nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, October 30, 2011

::PAHALA: APAKAH KITA YANG TENTUKAN NILAINYA?::

Hello everybody...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....bagi salam tu sunat.jawab salam tu wajib.hihi #renung-renungkan.



Agak dah lama jugak aku tak buat sesi motivasi maupun tazkirah kat blog aku ni. Dek banyak dok update pasai benda alah lain, kadang-kadang 'tersasar' jugak nak menyampaikan yang seharusnya.hihihihi, dan tima kasih jugakla pada yang dok tanya mana pi tazkirah aku kat blog.hahahah.ingat aku pakar ka bab ni? sket-sket tu buleh gagah la.haha.




Okeh, bagi yang ada dua kepentingan kejaq pahala ni. Haaaaa, kadang-kadang ada orang yang nak kejaq pahala macam-macam, tapi harusla diingat jangan sampai termasuk dalam kategori riyak pulak. Maunya tak, kat depan orang dia pulun segala amalan, tapi balik rumah, sapa pun tak nampak, mulalah dah jadi segan nak buat amalan.





Berbalik kat tajuk entri aku malam ni, antara menjaga ibu bapa yang uzur,dan sakit dan solat jemaah. Yang mana satu kepentingan pahala. Ada orang, punyalah jaga segala amalan dia, berulang alik ke surau untuk solat jemaah, dengaq kuliah, tazkirah dan segalanya,kadang-kadang bila sehari tak pi tu rasa macam tak lengkap amalan dia. Ada jugak yang macam ni.




Vs



Alkisahnya, suatu hari ayahnya sakit(contoh ja la), si anak susah hati yang amat. Mana taknya, malam ni ada kuliah maghrib, ada tazkirah oleh ustaz.Tapi ustaz jugak yang pesan, "tambahkanlah iman kamu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu". Pening si anak memikirkan macam mana la nak pi majlis ilmu, ayah pulak sakit. Mana satu nak kejaq? yang ada di dunia ni penting, tapi yang akhirat pun penting jugak.




Mana satu pilihan anda.......?jeng...jeng....jeng...alaaaaaaa.rilek laaaaa....ayah sakit ja, dia boleh mintak tolong orang lain lagi, pi sembahyang jemaah kat surau sat ja.......balik boleh jaga lagi....




Dan pada pandangan aku JANGAN. Jangan jadi derhaka. Bukanlaaaaa aku nak salahkan sebab terlalu taksub dengan ibadah sangat, tapi yang ni jugak mengikut pandangan ustaz-ustaz yang ditanya soalan yang sama. 




"Kalau nak dibandingkan besaqnya pahala sembahyang berjemaah dan pahala menjaga ayah yang uzur, jagalah ayahmu dahulu. Allah tu maha mengetahui. Dia tahu apa yang kamu perjuangkan, Dia tahu keikhlasan kamu, kalaulah kamu terlalu taksub pada ibadah sehingga kamu mengabaikan khidmat pada orang tuamu, bimbang kamu akan terjerumus menjadi derhaka."




Bak kata ustaz Zahazan, macam tulah. Jaga dulu orang tua kita, kemudian, baru kita sempurnakan hak kita. Jangan kita membelakangkan ibu yang melahirkan kita dan ayah yang memberi nafkah kerana amalan kita semata-mata. Tolonglah fikir jugak keupayaan mereka.




P/S : Renung-renungkan dan selamat beramal.Pahala tu bukan hak kita untuk kita nilaikan.Semuanya adalah hak Allah SWT.Allah jualah yang memahami setiap apa yang kita niatkan.

Friday, October 28, 2011

::MENGENAL AURA POSITIF?RASA DENGAN HATI::

Hello bloggers.....


Assalamualaikum.warahmatullahi.wabarakatuh. Lama suda tak update sangat kan?hihi. Sebenaqnya, banyak idea yang aku nak nulih, tapi takdan nak taip entri.


Kat rumah,kalau weekdays, memang aku lena awai, so tak sempat nak update apa sangat.Kecuali buka pesbuk 2,3 jam.hahahahha.



Entri kali ni, aku nak share dari motivasi yang aku dengaq pagi tadi. Penah tak hangpa jumpa sorang ni, bila dia senyum, buat hati kita rasa lapang, memang kita nampak ikhlas ja senyum dia tu. Bila dia senyum, akan buat hati kita jadi sejukkkkkkkkk ja? Penah tak? jeng..jeng..jeng....




Kata pakar motivasi, jangan lepaskan orang macam ni (kalaulah dia dari kalangan orang yang rapat dengan kita). Dan bagi yang memiliki orang yang macam ni, amat bertuahla pulak bagi mereka. Sebab manusia jenis macam ni dia memiliki aurapositif yang mampu buatkan jiwa orang lain rasa damai, kebanyakan yang kaki senyum ni memang adalah agen penyejuk dan orang kata lebih bertindak sebagai sifat 'air'.






Orang yang ada aura positif dalam diri dia, akan lebih buat kita rasa rilex ja dengan dia. Kalau kita tengah serabut, cuba berdamping dengan orang yang macam ni. Pendek kata, dia tu macam penenang bagi kita. Bukan pelali tau.hahaha








Macam mana kita nak kenai orang macam ni dan mana nak dapat? Haaaaaaaaaa....soalan yang bagus! dan jawapannya. aku pun taktau.hihi. Tryla cari sendiri dan bukan senang kita nak jumpa. Kalau sesapa ada kawan yang rasa-rasa boleh menenangkan jiwa dia, tak kira lah situasi macam mana sekalipun, jangan kita sakitkan hati dia ka, apa ka.Jadila orang yang terbaik untuk dia, sebabnya, aura-aura positif ni secara tak langsung jugak boleh pindah randah kat kita jugak dan sedikit sebanyak mampu ubah perangai kita. fuhhhhhhhh....




p/s : pendek kata kalau nak rasa seseorang tu ikhlas atau tak, rasa dengan hati, rasa dengan naluri. hati kita akan bagitau. gud luck semua. selamat mencari..sapa ada? lai...lai..hihi

Tuesday, October 25, 2011

::COOL BLOG TAPI BUKAN BLOGSPOT::

Hai bloggers and readers...




Assalamualaikum and how are you? harap-harap sihat la semuanya kan.hihihi. Harini agak waktu terluang aku nak update entry. Almaklumla kan, bulan seploh ni agak kureng kick mengupdate dek agak kebizian dengan masa-masa yang ada. OK, sometimes sounds great and kadang-kadang tak cool langsung. 





Orait, bagi meng'cool'kan diri yang memang cool, apakata pekena 'COOLBLOG'. Hah..... apa benda tuh? ni salah satu feveret aku jugak sebab aku suka ngunyah bubble dia.hihihihihi.By the way, konsep decoration kedai dia memang standard, semua sama. Thats why tengok dari jauh pun aku dah kenai.hihihihi








Kat penang ni, aku tak perasan sangat kat mana lagi yang ada. Cumanya aku besa menelan dekat megamall prai dan kat sunway carnival mall. Kat jusco perda aku tak perasan ada ka takdak. Baru ja aku menelan benda alah ni kat sunway last saturday. Really cool dengan bubble dia. Tapi penat jugak la nak merabih sebab straw dia besaq sket.hihi. Kena ada orang tolong perabihkan.hihi.





Macam ni la rupa dia. Bottom part tu ada bubble yang best dikunyah.hahahahaha.




Macam ni la konsep kedai dia. Sebab tu dari jauh pun dah kenai.Pinkyyyyyyyyy ja.(sejak bila aku bekenan dengan pink)hahahaha.as long aku suka.haha.



p/s: sedap oooo.jom.jom.

Sunday, October 23, 2011

::APAKAH INI?::

Hai bloggers and readers....





Assalamualaikum....pe kabor? Lama pulak aku rasa tak mengupdate apa-apa semenjak dua ni. Macam-macam komitmen ada. Ada keja yang perlu disettle sebelum blog. Agak terkilan ja bunyinya.hihihi.Whatever pun, aku still nak update kat sini...sebabnya, ni blog aku. Kalau blog orang lain, dah sah-sahla aku takleh nak update.hehe.





Okeh-okeh berbalik pada tajuk entry aku yang ala-ala soalan cepuk cemas ni...cer teka. "apakah gambaq yang sedang aku tunjuk kat bawah ni dan berapakah anggaran benda-benda asing di dalam botol itu?" Hadiahnya adalaaaaaaahhhhhhhhhhhh............






















ucapan TERIMA KASIH dari owner blog
kerana susah payah meneka.
hehehehe.
peace yaaaaaaaaa!













Sunday, October 16, 2011

::WALAUPUN UCAPAN 'SIMPLE' TAPI BOLEH BUAT AKU TOUCHING::

Hello bloggers.hi and hi again.



Wish you are in a good health and for muslims.....starting my entry with Assalamualaikum............




Wallaweh..harini ada kelapangan untuk aku menghupdate dan saja suka-sukun taip entri sambil tengok melodi. Harini fon aku sunyi sepi.aku pun heran apa masalahnya walaupun aku tak buat in silent mode.hihihih. Ala... memang macam tu pun. 




Aku memang appreciate semua ucapan yang kawan-kawan aku send kat fon ka, kat fb ka. Walaupun sesimple 'good morning'  tapi aku terharu gila dah.hihihihihi. Aku jarang reply sms kecuali memang in mood untuk reply.






Dan harini...takdak sapa-sapa lor pulak send ucapan apa-apa kat aku.mueheheheh. Ngada betui. Aku memang sah dah jarang send kat orang.Cumanya or those yang selalu wish segala macam kat aku tu, aku hargai la sangat-sangat. Kadang-kadang macam ada musim la pulak.Kadang-kadang banyak gila wish yang tah hapa-hapa ja masuk, tapi layan ja la. As long aku suka.




P/S : Good luck you alls.....pompuan ni memang suka ucapan.tak caya cer try. benda simple ja bagi sesetengah orang tapi kesan dia besaq wooo.

Monday, October 10, 2011

::DALAM HATI PUN ADA HUJAN::

Assalamualaikum bloggers, readers, stalkers.....



Agak lama kan aku tak mengupdate apa-apa entri. Saja aku ambik mood sket nak update. Mood suam-suam kuku nak update blog pun rasa tak berapa nak best. Ditambah-tambah pulak dengan musim la ni, sat hujan, sat mendung, hati aku pun berubah ikut cuaca jugak kadang-kadang.







Rasa macam hujan ni agak memahami aku pada ketika ini. Kadang-kadang kita rasa down, tapi kadang-kadang kita taktau tempat nak mengadu. Apalah salahnya kalau kita sebagai manusia cuba nak bahagiakan diri masing-masing dan orang lain? Kenapa kita perlu sakitkan dan jatuhkan orang lain semata nak kejaq kebahagian sendiri? Itu selfish namanya.





Maka dengan ini, aku mengisytiharkan entry malam ni sebagai 'entry yang paling moody dan down-down-down' untuk aku. Agak payah nak explain panjang-panjang sebab aku takmau membebaskan aura ni lama-lama. Apa-apa pun, semoga Allah murahkan rezeki kita. Yang tu harapan yang paling membuak-buak pada saat down macam ni.






p/s : comeyla spektrum ni.....kalaulah aku dapat satu yang kaler kuning camtu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails