Masih relevan kah tajuk entri aku tu dengan dunia sekarang ni..???? Apa yang aku perasan, budaya hentam menghentam tanpa mengira usia dan hati sapa-sapa saja dah macam lumrah pulak..... Sekarang ni aku perasan, budak-budak muda tak hormatkan lagi orang yang lebih tua. Kalau dulu, zaman aku kecik, memang nak kena pelangkong laaaaa kalau buat macamtu.
Masa aku sebesaq budak yang dalam gambaq tu, aku taktau langsung peranan jari tengah tu. Apatah lagi nak tunjuk dan halakan pada orang yang lebih tua dari aku. Ohhhh, tak pernah terlintas langsung. Yang aku tau aktiviti kampung aku, pi sekolah, balik sekolah, pi mengaji, main kat umah tok dengan sepupu aku.
Walaupun di alam rebina aku, pergaulan aku agak kasaq sebab geng-geng aku ramai hero, tapi kami suka ja main masak-masak. Serius kami taktau langsung rasa nak try benda-benda tak senonoh ka hapa. Kami main macam budak-budak sebaya kami....polis sentri, tuju kasut sampai lebam betis, main juai-juai, main guli, main teng-teng. Yang tu ja.....
Tapi awas......budak-budak la ni dah semakin maju bila depa tau apa itu mencabul dan yang seangkatan dengannya. Bab ni depa memang expert, macam ada silibus kat sekolah pulak. Kadang-kadang, budak pompuan sekecik 2,3 tahun pun pernah kena. Gaya pengajaran dan penerimaan budak la ni jauhhhh beza dengan budak dulu.
Kalau dulu, aku diajaq mak aku, dengan orang tua-tua jangan cakap kughang ajaq, jangan tengking-tengking, lalu depan orang tua, mesti bongkokkan badan sket tanda hormat. Tapi la ni, payah nak jumpa budak-budak kecik yang lalu depan aku bongkokkan badan. Boleh jamin, takdak punya. Ikut dan ja......
Sebab tu aku tertanya-tanya, dengan zaman yang berubah, masihkah anak-anak generasi depan menerima "yang muda disayangi, yang tua dihormati"
sekian, untuk makluman.
7 comments:
sebab utama adalah sistem pendidikan kita, sbb dari satu segi budak tu macam bukan muslim..tentu tak belajar moral kat sekolah, macam kat sekolah aku, kalau masa moral cikgu moral takl mengajar pun bagi kertas suruh melukis atau suruh baca buku. Depa tak tahu atau saja buat tak tahu, kalau budak2 moral tak diajar moral beginilah jadinya..tak reti nak hormat kat orang yang lebih tua, tiada perasaan kasihan belas...
Antara cabaran utama dalam mendidik anak-anak kita di masa akan datang..
;)
@BuluhPerindu
Betui tu....moral dah kurang, eh buluh perindu, blog anda ada malware, sy takleh masuk...
harap ank kita nnt x terpesong didikan moralnya . amin
@Azree
Memang kena perkukuhkan institusi kekeluargaan...
@Scya Lollita
amin....kalau didikan betul,usaha dan tawakal pada Allah...itu jalan yang terbaik..
Minda dan pengaruh keadaan sekeliling yang membentuk depa jadi mcm ni.
Post a Comment