nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

::AKU TAK PAHAM :LELAKI EMO TAK KENA TEMPAT??::

Hello bloggers....



Assalamualaikum bloggers..... good morning to all. Panjang sangat kalau aku nak wish untuk sorang-sorang follower aku, haha. 600+ tu nak kena buat ucapan. Tapi aku summarize ja la to all.hihi.




Dulu aku penah taip entri dalam blog aku ni, ada certain kawan yang kononnya penah ngaku kawan baik aku, yang aku pun taktau salah aku kat dia, tapi dia selalu buat onar dan buat semak dalam hidup aku, buang aku dari facebook dia. Do i care??? tengok previous entri aku KAT SINI.






Tapi baru-baru ni, dah dia add aku balik. 2,3 kali dah dia remove aku, pastu add balik. Aku pun tak paham la apa jenis emo dia ada ni. Seteruk-teruk aku emo, aku tak penah lagi remove orang yang aku menyampah kat pesbuk, biaq la dia selagi tak menyerabutkan otak aku.




Tapi mamat sorang ni memang buat onar betui, masuk kali ni.... dah berapa kali dia remove aku, pastu add balik. Kengkadang aku terpikiaq jugak, facebook yang bengong ka atau pun betui-betui dia remove aku. Naik maleh pulak aku nak tekan accept..hahahhaha. Tengok pulak la mood aku macam mana, emo jugak bila  terpaksa accept banyak kali. Tapi kalau kata facebook yang bengong, awat seramai kawan aku yang lain, tak penah pulak remove aku, dia ni sorang ja masalah sket. Aku pun tak paham.





Satu lagi yang aku tak paham. Semalam aku kena lagi perli kat facebook sebab aku susah nak bagi no phone aku kat facebook. Aku memang tak suka nak market no phone aku tak kena tempat. Tup-tup semalam, ada sorang mamat ni, aku takla kenai sangat ngan dia ni. Dan aku sangat jarang nak online chatting kat facebook. Tup-tup semalam saja aku on.




Ada sorang mamat ni, cakap nak kenai aku, pastu dok paksa-paksa aku bagi no phone. Aku tak suka la weiiiii...Desperate sangat ka? Memang aku tak bagi la. Apatah lagi hang dok paksa-paksa nak jugak. Ingat aku agen insurans ka? Rilek ar bro, takkan sebab aku takmau bagi no phone pun, hang nak hingaq-hingaq kat aku. Lu pehal? Ikut suka aku la..haishhh..huh..Macam ni pun ada??? Apa pun tak boleh!



P/s: Aku emo jugak pagi ni..huhu


Saturday, August 14, 2010

::10 PERKARA LELAKI RUMIT::

 Hai salam 1 Malaysia
kali ni aku ada banyak masa sket
untuk share something yang best kat blog aku nih
hihihihi...maklumla siang-siang da tak boleh makan
so aku hadap blog je
tapi ibadah tu still tak lupa..
kena jugak mengejar untuk ukhrawi...




amboi...gelak besaq
takdan baca lagi aku pon nak gelak dah..hahah
selamat melayan=)

"10 PERKARA LELAKI RUMIT"




1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.




hahahhaa...ini adalah sumber dari bacaan aku 90% kajian darinya adalah tepat....jgn marah ye kaum adam...

Monday, August 2, 2010

::BEZA CINTA,SAYANG,SUKA DAN MINAT::


Salam 1 Malaysia
kali ni aku nak menyentuh tentang perasaan
dan bagi mereka yang still dok konfius2 alam tentang perasaan sendiri
ni
aku nak highlight beberapa hint...

sudi2kanlah membaca ye..=P

Cinta

Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tidak tau saja)

Sayang

Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain, sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka

Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain, suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat

Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

p/s : berawasilah anda dengan cinta

sumber : http://airmein.wordpress.com/



Sunday, August 1, 2010

::MEMAHAMI SANG ARJUNA::



Hai semua semblogger sekalian alam...
salam 1 Malaysia



harini satu entry je mampu aku posting.. memandangkan aku sakit belakang+ ngantuk tahap dewa
tapi kugagahkan jua naip entry untuk kalian semua wah..terharu tak?cepat cakap time kassey cepat..hihihihi..aku gurau je..jangan makan hati ye...




okeh, sebelum aku tersembam depan laptop dek ngantuk tahap gaban ni [gaban tu bawah sket dari dewa] ingin aku kongsi info ngan kalian semua bagaimana memahami sifat sang lelaki ni.. ada yang susah nak paham kan.. aku tau tu.. aku pon camtu gak... hahahah, tapi yang aku paham la sifat abah aku.. dia suka tido cam aku gak..hahhaha




okeh, silalah baca dan menghayati dengan penuh perasaan...
entry ni ade aku ambik kat mana tah...lupa lak nak ambik sumber dia..




1. Hidup Lelaki Lebih Mudah 

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secaraterbuka kepada lelaki.





2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
 
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.





3. Lelaki Suka Membisu 

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.





4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.





5. Jangan Paksa Lelaki 

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.





6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain 

Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.





7. Lelaki Pentingkan Kejujuran 

Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.





8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
 
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.




9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".





10. Lelaki dan Ego 

Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika nda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.



11. Sahabat Yang Paling Baik 

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.





12. Lelaki Suka Menyelerak 

Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak. 



p/s : tu je info kali nih..nanti aku posting lagi..



sekian, untuk makluman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails