nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, August 26, 2011

::SELAGI TAK LUAH, NAK TIDOQ PUN TAKLEH::

Hai bloggers,




Assalamualaikum w.b.t to all bloggers, stalkers, readers dan semua-semua lah yang masih lagi menjejakkan mata [#haha..statement apa pun taktau] kat sini. Harini dengan mood yang suam-suam kuku, aku mengupdate blog ni dengan keadaan yang agak kesunyian, sebab ada dah yang balik kampung segala.





Harini nampaknya banyak dah plat luaq yang masuk penang. Pakat dah sampai kampung la kot belaka. Meriah sket nampak jalan kat penang ni + sesak.hahahha..Nasibla...selamat bersengkang mata bersesak-sesak, syok kot.





Ada orang cakap "jangan campur hal personal dan hal kerja" "jangan libatkan masalah peribadi dengan study". Tapi setakat mana keberkesanannya [#cewwaahhh..baku] aku pun taktau. Ada orang yang boleh handle situasi, dan most people tak boleh elakkan dari susah hati time keja/study sebabkan hal peribadi. Tak kisahla hal apa pun.macam-macam la.





Tapi bagi aku, agak susah la nak handle, kalau aku ada personal problem, aku memang susah hati, sampai mood makan lari, mood nak senyum pun lari, mood nak study lari, mood nak keja pun boleh temporary out of service. Bila melibatkan sakit hati, memang macam tu la keadaan aku. Nak tidoq pun tak boleh, sedih jangan cakap la, tuhan ja yang tau. Masa ja la yang boleh sembuhkan hati. Takda sapa yang boleh sembuhkan.








Tudiaaaaaaaaa..kunci hati keluaq dah.hihihi. Susah oiii nak ubat hati sendiri. Tapi selalunya aku tunggu masa yang jadi pengubatnya. Kadang-kadang bila ada hal apa-apa, aku lagi senang cerita ngan besfriend aku. Selalunya secret- secret aku ni memang dalam tangan depa la.hahahha. So, yang mana yang rapat dengan aku tu akan tau la macam mana.





Selagi aku tak share, aku memang tak boleh buat apa. Serba tak kena, sebabtu aku lebih suka sharing pastu gain feedback pulak. Macam tu la gunanya kawan, bukannya cari kawan yang suka tikam belakang. Yang jenih ni tak berkawan pun takpa, takda ruginya.





Macam kat blog aku la jugak, aku lebih suka sharing open kat sini, saja la suka-suki aku merapu kat sini. Tapi as long aku berblog ni, aku paling tak suka sangat la sharing personal aku dengan lebih detail, cukup la sipi-sipi ja. Aku takla kedekut sangat nak dedahkan identiti aku, aku share ja, tapi aku masih bataskan lagi la bab personal sharing kat sini.





Selalunya yang tau pasai aku, hanya yang rapat-rapat dengan aku ja, depa ni la yang selalu banyak bagi advice kat aku, macam-macam. Dari keadaan 'down' pun aku boleh cari kekuatan balik. Aku tak pernahnya buang kawan-kawan aku, cuma bila ada yang aku kecik hati ngan kawan-kawan tu, aku slowkan sket ja hubungan kawan tu, aku banyak diam ja [#walaupun hakikatnya aku bukan pendiam].hahahhahaha. Jadi tu ja buat masa ni, nanti mai idea baru aku update len.





p/s : cintailah sesiapa yang mencintai anda, tapi lebihkanlah cinta anda kepada Allah.

1 comment:

nabila wahab said...

kwn rapat mmg sgt penting..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails