nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, July 28, 2012

::DENGAN AKU TAU MALU! DENGAN ALLAH TAK MALU PULAK!

Assalamualaikum to all boggers and silent readers.


Alhamdulillah. Meneruskan kehidupan dengan berpuasa di bulan Ramadhan yang semakin dekat dengan pengakhiran fasa pertama. hari ke berapa dah harini. 8 dah kan?Semoga semua masih lagi cekal dan istiqamah dengan kebaikan sepanjang bulan ramadhan ni. Macam besa, pesanan aku, lidah mau jaga. Jangan lepas cakap ikut dan.



Alkisahnya....[cerita yang memang serius aku tak tipu.]


Kelmarin kan hari jumaat, bulan puasa pulak. So memang sunyi la sikit kat opis. Pi mana pun xtau la budak-budak ni. Agaknya pi lepak masjid awai kot.Break memang lama la.sampai dua jam. Di tahap keboringan tahap cipan kat opis tu, dari dok melengung ja tak buleh nak makan, so aku decide nak ikut member aku pi cuci mata kat shopping complex. Hatta, memang dalam kepala aku ni memang tadak benda yang aku nak beli lagi.



Sedang kami lalu belakang kedai makan depan opis [yang memang dah sah-sah tutup bulan posa ni], aku nampak macam ada orang kalut lari sebabnya bila kami lalu nak pi kat keta, ada kerusi tiba-tiba jatuh terbalik.[Belakang kedai ni ada car park]



Aku pun heran. pasaipa mamat-mat ni lari lintang pukang. Memang pelik. Bila pi dekat rupa-rupanya.






Astagfirullahal azimmmmmmmmmmmm. baguih punya. Dua, tiga ekoq dok pekena nasik kandaq belakang kedai. Lahabau betui. Nak kata uzoq, cargas ja pun lari lintang pukang bila nampak aku. Aku memang jeling habis-habisan. Siap tunggu lagi sat dalam keta sebab dok stalk sapa yang buat perangai macam tu. Bila nampak kami saja. Budak dua ekoq tadi senyum-senyum simpui. Buat malu-malu. Mangkuk betui. Dengan aku tau pulak malu, tapi tak malu langsung dengan Allah.


p/s : Kesian awek depa ni...dapat jenih hat macam ni. Apa pun tak buleh.

Friday, July 27, 2012

::[IT'S OK] ITU ADALAH SATU PENIPUAN HALUS::

Assalamualaikum to all bloggers, stalkers, and silent readers.



Alhamdulillah, ada kelapangan untuk mengupdate di pagi jumaat ni.Harini dah hari ke-7 bagi semua umat Islam berpuasa.Selamat berpuasa dan semoga sentiasa istiqamah dan menjaga lidah lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan ni.



Sejak kebelakangan ni, dalam 'kesenyapan' aku update apa-apa entry, sebenaqnya aku ronda banyak blog, especially blog followers aku, dan jugak yang tak jadi followers pun aku singgah. Cumanya aku hanya membaca, jadi 'silent readers' bak kata orang. Dan kadangkala, aku drop komen kat entry yang mana yang aku rasa nak komen la.



Aku rasa musim la ni, ramai kot yang tengah frust bercinta. Aku pun tak paham jugak, ada musim kot.hihi. Sebab dari fb wall aku, message, sms la, blog la. Semua tengah down semacam. Yang si lelaki, dapat girlfren curang, yang si perempuan pulak sama keadaannya. Kengkadang aku dok pikiaq jugak, apalaaaaa yang sebenaqnya hangpa nak dalam hidup ni? Bila takdak, kalut mencari bagai nak rak, bila dah dapat yang baik, hangpa tinggaikan pulak pi cari yang tak baik. Ish... ish.... Aku pun dulu sama macam semua jugak, sakit tu memang tuhan saja la yang tau. Bukan la nak kata hangpa saja.hihi.



Ada sahabat penah tanya aku 

"weh, hang ni memang takdak perasaanka? tak besa ka feeling-feeling bagai ni?" 


Sapa kata? Aku pun manusia jugak, ada hati macam orang lain. Cumanya aku lebih suka diam, sakit sorang-sorang. Aku jarang share dengan orang. Ada laaaa yang mana rapat-rapat tu tau la keadaan aku. Tapi bagi yang taktau apa, depa akan nampak aku memang happy all the time. Sebab tu memang perangai aku. Dalam hidup aku, memang la aku banyak menipu. Aku tipu diri aku, untuk buat orang lain bahagia, senang hati. Walaupun aku macam tahap dewa punya frust, aku takdakla moody tunjuk depan orang. Allah tau apa yang terbaik untuk kita.





Bagi aku, bila aku frust bagai, aku lebih suka luah masa sujud. Tu saja cara aku, bukannya suka buat hingaq kat facebook segala. Tak semua benda kita boleh cerita dengan semua orang. Takat dapat like belambak-lambak kat facebook tu sapa pun boleh.hahaha. Tapi apa functionnya? Takda gunanya pun.





Ayat kat atas ni aku dapat dari __________ shhhhhhhhhhhhhhhh.. Takleh habaq. Rahsia kompeni.hahaha. Memang tengah frust budak ni.hihi. Tapi apa-apa pun jangan frust lama-lama. 




p/s : Salah satu cara nak dapatkan ketenangan hati, kena selalu dekat dengan tuhan. Bukan dekat dengan makan..kikiki. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Kredit : Kimberley's wall, on facebook. Thanks for sharing.


Thursday, July 26, 2012

::TAKDAN SEMINGGU LAGI PUN POSA, DAH KALUT PASANG LAGU RAYA::

Assalamualaikum to all bloggers, readers and stalkers as well.haha



Alhamdulillah dah nak sampai seminggu, kita sebagai umat Islam menjalani ibadah puasa. Tapi, aku heran betui, posa kali ni macam down saja semangat kalian. Semua macam dok kejaq, kalut nak raya. Awat pun taktau. Mana aku pi, semua dah dok pasang lagu raya. Semak betui rasa. Feeling nak raya pun rasa out lagi.




Pada pandangan aku la, apa la salahnya pasang lagu-lagu berunsurkan ramadhan ni. Belambak jugak kat youtube nu....Taktau la kan, kot hangpa semua suka, tapi aku tak berapa feel lagi nak raya segala bagai. Seri ramadhan tu macam lari sket la bila masing-masing kalut pasang lagu raya.





Harini aku dok layan youtube, almaklumla, satgi tak layan, aku lena. Walaupun aku dah lena sat tadi ada lagu yang best jugak tadi aku jumpa. Happening....mai layan.



p/s : Jom pi bazaar sat petang ni.

Monday, July 23, 2012

::APA MANUAL YANG KITA ADA::

Assalamualaikum to all.



Alhamdulillah harini masuk hari yang ke-3 bagi kita umat Islam berada dalam satu bulan yang penuh keberkatan dan yang penuh rahmat dari Allah SWT iaitu Ramadhan. Ahlan wasahlan ya ramadhan.



Baru 3 hari posa, merata aku pi semua pakat dok pasang lagu raya. Apa barang la..... Feel posa pun takdan nak rasa lagi, dah depa dok kalut pasang lagu raya. Padahal banyak saja kot lagu ramadhan. Pasang la. Bukan tak boleh. Puasa laaaa dulu, raya tu kemudian.



Alhamdulillah, semalam sempat aku luang masa kat surau, untuk jemaah tarawih. Ada jugak diselangkan dengan tazkirah. So, takla termengah-mengah sampai 23 rakaat. Dalam tazkirah tu, ada disebut tentang MANUAL.



Macam kat bawah ni.



Setiap benda yang dicipta, ada manualnya. Ada panduannya. Contoh, bila kita beli kereta keluaran Proton, ada manual tentang penggunaan, cara nak fix bila rosak, sparepart yang boleh diguna. Kita tak boleh sewenang-wenangnya guna manual Toyota untuk fix problem Proton. Lagi jahanam jawabnya nanti. 



Kita? Kita diciptakan jugak ada manualnya yang tersendiri. Apa manual kita??? Al-Quran. Al-Quran dan hadis yang jadi panduan hidup kita. Kalau kita tinggal 2 benda ni, rosak hati kita, hidup kita terumbang ambing sebab kita jauh dari keredhaan Allah. 






Jadi, sepanjang ramadhan ni, cuba istiqamah untuk dekatkan diri kita dengan Allah SWT, rajin-rajinlah tengok manual kita semula. Seribu satu rahsia semua terkandung dalam Al-Quran. Macam-macam panduan yang Allah siapkan untuk kita ambik iktibar darinya. Cumanya, bila kita tak rajin tengok manual kita sendiri, kita akan tergelincir dan hati kita susah nak dilembutkan. Hanya Al-Quran saja yang boleh bagi panduan dalam kita menjalani kehidupan kita. Tanpa Al-Quran, ustaz-ustaz pun tak boleh nak sampaikan pada kita. Sekian.



P/S : Sampaikan walau sepotong ayat ;)


Friday, July 20, 2012

::AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.



Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Bulan penuh limpah dan rahmat dari Allah bakal menemui kita lagi esok. Alhamdulillah, bersyukur rasanya dapat berjumpa ramadhan lagi kali ni.Rindu mengharungi bulan-bulan sebelumnya sebelum menjelang ramadhan.






Insyaallah malam ni, start tarawih malam yang pertama. Aku mengharapkan ramadhan kali ni penuh makna dan lebih baik dari tahun lepas. Ramai kawan yang sambut dengan family baru, kalau dulu sorang kali ni sambut berdua. Bagi aku, aku tetap spend masa-masa yang aku ada dengan family. Yang tu saja harta yang aku ada.Biaqla tak berdua pun.



Jadi, aku amat memperuntukkan masa-masa bertuah aku di rumah. Sempena ramadhan ni, aku akan menyibukkan diri aku di waktu siang dan jugak malam. At least ada la jugak kredit belah kanan masuk banyak.hihi. harap-harap segala amalan apa yang kita buat diredhai Allah S.W.T.



Dan buat semua umat islam, semoga Ramadhan tahun ni dapat dihidupkan dengan melipatgandakan ibadah, hindarkan perkara mazmumah yang selalu kita buat, banyakkan bersabar, dan banyakkan mengingati Allah dengan berzikir.



p/s: Sama-sama kita mencari hidayahNya. Semoga kita di kalangan hambaNya yang solehah.



Wednesday, July 18, 2012

::TARAWIH :YANG TUA-TUA SAJA YANG ADA::

Assalamualaikum to all bloggers and readers.



Alhamdulillah, harini aku men'cuti'kan diri aku dari sebarang jadual kerja di opis sebab nak settlekan urusan ayahanda buat follow up kat hospital tadi.Dari pagi lagi terpacak kat klinik, pastu terus pi hospital pulak. Nak check apa pun aku taktau, memang ramai gilohhhhh.heh!



Dalam dok tawaf sorang-sorang dalam hospital tu sebab cari department tak jumpa, sempat lagi aku ushar-ushar keliling. "Ish laaaaa, ramainya laaaa orang sakit dalam Malaysia ni".Tu baru depan mata aku saja tu, tak kira satu Malaysia lagi.Tiba-tiba pemikiran aku di 'SPAM'.



Aku teringat ada sorang ustaz ni, dalam tazkirah dia, dia kata "Nak jadi imam bukannya senang. Kena concern dengan makmum. Tak buleh syok sendiri. Tapi selalunya yang jadi imam di kampung-kampung hat yang tua-tua dah. Kalau tersepak tiang, jatuh, lambat dah nak bangun. Hat yang muda-muda ni pi mana habih?"



Dalam aku dok gelak-gelak tu, memang diakui la jugak kebenaran tu. Bukan senang nak jadi imam. Suaranya kena lantang dan fasih bacaannya.Tajwidnya kena betui dan bila baca surah dalam solat, kadang-kadang mendatangkan semangat bagi yang menjadi makmumnya.





Imam memang jadi teraju utama dalam soal solat berjemaah. Tambah-tambah bila musim Ramadhan yang bakal menjengah sabtu ni. Jumaat malam tu dah ada tarawih malam pertama. Memang aku tak nafikan, ada orang, memang awai-awai puasa ni, eksited habih nak pi tarawih. Maka, tak heran la malam first pun ramai dah sampai surau kat umah aku tu crowded. Sejuk hati jugak la tengok. Umah aku tepi surau, so aku buleh tengok la. Bajet timing nak pi tarawih.



Tapi bila imam baca surah slow-slow, sayup-sayup saja suara dia walaupun microphone dekat, dan macam orang kata kategori 'tangkap leleh'....adussssss. Memang tak boleh blah betui, abih 8 rakaat ramai makmum yang cabut. Almaklum saja la, imam yang masuk usia-usia emas ni memang pembacaan depa syahdu-syahdu sket. Sebab tu kat kampung aku pun selalu import imam. Imam yang lebih energetic memang confirm orang ramai pi tarawih. Ada semangat.




Kadang-kadang aku tengok tok-tok imam nak naik tangga surau hat tinggi pun nampak lelah sangat. Setapak sat, berenti, naik lagi.berenti.naik lagi. Risau pulak tengok tok-tok imam naik tangga. Tu kalau jatuh kan, memang ambik masa tu nak bangun.Dalam kepala dok terpikiaq jugak, mana la hat muda-muda sket nak tolong jadi imam?Imam muda kat astro banyak la. Kat kampung kena import saja nampak gaya.



Makmum pun ada pattern tersendiri jugak. Ada yang pi awai, solat isyak jemaah. Time solat isyak tu, depa tengok imam, agak-agak imam yang versi slow motion, memang lepas solat isyak tu ramai yang blah. Kalau ada imam import yang bagi tazkirah ka apa, depa gagah tunggu. Penat makan sama kot. Apa pun jangan sekadar pi tarawih sekadar tunggu nak hadap moreh saja. Bulan Ramadhan paling banyak pahala bagi sesiapa yang sanggup menghidupkannya dengan ibadah. Semoga amalan kita diredhai.



P/S : Nak masuk bulan ramadhan pun banyak jemputan kenduri sempena sambut ketibaannya. Mewahnya kita.

Monday, July 16, 2012

::JANGAN SOMBONG::

Assalamualaikum.....to all bloggers and readers.



Wuiiiiiihhhhh, setelah agak sekian lama aku menyepikan diri, menjadikan diri aku agak sedikit underground dengan tak update apa-apa kat dunia blog ni. Hari ni baru ada masa yang sangat berharga untuk aku update apa-apa kat sini.



Ada jugak yang sms tanya aku "wei, hang pi mana, takdak entry baru pun?". Sebenaqnya bukanlaaa niat aku nak tinggai blog aku sesuram nih, actually aku agak sedikit kalut bilamana ayahanda aku masuk ward baru-baru ni sebab darah tinggi. So, untuk segala urusan aku kena handle dan agak sibuk dok jenguk ayahanda hari-hari kat ward sampai mood makan aku pun lari timing, tidoq pun dah ke mana. Ngantuk tak kena time. Macam-macam la jugak.



Alhamdulillah, ayahanda pun dah kembali sihat sket,discharge khamis lepas. Agak melegakan jugak la, sebab memang agak letih dok berulang dan tak buleh nak tengok depan mata hari-hari.Tima kasih buat kawan-kawan yang sudi pi tengok dan yang jugak selalu dok bertanya khabar tu, Allah saja lah yang balas jasa kalian.




JANGAN SOMBONG.



Bila jenguk kehidupan aku ni, macam-macam personaliti orang yang aku nampak. Ada yang tak habih-habih menyombong bila ada rezeki lebih, dan ramai jugak yang suka cakap besaq. Aku actually, takdakla suka sangat nak teguq orang, tapi cuma kurang bekenan saja. So, aku diam. Bagi aku, bila ada rezeki lebih tu patutnya buat kita jadi lebih bersyukur. Ni tak, ada saja yang nak dikomplennya. 



Setiap apa yang Allah bagi kat kita tu selalunya setimpal dah dengan apa yang kita buat. So, tak perlu nak banding-bandingkan diri dengan orang lain. Setiap rezeki orang tak sama.Ada yang kena tunggu lama,dan ada yang tak tunggu pun ada rezeki yang masuk.Semua tu dah ada dalam ketetapan Allah. Buat apa la hidup nak menyombong dengan orang? Tak nampak pulak apa faedahnya. Nak kata lagi dihormati pun tak jugak, sebab orang makin meluat bila kita act macam tu, so buang la sikap sombong tu jauh-jauh.



Nak sombong pun kita still bawah langit yang sama, share matahari, alam dan udara yang sama. Kot la hebat sangat kot ya pun nak sombong dengan orang.



p/s : La tahzan.


Wednesday, July 11, 2012

::JRRCMDU:BOWLING TIME::

Assalamualaikum to all bloggers and readers...


Agak lama aku tak update. Dan kali ni aku update dengan latest event dari group JRRCMDU. Sebenaqnya, dah lama aku nak update entry berkenaan game santai yang dibuat ni. Tapi disebabkan aku ada komitmen yang lebih memerlukan masa singkat aku, terpaksala aku mem'freeze'kan diri sementara dari mengupdate apa-apa aktiviti aku.



Bertempat di Summit BM Plaza, maka dengan girang gemilangnya jadi jugak game bowling ni dibuat. Macam besa, takmau upload muka aku banyak-banyak. Sebab muka underground kalah bowling kena dok port-port belakang.hukkkk.



Jadi, aku dengan sukacitanya mengupload muka-muka mereka yang telah menyerikan suasana sepanjang game yang penuh hingaq.haha. Selamat melayan.
















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails