nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, August 6, 2011

::BLOGGER NI LAGI HEBAT DARI TV::

Hello bloggers..


Assalamualaikum for all muslims readers, and salam 1 Malaysia for non-muslims, good morning to all... Harap-harap semua sihat-sihat la hendaknya.



Jumpa lagi kita hari ni, dengan cuaca yang suam-suam kuku kat area rumah aku ni. Sat redup, sat panas, mata pun nak lalok ja.haishh..hihihi. Nasib bek tak kalut nak masak.


SAPA BLOGGER YANG LAGI HEBAT DARI TV???? cer ngaku....

ya..kita lah..kita laaaa blogger yang hebat tu. Tanpa kita sedaq, ramai yang lalu lalang masuk blog kita. Betui tak? Aku selalu jugak jadi silent reader beberapa blog, antaranya isu-isu dalam negara, dan ada antaranya aku tak penah dengaq pun berita tu masuk dalam buletin utama ka, atau pun kat RTM. Kebanyakan tu ada jugak aku pi ngendap-ngendap blog politik.hihihi..shhhhh..Tapi aku tak penah komen apa-apa la, cuma masuk baca entri depa pastu blah. hihihi..




Sapa yang lagi hebat? Sepanjang pemerhatian aku, aku ronda beratus blog sehari, dari bab remeh temeh, "macam mana nak kaler lukisan" sampai la isu serius macam dalam negara " adakah matawang negara kita semakin mengecil"..bahkan blog budak-budak 'hingusan' pun aku baca. Saja aku nak tengok apa yang depa typing sebagai ENTRI.. tak kira la sampah ka dak. Aku baca ja, tak komen apa-apa.





Hari sabtu ngan ahad, bila aku tak keja, aku lebih suka lepak kat umah, hadap lappy kesayangan aku ni seharian. Aku tak pi mana-mana pun. Kadang-kadang kawan-kawan aku sampai bebai sebab bila ajak aku keluaq, aku takmau, alasannya ada keja..hahahah..Sori geng. Tapi kalau tempat ada wifi boleh la. Cumanya, maleh la nak berangkut lappy aku ni.





Aku ronda abih, baik blog dalam malaysia, sampai overseas nu, ha...sibukkan aku. Sampai berpinaq mata. sebab tu aku silau cahaya. Malam takleh keluaq umah,hihihi. Takleh tengok lampu, silau. Aku banyak baca blog, aku jarang tengok berita, sebab bagi aku blogger lagi laju dari berita. Laju dowhhhhhhhhhh...hahahah. Berita kena tunggu time, tapi blogger, takda time. Semua link antara satu sama lain. Anytime aku bukak ja blog, ada ja entri baru, yang panas, yang sejuk semua ada. Astro pun kalah.





Tapi ingatla sahabat blogger aku sekalian, walaupun kita update satu entri, baru daftar pun kira blogger la jugak tu. Jangan kita buat entri kita untuk melaga-lagakan orang lain, ataupun nak fitnah ka, nak aib orang lain ka. Jangan buat macam tu. Jangan rasa "alah....blog picisan aku ni sapa laaaaa nak baca" Haaaa. jangan pikiaq macam tu. Selagi blog kita ni bersifat umum, kalau kita buat jahat kat orang, orang akan tau jugak. Cuma cepat ngan lambat ja. Jatuh bangun tu biaq atas inisiatif kita....





Segala apa yang kita salur melalui blog, itu atas niat kita. Bagi aku la kan, jadi kalau kita niat yang baik, maka yang baik la jadinya. Kalau sebaliknya, wallahualam. Aku sekadar nak ingatkan diri aku supaya tak terlajak kata dan diri kome semua. Blogging la dengan niat nak sampaikan mesej. 




p/s: Jage-jage ade yang meratiiiiiiii....hahhah [pinjam ayat kak kiah propa sat]

3 comments:

Firdnurjue said...

setujuuuuuuuuuuuuu lagi pantas dari biasa..ahaks

NMH said...

yup2..banyak yang kadang2 tak penah jumpa dalam berita kat tv..

damha said...

mcm2 info n berita ttg hal2 dunia n ahirat boleh dikongsikan bersama...apa yg baik dijadikan pandusn...blogger merentasi masa drp berita dlm tv...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails