Assalamualaikum bloggers....
Hai uollsssssssssss
(menggedik plak) time-time malam masih muda ni....haha....
Okeh, harini aku tengok kat fb aku, kat blog aku....dan aku terperasan la...ramai newbie yang nak cepat femes. Actually aku buat blog ni lama dah, cuma passion nak menulih tu tak berapa nak ada dalam jiwa aku. So, aku stop sat. Bila aku membulatkan tekad dan azam aku (konon-kononnya lah) nak kembali ke pentas blogging ni, tokojut den, ramai gila aaaaaahhhhhhhhh blogger yang baru nak jinak-jinak dalam dunia blogging nih (termasukla aku).
gambaq dicopy dari desirepeoples
Haaaaaaa...ni aku nak share lah sikit,cara-cara yang 'baby' blogger ni guna untuk mengukir nama-nama mereka di pentas fofular gitu (konon-kononyalah kan..) ......
1. Letak gambaq owner blog penuh kat sidebar
Tuan tanah lebih cenderung letak gambaq depa penuh kat sidebar, gambaq dolu-dolu, gambaq seksi, gambaq boipren, gambaq dalam toilet pun ada..adess..... (nasib toilet lawa). Aku tau laaaaa,..hahaha.. tapi terpulang la kat hangpa, dah hangpa kata 'ni blog gua, sukati gua lah gua nak letak apa pun, lu apa kesah?' amboiii.. garang no depa.. Gua mana? gua kelam ka?huhuhu. Tapi aku rasa ni mesti kes takda widget ni....
2. Letak cursor bernama
Menatang apa letak cursor bernama. Aku rasa ada something la yang depa guna, untuk letak nama kat cursor depa tu. Magicla....Bila aku gerak-gerakkan tikuih aku ni, ada nama owner blog kat cursor tu. Aku baca la, 'siti nur farahin ruwaida bt muhammad hambali' uiyooooooo, ralit pulak aku dok baca nama dia... (nama adalah rekaan), panjangnya.....erkkkkk..sekali page pulak berat.....aku tekan pangkah kat atas nu,Alamak! lupa nak follow..huhu
3. Buat event kat fb pastu jemput aku
Aku jarang sangat sebenaqnya tengok event kat pesbuk aku, tapi aku rasa harini aku terglemer sat, banyak nombor merah yang naik kat notification aku tu. Aku pun tanpa was-wasnya klik la nak tengok. Sekali aku tengok kat event, menatang apa ni, ingatkan member aku panggil makan kenduri, tup-tup 'hai...saia blogger newbie, sila lah klik blog saia [http://kamibukantaklakulagi.blogsepot.com/], datanglah follow saia taw....bubaiiiii...' hah what kind of event, pulak ni? secara tak langsung aku tak pi pun blog dia. Aku terus dengan secara langsungnya say no. Banyak event la ni.
4. Suka cari benda negatif terutama bab artis
Haaaaa... ni aku taktau nak kata apa. Aku penah jumpa blog macam ni. Semuaaaaaaaaaaa benda negatif ja yang dia nak cerita, aku ingat dia geng dengan beautiful nara ka dok buat cerita artis, tengok follower dia, baru 3 orang. Mungkin banyak silent readers kot. Tapi aku view jugakla tajuk dia, 'eh, gambit kata kita anjing la', 'salih yaakob kawen dah la,kata lepas raya', 'kenapa artis ni ambik dadah'...ehhhhh tolong la...awat tak update cerita syok-syok sket contohnya artis pi mekah ka.....artis juai kurma ka.....artis tolong tangkap peragut ka...(aku bukan back up artis), tapi make it interesting la sayang...jangan update benda tak elok la saja...
5. Suka bangkang pendapat orang lain
Apa saja yang orang tulih, dia laaaaa yang memang suka bangkang. Ni sayang, biaq pi la pendapat orang, ikut dia nak tulih apa, tapi jangan kita dok letak link dia kat blog kita pulak. Tu memang nak cari gaduh tu... 'eh, kau hilang duit kau ada aku kesah?'pastu letak link blog [http://akutaksukakaujadiblogger.blogsepot.com/] . Cuba bila orang buat entry macam tu, hangpa senyap dan bagi pendapat dah la, jangan dok jadi batu api sangat. Then, kalau dia tak boleh dinasihati, ignore saja okeh, tak perlu buat entri balas. Apa hangpa ingat ni kumpulan balas ka?
Okeh, setakat ni dulu ok, yang baik sila ambik...yang huduh sila buang dalam tong sampah, elakkan pencemaran alam.
sekian, untuk makluman.