni. Tobat segan!hahaha.




"Blog awak nama apa?" sentap teruih ngan soklan tu. "ish...aku nak habaq ka takmau ni". Segan nak mampuih. Rasa macam mmuka aku merah kaw-kaw. Malu oiiiii.hahahah.Tah hapa ja aku dok merapu dalam ni. Kalau pasai sains, ka pasai sejarah ka takpala jugak. Ni dok join segmen ja.haha.Last-last slow ja aku bagitau "saya guna nama saya........" aku tak pasti la dokter tu dengaq ka dak.Kalau dak....Alhamdulillah...haha.segan oihhhhhhhh.



P/s : Tapi dia senyum...errrr janganla cari blog aku kat google.komfirm jumpa.huhuhuhu. 

Tuesday, December 13, 2011

::KENAPA MESTI LAGU SEDIH-SEDIH?::

Assalamualaikum.....





Apa lagi yang aku boleh buat kat sini selain mengupdate.haha. Sebabnya aku 2,3 hari ni tak update apa-apa sangat dalam ni. La ni aku jarang sangat layan lagu-lagu melayu. Bukannya aku bajet cam orang putih sangat. Aku kerap dok layan Red FM. Syok gak lagu2 western yang depa dok pasang.





Aku kengkadang heran jugak la, awat la lagu melayu yang sedap-sedap mesti lagu cinta. Dah lagu cinta pulak, lagu cinta yang tak kesampaian pulak tu..haiiiiiiiiih. Ni yang dok buat rosak jiwa ni dok tengok orang lain ada marka bagai nak rak.Aku memang heran.Asai aku rasa lagu tu sedap ja mesti lagu 'beribu sesalan'. 'patah seribu', dan ada la lagu lain yang kuciwa-kuciwa.so aku dah switch off kepala aku ni takmau layan lagu sedih-sedih. Aku dok dengaq lagu yang aku rasa sedap kat redFM.





Kawan aku ada yang nak naik pelamin tu, boleh dak aku tuju lagu 'omputih' kat hangpa. hahahhaha..Walaupun lagu takdak kaitan langsung ngan lagu kawen, tapi kengkadang syok melayan lagu omputih ni. Tak banyak lagu sedih-sedih.haha.









Sambil dengaq redFM, aku dok ngemas rumah sakan. Sampaikan dengaq 1 soklan dari mak aku 'mai mana pulak omputih lam umah ni?'haha. Lagu yang aku suka dengaq la ni dari foster the people.hihi.Aku ni memang suka dengaq lagu, jiwa lagu-lagu.ada sapa yang nak suggest lagu best mai la.sila.sila...

Friday, December 9, 2011

::ITULA PENTINGNYA ENGLISH EDUCATION::

Assalamualaikum to all.


Today i would like to teach you on english education. Perghhhhhhhhh.hahaha.mukadhimah yang seciput tu boleh la. Disebabkan agak keboringan dan nak mencari sumber-sumber yang boleh buatkan aku gelak bagai nak rak. Aku pun saja la search benda-benda yang best kat pakcik google ni. 




Macam-macam ilmu dia bagi aku. Salah satunya aku tertarik pulak dengan 'broken english' ni. Yang aku pasti semua orang penah buat. Aku pun sama la jugak. Bukan aku ada ja kat dunia ni teruih terer sampai buleh tabik spring. Sampai la ni pun still dok broken lagi english aku.haha. Aku bukan native speaker pun.




Antara gambaq yang boleh di share dan boleh buat bahan nak senyum simpul-simpul kat bawah ni. Tapi jangan pi cakap kat orang lain. Diam-diam sudahla na.hihi























sumber: mysensasi.blogspot.com

Thursday, December 8, 2011

::MACAM ANJING DENGAN KUCING! BETUI KA?::

Assalamualaikum.
Hai untuk hari ni kat sapa-sapa yang sudi lagi baca-baca kat sini.



Baru-baru ni aku dan lagi pi minum kat kedai mamak dengan ....dengan...err....dengannnnn. tuan kepada Murad.huhu.Sambil tengok-tengok channel apa tah, pasai kucing kat astro di kedai tu, aku terpikiaq... "ish, relevan lagi ka peribahasa bagai anjing dan kucing" untuk zaman la ni.





Kalau orang kata anjing ngan kucing memang pantang jumpa, keja depa memang gaduh ja manjang, tapi aku dah macam tak setuju pulak. Aku teringat kartun catdog. haha.Aku ni memang di bawah pengaruh kartun sket, syok layan budak-budak sambil tengok kartun. Ralit.





Aku rasa anjing dengan kucing tak selalu gaduh kot, sebab depa boleh kamceng. Cuma manusia pulak yang jadi macam tu. Ada yang memang tak boleh tengok orang lain senang, suka tengok dan jatuhkan orang lain, padahal depa boleh pilih untuk buat baik. Tapi sebaliknya pulak yang jadi.




Kalau time kecik-kecik bergaduh memang happening, paling kuat pun setengah jam ja merajuk, takmau kawan dah. Tapi sok nak men guli, takdak geng, kawan tu jugak la yang kita cari walaupun kelmarin bergaduh kaw-kaw punya. Tapi bila dah makin besaq ni, bila buat pasai dengan orang, cukup payah nak baik balik. Makan masa woooo kalau nak baik. Memang betui, semua manusia buat salah. Tapi kenapa mesti ulang salah yang sama dan sama dan sama pada orang yang sama yang sama dan yang sama jugak. Bukan ka kita belajaq dari kesilapan?











eleh.buat muka manja.rasa nak gigit telinga dia pulak.



p/s : perbezaan anjing dengan kucing pada aku...aku suka manja-manja dengan kucing, tapi aku akan lari berbatu-batu jauhnya bila nampak anjing walaupun dari jarak 1 kilometer.#sekian.

Wednesday, December 7, 2011

::TUA BUKAN SEBARANG TUA,TUA ADA MAKNA::

Assalamualaikum.



Pagi ni aku curi masa sket update blog aku yang serabut ni.hihihi.Pendek kata, aku selalu jadi 'lucky person' sebab selalu nampak benda yang boleh buat aku senyum sorang-sorang sampai orang lalu lalang tengok 2,3 kali. Last-last aku ambik fon buat-buat baca mesej sambil senyum-senyum (kaver punya pasai).hahaha. Satgi kata aku mental disorder pulak kan.hikhik.





Maunya aku tak senyum sorang-sorang bila tengok si tua ni. Si tua mana ni? bukan tua tak sedaq diri, tapi tua-tua ni bernilai woooo...cer tengok gambaq dia.Aku agak dia ni diproduce dalam tahun 80-an kot.kot ja la.







Mula-mula aku tak perasan sangat ke'sekuriti'an yang ada kat dia ni. Tapi bila aku tengok kali kedua, 'apa benda yang pelik dengan basikal ni?' Tetiba aku nampak kat bawah tu berantai-rantai belit siap kunci dengan mangga besaq woooo.Tapi tak nampak pulak dalam gambaq tu. Kat situ la aku dok senyum sorang-sorang.hihihihiihi. Besaq wooooo rantai tu sebenaqnya.Memang agak berat la jugak dan kalau nak curi pun makan masa jugak la nak potong. Baik angkut ngan basikal sekali.huhu.




Tapi whatever pun, ni lah ciri-ciri tuan basikal ni. Penyayang. Yang tu ja yang boleh aku cakap.hihi. Tapi kan, kalau orang nak balas basikal ni, depa lagi cerdik, depa akan angkut basikal sekali ngan rantai besaq tu, ngan mangga sekali. Sebab basikal tu x dirantai kat mana-mana pun. Cuma rantai tayar dia tu ja. Adehhh.hihihihi. Good job sungguh. At least ada effort untuk menjaga.hihihi

Tuesday, December 6, 2011

::JANGAN SAMPAI AKU START JADI RACIST::

Assalamualaikum.




Pagi-pagi lagi aku still ada masa untuk update lagi. Kita sibuk-sibuk cakap pasai 1 Malaysia. Tapi aku rasa, tak berapa nak jalan sangat. Iklan 1 Malaysia bukan main, konon-kononnya rakyat berbilang kaum dapt dok semeja. Iklan memang boleh cakap hebat, tapi realiti memang sangat tak boleh blah.Sebab apa? sebab perangai masing-masing yang still ada sikap 'puak-puak'. Sampai aku pun nak jadi racist jugak.





sumber : seperti nama yang tertera kat kartun tu




Aku betui-betui bengang bila menghadapi satu puak ni. Yang mana aku rasa sebaik mana depa ni, perangai depa tetap sama. Sebab tu tak boleh nak dipercayai langsung. Perangai suka bangga diri, kononnya puak depa la yang paling terrer, tapi bila tengok realitinya, memang sangat hampagas! serious hampeh!Aku dah memang jadi racist ni. Jadi, aku dah tak percaya langsung apa yang hangpa dok canang kat aku.Tolongla jangan buat perangai haprak hangpa tu yang merosakkan kaum sendiri.Pleaseeeeee la. semak la wei .





Aku ni memang jenis yang fleksible dengan semua orang. At first aku letakkan 99% good impression dekat semua orang yang aku mula-mula kenai. Lama-kelamaan percentage tu semakin berkurang. Sebab apa? Sebab perangai hangpa tu yang menjatuhkan impression aku. Sorry to say. Serius memang clear depan mata aku, puak depa ni memang suka bagi masalah kat orang. Sebelum ni pun, ada jugak aku kenai puak-puak macam depa ni.Sebijik jugak perangai.Bab cakap hingaq, haaaaa memang depa menang, tapi bila bab keja, serius lingkup.




P/S : Sapa yang baik dengan aku, aku baik dengan dia.Tapi sapa yang dok bawak tuba mai kat aku, bila aku dah start ignore, jangan ingat aku lupa apa yang hangpa dah buat #ayat peringkat tinggi.




Monday, December 5, 2011

::KAWAN vs KAWAN-KAWAN::

Assalamualaikum.



Hai alls. Berjumpa lagi kita nampaknya secara maya.hehe.Pagi-pagi tadi ada satu no ni, siap wish friend forever kat aku. Aku pun tak pasti no sapa, sebabnya bila aku tanya 'sapa ni?' terus tak bereply mesej aku. Rasa macam sia-sia pun ada.Nak buat macam mana, henfon aku tu kengkadang mai angin tak baik dia, dah setting nama pun still naik nombor ja. Penat aku dok scroll nama sorang-sorang dari phonelist.





Errrr. by the way, kalau ada sesapa yang rasa hantaq mesej kat aku friend forever tu tima kasih na. Aku touching sket sebab aku tanya nama takmau habaq.Satgi kata aku lupa kawan pulak. Jadi apa beza kawan dengan kawan-kawan?Ada klu?







Ya. aku tau.kawan tu satu. Kawan-kawan mesti lebih dari satu, an an? haha. Bagi aku la.Kawan memang bersepah-sepah. Pendek kata, mana aku pi ja, ada ja yang teguq aku. Hai sana, hai sini. Paling kuat pun tanya aku buat apa la? kawen ka tak lagi?Takdok soklan lain kome nih. Haaaaaa. yang tu yang aku kelaskan sebagai kawan-kawan. Selalunya boleh jumpa kat shopping komplek, kedai kat rumah, stesen minyak dan jugak time sale. Al-maklumla kawan pompuan. Mestila ramai.hihi.





Tapi bila sebut kawan. Yang ni paling payah nak jumpa. Kawan senang memang bersepah, tapi kawan susah, yang nak tolong aku time aku darurat jarang didapati kat tempat yang aku sebut tadi. Pendek kata, aku akan rojer kawan aku ja kalau aku ada apa-apa hal. Bila putuih cinta, rasa nak reyau guling-guling, aku kol kawan aku. Story sampai nak malam.Bila helmet aku hilang, sekali ngan helmet kawan aku hilang, sebabnya kami keluaq dua.haha. Time aku nak pitam sebab tempat sesak ngan orang, kawan aku la yang tolong. Time baru nak kenai cinta pun kawan aku la yang bagi nasihat.Pastu selalu update cerita aku. Nak pi tengok wayang pun pi ngan kawan. Selalunya kalau nak jumpa kena buat appoinment.haha.sibuk manjang. Benci pulak aku.





Dulu, ada sorang ex-member aku (laki la). Aku dah tolong segala mak nenek pasai dia. Tapi, putuih kawan sebab awek dia tak bagi kawan ngan aku.aduiiii. Aku taktau la nak kata apa, kot rasa terancam kot.Padahal aku rasa memang aku ngan dia tu takat kawan ja.Memang takkan lebih pun. Susah dia semua mintak tolong kat aku, last-last awek punya pasai, dia tak ingat dah aku sapa. Tapi aku ada perasan yang dia request sebagai friend kat fb. Huh, aku taktau la kot-kot nak bagitau dia nak kawen ka, dia keja hebat ka apa, ofkos la aku tak accept. Dan aku block dia teruih.Ambik hang! Ada jugak orang macam ni kan, time susah cari kita, tapi bila time senang.........[oh girlfriend ku, kaulah ratu hatiku].haha.cis, lawak yang tak boleh blah.






Tapi kalau lebihkan kawan-kawan daripada awek pun, tak boleh jugak kan.Ikut suka hangpa la nak lebihkan yang mana pun.Bagi yang ada girlfren la.Tapi sebaiknya jangan guna-gunakan kawan time susah ja. Susah oooo nak cari kawan.Dahla susah nak teka hati orang, ini kan pulak nak cari kawan yang boleh tolong kita. Kalau yang ada bestfriend yang selalu tolong hangpa tu, bawak-bawakla bersyukur na. Jangan sebabkan kawan, kawan makan kawan.huh, apa ayat aku ni.

Sunday, December 4, 2011

::REVIEW MOVIE::

Assalamualaikum.



Haaaaaaaaa.pueh la hati hangpa kan.hahahhaha. Aku dah pening-pening create page blog aku ni.hahahahha. Nak sangat kan?ha....pi la tulung like.takmau like pun takpa.sapalah aku ni.ahaha. Ayat pasrah sekali sekala.



Sambil dok melayan fantaghiro ni, creta the cave of the golden rose, aku mengupdate blog aku dengan takda motifnya.Saja nak lepas rindu, lama aku tak update kan.hihi.






Haaaaaaaaaaaaaaaaa.comey dak?comey kan... mestilah dah sah2 comei dari aku.huhu.Haaaa sudah, toksah dok ngutuk lebih.hehe. Esok dah hari isnin. Aduiiiii. Tak sabaq nak tunggu hari jumaat.haha.Padahal baru ja start nak masuk ofis esok ni. Malam ni dah mata tak boleh nak lena, melayan youtube ja lah aku. 




Sampai ke saat ni, aku masih tak sempat nak pi tengok movie Breaking Dawn. Dush! geram amat! dek takda peneman.huhuhuhu. Best sangat ka tak, aku pun taktau, nampak gaya macam kena tengok kat youtube ja creta ni.







Errrrrr.aku mengaku.aku agak sedikit dengki ngan Bella. sebab dia dapat Edward. Aku hanya boleh admire dari jauh ja. hahahhaha.loser betui.Ada sapa-sapa yang dah tengok ombak rindu? best dak?

::AKU MEMANG TAKUT STALKER::

Assalamualaikum.



Mengupdate dengan entry hari ahad dari lappy kesayangan hamba ni. Semenjak, 2,3 menjak ni jari aku maleh nak menaip.hehehe. Asyik dok main game kat fb ja.Syok la jugak dah takda aktiviti kan malam-malam hari. Aku dalam proses nak buang lagu dari youtube yang aku penah upload sebelum ni kat blog aku ni. Sebabnya aku dah rasa macam lebih berat dari biasa dah blog aku ni. Dah tahap-tahap kontena dah had muatan dia.




Sebelum aku melalut tah hapa-hapa lagi. Aku selalu terpikiaq, "eshh....ada ka orang yang jadi perisik blog huduh aku ni". Seriously, sapa la sangat kan nak lalu lalang kat sini. Kalau bukan aku ja.hahahaha. Tu pun takat tengok-tengok ja, tak update apa pun.Actually aku memang takut sket ngan penghendap berani mati ni. Kot-kot la ada yang nak jadi stalker siasat aku.




Bila kat fb aku privacykan segala-gala, tapi kat blog ni bukan privacy pun. Sapa-sapa ja boleh lalu lalang sini tapi tanpa tujuan apa pun. Kengkadang aku noticed ada jugak yang suka baca apa yang aku tulih kat sini, sebabnya ada yang bagitau aku, depa baca blog aku ni. Siap ada yang suruh aku buat page kat fb. Aku rasa kalau aku buat page kat fb pun, berapa kerat la yang akan like sangat kan? hihihihi.






Bila kembali cakap  soal stalker ni. Sebenaqnya, aku taktau pun apa yang nak dihendapkan sangat oleh mereka-mereka yang terlibat. Aku cuma ada kehidupan biasa aku, mungkin jugak depa suka nak tengok aku jatuh ataupun apa-apa ja. Tapi sejauh mana pun kehidupan aku, aku still macam ni.Masih lagi hidup, alhamdulillah.Dan pada mereka-mereka yang rajin intai-intai kehidupan aku tu, tima kasih na sebab masih lagi teringat nak tengok kehidupan aku kat sini walaupun kita tak penah jumpa.ahahahah.sekian. chow.





Pada kawan-kawan yang pesan kat aku supaya jangan takut pada stalker, tima kasih a lot. Syok ka jadi stalker? sakit hati ada la kot.hahaha.

Wednesday, November 30, 2011

::BILA DEMAM, MOOD PUN LARI::

Assalamualaikum.



Agak berselang hari jugak aku tak update apa-apa kat blog aku ni. Dek kerana aku agak sedikit maleh nak update plus ni dah masuk hari yang pertama aku demam dan malam yang ke dua.sebab aku demam malam. Memang agak berantakan jugak mood aku. Rasa nak bebai, beremosi gila dah ni.Besa la, time demam ni... semua nak mengharap ja."mak nak yang tu...", "mak....mak...mak""mak tolong sat".."mak......" 


"haishhhh! dah la.manja!buat sendiri."huhu. ya padan muka.tak boleh nak memanjakan lagi.hukhuk.







Hari ni aku still lagi batuk-batuk, aku rasa sekampung dah boleh dengaq ni. Dengan flunya, menyebabkan hidung aku ni dah merah-merah. Sakit tekak lagi. Harini aku terpaksa jugak hadam bubuq nasik ja.Tak dan nak mengunyah pun, aku main telan-telan ja. Serupa anakonda dah. Lapaq gila, tapi nak telan nasik tak boleh.Sakit tekak. Haiii....sabo je la.





Dengan terketaq-ketaq aku baru update blog aku ni, seram sojuk dah aku rasa ni sebab kan demam aku ni pun tak stabil mana. Sat paneh, sat sojuuuuukkkkk. Aku pun tak paham patern dia. So aku end kat sini dulu. an kalau mood aku dah sedikit elok, aku update lagi wokeh.




p/s : To all my followers yang still keep remind me to follow and ajak join segmen segala, tima kasih bebanyak. Dan sori jugak sebab tak terrrjoin segmen antara blogger sebab aku still masih not in the mood demam-demam ni.Doakan aku cepat baik dulu,nanti aku follow yang mana aku sempat :)

Monday, November 21, 2011

::BILA DAH NAMPAK TARING::

Assalamualaikum.





Aku agak eksited nak tunggu game malam ni. Harap-harap team harimau dapat kontrol sket pergerakan garuda. Dan dah pastinya aku cup tv malam ni. Tidak akan ada aktiviti lain selain hadap bola lepas maghrib.hehe.Afdal dah tu.




Bagi yang hampa konon-kononnya tiket abih, mehla kita dok depan tv ramai-ramai. Nampak jugak bola tu ke mana kan. Takdakla terlindung dek orang lalu lalang di Gelora Bung Karno tu.Di samping tu jugak, keselamatan komfirm dah dijamin.hihi





Apa-apa pun selamat berjuang buat semua harimau..muehehe.Kalah menang tu adatla.Jangan over sudah.Jangan lupa malam ni 21 November 2011 jam 8.30 malam.

Sunday, November 20, 2011

::TARIKAN PADA BLOG?ADA APA DENGAN BLOG::

Assalamualaikum





Malam ni kelembapan berukband aku ni agak menguji kesabaran. Maunya tak, dengan cuaca hujan la ni memang agak slow pergerakan dia.Apatah lagi aku nak mengupload gambaq pun ambik 9,10 minit. Oh, amat mendukacitakan bagi aku.



Sambil aku dok tengok vokal bukan sekadar suara, tiba-tiba mood aku nak update blog ni mai. Apa lagi, bila aku dah lama tak update dengan news terbaru. Bila kita bercakap bab tarikan pada blog, khususnya bagi newbie yang baru berjinak-jinak dengan blog,apa sebenaqnya yang boleh jadi orang berminat nak baca blog.



BACKGROUND

Masa aku jadi budak baru belajaq dulu tentang dunia blogger ni, aku pun pening. Aku tengok macam-macam blog. Aku cari blog yang best, yang banyak bagi info pada budak baru belajaq macam aku ni. Bila aku jalan-jalan, baca segala blog, aku jadi tepu. Ada yang kata jangan guna background yang dull, yang gelap. Dulupun aku guna background hitam yang aku rasa dah lawa gila kot. Bila aku tengok-tengok pendapat orang, jadi aku pun tukaq ke warna putih supaya penulisan aku jadi clear.



LAGU
Pastu, dulu aku suka letak lagu kat blog aku ni. Lagu yang mana aku rasa feel tu, aku sumbat masuk dalam blog aku ni.Aku taktaula pulak sebenaqnya orang takdakla suka mana pun nak baca blog aku ni.Asai bukak ja, lagu pun autoplay. Memang serious annoying pendengaran orang.Actually, tak payah sebenaqnya letak lagu dalam blog, unless kalau nak sangat letak.haaaa letakla.Tapi jangan autoplay. Memang boleh semakkan kepala hotak sesapa jua yang singgah kat blog.




PENULISAN

Blog aku ni pun bukan banyak info apa pun. Ada bila mood aku nak bagi ceramah perdana mai, aku update sket. Tapi most of the post yang aku buat banyaknya pasai personal life aku yang dirasakan boleh share dengan umum. Yang terlalu secret tu aku simpan dalam hati ja la. Takda makna sangat aku nak cerita semua kat sini. Ikutla penulisan yang mana owner tu suka, dan yang dia rasa nak tulih. Sapa yang suka tu dia baca la kan.




Tapi aku memang agak rasa annoying bila ada sesetengah blogger, yang bila singgah kat shoutbox aku, ajak aku jenguk blog depa. Aku tak kisahla sangat kan, aku pi la jenguk-jenguk jugak. Tapi bila aku masuk blog ja, gambaq pakwe penuh blog dia, dengan bling-bling lagi.Silau sat mata aku ni. Semua cerita semua pasai pakwe dia ja penuh post.haha.Orang tengah bercinta, macam tu la kot.




Tapi satu la aku sekadar nak ingatkan. Selalunya blog yang jenih macam ni akan mendatangkan kutukan dari strangers ja. Agak-agakla na bila nak post tu.Bak kata orang jangan terlalu over dek nak mencapub pakwe sangat. Nanti kena kebas baru nak meraung pun kena update satu post dalam blog.hihi.




Nak tulih apa pun ikut suka la, tapi jangan la udate entry yang menghentam orang lain, mahupun blogger lain. Tak payah mencapub dengan cara macam tu.Apa tu mencapub? cari publisiti la maksudnya. Setiap blog ada kekuatan masing-masing. Cuma gaya penyampaian tu terpulang pada author, nak warnakan macam mana. Ada setengah blog yang takda header lawa pun tapi disebabkan gaya penulisannya buat orang senang baca, maka berdoyon-doyon pulak folllower yang boleh digrab.


Renung-renungkan sampai termenung.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails