nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, August 7, 2011

::SAPA CAKAP HATI TAK BOLEH BERUBAH?::

Hello bloggers...hai again..


Assalamualaikum w.b.t. and salam 1 Malaysia to all my readers, dan buat sesapa jua yang tak jemu-jemu singgah di sini walaupun tak ada sebijik kurma pun yang aku letak kat sini....hihihihi




Apa khabaq semua? sihat....?alhamdulillah, bagi sapa yang tak berapa sihat tu, bawak-bawakla minum ayaq masak banyak sket. Kot belah penang ni, tengah hari ngan petang memang agak paneh jugakla. Kering tekak, tapi sabaq ja la bulan-bulan posa ni. Pahala tuuuu..hihihi





Harini dah genap seminggu umat islam berpuasa, dah tak lama lagi nak tempuh pertengahan ramadhan, semoga sahabat-sahabat semua istiqamah bertarawih setiap malam, mengisi masa lapang dengan doa yang sentiasa mendapat perhatian dari Allah.




Okeh malam ni, aku nak share lagi tentang hati. Semenjak, 2, 3,4 menjak ni, asyik cerita pasai hati ja aku ni.hahahha. Bukan apa, kengkadang emosi tu mendatangkan feel yang mendalam gitu. [memandai ja aku]. hihi






HATI MANUSIA BOLEH BERUBAH

Sapa cakap hati tak boleh berubah? Sedangkan ayaq yang menitis pun boleh melekukkan batu, apatah lagi hati. Kadang-kadang memang kita perlukan masa yang panjanggggggggggggggggggggggggg sangat untuk ubah hati kita.





Ada manusia yang keras hati, ego tinggi, cepat panas. dan ini amatla memerlukan kekuatan sabaq untuk lembutkan hati. Kalau kita berkeras jugak dengan manusia jenis ni, sampai bila-bila pun kita takkan menang. Sebab kalau dah ego tu, kita kena jadi cool. Tak bolehla bila dah sorang perangai 'api' kita pi tuang minyak lagi. Memang rentungla.....





Hati kita ni sebenaqnya ada unsur-unsur halus. Sejauh mana sombong dan angkuhnya seseorang tu, dia masih lagi mempunyai perasaan belas ihsan, cumanya tak ditunjuk saja. Itu bezanya. Jangan kata bila kita tengok perempuan yang agak kasaq tingkah lakunya, kita cop dia 'tomboy'. Sekasaq mana pun seorang perempuan tu, tapi masih ada lagi sifat lembut dan manjanya.





Ada yang kata, manusia ni memang payah nak berubah. Memang.... apa yang kita buat adalah dari hati. Kalau hati kita 'bersih' kita lebih cepat adapt benda-benda positif dalam hidup kita. Sorang budak yang paling nakal dalam kampung, mungkin bukanlah sorang penjenayah bila besaq nanti. Macam tu jugak la dengan budak yang paling kuat mengaji, tak semestinya jadi ustaz bila besaq nanti.





Kita boleh jadi apa saja yang kita nak, asalkan kita tak lalai mendidik hati kita sendiri. Takkan nak tunggu orang lain yang ubah hati kita. Kita kan nakhoda kepada diri, memang wajib kita sendiri yang meletakkan nawaitu, sayangi hati kita sebelum kita sayang orang lain dan lakukan benda yang paling bahagia dalam hidup kita.




p/s : La Tahzan...Kita adalah apa yang kita tentukan...





6 comments:

Anonymous said...

damha....

hati bisa merubah segalanya....
apa yg diniatkan...
itulah yg akan terjadi...
hati ialah jiwa yg halus...
berseni n berperasaan...
tujuilah arah haluan yg bermanfaat...

NasZ said...

kita kena faham hati kita dulu. bersihkan hati kita dulu. baru bleh tengok hati orang lain. Kan?

MOHD NASER.com

shazmir said...

betul betul...boleh berubah>>
btw blog awak canti mcam awak..heheh

xyz4mir.blogspot.com

Akulah Pak Lan said...

Hati..antara angota badan manusia yang sukar difahami..

bisa merajuk, bisa sakit
bisa gembira, bisa sedih

RATU QASEH SAIFUDIN said...

yup..hati memang bole berubah..kena laa pandai kawal/jaga hati tu..

selamat puasa n selamat hari raya =)

::Mastura Zakaria:: said...

betul tu..semua kena dimulakan dengan hati yang bersih, hati lah tempat untuk syaitan menyerang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails