nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label sahabat dunia akhirat. Show all posts
Showing posts with label sahabat dunia akhirat. Show all posts

Saturday, June 21, 2014

::UNTUK APA ADA BLOG::

Assalamualaikum.


Okeh, tadi sempat berblogwalking. Cecah puluh-puluh blog. Ada yang sempat difollow sebab banyak motivasi. Some others masih lagi berblog cerita cinta duka lara yang tidak berkesudahan. Hahaha, aku rasa maybe simptom cerita hindustan terlalu banyak dalam diri, sebab tu most of the article yang ditulis langsung tak berkualiti. Copy paste mungkin!



Dalam Malaysia ni, berapa ramai yang ada blog? Kengkadang sorang boleh ada 2,3 blog sekaligus tapi tak function, dan most of the time, blog menjadi ruangan untuk mengumpat orang lain. 
Astagfirullah al azim.


Apa motif sebenar kita berblog? Ada yang suka motivasi, macam aku. Nak jual barang online, ada yang buat blog sebab lecturer suruh.hahahhaha. Takpa la, student IT kan, lepas ja siapkan assignment blog tah ke mana. Ada yang nak cari kawan, tak kurang ja ada yang inbox aku tanya nak berblog semata-mata nak dapat follower yang ramai, boleh kalahkan aku. hahahahaha. Der, follower aku tak banyak mana pun. Aku bukan retis der. Follower riban-riban, aku cuma tulis bila aku rasa nak sharing or nak story apa-apa.


Banyak jugak blog yang tumbuh bagai cendawan, dan lagi laju dari cendawan tumbuh, untuk fitnah sana-sini, sharing info yang tak betui. Depa tak ambik kisah pun entry apa yang depa masukkan yang depa kira, alamak, harini aku tak update entry lagi. Oh my, pleaseeeee....


thunderandterats.blogspot.com

Jadi hangpa nak jadi blogger yang macam mana? Dalam dunia ni, kita hanya ada 2 PILIHAN. Pilihan kita sama ada kita nak buat yang terbaik untuk diri kita ataupun kita nak jadi perosak dalam masyarakat kita. Kalau semua orang jahat, dan kenapa kita mesti ikut jadi jahat. Kita jadilah yang terbaik untuk depa, dan andaikata semua orang baik. Kenapa pulak kita nak jadi jahat? Kita patut jadi baik untuk menambahkan jumlah komuniti yang baik.


Pilihan tu sebenaqnya datang dari kita. Jangan jadi blogger yang hanya copy paste, kita takkan dapat menjiwai apa yang kita nak sampaikan. Cuba jadi diri sendiri. Orang yang bercakap dari hati dan menulis melalui tangan, feel tu akan sampai kepada pembaca. Insya Allah.


Andai kata selama ni, kita hanya jadi ikut-ikutan kawan untuk berblogging, lupakan lah. Bukan semua orang mampu istiqamah dalam satu-satu bidang. Kita ada jalan yang lebih baik dalam dunia blogging ni. Apa salahnya, sambil kita berblog tu kita sampaikan dakwah pada kawan-kawan kita. Secara tak langsung, dapat ubat hati kita jugak. Apa yang bermanfaat ambiklah dan share pada orang lain. Yang tak bermanfaat tu boleh sampaikan teguran pada tuan empunya entry supaya benda yang salah jangan dishare pada orang lain.

Peace.

Friday, September 28, 2012

::KAWAN DUNIA AKHIRAT::

Assalamualaikum....



To all bloggers. Alhamdulillah, harini hujan lagi walaupun aku sakit kepala kesan kena hujan kelmarin pun tak hilang lagi. Rasa macam ada batu oiii dalam kepala. Kalau tak kena actifast, memang seksa jugak la menanggung. Nak makan pun tak buleh.






Adat berkawan. bagi aku, aku tak suka sangat cerita macam mana relation. Cuma, sapa yang pernah kawan dengan aku, dia tau macam mana cara aku berkawan. Kadang-kadang aku pelik la, bila takdak kawan, nak sangat cari kawan. Bila dah ada kawan yang sanggup susah senang, dah dok main tikam belakang pulak. Ada saja yang tak kena. Apa tujuan berkawan sebenaqnya?



Kawan bagi aku, susah dia susah aku jugak. Kalau dah terdesak,kawan susah nak mati, aku takkan biaq susah dia tu dengan hanya memerhati, at least aku bagi nasihat ja kalau aku tak boleh buat apa sangat pun. Memang aku tak nafikan, kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk share story kita,tak kira la story hepi ka atau story yang kecewa bagai. Salah share pun tak boleh jugak.



Kadang-kadang bila hepi taktau nak share ngan sapa,aku share ngan kucing aku ja.kuikui. Salah share ngan kawan pun tak buleh jugak, satgi dia rasa dengki pulak. Walaupun kucing aku tu suka buat muka blur, tapi dia dengaq ja kot apa yang aku cakap.



Untung tau kalau kita jumpa kawan, yang betui-betui buleh rasa "kawan dunia akhirat". Kalau bernasib baik, akan jumpa sorang, tu pun takkan jumpa dah yang sama macam tu, walaupun cari sampai hujung dunia.






p/s : dalam seharian kehidupan aku, takdak istilah "u jump i see".aku cuma boleh bagi nasihat supaya jangan "jump" dan aku terpaksa "see".


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails