nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, August 29, 2011

::UCAPAN WAKIL JKKKKKK KAMPUNG SEMPENA AIDILFITRI 2011::

Assalamualaikum


to all bloggers, stalkers dan semuala yang masih lagi tak jemu-jemu support aku dan blog yang tak seberapanya ni.



Errrr....memandangkan komitmen terlalu tinggi tahun ni, aku takdan nak design kad raya baru untuk tahun ni. Jadi dengan segala kudrat yang ada, aku ambik design kad raya tahun lepas buleh dak?hahahhaha. Sep budget sket tahun ni.








Hahahaha. ni ucapan raya sempena nak raya la kan..apa lagi. Tapi tahun ni nanti aku design yang baru untuk tatapan masyarakat umum kat sini, la ni takdan design lagi. Tahun ni lepas raya baru aku buat ucapan, hahahah. Tak ka pelik tu, takpa la...tiap-tiap tahun aku buat pelik-pelik sket untuk hangpa.hihi.






Kat sini, dengan penuh rasa bersyukurnya sebab dapat tempuh lagi hari raya tahun ni, saya nak ucapkan, selamat hari raya aidilfitri buat kawan-kawan blogger di seluruh pelusuk negeri, dari Utara sampai la ke selatan, buat kawan-kawan di fesbuk merangkap kawan-kawan yang ada dalam Malaysia dan jugak di luar Malaysia, buat cikgu-cikgu, pensyarah, kawan-kawan selepak, segosip, segelak, semakan,dan se se apa ja lah, buat adik beradik yang mana baca blog ni, dan tak lupa jugak buat sesiapa yang akan mengenali, sedang mengenali dan telah mengenai diri ni seadanya.






Tima kasih yang tak terhingga pada yang sudi lagi hantaq kad raya, duit raya [walaupun tak sehebat collection anak sedara aku..huhu] dan kawan-kawan yang still lagi jadi tulang belakang aku, dengan sokongan kalian tu, dan yang bertindak sebagai fasilitator kehidupan ini, terima kasih banyak-banyak. Maafkan andai ada salah silap yang tak disengajakan, terkata, termarah, termerajuk, ter macam-macam lagi. Mintak maaf la banyak-banyak, hihi...





Yang tu ja kot buat masa ni. Ucapan dah macam merangkap JKKKKKKK Kampung Pinang Sebatang. Last but not least, tima kassseh jugak sebab selalu berblogwalking kat sini.hihihi




sekian. teks ucapan dah habih#

Sunday, August 28, 2011

::GAMBAQ:SESI BERSAMA GIRLFREN-GIRLFRENKU::

Hai bloggers....



Assalamualaikum to all muslim, dan selamat berhujung minggu to all, dengan ucapan semoga syiok sakan kemas umah, dan tak lupa juga aku nak ucapkan salam simpati kat diri aku sendiri sebab KEJA ESOK! huhu.sekian. Rasa macam tak berapa nak sanggup ja tengok opis kosong sok. Sure tersiat-siat hati kaw-kaw punya...





Okeh, untuk mengubati jiwa aku yang sedikit tersiat ni, aku uploadkan gambaq-gambaq we all sempena sesi bukak posa lepastu tak tutup posa dah, sesi melantak kaw-kaw yang tak penah di buat orang, sesi shopping bagai nak rak sampai rasa nak merangkak dalam shopping complex [sebab lenguh]. Sesi tangkap gambaq sampai semua orang tengok...ah..lantakla....dah memang kami cenggitu..pantang ngan kamera..hikhik...





Selamat melayan....










p/s : lenguh oiiiii...balik umah, semayang, tidoq..hahahhaha.penat sakan.

Friday, August 26, 2011

::AKU INGATKAN AKU SORANG JA MACAM NI....HIHI::

Assalamualaikum to all readers,




Malam ni hujan lebatnya ibarat mencurah-curah ke ladang gandum.hihi. Malam ni tah hapa la aktiviti kebosanan aku, maka aku telah 'like' banyak page jiwang kat fesbuk. Muahahahaha. Aku tengok, fuiyoooooo.... ramainya kawan aku dok like page macam ni. Aku ja ketinggalan, baru nak like.hahahaha. Takpala, aku like jugak walaupun lambat bertindak.....









Lately, aku pun heran la. Ramai yang heartbroken kot kat fesbuk.Semua status sedih-sedih ja. Aku ingatkan aku sorang ja yang heartbroken, rupanya............belambak lagi dalam Malaysia ni..hihihihihi. Tapi apa-apa pun, nasihat aku buat diri aku dan kawan-kawan, jangan la emo time-time raya ni, x syiokkkk la.





Dulu, aku dok rasa aku la yang paling teruk heartbroken dalam dunia ni. #padahal tak kot. Saja buat teruk. Rupanya sekali aku 'like' page jiwang bawang kat pesbuk, baru aku tau, ramai lagi yang patah hati, jantung segala. Kengkadang tengok muka, comey-comey pun boleh patah hati jugak. Aku dok ingat budak-budak comey la ni senang dapat pakwe baru..hihihihihi. Len la macam aku ni. Memang apa pun tak boleh.





Bila kena kat hidung sendiri, baru aku tau, apa yang kita rancang selalunya takkan menjadi. dan apa yang kita tak rancang tu pulak kadang-kadang yang menjadi. Sakitnya patah hati, patah sayap, patah segala-gala ni, tuhan ja la yang tau. Sakit memang sakit, tapi hidup ni kena go on jugak derrr... Takkan lu nak lost hidup lu sebab cinta ja. Family kan still support lagi....orait la tu.





Baru aku tau, walaupun ada yang menasihati, memang kadang-kadang tu boleh buat kita rasa sedikit lega, tapi hanya masa ja la yang mengubatnya, kan?kan? Dan aku dok dengaq, yang dah kawen pun jadi hal lagi, heartbroken jugak. Kengkadang, aku terpikiaq, scary jugak bab-bab kawen ni..huiiii..Bukan senang, walaupun orang kata cinta tu buta, tapi bagi aku la, aku rasa manusia dibutakan sebab cinta. Kadang-kadang ada yang kata, takdak duit pun takpa asalkan ada cinta. tapi, susah jugak kalau takdak duit ni.huhu





Apa-apa pun buat yang putus cinta, putus tunang, dan yang bergoyang-goyang tu, doa ja yang terbaik. Insyaallah, Allah tu dengaq apa yang kita mintak. Takdir ni kena la redha, jangan buat benda bodoh pulak, takut nanti yang dikejaq kat dunia ni tak dapat, yang tak terkejaq pulak yang menyusul.





p/s : baru lepas dengaq kisah ketabahan kawan-kawan, kejarlah cita-cita sebelum cinta.

::SELAGI TAK LUAH, NAK TIDOQ PUN TAKLEH::

Hai bloggers,




Assalamualaikum w.b.t to all bloggers, stalkers, readers dan semua-semua lah yang masih lagi menjejakkan mata [#haha..statement apa pun taktau] kat sini. Harini dengan mood yang suam-suam kuku, aku mengupdate blog ni dengan keadaan yang agak kesunyian, sebab ada dah yang balik kampung segala.





Harini nampaknya banyak dah plat luaq yang masuk penang. Pakat dah sampai kampung la kot belaka. Meriah sket nampak jalan kat penang ni + sesak.hahahha..Nasibla...selamat bersengkang mata bersesak-sesak, syok kot.





Ada orang cakap "jangan campur hal personal dan hal kerja" "jangan libatkan masalah peribadi dengan study". Tapi setakat mana keberkesanannya [#cewwaahhh..baku] aku pun taktau. Ada orang yang boleh handle situasi, dan most people tak boleh elakkan dari susah hati time keja/study sebabkan hal peribadi. Tak kisahla hal apa pun.macam-macam la.





Tapi bagi aku, agak susah la nak handle, kalau aku ada personal problem, aku memang susah hati, sampai mood makan lari, mood nak senyum pun lari, mood nak study lari, mood nak keja pun boleh temporary out of service. Bila melibatkan sakit hati, memang macam tu la keadaan aku. Nak tidoq pun tak boleh, sedih jangan cakap la, tuhan ja yang tau. Masa ja la yang boleh sembuhkan hati. Takda sapa yang boleh sembuhkan.








Tudiaaaaaaaaa..kunci hati keluaq dah.hihihi. Susah oiii nak ubat hati sendiri. Tapi selalunya aku tunggu masa yang jadi pengubatnya. Kadang-kadang bila ada hal apa-apa, aku lagi senang cerita ngan besfriend aku. Selalunya secret- secret aku ni memang dalam tangan depa la.hahahha. So, yang mana yang rapat dengan aku tu akan tau la macam mana.





Selagi aku tak share, aku memang tak boleh buat apa. Serba tak kena, sebabtu aku lebih suka sharing pastu gain feedback pulak. Macam tu la gunanya kawan, bukannya cari kawan yang suka tikam belakang. Yang jenih ni tak berkawan pun takpa, takda ruginya.





Macam kat blog aku la jugak, aku lebih suka sharing open kat sini, saja la suka-suki aku merapu kat sini. Tapi as long aku berblog ni, aku paling tak suka sangat la sharing personal aku dengan lebih detail, cukup la sipi-sipi ja. Aku takla kedekut sangat nak dedahkan identiti aku, aku share ja, tapi aku masih bataskan lagi la bab personal sharing kat sini.





Selalunya yang tau pasai aku, hanya yang rapat-rapat dengan aku ja, depa ni la yang selalu banyak bagi advice kat aku, macam-macam. Dari keadaan 'down' pun aku boleh cari kekuatan balik. Aku tak pernahnya buang kawan-kawan aku, cuma bila ada yang aku kecik hati ngan kawan-kawan tu, aku slowkan sket ja hubungan kawan tu, aku banyak diam ja [#walaupun hakikatnya aku bukan pendiam].hahahhahaha. Jadi tu ja buat masa ni, nanti mai idea baru aku update len.





p/s : cintailah sesiapa yang mencintai anda, tapi lebihkanlah cinta anda kepada Allah.

Thursday, August 25, 2011

::SAMPUL PALING KIUT TAHUN NI::

Hello bloggers....




Assalamualaikum w.b.t to all bloggers, stalkers, readers, and semua jugak la. Satgi kalau nak wish untuk semua orang, kena ubah la pulak title entri aku..hahahhaha.





Hihihi.buat pertama kalinya aku dapat duit raya..hahhhaha. Ada jugakla yang bagi duit raya, walaupun sorang. Ada jugak yang hantaq kad raya mai kat opis, tu pun sorang jugak. Tahun ni serba sorang ja yang bagi kat
aku.haha, jadi la tu punnn........





Tadi aku dok ronda kat pesbuk, tapi nampak gambaq sampul yang agak kreatif. Rimau tuuuuu, tapi sampul ni kena beli la, dan bagi sesapa yang nak beli, dimaklumkan bahawa sampul ni sold out, hehehehhe. Dan lebih malang lagi, aku hanya mampu berangan ja kot-kot la aku dapat sampul raya ceni... #berangan lagi...







comeyyyyyyy tuuuuu. sapa bagi kat aku ni, siap ada duit raya kat dalam tu, aku memang sayang gilakkkkkk ah..hihihihihi




p/s : tengah buat muka sekupang, kot-kot ada yang nak huloq.....#berangan tak hengat.

Wednesday, August 24, 2011

::AKU CUKUP ALERGIK KALAU......::

Hai bloggers....



Assalamualaikum to all, yang tak jemu-jemu, singgah sini, yang masih sudi melawat blog aku time-time posa ni, selamat hari raya aidilfitri buat semua kawan-kawan dekat facebook, kat blog ni, kat octove, kat mana-mana ja lah yang hangpa berada. Happy hour and happy day hendaknya.




Aku, kalau makan kacang, tambah-tambah kacang tanah....arghhhhhhhhhhhhh.. bisa nya..bisanya... Muka aku akan naik jerawat..huh, stressssssss. Aku memang tak boleh blah ngan kacang tanah.Sakit dowhhhhhhh. Dulu aku memang suka melantak ikut dan ja. Aku tak kisah sangat bab-bab alergik ni sebab aku pun taktau apa benda yang aku alergik.





Tapi aku perasan satu benda, bila aku makan kacang tanah, muka aku dipenuhi jerawat. Tapi masalahnya, jerawat tak naik sangat kat atas kulit, cuma dia naik kat bawah kulit. Memang akan nampak merah sikit ja muka, tapi disebalik tu, rasa bisa gila muka. sakit dowhhhhhhhhh. Sampai la ni, aku tak berani makan kacang tanah. Cuma kalau aku teringinnnnn sangat, aku makan sebijik, 2 bijik 3 bijik, 4 bijik..haaaa lepas tu siap la tanggung azab.huhu







Seboleh-bolehnya aku elakkan dari makan kacang tanah, dan benda-benda yang melibatkan spesies ni, kalau kena jugak...sabo je la.Dah nak buat macam mana, huhuhuhuhu




Satu lagi bahan alergik aku adalahhhhhhhhhhhh....HUJAN...huhuhu...Kena sekali mau berdenyut kepala aku. Bila dah sakit kepala aku telan actifast ja. Memang dari dulu aku tak boleh kena hujan, cepat sakit kepala. Tambah-tambah kalau kena hujan renyai, memang aku tak boleh tahan. Kalau takda actifast, mau boleh tidoq ja la aku. tak tahan betui sakit kepala.







Selain dari tu, takda benda dah yang aku alergik. Dua benda tu ja.....yang men'down'kan sket aku.



p/s : aku alergik jugak dengan orang yang ada PHD..haha #tetiba keluaq topik

Tuesday, August 23, 2011

::NAK RAYA...TAPI MOOD AKU TAK MARI PULOKKK::

Hello bloggers....



Assalamualaikum to all muslims, buat yang bukan muslim aku wish selamat setengah and nak masuk tengah hari dah...hihhihi





Mengupdate pagi ni sambil ditemani lagu-lagu dari Kangen band, syok jugak lagu depa ni. Aku ni kalau nak update blog, feel tu mesti mai dari lagu-lagu. Sambil update, dengaq lagu, heaven sat rasa.... Kalau tak dengaq pun ok jugak, tapi feel nak menaip tu slow sket la....







Harini dah 23 ramadhan, tapi mood raya aku memang hampagas..hahaha.. Takdak langsung mood raya, aku taktau la lari mana, minggu lepas pun aku rasa jiwa aku dalam 'keterpaksaan' ja nak cari baju raya pun. Sehelai baju aku tu, aku luangkan masa sampai 3 jam. Huh...cerewet tak cerewet..Hangpa pikiaq sendiri la.... Niat nak match baju ngan abah aku, sama kaler, tapi malangnya, kaler tu takdak size aku pulak. Sampai 5,6 kedai aku masuk, 1 kedai pun aku payah nak berkenan.





Lastly, aku ambik gak 1 baju tu, walaupun muka dah kelat-kelat sebab tak dapat kaler yang aku nak. Redah ja la, kalau nak jugak mau sampai raya tak dapat sehelai pun. Aku cari banyak kedai dah, tapi memang perangai aku payah nak berkenan benda at the first sight. Kalau dah berkenan memang aku terus rembat.





Buat kawan-kawan yang mana sibuk-sibuk dok canang depan aku, nak balik kampung segala, hati-hati la balik tu. Jangan lupa bawak laptop, nanti boleh update blog lagi..muahahahaaahha. Pasni, aku rasa ada kot blog yang 'sepi' seminggu. Semua pakat balik kampung, kecuali la kalau ada line tenet kat kampung tu syok ar.....boleh layan blog.




Dengan perasaan hibanya, aku hanya cuti 3 hari ja sempena raya ni, huhu. Taktau la apa perasaan aku bila dok dengaq budak-budak ni pakat cuti seminggu la, haishhhhhhhhh. Nasib la. Kampung aku pun depan umah ja.hahahahaha. Thats why la tak dapat cuti. Bagi orang yang jauh-jauh ja la cuti.....Tapi takpa, aku balas dendam nanti 'qadha' cuti raya aku.huhuhuhu.. Wait and see la..!huh...



p/s : raya-raya aku dok umah ja pastu ronda umah yang terdekat. Dapat duit raya? Jangan harap la...

Monday, August 22, 2011

::AKU JELES BILA TENGOK KALIAN SIBUK::

Hello blogers...hai and hai semua....




First of all, Assalamualaikum to all muslims, dan selamat petang bagi yang bukan non-muslim, dan buat semua yang masih sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa kara ni. Harini mood cuaca tak berapa baik kat penang, dari pagi tadi mendung, hujan. Sampai aku pun menggigil kesojukkan dalam opis ni, al maklumla tadi dah disiram hujan atas highway. Basah kuyup jangan cerita la. Boleh perah sweter yang aku pakai.





Bila weather pun suam-suam kuku ni, buat mata aku nak lalok ja..huhuhuhu. Sebab harini aku tak sebusy mana, maka aku suka la ngacau member-member aku yang busy. Hahahaha, sakit hati pulak aku tengok depa busy. Taktaula busy ka ataupun buat-buat busy, jangan jadi busybody dahla na.hihi









Aku lebih suka kalau aku yang sibuk mengalahkan menteri. Tapi aku tak suka orang len sibuk. Kenapakah? Bila aku tak busy aku suka ngacau orang, sms org tu, sms orang ni...... Tapi kalau aku busy, takpa la. Aku takdala tergerak hati nak mesej sapa-sapa dah sebab takdan kan?hihihihi





Frust oooo bila kol kawan-kawan, pastu dengaq la depa cakap "aku busy ni, keja banyak, nanti hang kol lain na," aduuuuuuuuuuuuuuuuuu... frustnya......kengkadang mesej pun tak balas...adoiiiiiiiiiiiii..lagi frust tertonggeng. hahahahah. Ngan sapa lagi nak mesej, ngan kawan-kawan ja la. Pengubat hati, hahahaha, tempat gelak-gelak, tempat share problem. Taktaula aku nak ngadu kat mana selain Allah dan kawan-kawan aku. Nak manja ngan sapa lagi, selain family. Tanpa kawan, sapa la aku ni.....jadi lone ranger la jawabnya.





Sebabtu aku lebih rela bila aku lagi sibuk dari kalian, sebab aku takkan ada masa nak ngacau orang. Apatah lagi nak menyibuk hal orang. Memang takdak masa. Janganla sibuk ngan aku ye kawan-kawan, sapa nak teman aku ni, kecik hati la macam ni....huhuhu... #sedu-sedan




p/s : hurmmmmmm...nasib-nasib, layanla diri sorang-sorang...huhu

Saturday, August 20, 2011

::BLOGGER DAN IDENTITI::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....to all muslims bloggers, readers, stalkers, and blogwalkers.




Cewwahhhhhhh..salam panjang hari ni, dan tak lupa jugak ucapan selamat pagi buat yang bukan muslim. Kalau ada la kan, walaupun percentage outsiders yang luangkan masa kat blog aku ni ciput ja.hihi.Pagi ni dengan mood yang suam-suam kuku, mood yang tak berapa ready nak raya. Tapi ada pulak yang ajak aku pi beli baju raya. Takpa la, aku ikut ja sebab saja hobi nak ushar orang..hahahah takda faedah betui.....








Dalam dunia blogger ni, ada dua jenis blogger, yang dedah identiti [macam aku], ada yang tak letak muka langsung, tak letak profile, tak letak link blog, dan ada jugak suka komen yang bergelar anonymous. Tak kesah la apa pun, cuma ada satu owner blog ni, suruh aku pi melawat blog dia, tapi tak letak link, susah gila aku nak jejak dia. Bila aku dah boleh jejak, alamakkkkkkkk....dia tak tulih langsung profile dia, setakat tulih hobi ja. Frust aku. Laki ka pompuan, aku pun taktau.





Apa pun, sebagai blogger, bahasa kita budaya kita. Walaupun ada yang sembunyikan identiti, tapi bahasa mestila sopan sket, jangan buat ayat yang bak kata orang macam $$%^&^%#@, maki dan sebagainya. Tak elok sangat dibaca blogger yang lain.Bukankah bahasa tu mencerminkan personaliti kita.




p/s : Kata bahasa jiwa bangsa, tapi kalau tengok dari segi bahasa...pergghhhhhh...boleh sentap jugak dek ke'kasaq'an dalam penulisan..hihihi...renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, August 19, 2011

::KALAU DAH ILMU TAK TINGGI, JANGAN SELALU KONDEM ORANG YANG ADA ILMU::

Hello bloggers.....



Assalamualaikum and good morning to all....




Pagi ni aku agak stress dengan budak-budak opis aku ni, maunya tak, dok pasang lagu raya pehtu dok nyanyi kuat-kuat depan aku. haihhhhhhhhhh...Dahla mood raya pun takdak ni, dek takleh cuti awai sebelum raya, huhu. Hampageh tui. Tapi takpa la, redha ja la...biaq orang len rasa cuti jugak [ayat pujuk hati].







Suatu nikmat yang paling besarrrrrrrrrrr punya dalam hidup kita, yang Allah bagi kat kita adalah ISLAM. Dengan beragamanya kita, kita dah ada panduan macam mana nak membentuk hidup. Apa yang kita buat kena ingat, tentang agama islam kita ni. Berstatus Islam bukan la bermaksud kita disekat macam-macam hak, nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Tapi dengan Islam, lebih mendidik jiwa kita sebagai hamba Allah.





Aku malu sangat, bila umat Islam la ni selalu disogok dengan macam-macam isu perkauman. Sampai pening aku pikir. Macam dalam Malaysia ni, bila ada yang cakap bab agama, mesti orang yang tak sekepala tu kata "Ustaz ni orang PAS ni"..uiiii...masalah berat ni. Bila orang islam takmau terima pendapat ulamak, sedangkan banyak disebut, ulamak adalah tempat rujukan terdekat. Yang ni aku dah anggap satu masalah besaq.





Dah tak educated tu sudah la, sebaliknya kena bukak minda, belajaq yang mana patut, ni tak. Kejanya, nak menyalahkan orang lain ja. Kononnya ulamak tu macam ni, macam tu. Cuba bayangkan apa jadi, bila kat tempat kita takda sorang pun yang cerdik pandai dalam hal agama. Sesat nanti, sekampung boleh kena bala.





Aku sedih betui bila budak-budak muda selalu update status yang mempolitikkan Islam dalam negara kita. Sangat sedih bila, tanpa kajian, tanpa ilmu yang mencukupi, depa selalu kaitkan agama dengan parti politik. Bagi aku, pemikiran depa memang tak dapat dinilaikan dengan education yang depa ada.Nampak memang tak matang langsung.





Walaupun ada budak yang masuk universiti, tapi tengok gaya update status kat pesbuk, adoiiiiiiiii, boleh nampak kebodohan diri yang kadang-kadang tidak disedari. Bayangkan budak-budak universiti la ni, disebabkan pengaruh dan dengaq berita yang tak betui, bangkang cakap ulamak. Tapi cakap sayang Islam. Bila ulamak berdakwah, dah depa kata ulamak ni mesti geng PAS..huhuhu. Aku tak paham. Jangan politikkan agama der, pikir-pikirkan la....





Macam kes kat penang, pasal isu pasang bacaan al-quran kuat melalui speaker sebelum subuh, walaupun ulamak dah bagi jawapan, tapi ada yang nak politikkan jugak tu. Kalau tak puas hati sangat pun, jangan update status yang pelik-pelik kat pesbuk. Memalukan la....buat kajian dulu sebelum nak bangkang cakap orang.haisshhhhh..




p/s : Aku hanya tengok gelagat budak-budak la ni update status tanpa rasa hormat kat orang. Sangat memalukan.....

Thursday, August 18, 2011

::AKU MEMANG TAK DAPAT BACA HATI ORANG::

Hello bloggers...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, and good morning to all......





Setelah semalaman aku bermalam tanpa membuka facebook aku, tanpa mengupdate sepatah kata dalam blog aku ni. Aku rasa panjangggggggggggggggggg sangat malam aku. Ni semua gara-gara bil berukben aku sampai lambat, dan aku tak alert bila last payment aku buat. Alkisahnya, selagi aku tak settlekan tunggakan aku, memang takkan ada la line beruk aku ni,huhuhu.









Pagi ni dengan mood yang separa hambar dan mood sat ada sat takdak ni, aku usaha jugak mengupdate blog ni, sebab semalam aku dah sedikit kecewa tak dapat nak hadap blog aku. Pagi ni, awai-awai lagi nak balas dendam update blog..guna tenet kat opis...hihihihi....





Kadang-kadang aku nakkkkkkkkkk sangat baca apa yang ada dalam hati orang. HOW I WISH I CAN!. Aku nak tauuuuuuuuu sangat apa yang ada dalam hati kalian. Aku nak tau sangat apakah bila kalian menyebut  "i only have you" "I need you"...apakah betul-betul itu yang kalian maksudkan. Aku frust sangat, bila aku tengok tindakan yang kalian buat tu tak sama dengan apa yang kalian cakap.








Apakah yang kalian cuba sampaikan? selalunya nawaitu bermula dari hati, minda akan berfikir dan mulut akan menzahirkan keadaan. Aku agak terkilan dengan dunia sekeliling aku, bila depan aku cakap lain. Belakang aku cakap lain pulak. Dalam dunia aku, aku tengok hampir semua orang jadi macamtu. Kenapa???? Kadang-kadang aku pening sangat, harini cakap lain, esok cakap lain. Sapa yang aku patut percaya.





Sebab tu aku seboleh-boleh nak faham hati kalian yang mana masih ada dalam hidup aku ni. Tapi aku tak mampu, sebab aku taktau apa yang betui-betui kalian fikirkan. Aku tak pasti apa patut aku buat la ni. Dan susah jugak aku nak bagitau apa yang sebenaqnya ada dalam hati aku. Tak semua patut kita luahkan, yang tu memang prinsip aku. Tapi aku lebih suka dengaq luahan hati orang. Tak semua orang sempurna, aku pun macam tu jugak.






Paling aku rasa seksa, bila something yang aku nak cakap tu aku tak dapat nak sampaikan. Sangat menyeksakan, tuhan ja la yang tau. Tapi, aku tak suka sangat direct to the point. Cuma aku lebih suka orang direct to the point dengan aku. Jangan berkias. Aku blurrrrrrrrrrrr....





Aku sangat berharap suatu hari aku dapat memahami apa yang kalian cuba maksudkan. Tolonglahhhhh.... berterus terang saja dengan aku. Jangan lain di hati lain di mulut. Aku susah nak teka dan benda macam ni selalu menghantui di masa sepi aku



p/s : tell me the truth...

Tuesday, August 16, 2011

:: SURPRISE~~~!!! DALAM MIMPI AJA KOT::

Hello bloggers......




First of all,assalamualaikum to all muslims, dan tak lupa....selamat malam jugak buat kawan-kawan blogger tak kira lah di mana jua anda berada....




Bila sebut SURPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!! heheheheh....aku memang suka surprise tapi dalam mimpi ja la. kengkadang aku selalu berangan "kalaula ada surprise yang membahagiakan bila aku bangun tidoq" huhuhu.. Boley jalan daaaa....sapa nak buat surprise kat hang...haha. Berangan boleh la.





Kalau la ada..huiiiiiiiiiii..taktau la mau cakap apa [berangan tak habeh lagi]. Dulu, masa sekolah pun selalu kawan-kawan aku yang rajin buat surprise especially time besday aku...Perghhhhhhh...siap bangun awai tu, nak tengok apa surprise aku. Masa dok hostel, bangun ja tidoq on my day, mesti penuh besday wishes kat pintu locker..hihihi. Syok gila.......Time sekolah ja la syok sambut besday pun. La ni takda maknanya. takat wish kat pesbuk ja....





Masa sekolah dulu, penah la jugak dapat bunga sekuntum dua..hahahha. Nak jugak ingat tu, tapi apa-apa pun tolongla jangan buat surprise yang boleh mendatangkan heart attack, bagi surprise yang syok dah la.....hahahha siap demand. Masalahnya, tak dapat dah kot surprise macam dolu kala. Berangan boleylaaaa...





p/s : selalu tengok kawan yang ber'couple' dapat surprise...wahhhhhhh...syiok letttewwww..hihi...

::MERCUN: KAMPUNG MANA LAGI KEBABOMMMM??::

Hai again bloggers....




Assalamualaikum to all readers, bloggers, stalkers, and whoever yang boleh lagi meluangkan masa untuk menjenguk-jenguk blog ambo nih. Mood maiiiiiiiiiiiiiiiii dahhh...hahahaha ni yang aku suka ni..... mood baekkkkkkkk punya harini.....hihi









Bila aku cakap pasai tarawih, agak menyejukkan mata jugak bila ramai anak-anak muda yang pi tarawih. Mula-mula dulu sampai aku terlepas kat safffffff belakang nuuuuuuu......punya ramai. walaupun aku sedikit bengang jugak la sebab banyak mak-mak budak yang bawak anak dok dalam satu saf......alahai.... putus saf.





Tapi aku maleh nak teguq dah, tengok ja cara depa...belajaq-belajaq sama la...dalam saf mana boleh bawak anak-anak kecik,ajaq anak semayang kat saf belakang sket, kalau tak pun buat ja la tarawih kat umah, senang sket nak monitor anak. Tapi yang tu bukan title aku harini hehe tapi bab mercun.








Bunyi mercun lagi kuat pada imam baca surah.huhu. Sabaq ja la budak-budak ni. Aku rasa depa dah buat satu pakatan jahat, di mana bila imam baca surah ja, baru depa kalut bakaq mercun. Apa punya hal pun aku taktau la puak budak-budak ni.Bakaq dalam tin kot. Bunyi kuat gilaaaaa....





Tapi beragak la jugak nak bakaq tu. Aku pun jadi tak khusyuk dah. Ni mesti aku rasa stok mercun dah banyak keluaq time ni. Tu yang dok main sampai tak hengat dunia tu. Apa-apa pun tak payah la dok main benda yang membahayakan jiwa dan raga ni. Kan lebih baik dok dalam umah main pesbuk ka....haaaaa.. Senyap sket kampung ye dop?





Bagi aku la, yang mana kampung-kampung yang dok lawan test bunyi mercun sapa bunyi paling kuat tu, renti kan la...bawak-bawak insaf sket. Kang terputus kat mana-mana hangpa jugak yang susah.




p/s : aku berani men mercun bawang ja, yang baling kat lantai letup-letup tu..hihihi

Sunday, August 14, 2011

::TEH O AIS LIMAU::

Hai bloggers... ahlan wasahlan...



First of all....Assalamualaikum to alllllllllll....hiihi...mood hujung minggu yang agak cerah, sepaneh teri matahari kan penang ni. Mengupdate blog sat pada pagi separa nak masuk tengah hari ni...[sambil tunggu turn nak basuh baju] hihihihihi....





Hangpa semua tengah buat apa?takkan landing lagi, lexxxxx lu......awai lagi ni. Cuti macam ni aku selalu lena ja kat umah. Jarang aku keluaq weekend macam ni. Kalau tak lena, update blog..hihihi...Kalau tak update blog, aku lena. Tu ja la keja aku bulan-bulan posa ni. Kalau aku dah lena siang, malam tu lambat la pulak schedule lena aku. haha..[aku rasa dah out of topic]. Nanti aku update pasai lena pulak...







Okeh, sapa suka minum teh o ais limau?????????? Kalau belah kelate depa panggil teh o limau beng. [Berserabut aku nak susun perkataan dia]..Sila angkat tangan macam saye...hihihi. Tak nampak..tak nampak... saja ja aku buat onar kan bulan-bulan posa ni..perrghhhh..sabaq-sabaq. Saja nak menguji keimanan masing-masing. Apa-apa pun ni ja lah feveret aku, dulu [merujuk kepada bulan tak posa] hari-hari aku mesti pekena ayaq ni. 





Time breakfast, time lunch...memang ayaq ni ja laaaaaa yang aku minum. Bak dari gerai kecik, ataupun masuk western restaurant.. ayaq ni ja la... aku dok minum. And kadang-kadang tu harga ayaq ni lagi mahai dari harga vanilla coke yang tin tu [ni masa aku pi satu pulau masa rest sat lepas snorkeling]. Aku pun taktau pasaipa...Standard mat salleh tu harga dia. Tapi kalau aku pi beli kat tepi jalan lapan kupang ja pun. 





Pendek kata dalam setahun ada 365 hari. 365-30 hari [bulan posa]=335 hari setahun aku telan ayaq ni. aku paling blur kalau aku pi kedai order ayaq ni, tetiba budak bancuh ayaq tu kta " errr...teh o limau takda la" perghhhhhhh mau aku banned kedai tu....Asyik takdak ja....aku nak minum ayaq apa lagi...Ayaq len memang aku tak berapa nak layan sangat. 





Tapi kat umah, aku jarang la bancuh teh o limau. Cuma kengkadang ja bila mood rajin aku mai. Aku selalu dok beli kat kedai ja. Aku ingat lagi masa aku pi sabah ritu, depa kat sana tak guna limau, tapi depa guna lemon. Ahhhhhhhhh, belasah ja la. janji ada kacukan limau + teh. Tu dah cukup buat aku. Apa-apa pun peace.............hihi



p/s : ada sapa-sapa yang bekenan teh o limau? boleh geng ler kita..hihi






Saturday, August 13, 2011

::AKU CUKUP FOBIA NAK TIMBANG BERAT::

Hello blogers....assalamualaikum




Happy selamat malam [ada ka ucapan macam ni] lantakla..to all bloggers, readers, stalkers, mr & mrs anonymous, dan sapa-sapa yang terdrop by kat sini. Semoga anda tabah menjalani ibadah puasa dan jangan kenyang sangat la makan tu. Satgi sujud tak bangun-bangun dah..haru...




Ada satu benda yang aku agak anti bulan posa ni......ha...benda alah kat bawah ni...






Hadoiiiiii, dah tahap anti dah aku dengan menatang ni. Tambah-tambah bulan posa ni, memang nawaitu aku takmau timbang berat time bulan posa ceni...takut aih... Bukan apa, aku ni dah masuk kategori, berat cepat susut..Adehhhh. Dahla nak tambah berat cukup susah, makan 1 kontena pun berat dok mcm tu jugak.... Tak matching dah dengan tinggi.





Aku heran betui, kadang-kadang mai mood aku nak makan, buleh ja makan banyak, tapi berat payah jugak naik, makin tinggi ada la kot. Tapi kalau mood makan aku tak berapa nak mai..emmmmm....offer nak belanja pizza pun aku tak layan. 





Yang paling aku serabut, kalau keluaq ngan kawan-kawan, depa tanya "Mas, nak pi makan mana ni?" adehhhhhhhhhhhhh...ayat paling serabut aku rasa. Soklan paling aku tak suka..haishhh. Bawak-bawak ja la mana pun. Kalau tanya aku, memang sejam pun belum tentu aku dapat jawab.. Killer question tu..huhu





Untuk bulan posa ni aku, rasa aku dah boleh guna timbang kat bawah ni ja kot. takut tak berjisim ja ni.






p/s : Rasa macam nak kol Dr Rozmey dah....nak beli gain 5...hihi

Thursday, August 11, 2011

::AKU RASA LAGI SYIOKKK JADI BUDAK-BUDAK::

Hello bloggers....



Assalamualaikum to readers, bloggers, stalkers dan semua saja yang masih lagi sempat luang masa singgah kat sini....Mengupdate lagi pada tengah hari ni, sambil berbaju batik...huhu Khamis dah kan harini, dah 11 hari berpuasa, bagi yang tak tinggai lagi la. Bagi yang dah tinggai tu, hihi...counting sendiri la.







Syiooookkkkkkkkkk sangat jadi budak. Tahyah nak risau tiap-tiap bulan kena bayaq bil yang nu, bil ni, tak payah nak risau harini nak masak apa, nak isi minyak kereta, nak servis tu, servis ni. Huiiiiiiiiii aman dunia, petang-petang pi main guli, main polis sentri, main sorok-sorok, main kejaq-kejaq bak kata orang utara aci ligan, macam-macam.







Tapi kita tak kecik selamanya. Besaq jugak, kalau dulu aku ni kecik ja, la ni kecik jugak tapi renjong ja la...hahahha. huhuhu.Best oooo jadi budak-budak , takyah pikiaq nak gaduh ngan orang. Kalau gaduh pun esok, baik balik. Kalau dah besaq ni, gaduh.alahaiiiiiiiii..memang panjang la masa nak baik pun.





Stressssss pun takdak. Tak payah kalut nak pikiaq hal keja, stresssss sana, stressssss sini, haishhhhhh. Apa pun tak boleh. Nak marah pun buleh ikut dan ja. Tapi lain cerita bila dah besaq ni. Dulu masa kecik, ikut dan aku ja nak cakap apa pun, la ni aku kena guna akai dulu nak cakap. Tapi di atas sikap aku yang tak reti nak marah orang ni, raaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai gila yang ambik kesempatan buli aku. Marah aku, malah depa buleh buat apa saja yang menyebabkan aku tak pueh hati.




Ramai yang suruh aku marah, suruh aku jadi setan sekali sekala, depa kata marah tu perlu jugak kalau tidak, penat dok simpan sorang-sorang. Aku ni palingggggggggggggggggggggggg payah nak marah orang, kalau aku marah, aku cepattttttttttttttttttttttt pulak cool. Tapi bila aku berlembut dengan orang, orang dok tekannnnnnnn aku. Tu yang aku tak boleh blah. Aduiiiiiii...tolongla manusia. jangan buat aku marah..... Aku boleh jadi godzila nanti.




Sebab tu aku dok pikiaq jadi budak lagi syiooookkkkkkkk. Menyampah betui nak hadap manusia arrogant yang selfish dan tak boleh ambik kira hal orang lain. Adehhhh, penat....melayan.Takmau layan pun kena hadap jugak.



p/s : i'm rock bebehhhhhhhhh...

Wednesday, August 10, 2011

::KEGILAAN PADA TULISAN BIRU DI FACEBOOK::

Hai again,


Sebelum tu, assalamualaikum w.b.t to all blogges, stalkers, readers, dan buat sesapa yang masih sudi singgah kat sini. Agak terharu aku gitu.Ya laaaa....sapa lah aku ni...tah termasuk berapa juta tah no ranking blog aku ni..hahaha. No 2 nak last kot..





Hihihi..takpa, tu tak jadi satu isu, biaq la no berapa pun, janji blog ni la tempat aku lepas penat lelah seharian, mai lepak-lepak taip entri panjang berjela-jela lepas stress. hahahha...Jadi, kalau hangpa tak singgah blog aku pun, yang pastinya aku akan tetap singgah, walaupun aku sorang ja dok merapu kat sini.





Bila aku stress,aku suka gelak, so orang taktau bahawa aku tengah stress. Dan bila orang taktau kecenderungan aku buat habit-habit baru yang pelik amatla tinggi peratusannya. Baru-baru ni aku dok ushar macam-macam nama group kat pesbuk ni. Macam-macam dialog pun ada. Ada dialog sepah, dialog movie yang buat aku gelak bagai nak rak. Nak muntah pun ada sebab gelak secara berjemaah.hahhahaha






Dan bila semua kawan sekeliling aku dok tengok aku asyik gelak sorang-sorang depan laptop, depa pun pelik. Apa la yang dah kena dengan si Mastura ni... tersampuk kah agaknya?haha. Maka aku pun ajak depa join aku gelak dan hasilnya..............









hahahha..semua jawapan aku bantai guna tulisan kaler biru tu, depa semua ni pakat bebai ngan aku, tapi bila depa nak marah aku, depa gelak..hahahha. La ni, aku pulak yang dok khusyuk tengok depa gelak..hahahhaha. Huduh la wei...





p/s : bahagia jugak bila ajak gelak besaq secara berjemaah..hahaha..apa pun tak boleh.

::AKU TAK PAHAM :LELAKI EMO TAK KENA TEMPAT??::

Hello bloggers....



Assalamualaikum bloggers..... good morning to all. Panjang sangat kalau aku nak wish untuk sorang-sorang follower aku, haha. 600+ tu nak kena buat ucapan. Tapi aku summarize ja la to all.hihi.




Dulu aku penah taip entri dalam blog aku ni, ada certain kawan yang kononnya penah ngaku kawan baik aku, yang aku pun taktau salah aku kat dia, tapi dia selalu buat onar dan buat semak dalam hidup aku, buang aku dari facebook dia. Do i care??? tengok previous entri aku KAT SINI.






Tapi baru-baru ni, dah dia add aku balik. 2,3 kali dah dia remove aku, pastu add balik. Aku pun tak paham la apa jenis emo dia ada ni. Seteruk-teruk aku emo, aku tak penah lagi remove orang yang aku menyampah kat pesbuk, biaq la dia selagi tak menyerabutkan otak aku.




Tapi mamat sorang ni memang buat onar betui, masuk kali ni.... dah berapa kali dia remove aku, pastu add balik. Kengkadang aku terpikiaq jugak, facebook yang bengong ka atau pun betui-betui dia remove aku. Naik maleh pulak aku nak tekan accept..hahahhaha. Tengok pulak la mood aku macam mana, emo jugak bila  terpaksa accept banyak kali. Tapi kalau kata facebook yang bengong, awat seramai kawan aku yang lain, tak penah pulak remove aku, dia ni sorang ja masalah sket. Aku pun tak paham.





Satu lagi yang aku tak paham. Semalam aku kena lagi perli kat facebook sebab aku susah nak bagi no phone aku kat facebook. Aku memang tak suka nak market no phone aku tak kena tempat. Tup-tup semalam, ada sorang mamat ni, aku takla kenai sangat ngan dia ni. Dan aku sangat jarang nak online chatting kat facebook. Tup-tup semalam saja aku on.




Ada sorang mamat ni, cakap nak kenai aku, pastu dok paksa-paksa aku bagi no phone. Aku tak suka la weiiiii...Desperate sangat ka? Memang aku tak bagi la. Apatah lagi hang dok paksa-paksa nak jugak. Ingat aku agen insurans ka? Rilek ar bro, takkan sebab aku takmau bagi no phone pun, hang nak hingaq-hingaq kat aku. Lu pehal? Ikut suka aku la..haishhh..huh..Macam ni pun ada??? Apa pun tak boleh!



P/s: Aku emo jugak pagi ni..huhu


Tuesday, August 9, 2011

::APAKAH TERLALU SENANG MENYEBABKAN KITA LUPA BERDOA?::

Hai bloggers...



Assalamualaikum bloggers, readers, stalkers dan tak lupa jugak buat sesapa yang masih tak jemu-jemu melawat 'site' aku ni yang penuh dengan macam-macam entri berdasarkan mood semasa aku...cewwahhhh....




Kalau diperhatikan entri-entri aku, semua aku taip dengan penuh emosional, hihi. Kena time mood aku sedih, entri pun macam kelat ja, mai mood hepi, baca entri pun boleh sengih-sengih, mai time mood ceramah perdana aku, haaa... kena fokus sket sebab aku banyak psycho..walaupun tak banyak tapi ada la sket-sket aku buat ceramah umum. Nak pegang mikrofon takut gagap, so aku menaip ja kat sini, yang pastinya jejari aku ni tak penah gagap.hihi






Allah berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina”. (Al Mukmin : Ayat 60)




Apakah ada di antara manusia di dunia ni yang sombong? Tak mengaku bahawa Allah akan mengkabulkan doa hambaNya? Itulah sifat manusia. Ada yang dah diuji dengan kesenangan hidup, harta melimpah ruah, ada pula yang anggun bak puteri dan ada jugak ciptaan Allah yang kacak macam putera [kalau ikut cerita dongeng, hensemla.... kalau x dongeng, ke'hensem'an tu kureng la sket kot], bila dah tersasar sket dari nikmat yang dikecap, manusia mula sombong. Mengaku semua yang dikecap tu adalah usaha sendiri.




Ada yang terlalu ego, sehingga meremehkan doa. Manusia memang sentiasa lalai, bila dah senang, sapa ingat nak berdoa? Betui dak? Bila dah jatuh ke bawah, ditimpa bencana, sakit, down...kecewa...barulah tercari-cari buku panduan berdoa? Buku panduan berdoa? Apakah selama ni kalian tak pernah berdoa? Apakah kita hanya perlu berdoa bila dalam kesusahan saja?






Allah berfirman: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).




Takdak salah pun untuk kita meminta. Kita hanya berharap pada Allah kan? Siapa Allah? Allah yang menciptakan kau, aku, binatang, pepohon, gunung ganang, malah DIA yang menghidupkan dan mentadbir segala apa yang ada dalam dunia ni, yang boleh menghidup dan mematikan kita semua. Yang boleh menjadikan sesuatu yang di luar jangkaan kita.




Jadi, kenapa perlu sombong untuk berdoa? Bukan kita hanya perlu berdoa hanya selepas sembahyang saja. Bila-bila masa kita boleh berdoa, Allah akan perkenankan doa kita, tapi hendaklah kita semua istiqamah dalam berdoa. Sabar.......meminta itu haruslah dengan sifat tawadduk. Dalam doa kita mintak supaya diampunkan segala dosa kita, jika tak boleh minta pada manusia, mintalah pada Allah. Dia MAHA KUASA untuk mengabulkan apa yang dipinta.




Janganlah kita menganggap, berdoa itu suatu yag remeh, hakikatnya kita yang selalu buat remeh, tak percaya pada kuasa berdoa. Pada sapa lagi harapan kita akan bergantung kalau tak kepada Allah? Berharap pada manusia, manusia akan mati, berharaplah pada Allah. Siapalah kita untuk memalingkan diri dari Allah. Kita ni ciptaannya, nyawa ini pun diberi pinjam dan boleh diambik bila-bila masa.




Apakah bila kita dalam kesusahan baru teringat untuk berdoa dan memohon kepada Allah? Apakah kita perlu berhenti berdoa bila tak mustajab? Doa bukanlah satu unsur yang boleh diperjudikan. Harini berdoa, esok tu akan jadi. Allah sentiasa menemani kita hambaNya, mendengar doa hambaNya. Tak malukah kita sebagai hambaNya yang sentiasa  buat kesilapan dan dosa, dengan hanya 2,3 kali doa saja kita harap Allah tunaikan? Tak malukah kita? Cerminlah diri dan tengok apakah kita layak cepat-cepat dikabulkan doa walaupun kita memegang jawatan besar di dunia ni.




Berterusanlah berdoa, dan yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengarkan pengharapan kita. Sebagai hambaNya kita harus sentiasa memohon keampunan dan berdoa semoga Allah membantu kita di masa susah dan senang, dipermudahkan kehidupan, maka berdoalah dan sertakan usaha. Janganlah meminta-minta sesuatu untuk datang bergolek tanpa usaha. Berpegang teguhlah dengan janji Allah. Sesungguhnya janji Allah itu suatu janji yang PASTI.




p/s : Entri beremosi ini disudahi dengan doa yang juga penuh emosi...semoga ALLAH merahmati.

Monday, August 8, 2011

::SENJATA INILAH PENENANG HATI::

Hello bloggers,




Assalamualaikum readers, stalkers dan sapa-sapa saja yang sudi lagi lalu lalang, buat pendrop komen, buat semua umat islam di mana jua anda berada. Selamat berpuasa pada hari ke-8 hari ni. Semoga kita semua dirahmati Allah dan berada dalam golongan yang mendapat rahmat keberkatan dariNya di bulan ramadhan ni.




Bertadaruslah. Bukan hanya sekadar di bulan ramadhan al-mubarak ni, malah dianjurkan kita bertadarus setiap hari. Sesibuk mana pun kita dengan hal dunia ni, jangan lah kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, sebagai khalifah di muka bumi Allah, di mana terpikulnya amanah yang diletakkan atas bahu kita. 








Kadang-kadang minda dan hati terlalu penat memikirkan hal dunia yang entah sampai bila akan bertemu penghujungnya. Apakah terdetik di hati kita, adakah aku dah mengaji hari ni? Ya? Alhamdulillah, Kalau belum, tinggalkan hal dunia sebentar. Ambillah Al- Quran yang barangkali terletak elok atas almari, yang mungkin berhabuk, malah tersusun tanpa diusik.





Bukankah Al-Quran itu menjadi panduan dalam hidup kita, bukan sebagai hiasan atau dijadikan pendinding untuk menghalau hantu syaitan. Tapi itulah yang memberi sinar cahaya dalam kehidupan kita. Yang membawa dan menunjukkan kita ke jalan yang diredhai Allah.





Apa salahnya jika kita bertadarus, walaupun acapkali kita berkata "aku tak sempat nak bertadarus hari-hari". Apakah tidak boleh kita mencuri waktu dunia seketika bagi mengingati diri kita yang sedang terleka diulik fantasi dunia? Walaupun tidak hari-hari, bertadaruslah dan jangan biarkan Al-Quran hanya dipenuhi sawang dan debu.





Hati kita selalu dikecewakan, minda kita seringkali letih dibelenggu dunia, kadangkala kita 'lost' dalam mencari jalan kehidupan kita. Bacalah Al-Quran, itulah panduan kita, yang menerangkan hati segala umat. Bacalah Al-Quran dan tafsirannya untuk mencari rahsia yang tersembunyi dalam dunia ni.








Rasullullah pernah bersabda "telah aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara, dan apabila kamu berpegang dengannya, nescaya kamu tidak akan sesat". Para sahabat bertanya "apakah dua perkara itu ya Rasulullah?" "Al-quran dan sunnahku".




Jadikanlah rujukan yang tertinggi itu dengan Al-Quran, andaikata ada di antara sahabat yang tercari-cari hala tuju yang hakiki, rujuklah Al-Quran, sesungguhnya dari Al-Quran, kita mendapat gambaran apa yang berlaku pada umat-umat sebelum kita dan dengan Al-Quran jua lah kita akan sedar betapa kita ni sudah diberi peringatan yang banyak dari Allah SWT.




p/s : Bacalah Al-Quran dan jadikannya sebagai senjata pengubat hati, sesungguhnya kamu membawa sinar cahaya di dunia dan akhirat. Ingatan buat diri dan sahabatku sekalian.Renung-kan dan selamat beramal.





sekian untuk makluman.

Sunday, August 7, 2011

::SAPA CAKAP HATI TAK BOLEH BERUBAH?::

Hello bloggers...hai again..


Assalamualaikum w.b.t. and salam 1 Malaysia to all my readers, dan buat sesapa jua yang tak jemu-jemu singgah di sini walaupun tak ada sebijik kurma pun yang aku letak kat sini....hihihihi




Apa khabaq semua? sihat....?alhamdulillah, bagi sapa yang tak berapa sihat tu, bawak-bawakla minum ayaq masak banyak sket. Kot belah penang ni, tengah hari ngan petang memang agak paneh jugakla. Kering tekak, tapi sabaq ja la bulan-bulan posa ni. Pahala tuuuu..hihihi





Harini dah genap seminggu umat islam berpuasa, dah tak lama lagi nak tempuh pertengahan ramadhan, semoga sahabat-sahabat semua istiqamah bertarawih setiap malam, mengisi masa lapang dengan doa yang sentiasa mendapat perhatian dari Allah.




Okeh malam ni, aku nak share lagi tentang hati. Semenjak, 2, 3,4 menjak ni, asyik cerita pasai hati ja aku ni.hahahha. Bukan apa, kengkadang emosi tu mendatangkan feel yang mendalam gitu. [memandai ja aku]. hihi






HATI MANUSIA BOLEH BERUBAH

Sapa cakap hati tak boleh berubah? Sedangkan ayaq yang menitis pun boleh melekukkan batu, apatah lagi hati. Kadang-kadang memang kita perlukan masa yang panjanggggggggggggggggggggggggg sangat untuk ubah hati kita.





Ada manusia yang keras hati, ego tinggi, cepat panas. dan ini amatla memerlukan kekuatan sabaq untuk lembutkan hati. Kalau kita berkeras jugak dengan manusia jenis ni, sampai bila-bila pun kita takkan menang. Sebab kalau dah ego tu, kita kena jadi cool. Tak bolehla bila dah sorang perangai 'api' kita pi tuang minyak lagi. Memang rentungla.....





Hati kita ni sebenaqnya ada unsur-unsur halus. Sejauh mana sombong dan angkuhnya seseorang tu, dia masih lagi mempunyai perasaan belas ihsan, cumanya tak ditunjuk saja. Itu bezanya. Jangan kata bila kita tengok perempuan yang agak kasaq tingkah lakunya, kita cop dia 'tomboy'. Sekasaq mana pun seorang perempuan tu, tapi masih ada lagi sifat lembut dan manjanya.





Ada yang kata, manusia ni memang payah nak berubah. Memang.... apa yang kita buat adalah dari hati. Kalau hati kita 'bersih' kita lebih cepat adapt benda-benda positif dalam hidup kita. Sorang budak yang paling nakal dalam kampung, mungkin bukanlah sorang penjenayah bila besaq nanti. Macam tu jugak la dengan budak yang paling kuat mengaji, tak semestinya jadi ustaz bila besaq nanti.





Kita boleh jadi apa saja yang kita nak, asalkan kita tak lalai mendidik hati kita sendiri. Takkan nak tunggu orang lain yang ubah hati kita. Kita kan nakhoda kepada diri, memang wajib kita sendiri yang meletakkan nawaitu, sayangi hati kita sebelum kita sayang orang lain dan lakukan benda yang paling bahagia dalam hidup kita.




p/s : La Tahzan...Kita adalah apa yang kita tentukan...





Saturday, August 6, 2011

::MERUNGUTLAH BILA PERLU::

Hello bloggers...... Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..hihi




Dah habis tarawih? Bagus...alhamdulillah. Semoga malam ketujuh ni memberi seribu rahmat buat seluruh umat islam tak kira di mana berada. Dan sebelum berangkat pi dreamland malam ni, aku sempat lagi terasa nak mengupdate berpatah-patah kata kat sini. Satgi kalau aku tak update, ada pulak yang rindu an an an? =.=..hihi







Kita memang selalu merungut. Tak kira lah dalam apa situasi pun, bila sangkut dalam jem, banyak keja, sibuk 24 jam,  bila letih.....takdak pulak orang yang merungut bila tengah hepi sengih-sengih. haha, aku tak penah jumpa lagi la, kebanyakannya merungut bila tak pueh hati. Ha, tu la keje kome ye?hihi





Berentila merungut. Apa yang kita dapat bila kita selalu merungut? Menambahkan semak kepala lagi ada la. Serba tak kena. Semua nak merungut. Kadang-kadang semua yang jadi bukan atas kehendak kita, kita cuma merancang ja, tapi takdir tu, Tuhan yang menentukan.





Merungut bermacam benda, macam-macam tak kena. Ada sebab kenapa kita tak boleh selalu merungut, kita kena belajaq redha. Bagi adik-adik yang tengah belajaq, jangan selalu merungut bila banyak assignment, banyak kuiz, jadual padat. Bagi kawan-kawan yang tengah keja, selalulah pikul amanah tu sebaik mungkin.





Keja tu amanah kita, kita kena redha, bekerjalah dengan ikhlas. Jangan selalu merungut sebab kita terlalu sibuk. Sesibuk mana pun kita dengan amanah yang kita pikul, tapi jangan lupa, kita masih ada masa untuk urusan diri sendiri.





Bila kita terlalu merungut, aku takut jugak. Takut kalau kita semua jatuh dalam golongan yang kufur nikmat. Apa yang Allah dah sediakan untuk kita, yang tu adalah yang terbaik. Macam mana pun kita tak puas hati, cuma dianjurkan untuk berdoa mintak permudahkan segala masalah. Merungut tanpa bertindak tu takkan selesaikan apa-apa masalah. 





Merungutlah bila kita tak cukup masa untuk tuntut ilmu akhirat, merungutlah bila terlalu banyak maksiat yang berlaku di depan mata kita. Merungutlah bila terlalu banyak yang melalaikan kita dari mengabdikan diri kepada Allah, merungutlah jika kita tidak dapat memikul amanah yang diberi sebagai khalifah. Untuk semua itu, merungutlah. Tapi janganlah semua merungut hal yang tak menjamin kebaikan apa pun. Sesungguhnya perkara itu adalah perkara yang sia-sia.



p/s : terlalu kuat merungut adalah tanda tidak redha dengan ujian Allah. renung-renungkan dan selamat beramal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails