nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, November 30, 2011

::BILA DEMAM, MOOD PUN LARI::

Assalamualaikum.



Agak berselang hari jugak aku tak update apa-apa kat blog aku ni. Dek kerana aku agak sedikit maleh nak update plus ni dah masuk hari yang pertama aku demam dan malam yang ke dua.sebab aku demam malam. Memang agak berantakan jugak mood aku. Rasa nak bebai, beremosi gila dah ni.Besa la, time demam ni... semua nak mengharap ja."mak nak yang tu...", "mak....mak...mak""mak tolong sat".."mak......" 


"haishhhh! dah la.manja!buat sendiri."huhu. ya padan muka.tak boleh nak memanjakan lagi.hukhuk.







Hari ni aku still lagi batuk-batuk, aku rasa sekampung dah boleh dengaq ni. Dengan flunya, menyebabkan hidung aku ni dah merah-merah. Sakit tekak lagi. Harini aku terpaksa jugak hadam bubuq nasik ja.Tak dan nak mengunyah pun, aku main telan-telan ja. Serupa anakonda dah. Lapaq gila, tapi nak telan nasik tak boleh.Sakit tekak. Haiii....sabo je la.





Dengan terketaq-ketaq aku baru update blog aku ni, seram sojuk dah aku rasa ni sebab kan demam aku ni pun tak stabil mana. Sat paneh, sat sojuuuuukkkkk. Aku pun tak paham patern dia. So aku end kat sini dulu. an kalau mood aku dah sedikit elok, aku update lagi wokeh.




p/s : To all my followers yang still keep remind me to follow and ajak join segmen segala, tima kasih bebanyak. Dan sori jugak sebab tak terrrjoin segmen antara blogger sebab aku still masih not in the mood demam-demam ni.Doakan aku cepat baik dulu,nanti aku follow yang mana aku sempat :)

Monday, November 21, 2011

::BILA DAH NAMPAK TARING::

Assalamualaikum.





Aku agak eksited nak tunggu game malam ni. Harap-harap team harimau dapat kontrol sket pergerakan garuda. Dan dah pastinya aku cup tv malam ni. Tidak akan ada aktiviti lain selain hadap bola lepas maghrib.hehe.Afdal dah tu.




Bagi yang hampa konon-kononnya tiket abih, mehla kita dok depan tv ramai-ramai. Nampak jugak bola tu ke mana kan. Takdakla terlindung dek orang lalu lalang di Gelora Bung Karno tu.Di samping tu jugak, keselamatan komfirm dah dijamin.hihi





Apa-apa pun selamat berjuang buat semua harimau..muehehe.Kalah menang tu adatla.Jangan over sudah.Jangan lupa malam ni 21 November 2011 jam 8.30 malam.

Sunday, November 20, 2011

::TARIKAN PADA BLOG?ADA APA DENGAN BLOG::

Assalamualaikum





Malam ni kelembapan berukband aku ni agak menguji kesabaran. Maunya tak, dengan cuaca hujan la ni memang agak slow pergerakan dia.Apatah lagi aku nak mengupload gambaq pun ambik 9,10 minit. Oh, amat mendukacitakan bagi aku.



Sambil aku dok tengok vokal bukan sekadar suara, tiba-tiba mood aku nak update blog ni mai. Apa lagi, bila aku dah lama tak update dengan news terbaru. Bila kita bercakap bab tarikan pada blog, khususnya bagi newbie yang baru berjinak-jinak dengan blog,apa sebenaqnya yang boleh jadi orang berminat nak baca blog.



BACKGROUND

Masa aku jadi budak baru belajaq dulu tentang dunia blogger ni, aku pun pening. Aku tengok macam-macam blog. Aku cari blog yang best, yang banyak bagi info pada budak baru belajaq macam aku ni. Bila aku jalan-jalan, baca segala blog, aku jadi tepu. Ada yang kata jangan guna background yang dull, yang gelap. Dulupun aku guna background hitam yang aku rasa dah lawa gila kot. Bila aku tengok-tengok pendapat orang, jadi aku pun tukaq ke warna putih supaya penulisan aku jadi clear.



LAGU
Pastu, dulu aku suka letak lagu kat blog aku ni. Lagu yang mana aku rasa feel tu, aku sumbat masuk dalam blog aku ni.Aku taktaula pulak sebenaqnya orang takdakla suka mana pun nak baca blog aku ni.Asai bukak ja, lagu pun autoplay. Memang serious annoying pendengaran orang.Actually, tak payah sebenaqnya letak lagu dalam blog, unless kalau nak sangat letak.haaaa letakla.Tapi jangan autoplay. Memang boleh semakkan kepala hotak sesapa jua yang singgah kat blog.




PENULISAN

Blog aku ni pun bukan banyak info apa pun. Ada bila mood aku nak bagi ceramah perdana mai, aku update sket. Tapi most of the post yang aku buat banyaknya pasai personal life aku yang dirasakan boleh share dengan umum. Yang terlalu secret tu aku simpan dalam hati ja la. Takda makna sangat aku nak cerita semua kat sini. Ikutla penulisan yang mana owner tu suka, dan yang dia rasa nak tulih. Sapa yang suka tu dia baca la kan.




Tapi aku memang agak rasa annoying bila ada sesetengah blogger, yang bila singgah kat shoutbox aku, ajak aku jenguk blog depa. Aku tak kisahla sangat kan, aku pi la jenguk-jenguk jugak. Tapi bila aku masuk blog ja, gambaq pakwe penuh blog dia, dengan bling-bling lagi.Silau sat mata aku ni. Semua cerita semua pasai pakwe dia ja penuh post.haha.Orang tengah bercinta, macam tu la kot.




Tapi satu la aku sekadar nak ingatkan. Selalunya blog yang jenih macam ni akan mendatangkan kutukan dari strangers ja. Agak-agakla na bila nak post tu.Bak kata orang jangan terlalu over dek nak mencapub pakwe sangat. Nanti kena kebas baru nak meraung pun kena update satu post dalam blog.hihi.




Nak tulih apa pun ikut suka la, tapi jangan la udate entry yang menghentam orang lain, mahupun blogger lain. Tak payah mencapub dengan cara macam tu.Apa tu mencapub? cari publisiti la maksudnya. Setiap blog ada kekuatan masing-masing. Cuma gaya penyampaian tu terpulang pada author, nak warnakan macam mana. Ada setengah blog yang takda header lawa pun tapi disebabkan gaya penulisannya buat orang senang baca, maka berdoyon-doyon pulak folllower yang boleh digrab.


Renung-renungkan sampai termenung.


Monday, November 14, 2011

::PERMAINAN SUDAH BERMULA::

Assalamualaikum semueeeeeeeee..hahaha(bajet slang kl).






Good morning la pada sesapa jua yang lalu lalang singgah kat blog aku yang tah hapa-hapa la, aku dok update. Errrrr.memandangkan dah lama jugak aku tak take part dalam segmen la, contest la yang blogger semua dok buat.dan harini tanpa segan silunya, aku join tah permainan hapa pula si Kartunis Damas ni ajak main. tapi yang pastinya, bukan polis sentri dan sebagainya. Mai kita tengok cara-cara nak main. Sebab aku memang suka jawab soklan.




ni aku copy ja.aku maleh nak taip balik..hahaha
RULES OF THIS GAME
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question that the tagger have set for you
4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. NO TAG BACK




ADA APANYA TENTANG DIRI AKU: 
1. Hai semua. nama aku seperti kat blog aku ni. aku tak guna nama lain dah.sebabnya dah blog aku,sah-sahla aku guna nama sendiri.
2. Aku anak bongsu dalam family.
3. Aku jenih yang kuat nyembang ngan orang.kalaulaaaa orang tu pun jenis kuat sembang.kalau yang jenis senyap tu.otomatik aku pun terrrsenyap sekali.taktau mau sembang apa.
4. Ekceli(broken dah b.i aku) aku cerita apa-apa ja dalam blog aku.yang mana aku rasa selesa nak cerita.yang mana aku rasa private tu, aku tak share la.
5. Aku suka kaler putih,coklat,kaler warna-warni,kaler hitam.pendek kata semua la.kalau panjang kata kaler yang pudaq-pudaq tu aku tak berapa bekenan.
6. Aku suka dengaq lagu.dari band yang ala-ala emo,segala tu. nasyid pun aku layan.
7.Suka tengok cerita omputih,omhitam.haha.cerita apa pun aku layan ja.tapi cerita seram takmaula.aku takut.
8. Aku geli binatang yang banyak kaki dan melekat-lekit.yang berbulu pun aku geli.
9. Aku takut gelap.takut kilat.takut guruh.takut hantu.takut macam-macam.
10. Aku suka jalan-jalan.travel la pi mana-mana.syokkkkk dapat merabihkan duit.hihi
11. Aku suka kucing.sekian.



SOALAN CEPUK-CEMAS DARI KARTUNIS DAMAS

1.Kamu kerja, pernah cukup duit sampai hujung bulan?
Eh, cukup aih.takat nak tanggung diri sendiri yang masih solo ni dan bagi sket kat mak abah, bayaq insurans, berukband,bank. Selagi kita bersyukur, insyaallah, rezeki tuhan bagi.Kalau dok tengok orang kaya, memang kita takkan rasa cukup.Cer tengok mat bangla, alhamdulillah kita akan rasa cukup.


2.Siapa idola kamu, dalam hal perniagaan dan memajukan diri (max dua(2) orang sahaja)
Aku suka tengok Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari, usahawan Malaysia yang suka derma dan buat kerja amal. sorang lagi yang aku minat dan jadikan idola aku adalah Steve Paul Jobs.sapa tu? Pengasas Apple.walaupun dia ada kanser, tapi tu tak simply mematahkan semangat dia.


3.Jika haku terbitkan Komik haku sendiri, pasti ka kamu nak beli?
Kalau komik yang macam ujang,lanun tu.aku suka la.sebab lawak gila.tapi kalau komik yang genre lawan-lawan, serius tahap gaban.aku tak minat.aku ni hati lembut.takut ngat aih nak baca cerita lawan-lawan, yang berat-berat.


4. Apa pendapat kamu, tentang Pemuzik Indie tanahair kita?
Setakat ni aku layan ja.macam band hujan tu.lagu pun buleh tahan jugak kesedapan dia.tapi jangan meniru band luaq dahla.dah macam hilang identiti lak.ape celop tot.haha


5.Kartun/edisi komik apa yang paling kamu minat time sekolah?
Kartun, selalu aku layan ja kartun apa yang ada kat tv tu.Sampai la ni pun aku dok layan kartun lagi..hehe. Komik tu tak berapa minat sangat kecuali macam aku cakap tadi majalah ujang, lanun.aku layan la.


6.Jenama baju/seluar apa yang korang beli paling mahal?, berapa ratus/ribu?
Paling mahai setakat ni jenama voir jeans.ada la dalam seratuih lebih.tak sampai ribu riban pun.bagi setengah orang besa ja kot.tapi bagi aku mahai jugak tu.aku tak berapa minat sangat barang-barang branded ni.aku selalu beli apa yang aku bekenan dan tak berapa mahai.


7.Cita-cita kamu pernah tercapai tak, apakah cita-cita itu?
Cita-cita aku tak menentu dulu.tengok cita polis.nak jadi polis.tengok cita dokter,nak jadi dokter. Tapi tak sampai sebab aku tak ambik kos medik.haha.


8.Apakah nilai atau barang berharga, yang kamu sumbang pada Keluarga kamu?
Errr.perluka nak gitau.satgi kata aku ungkit pulak.emmmm...takyah la na.Mak aku tau la apa yang aku dok bagi kat dia.hihi.Cer pi tanya mak aku.


9. Suka dan pernah buat deko/hiasan/design/susun atur bentu dalaman rumah kamu?
Aku suka atuq.buat deko.tapi besanya bila time nak deko tu, aku taktau nak start dari mana.haha.bila orang lain start,baru aku nampak idea nak deko.kena tunggu mood aku betui2 rajin dulu.


10.Pernah belikan baju Raya untuk kedua IbuBapa kamu?
Apa la soklan hang ni.haha.mestila pernah.sejak aku qeja la aku boleh beli kat depa.selalu depa yang dok beli kat aku.hihi


11.Pandangan kamu, Blog haku nie kearah Keseniaan atau Pribadi haku saja?
Bagi aku la...ada jugak seni.ada jugak la pasai personal.tapi aku suka blog seni-seni.sebab aku pun hati seni jugak.hihi


lenguh gila aih jawab soklan.tak pernah orang tanya kat aku sebelas soklan dalam sehari.hahaha.



SOKLAN DARI AKU PULAK.

1. Kalau anda sedih, apa yang anda buat untuk hilangkan kesedihan?
2. Apakah yang anda lakukan bila ada orang mintak maaf,tapi dia selalu ulang kesalahan dia
3. Kalaula dalam dompet anda ada sekeping ja duit 5 ringgit, pada masa yang sama,ada kawan mintak pinjam sebab tengah sesak, anda bagi x?
4. Pernah tak anda terfikir, bagaimana hidup anda kalau anda hilang tempat bergantung.
5. Apakah nasihat anda pada orang yang tengah kecewa.tak kisah la dari sudut apa pun
6. Apa anda akan buat untuk redakan kemarahan anda?
7. Binatang yang paling anda suka.kenapa?
8. Tempat yang paling anda idam-idamkan.untuk pi melancong ka.cuti-cuti ka.
9. Anda suka tak jadi femes?sebab....
10. Pernah tak anda jumpa seseorang yang sanggup ketepikan ego dia demi anda?
11. Kenapa anda suka blog aku ini.kalau sudi mai la follow.haha(ayat last paling tak tahan)



untuk 11 orang blogger yang bertuah untuk ditag.sila-silalah sambung ya.

1. fahimi
7. diba

p/s :gila penat aku tagged sampai sebelas orang.kalau dah sambung game, jangan lupa drop komen orait?.

Sunday, November 13, 2011

::KALAU HATI DAH SUKA,APA PUN BOLEH!MALAYSIA BOLEH::

Assalamualaikum bloggers, readers and also stalkers.




Lama gila aku tak update apa-apa kat blog aku inih.hahaha. Bukan apa pun, faktor line slow tahap gaban, faktor kemalasan aku jugak merupakan penyumbang besaq dalam aktiviti update entry baru.





Okeh, sebabkan cuaca panas harini, aku pun teringin nak panehkan keadaan dengan update jugak la.hihihi. Tadi aku dok tengok la facebook (opkos la pesbuk aku), aku nampak gambaq apa tau "hati jambu"..Ya...boleh dikatakan macam tu la jugak sebab memang kental tahap dewa la depa ni.






Gambaq menarik hari ni adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....




Errrrr.meleleh ayaq liuq pulak.bukan gambaq ni sebenaqnya...tapi
















haaaaaaaaa.amacam?jambu tak hati beliau?mueheheheh.Tapi bahaya tu bro.helmet tak pakai. terterap atas jalan tak pasai-pasai jadi korban. Biaq muka tak hensem tapi hati jambu.....hehehehe.apa pun sanggup.tapi taktau la kot depa ni menang game tikam kat funfair ka hapa.hahaha.layan ja la.




P/S : Marka sapa la ni......pergh...salute la. gambaq diambik dari pesbuk fifi fairuz fuyyoooo.haha

Tuesday, November 8, 2011

::SEJAUH MANA KITA BERSABAR::

Hai alls...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Masih lagi dalam mood raya even kat kampung aku pakat dok start keja belaka dah. Dengan aku sekali kena masuk keja.hihihihi Tapi ada lagi korban yang depa still dok buat sampai hari ni.Selamat berkorban khususnya buat orang kampung aku,(ya ya an ja macam depa baca blog cikai aku ni) hehe.dan amnya buat semua kawan semuslim.





Okeh kalau selalunya kita cakap bab korban ni, macam-macamla ada yang niat baru la apa laaaaa..Baguih tu memang baguih, tapi kalau kita boleh sabaq.Apa tuuuu? SOD.BA.RO. nak tulih jawi, keyboard aku ni takdak huruf jawi. kalau suruh aku tulih khat bulehla.hihiSejauh mana kita boleh sabaq? Kita hanya manusia biasa. Memang orang kata, sabaq ada limit dia.Depa laaaa yang kata, tapi ada orang yang lama-lama pun mampu sabaq.




Tapi apa-apa pun sabaq, jangan cepat melenting.Kalau kita mampu fikirkan yang kita mampu sabaq, why not? Kita adalah kita. Sejauh mana kita sabaq,memang Allah yang maha penyabar. Dia sabar dengan segala perangai kita.




p/s: renung-renungkan dan selamat beramal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails