nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, June 5, 2011

::KITA ADALAH YANG PALING BAIK::

Assalamualaikum buat bloggers yang muslim, dan wanshang hao bagi yang non-muslim...







Bila kita bercakap tentang manusia, macam-macam manusia yang kita jumpa. Tapi bagi aku, aku mengenal manusia atas dasar. Dasar yang membuatkan aku menyayangi mereka, dan dasar yang membuat aku langsung tak minat mengenali mereka. Dan manusia jugak yang mengajar aku, apa erti menjadi manusia atas muka bumi ni. jadi, aku tak pelik dan bagi aku manusia adalah yang terbaik, cuma jangan dok buat best dengan aku, yang tu memang tak boleh blah.




Kita ni sebenaqnya terhasil dari 'yang terbaik'...tak percaya??? cuba tengok gambaq kat bawah ni, di antara berjuta-juta sperma, dan hanya satu yang berjaya menembusi ovum, dan bercambah seterusnya membentuk 'kita'. Sapa kita tu? Kita lah...hidupan yang bernama manusia, yang berupaya menyepak, berfb,berblogging, berkerja,bercakap, bergosip, berfoya-foya dan jugak beribadat kepada Allah...








Hanya satu yang terbaik akan disenyawakan membentuk homo sapiens yang akan memberi kesan baru pada dunia. Mungkin yang akan membanggakan dan mungkin juga yang akan mengecewakan. 








Sejak kita sedang terbentuk di alam rahim, kita dikurniakan sifat-sifat terindah untuk menjadi manusia, kita dikurniakan perasaan, kita dikurniakan denyutan nadi, dan nafas pun bermula. Kita sebenarnya lemah, Takda antivirus pun masa ni, kita cuma berlindung dalam perut mak dan membesar. Kadang-kadang kita mendengar alunan zikir dan bacaan dari ibu kita. Itu sudah cukup melenturkan hati kecil kita kan?










Mak begitu terharu melihat kita membesar, mak selalu makan benda-benda yang berkhasiat saja untuk pastikan kita mendapat yang terbaik, nak pilih makanan pun, makanan yang terbaik. Kadang-kadang mak terjaga malam sebab aktiviti menendang yang terjadi waktu tu kan? Tapi mak mesti senyum, tu tandanya kita aktif, mak suka....Mak akan susah hati kalau kita tak bagi respon...









Kita adalah yang terbaik, segala benih yang baik saja yang akan mencambahkan kita. Dikurniakan sifat yang baik, segala gen-gen dari pihak mak dan pihak abah disepadukan....







Tapi bila kita dah besaq, kita sering mengabaikan benih baik yang kita dapat. Kita hanya tahu cara nak bergaduh, sifat-sifat negatif, kita dah rasa jijik kan mengenali orang lain? Kita selalu ingat ooooooo aku lah yang paling bagus...dan apa yang aku buat semua tu adalah betul....Anda merendahkan orang lain???? Walaupun siapapun kita, peguam kah, lawyer kah, petani kah, peniaga kah, pecinta kah (errrkkssss) hakikatnya kita datang dari sumber yang terbaik.......... 






sekian, untuk makluman.

5 comments:

Cek's Zaitun Othman said...

btul3..semua org sama ja..tp yng bbza tu ialh perangai...cth malas+rajin..

zacky786 said...

:) syg mak sy

aien_nad said...

ha btul tue...ain stju sgt huhuhu..


http://aiennad.blogspot.com/

::Mastura Zakaria:: said...

@zacky786

mak saja? abahnya mana?hihi

::Mastura Zakaria:: said...

@aien_nad

hihi..homo sapiens, adalah khalifah di muka bumi, pandai2 la mentadbir..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails