nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, December 5, 2011

::KAWAN vs KAWAN-KAWAN::

Assalamualaikum.



Hai alls. Berjumpa lagi kita nampaknya secara maya.hehe.Pagi-pagi tadi ada satu no ni, siap wish friend forever kat aku. Aku pun tak pasti no sapa, sebabnya bila aku tanya 'sapa ni?' terus tak bereply mesej aku. Rasa macam sia-sia pun ada.Nak buat macam mana, henfon aku tu kengkadang mai angin tak baik dia, dah setting nama pun still naik nombor ja. Penat aku dok scroll nama sorang-sorang dari phonelist.





Errrr. by the way, kalau ada sesapa yang rasa hantaq mesej kat aku friend forever tu tima kasih na. Aku touching sket sebab aku tanya nama takmau habaq.Satgi kata aku lupa kawan pulak. Jadi apa beza kawan dengan kawan-kawan?Ada klu?







Ya. aku tau.kawan tu satu. Kawan-kawan mesti lebih dari satu, an an? haha. Bagi aku la.Kawan memang bersepah-sepah. Pendek kata, mana aku pi ja, ada ja yang teguq aku. Hai sana, hai sini. Paling kuat pun tanya aku buat apa la? kawen ka tak lagi?Takdok soklan lain kome nih. Haaaaaa. yang tu yang aku kelaskan sebagai kawan-kawan. Selalunya boleh jumpa kat shopping komplek, kedai kat rumah, stesen minyak dan jugak time sale. Al-maklumla kawan pompuan. Mestila ramai.hihi.





Tapi bila sebut kawan. Yang ni paling payah nak jumpa. Kawan senang memang bersepah, tapi kawan susah, yang nak tolong aku time aku darurat jarang didapati kat tempat yang aku sebut tadi. Pendek kata, aku akan rojer kawan aku ja kalau aku ada apa-apa hal. Bila putuih cinta, rasa nak reyau guling-guling, aku kol kawan aku. Story sampai nak malam.Bila helmet aku hilang, sekali ngan helmet kawan aku hilang, sebabnya kami keluaq dua.haha. Time aku nak pitam sebab tempat sesak ngan orang, kawan aku la yang tolong. Time baru nak kenai cinta pun kawan aku la yang bagi nasihat.Pastu selalu update cerita aku. Nak pi tengok wayang pun pi ngan kawan. Selalunya kalau nak jumpa kena buat appoinment.haha.sibuk manjang. Benci pulak aku.





Dulu, ada sorang ex-member aku (laki la). Aku dah tolong segala mak nenek pasai dia. Tapi, putuih kawan sebab awek dia tak bagi kawan ngan aku.aduiiii. Aku taktau la nak kata apa, kot rasa terancam kot.Padahal aku rasa memang aku ngan dia tu takat kawan ja.Memang takkan lebih pun. Susah dia semua mintak tolong kat aku, last-last awek punya pasai, dia tak ingat dah aku sapa. Tapi aku ada perasan yang dia request sebagai friend kat fb. Huh, aku taktau la kot-kot nak bagitau dia nak kawen ka, dia keja hebat ka apa, ofkos la aku tak accept. Dan aku block dia teruih.Ambik hang! Ada jugak orang macam ni kan, time susah cari kita, tapi bila time senang.........[oh girlfriend ku, kaulah ratu hatiku].haha.cis, lawak yang tak boleh blah.






Tapi kalau lebihkan kawan-kawan daripada awek pun, tak boleh jugak kan.Ikut suka hangpa la nak lebihkan yang mana pun.Bagi yang ada girlfren la.Tapi sebaiknya jangan guna-gunakan kawan time susah ja. Susah oooo nak cari kawan.Dahla susah nak teka hati orang, ini kan pulak nak cari kawan yang boleh tolong kita. Kalau yang ada bestfriend yang selalu tolong hangpa tu, bawak-bawakla bersyukur na. Jangan sebabkan kawan, kawan makan kawan.huh, apa ayat aku ni.

2 comments:

eyFa fAFa said...

hye salam dr rakan sb =)

damha said...

berkawanlah dgn org yg nk berkawan dgn kita....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails