nuffnang

Kawan-kawan saya

Showing posts with label sombong. Show all posts
Showing posts with label sombong. Show all posts

Monday, July 16, 2012

::JANGAN SOMBONG::

Assalamualaikum.....to all bloggers and readers.



Wuiiiiiihhhhh, setelah agak sekian lama aku menyepikan diri, menjadikan diri aku agak sedikit underground dengan tak update apa-apa kat dunia blog ni. Hari ni baru ada masa yang sangat berharga untuk aku update apa-apa kat sini.



Ada jugak yang sms tanya aku "wei, hang pi mana, takdak entry baru pun?". Sebenaqnya bukanlaaa niat aku nak tinggai blog aku sesuram nih, actually aku agak sedikit kalut bilamana ayahanda aku masuk ward baru-baru ni sebab darah tinggi. So, untuk segala urusan aku kena handle dan agak sibuk dok jenguk ayahanda hari-hari kat ward sampai mood makan aku pun lari timing, tidoq pun dah ke mana. Ngantuk tak kena time. Macam-macam la jugak.



Alhamdulillah, ayahanda pun dah kembali sihat sket,discharge khamis lepas. Agak melegakan jugak la, sebab memang agak letih dok berulang dan tak buleh nak tengok depan mata hari-hari.Tima kasih buat kawan-kawan yang sudi pi tengok dan yang jugak selalu dok bertanya khabar tu, Allah saja lah yang balas jasa kalian.




JANGAN SOMBONG.



Bila jenguk kehidupan aku ni, macam-macam personaliti orang yang aku nampak. Ada yang tak habih-habih menyombong bila ada rezeki lebih, dan ramai jugak yang suka cakap besaq. Aku actually, takdakla suka sangat nak teguq orang, tapi cuma kurang bekenan saja. So, aku diam. Bagi aku, bila ada rezeki lebih tu patutnya buat kita jadi lebih bersyukur. Ni tak, ada saja yang nak dikomplennya. 



Setiap apa yang Allah bagi kat kita tu selalunya setimpal dah dengan apa yang kita buat. So, tak perlu nak banding-bandingkan diri dengan orang lain. Setiap rezeki orang tak sama.Ada yang kena tunggu lama,dan ada yang tak tunggu pun ada rezeki yang masuk.Semua tu dah ada dalam ketetapan Allah. Buat apa la hidup nak menyombong dengan orang? Tak nampak pulak apa faedahnya. Nak kata lagi dihormati pun tak jugak, sebab orang makin meluat bila kita act macam tu, so buang la sikap sombong tu jauh-jauh.



Nak sombong pun kita still bawah langit yang sama, share matahari, alam dan udara yang sama. Kot la hebat sangat kot ya pun nak sombong dengan orang.



p/s : La tahzan.


Sunday, May 29, 2011

::DAHLA BODO, SOMBONG PULAK TU !::

Assalamualaikum bloggers






Malam ni baru aku sempat nak update entry baru, dengan situasi yang selalu jadi dalam kehidupan kita. Penah dengaq dak bodoh sombong? memang ramai rupanya manusia jenis ni. bukan takat dalam Malaysia. Kat kalangan kawan-kawan aku pun ramai ja yang macam ni. Sebab apa jadi macam ni? Sebab masing-masing dah rasa diri tu besttttttttt sangat.











Bila tak reti tak mau tanya, bila orang ajaq dan orang bagi nasihat tak boleh terima pulak..haishhhhhhhhh.. Payah betuila manusia yang hanya diri dia saja yang betui. Ya la kan, bila ego tu terlampau tinggi dari orangnya, memang masalah. Memang tak boleh work in team, pendapat dia ja kita kena pakai, sedangkan kita baru nak bagi pendapat, terus angkat sepanduk tak setuju.....




Dasyat la......kalau macam tu, tak payah la hidup dalam dunia, sebab bila dalam dunia ni, kita kena berkongsi. Takmau kongsi pi dok dalam gua..hahaha..sekian.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails