nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, June 26, 2012

::JRRCMDU: TRIP BELASAH DURIAN::

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi, sebab pagi ni aku ada mood nak mengupdate blog. Seperti biasa alasan tetap aku bila tak update blog adalahhhhhhhhhhhhh.. line lembap macam siput barbie. Dah bila line tenet laju aku dok pulun tengok youtube pulak. kikikikiki. Maka, mood nak mengupdate pun lari begitu saja.




Okeh, aktiviti JRRCMDU kali ni julung-julung kali diadakan sempena musim durian dan jugak Euro pada masa la ni. Euro tu tadak kena mengena, cuma aku saja yang dok pulun.kikikiki. Seperti semua sedia maklum, memang la ni musim buah segala-gala. Rambutan pun tengah dok merah, durian pun melambak-lambak di pasaran. Jadi bagi mengeratkan perpaduan (cewwwwwwwwahhhh) di kalangan ahli group, maka atas inisiatif otai-otai group buat event ke dusun durian yang namanya "Dusun Hijau Kuning" yang bertempat di Relau, Seberang Prai Selatan.




Antara family group JRRCMDU yang memang sporting habih. Tapi takdan laaaa nak kenai semua, dan senyum-senyum saja..kikikikiki.Untuk pengetahuan umum, gambaq yang kat bawah ni memang dikelilingi dusun durian seluas 3 ekar, dan sebelah kanan tempat kami berdiri ni ada kolam tilapia. Eh, tilapia ka talapia taktau. Ikan mak aiiiiiiii, jangan cakap la, baru aku jenguk ja mencanak-canak depa timbui. Rasa macam nak menjala ja. Kalau tauk jala, aku memang komfirm dapat habuan.



Kat bawah ni adalah Tuan Dusun bersama isterinya, yang ramah tamah. bagi sesapa yang tak sempat nak join event makan durian, hanya gambaq saja yang ada untuk tatapan.













Okeh, gambaq terhad yang diambik dari kamera bos, ni adalah sebahagian mereka yang memainkan peranan di belakang tabir, peranan utama adalah makan.hihihi. Sapa-sapa yang kenai tu teguq la, jangan malu-malu. Kami memang mengalu-alukan anda semua join event makan-makan yang best dan lepas ni ada event boling longkang. Sapa yang cekap main longkang, dengan rendah dirinya saya mengoffer diri nak join group kalian. pilihlah daku.haha.



Oh, satu lagi, kalau anda perasan, ada sorang tu yang suka bawak video dok shoot merata alam sambil cakap sorang-sorang tu. itu adalah boss kita, otai group ni. Gambaq dia takdak pulak nak sumbat dalam ni. Kalau nampak dia cakap sorang-sorang tu sila abaikan, maknanya dia dok shoot video la tu.hihi. Bagi sapa-sapa yang nak tengok muka-muka belakang tabir, boleh rujuk admin group JRRCMDU


p/s : Trip belasah durian. Yang dok belasah tu orang lain kecuali hat baju putih tu saja.... tapi baju putih itu sedang melayan demam sekarang ni.tima kasih kerana menyokong.huhuhu. tak tahan hangat dah.


Gambar dikidnap dari:

dari DSLR asraff jamaludin
dari kamera boss Zulkifli
dari kamera Zulhisham Abu Hassan

Friday, June 15, 2012

::LELAKI SEMUA SAMA! PEREMPUAN PUN SAMA!::

Assalamualaikum w.b.t.




Agak sekian lama aku menyepikan diri, kali ni kembali ke arena blog ni dengan mood agak suam-suam kuku.hihihihi. Okeh apa yang aku nak share kan ni bukan sesuatu yang berunsur negatif tapi sekadar perkongsian yang berlaku sehari-hari dalam hidup kita.



Cuma apa yang menjadi bicara aku pagi ni, adalah perangai kita yang masing-masing. Ada saja yang tak kena pada kita. Nak menuduh orang tu, orang ni. Semua yang orang buat, semua tak betui, takkan kita saja yang nak betui all the time. Aku paling pantang orang macam ni. Sorry to say, sebab 2,3 menjak ni aku amat moody dengan unsur-unsur yang suka mengata orang, yang suka menjatuhkan orang dan 'up' diri sendiri. Kalau bak kata orang utara (nak harrrommmmmmmmmmmmmm) haaaaa. kasaq kan? Mujuq aku tak suka nak keluaqkan perkataan tu buat puak-puak menyombong ni.




Bagi puak-puak pompuan yang dok bercinta ni pun satu hal. masa dok bercinta, pakwe hang la yang paling baguih dalam dunia ni......... tinggai member habih sebab sibuk bercinta la konon-konon. tapi bila dah break....





Hihi..kalau pompuan, macam ni la gayanya, masa suka semua rasa baguih. Sampai orang lain semua nampak tak elok. kannnnnnnnnnnnn? Tapi bila tak kena gaya, mula laaaaaa macam-macam hal nak cerita kat pesbuk..kutuk tak penahnya nak abih.





Hahahahahahah, tak berapa nak matang lagi. Ni, aku nak bagi ingatan sket buat adik-adik mahupun sapa saja laaaaa yang dok bercintan-cintun ni. Tak perlulaaaaa nak memuji menggunung-gunung bagai kat pesbuk,tapi tup-tup.... setiap apa yang kita buat, kita tulih tu, melambangkan sedikit sebanyak peribadi kita. Satu lagi ingatan buat yang suka mencarut segala bagai, bawak-bawak la mengucap sama. Istighfar pun lagi baguih. Aku meneguq sebab aku sayang, bukannya aku meneguq sebab aku dengki. 



Sekian, harap maklum.



p/s : kalau dah sama mana satu yang tak samanya.Mana satu laki mana satu pompuan.hahahha

Thursday, June 14, 2012

::JRRCMDU: PANTAI KERACHUT::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.




Pagi ni aku menggagahi jugak nak upload gambaq group JRRCMDU pi hiking walaupun aku tak terlibat langsung. Panaih jugakkkk dok layan gambaq depa ni...hukkkkkkk.Kali ni group JRRCMDU buat aktiviti hiking pulak. Dah asyik dok makan saja pun, tapi lepas hiking depa pi makan jugak aku rasa ni. Memang sah! Mujoq aku keja, kalau tak aku pun pi ragas jugak.



Lagi membahang bila dok edit saja gambaq depa ni...hihihi. Apa-apa pun thanks for those yang support group ni dan sporting abih join hiking, walaupun keletihan. At least, nampak jugak muka baru, dari dok layoq muka sama saja tiap-tiap trip.memang boring punya la.



Bagi sesapa yang masih tertanya-tanya lagi apa benda la yang aku dok update ni, yang masih dok blur-blur, bolehla terjah kat SINI. Semoga bermanfaat.hihi












p/s : syok la tu, muka masuk blog..hahahhaa.simpan jeles dalam poket.

::BUAT JIWA YANG DUKA::

Assalamualaikum peeps...



Agak lama aku tak update apa-apa kat sini. Sebab agak sibuk dengan keja-keja aku yang tak berpenghujung lagi. Buat pagi ni, aku update sket makanan rohani untuk jiwa-jiwa kita yang masih kosong, dan kadang-kadang kita takbur, kadang-kadang jiwa kita sedih, kecewa sangat-sangat dengan apa yang masih kita tak dapat. Sama macam aku..huhuhuhuhu



Agak menarik video ni, bagi jiwa hat jenih touching-touching (macam aku).wahahahaha.bagi sapa yang takdak kesedaran sivik tu, mai tengok ramai-ramai..






p/s: touching dah aku..huhuhu.

Wednesday, June 6, 2012

:: 'JENG' OTOK MU NI! ::

Assalamualaikum......peeps...




Agak lama aku tak mengupdate apa-apa dalam blog aku ni. Line kat umah agak slow dan sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhan peratusan aku nak update.....harini aku nak share satu benda yang agak menarik. Bila orang kita bersikap 'main serbu tak bawak helmet'.




Ni, bahawasanya, dimaklumkan bahawa aku ada few outsiders merangkap kawan-kawan aku yang ada kat luaq negara nu yang berminat nak tau pasai Malaysia, dan depa teruih suruh aku translate komen-komen yang ada kat pesbuk aku tu. Malu alah aku pun. aku tau la hangpa fanatik nak tegak kan benang yang basah kadang-kadang. Tapi jangan jadi bodo sangat sampai tak paham bahasa melayu. Maksud lain yang hangpa tangkap. Jem sungguh la.Bila aku cakap british satgi hangpa kata aku belagak...



Tak pasai-pasai depa minat nak tau pasai PTPTN loans in Malaysia..hahahha. jeng sungguh hangpa ni. Dan jangan sampai depa cop kat kepala hangpa Malaysian ni out of manners. Memalukan sungguh. Lain kali sebelum komen, baca status elok-elok dulu. Ni main redah tak ketahuan hala. Kan dah kena sapu.

Nilaikan sendiri sapa yang 'jeng' bak kate ustak....











p/s : Bawak helmet siap-siap la sebelum terjah wall orang satgi kalau kena 'bancuh' aku tak bertanggungjawab..kikiiki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails