nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, July 28, 2012

::DENGAN AKU TAU MALU! DENGAN ALLAH TAK MALU PULAK!

Assalamualaikum to all boggers and silent readers.


Alhamdulillah. Meneruskan kehidupan dengan berpuasa di bulan Ramadhan yang semakin dekat dengan pengakhiran fasa pertama. hari ke berapa dah harini. 8 dah kan?Semoga semua masih lagi cekal dan istiqamah dengan kebaikan sepanjang bulan ramadhan ni. Macam besa, pesanan aku, lidah mau jaga. Jangan lepas cakap ikut dan.



Alkisahnya....[cerita yang memang serius aku tak tipu.]


Kelmarin kan hari jumaat, bulan puasa pulak. So memang sunyi la sikit kat opis. Pi mana pun xtau la budak-budak ni. Agaknya pi lepak masjid awai kot.Break memang lama la.sampai dua jam. Di tahap keboringan tahap cipan kat opis tu, dari dok melengung ja tak buleh nak makan, so aku decide nak ikut member aku pi cuci mata kat shopping complex. Hatta, memang dalam kepala aku ni memang tadak benda yang aku nak beli lagi.



Sedang kami lalu belakang kedai makan depan opis [yang memang dah sah-sah tutup bulan posa ni], aku nampak macam ada orang kalut lari sebabnya bila kami lalu nak pi kat keta, ada kerusi tiba-tiba jatuh terbalik.[Belakang kedai ni ada car park]



Aku pun heran. pasaipa mamat-mat ni lari lintang pukang. Memang pelik. Bila pi dekat rupa-rupanya.






Astagfirullahal azimmmmmmmmmmmm. baguih punya. Dua, tiga ekoq dok pekena nasik kandaq belakang kedai. Lahabau betui. Nak kata uzoq, cargas ja pun lari lintang pukang bila nampak aku. Aku memang jeling habis-habisan. Siap tunggu lagi sat dalam keta sebab dok stalk sapa yang buat perangai macam tu. Bila nampak kami saja. Budak dua ekoq tadi senyum-senyum simpui. Buat malu-malu. Mangkuk betui. Dengan aku tau pulak malu, tapi tak malu langsung dengan Allah.


p/s : Kesian awek depa ni...dapat jenih hat macam ni. Apa pun tak buleh.

3 comments:

hajar said...

smg... mamat2 tu sedar akan kesilapan mereka dan bertaubat....

Fyzal said...

itu budak. yang orang tua pun ada jugak perangai cam tu.

Sofinah.L said...

Alamak harap2 pas ni mamat2 tu tak buat lagi lah..

1st time singgah sini..

saya follow kamu ye.

Salam Ramadhan =)

share : http://www.sofinahlamudin.com/2012/07/keluh-kesah-itu-merugikan.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails