nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, August 31, 2014

::BELAJARLAH UNTUK REDHA::

Assalamualaikum w.b.t

Berhabuk blog ni dek lama tak mengupdate entry baru.


Dengan kesibukan, dan kesengsaraan mengejar masa, pengabaian update new entry keep repeating. wakakaka. alasan semata!

Walaupun jarang aku update, dan ada jugak yang dah start bertanya
"tak berblog dah ka?"
"hang busy apa sangat sampai tadak entry". 

hahahhaha. so sorry kalian. aku tau ada kawan-kawan aku yang jauh rajin mai terjah entry, sebab aku boleh nampak footage hangpa tu, tapi nak cari feel tu bukan senang. ayat jiwa jiwa ni jarang mai.hihi. Tapi anyway, harini jiwa aku nak mengarang dah kembali. harap hangpa ada time nak jenguk kat sini.





REDHA.

Bukan senang nak didik hati untuk redha. Walaupun pada zahirnya, kalau sesuatu terjadi pada kita atau sekeliling kita, perkataan pertama yang terpacul adalah redha. Memang kita hanya merancang, tapi perjalanan rancangan kita tu, adalah ditetapkan oleh Allah. Kadang-kadang it goes well and not.



Macam tu jugak dengan aku. Walaupun aku tau, satu saat nanti aku kena redha, tapi kadang-kadang aku pun gagal nak serapkan hati aku dengan perasaan redha. Macam-macam jadi. Kadang-kadang orang buat aku macam no function. sekupang! people not respect me walaupun aku bermati-matian jaga hati depa. cakap dan doa yang elok-elok, but nobody cares.


Aku lebih selesa kalau ada benda yang aku nak mintak pendapat, ataupun soal aku sendiri aku mintak nasihat dari kawan-kawan rapat aku. Its normal. So, seperti yang aku tidak sangka, Allah hadiahkan aku kawan-kawan yang sangat membuatkan aku rasa bersyukur "how lucky I am to have you in my life".


Dan aku bukanlah merupakan kawan masa senang saja, sapa yang kenai aku, dia akan paham aku ni kawan yang macam mana.

Banyak kali aku gagal buang ingatan terhadap orang yang bring me down,[memang terseksa sebenaqnya] tapi ramai kawan aku yang sanggup help me to touch the sky. Aku selalu cakap kat diri sendiri apa maksud redha? Perkataan yang simple tapi payah bila kita nak terjemah bila menghadapi situasi yang mana kita berada di par yang paling bawah.




Harini aku betul-betul belajar maksud redha. Dalam sedar, aku membayangkan ada satu tali yang aku sedang berpaut padanya, aku bergantung harap, akhirnya aku terpaksa lepaskan. Maksudnya, aku still boleh hidup cumanya aku belajar untuk merelakan. Sebab yang kita rasa terbaik tu barangkali adalah yang terburuk buat kita.


Peluang kadang-kadang hanya ada sekali, terpulang pada kita untuk menerima atau melepaskan. Dalam satu keadaan yang tak pasti, kita hanya serah kebergantungan tu pada Allah. Tawakal dan yakin dengan petunjukNya. 

Taubatlah!

Bertaubatlah kerana kita adalah pendosa. Kita selalu mengulang salah yang sama sebab kita lambat belajar dan sentiasa nak bagi peluang. Tapi hakikatnya, kita sedang meletakkan diri kita dalam keadaan bolak-balik. Kita lambat untuk maafkan diri kita sendiri walaupun kita cepat memaafkan orang lain. Untuk apa kita salahkan diri sendiri? Sebabnya adalah kita masih tidak redha. 


Lepaskan ia. Biarkan ia berlalu. Masa yang lalu tak dapat diperbetul kembali kecuali kita berusaha mencorakkan dan belajar dari kesalahan lalu.


Jalan untuk mendapatkan sesuatu yang berharga itu tidaklah mudah, tapi jalannya masih ada. Bila kita perolehinya, percayalah itu adalah ganjaran untuk orang-orang yang bersabar dan redha .


Chill! gambate!
My heart will go on :)


Sunday, June 29, 2014

::RAMADHAN PERTAMA::


Astagfirullah robbal baroya
Astagfirullah minal qotoya

Rabbi zidni i'lman nafi'a
Wawafiqni a'malan maqbula
Wahabli rizqan wasi'a
Watub a'laina taubatan nasuha


Aku mohon ampun pada Allah, Tuhan sekalian makhluk
Aku mohon ampun pada Allah, dari segala dosa
Ya Allah ya Tuhanku tambahkanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku
dan terimalah amalanku
Yang memberi rezeki yang luas
Dan terimalah taubatku, taubat nasuha.


Alhamdulillah. Harini kita sedang mengharungi 1 Ramadhan.Sejuk. Hujan rahmat pagi ni. Lebat jugak. Berbeza dengan pagi-pagi sebelum ni.


Bulan ramadhan kali ini adalah platform terbaik kita untuk memulakan satu perubahan baru. Tak terkecuali jugak dengan aku. Bermula dengan bulan yang penuh keberkatan ni, aku nak bersihkan kolam jiwa aku. Segala penyakit hati, segala perasaan buruk. Kalau aku tak buang, tak ada sapa yang dapat tolong buang untuk aku.



Ramadhan adalah bulan luarbiasa. Tak sama dengan bulan-bulan lain. Amalan kita jugak kena luarbiasa. Ya, perangai kita pun kena jadi luarbiasa jugak. Kalau tak, sama ja kita seperti sebelumnya. Bulan ni la, bulan yang membolehkan kita 'salin kulit'.


Fokuslah pada ketetapan hati untuk istiqamah menunaikan ibadah. Kalau sebelum ni kita masih belum yang terbaik dalam menjadi hamba, kali ni kita kena yakin kita mampu menjadi hamba yang terbaik. Jangan pernah jemu untuk berbuat baik. Bersedekahlah. Ganjarannya kita tak nampak, tapi bakti apa yang kita lakukan di dunia ni, akan dipersaksikan di akhirat nanti. 


Kalau semua orang memilih dunia, untuk berseronok, kenapa kita tak mau pilih akhirat untuk tempat bersuka ria? Kat sana kan tempat sepatutnya yang kita perlu fikirkan. Dunia hanya jambatan. Destinasi kita adalah akhirat. Tiada yang boleh lari dari kesalahan masing-masing. Pohon ampun lah atas kekhilafan kita di dunia ini. Kita bukan manusia syumul. Berulang kali kita melakukan kesalahan. Berulang kali kita alpha. Alpha dengan kehidupan yang kita sangkakan sudah cukup mewah.

Manusia bagaimanakah kita?


Kadang-kadang aku malu dengan sikap aku sendiri. Dalam meniti usia, berulang kali aku buat salah. Aku tak pernah nilai balik salah aku. Aku buat salah, dan buat salah lagi. Dan...mintak ampun. Aku jugak hamba Allah yang tak lepas dari salah dan silap. Setiap apa yang aku buat akan dipersoal kelak.

Dalam hidup kita hanya ada 2 pilihan.

Kalau kita boleh berubah menjadi baik, kenapa kita masih menjadi jahat?
Mari bersara dari dunia kegelapan.

Amin ya rabbal alamin.


Saturday, June 21, 2014

::UNTUK APA ADA BLOG::

Assalamualaikum.


Okeh, tadi sempat berblogwalking. Cecah puluh-puluh blog. Ada yang sempat difollow sebab banyak motivasi. Some others masih lagi berblog cerita cinta duka lara yang tidak berkesudahan. Hahaha, aku rasa maybe simptom cerita hindustan terlalu banyak dalam diri, sebab tu most of the article yang ditulis langsung tak berkualiti. Copy paste mungkin!



Dalam Malaysia ni, berapa ramai yang ada blog? Kengkadang sorang boleh ada 2,3 blog sekaligus tapi tak function, dan most of the time, blog menjadi ruangan untuk mengumpat orang lain. 
Astagfirullah al azim.


Apa motif sebenar kita berblog? Ada yang suka motivasi, macam aku. Nak jual barang online, ada yang buat blog sebab lecturer suruh.hahahhaha. Takpa la, student IT kan, lepas ja siapkan assignment blog tah ke mana. Ada yang nak cari kawan, tak kurang ja ada yang inbox aku tanya nak berblog semata-mata nak dapat follower yang ramai, boleh kalahkan aku. hahahahaha. Der, follower aku tak banyak mana pun. Aku bukan retis der. Follower riban-riban, aku cuma tulis bila aku rasa nak sharing or nak story apa-apa.


Banyak jugak blog yang tumbuh bagai cendawan, dan lagi laju dari cendawan tumbuh, untuk fitnah sana-sini, sharing info yang tak betui. Depa tak ambik kisah pun entry apa yang depa masukkan yang depa kira, alamak, harini aku tak update entry lagi. Oh my, pleaseeeee....


thunderandterats.blogspot.com

Jadi hangpa nak jadi blogger yang macam mana? Dalam dunia ni, kita hanya ada 2 PILIHAN. Pilihan kita sama ada kita nak buat yang terbaik untuk diri kita ataupun kita nak jadi perosak dalam masyarakat kita. Kalau semua orang jahat, dan kenapa kita mesti ikut jadi jahat. Kita jadilah yang terbaik untuk depa, dan andaikata semua orang baik. Kenapa pulak kita nak jadi jahat? Kita patut jadi baik untuk menambahkan jumlah komuniti yang baik.


Pilihan tu sebenaqnya datang dari kita. Jangan jadi blogger yang hanya copy paste, kita takkan dapat menjiwai apa yang kita nak sampaikan. Cuba jadi diri sendiri. Orang yang bercakap dari hati dan menulis melalui tangan, feel tu akan sampai kepada pembaca. Insya Allah.


Andai kata selama ni, kita hanya jadi ikut-ikutan kawan untuk berblogging, lupakan lah. Bukan semua orang mampu istiqamah dalam satu-satu bidang. Kita ada jalan yang lebih baik dalam dunia blogging ni. Apa salahnya, sambil kita berblog tu kita sampaikan dakwah pada kawan-kawan kita. Secara tak langsung, dapat ubat hati kita jugak. Apa yang bermanfaat ambiklah dan share pada orang lain. Yang tak bermanfaat tu boleh sampaikan teguran pada tuan empunya entry supaya benda yang salah jangan dishare pada orang lain.

Peace.

BUAT BLOG BARU???

Assalamualaikum.


Wahhhhhh. Segar bugarnya pagi ni. Hampir dua bulan aku tak update apa-apa entry dalam blog aku ni. Rindu sangat. Rasa macam bertahun tak update. Ya lah kan, sibuk dengan keja, dan kadang-kadang segan. hahahahha.


Bagi part time blogger macam aku ni, memang rutin aku la dalam seminggu tu mesti update satu, dua entry. Kengkadang idea tak kunjung tiba. Tu yang senyap semacam. Padahal, ramai ja aku dapat kawan melalui blog ni. haha.


Lepas ni Insya Allah aku akan merajinkan diri aku ni berblogwalking ke blog orang lain. Kalau ada any comments, cadangan, ataupun link yang boleh aku blogwalking, please comment below. Wah dah macam marketer plak. haha. Standard la student marketing kannn...


Okeh, first of all, thanks pada yang bagi feedback kat aku, suruh aku buat blog baru untuk bisnes cotton aku tu. Actually, bukan aku takmau sebenaqnya (ha.. keluaq dah loghat utagha) tapi sebabnya aku ni jarang ada masa yang banya dengan blog, aku tengah nak fight dengan biawak dalam diri aku ni. Malas nak update satu hal. Malas nak spend banyak masa dengan laptop ni. Kang bila aku dah hadap sini, mak aku bising. Sebab asyik ngadap benda alah ni ja. So aku decide let my business mix together in my personal blog. Kalau nak order ka atau apa-apa hal boleh inbox aku at least, or can leave your phone number so that aku can follow up customer.


Serius aku cakap, bila kita meniaga atau bahasa kasarnya BUSINESS hehe, kita akan selalu melangut ja hadap sesuatu benda tu. Ada sampai satu tahap aku berdoa

 Ya Allah seandainya ini jalan yang terbaik buatku, Engkau permudahkanlah bagiku, banyakkanlah rezekiku dan bagilah aku masa lebih dari 24 jam sebab aku rasa terkejaq-kejaq nak handle banyak benda.

Memang serius kita akan rasa tak cukup masa, dengan nak update page kat fb, update blog, dengan nak keja, tu yang selalu aku tak buat kunjung balas kat blog hangpa semua. Dulu aku rajin jugak, dok join contest macam-macam la ni aku spend most of the time aku baca buku-buku bisnes ataupun buat promosi kain cotton yang aku jual. So that, untuk buat blog baru special for sales and promotion rasanya belum lagi kot. But, bila aku dah berniaga fulltime that only way aku akan create one more blog.

Dan for those yang nak ber blogwalking pagi-pagi sabtu nih, meh la sini, drop link dan jangan lupa follow aku ataupun like page fb COTTON INSPIRE




 Dan come and visit us. Sekarang ni tengah ada promotion, so sapa yang berminat boleh inbox aku atau tinggal komen kat bawah ni ye.

K Bai.

Wednesday, April 16, 2014

::BISNES vs FOLLOWERS

Assalamualaikum...


Fuuhhhhh dah berhabuk rupanya blog aku ni, dah lama tak mengemas kat sini. huhu. Aku nak ambik feel untuk update tu punyaaaaa la lama. Sebab kengkadang letih ngan keja kat ofis, letih pi bejalan, letih makan.heh. Sebenaqnya banyak gambaq yang aku nak share kat sini, tapi dah sebabkan mood nak mengupdate tu tak mari, selamber ja laaaa aku delete gambaq semua.haha.



Okeh, la ni aku akan rajin sketla update, kesian pulak blog aku ni bersawang, takdak yang monitor, dahla password aku sorang ja yang tau.haha. Okeh sempena dengan feel baru nak update blog ni, aku nak ajak la sapa2 yang terrrrrrrrrrlalu lalang kat sini untuk like page COTTON INSPIRE .


Bagi sesapa yang peminat tegar kain cotton, Japanese cotton, English cotton dari Vietnam. Bolehla luangkan masa cuci mata dan like page COTTON INSPIRE. Kain ni memang fully imported dan tahan lasak. Salah satu sebab customer buat buying repeatation, sebab, kain tu kedut dia tak teruk berbanding cotton yang semeter RM4 tu. Sapa besa beli, dia tau la kualiti cotton tu macam mana. Yang jenis dijual ni, memang kain lembut dan tak kecut. Tak payah basuh dulu sebelum nak buat baju.

Kadang-kadang kita rasa nak tempah baju dengan corak latest, sebab kalau tempah sendiri, ukuran baju tu dengan badan kita memang nampak ngam-ngam berbanding yang saiz standard. Tapi terpulang buat citarasa masing-masing. Kalau rasa malas nak tempah, boleh beli dan hadiah kat orang, tapi bila orang pakai nampak sweettttttt ja, jangan la gigit jari.haha


Okeh, dalam gambar kat atas ni, adalah kain cotton yang dijual, tapi banyak jugak yang dah sold out. Serius cakap, coraknya memang awesome.haha. Hanya separuh lagi yang tinggal, so apa lagi, meh la melawat COTTON INSPIRE.

Bai.

Sunday, January 26, 2014

::MELALUI HARI YANG TAK MENJANJIKAN CERAH::

Assalamualaikum..


Ya Allah, lama betui aku tak update entry baru. Aku ambik keputusan untuk jarang-jarang berblogging, tapi rindu pulak. Sebab aku ni kan banyak cerita, last-last ke sini jugak aku story. Nak jumpa kengkawan pun macam tak menyempat ja, sebab aku banyak abiskan masa kat rumah. Memang aku selesa lepak kat rumah kalau tak ke mana-mana.






Aku terpandang cover picture ni kat blog Aku Islam. Sedikit sebanyak, ada sikit kesedaran bagi kita yang terleka ni. Sibuk dengan hal dunia semata, tapi kita lupa nak sampaikan sesuatu yang berharga buat kawan-kawan terdekat kita.



Dalam kehidupan kita memang saling berkait antara kehidupan kita sekarang ni dengan kehidupan akhirat kita. Setiap apa yang kita berusaha kat sini, kita akan tui hasilnya di sana. Jadi, aku tak paham kenapa wujudnya manusia yang arrogant, yang rasa dirinya syumul sangat dah dan takmau dengaq nasihat. Ada yang sibuk memperlekehkan kehidupan orang lain sampai hidup sendiri yang porak peranda.




Betul la kata orang, taik di kain sendiri belum tentu kita nampak sebab selalu rasa tak berpijak di bumi yang nyata. Serius aku cakap, kebanyakan orang yang bersifat arrogant yang aku jumpa, hidupnya memang tak macam apa yang selalu diagung-agungkan. Selalu menunjuk-nunjuk, tapi akhirnya bila susah, kawan-kawan jugak yang dicari, nak cerita problem, nak story macam-macam. Untuk apa? kalau sebelum ni terlalu meninggi diri ibarat boleh handle diri sendiri dan bergolek masuk ke kubuq sendiri, tapi bila melalui kesusahan, mintak tolong dengan orang yang pernah diperlekehkan tu. Aku pun tak paham.



Dunia ni bukan kita punya, jadi jangan buat macam harta sendiri. Berkongsilah dengan makhluk yang jugak sama semuanya macam kita. Untuk apa rasa begitu hebat? Sebab banyak harta? jaga ego? Hakikatnya, tak nampak baik jugak kehidupan tu walau disorok macam mana sekalipun.



Make it simple.


Kita memang tak akan melalui hari yang semuanya cerah dalam hidup kita. Tapi kita ada pilihan untuk mencari hari yang cerah. Sama ada melaluinya dengan tenang, atau melaluinya dengan niat menjatuhkan orang lain dan hakikatnya tak ke mana pun.



Bangkitlah dengan menjadi manusia yang lebih waras untuk tunduk merendahkan diri. Jangan terlalu mendongak. 


Peace.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails