nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, August 30, 2010

::MARI MEMBUAT OREO CHEESECAKE::

Hai semua sahabat...
salam 1 Malaysia
sambil2 aku menyping entry kali nih
aku tengah tengok Jangan Tido Lagi..hihihi
tah sapa-sapa la nyanyi ni, lagu tak sedap langsung
adehh...saket telinga pon ada..
tapi layan je la..kang kalo tutup tv...sunyi lak...

okeh, mengenai entry kali nih
yang akan membuatkan anda semua terliuq
aku sekali lagi dengan semangat tahap dewa dan gaban
dengan bangganya berjaya gak buat cis! cheesecake lah!hihi...
setelah beberapa kali di postpone disebabkan 
masalah mixer terbakaq segala..hahahha... 
belom bakaq kek aku dah bakaq mixer dulu..hahaha

i would like to present
"OREO CHEESECAKE"
ngeh2...
semangat lak buat pembentangan..hahhaha

errrrrrr...sila abaikan pemandangan belakang tu ye
biasala kalau dah namanya dapuq..hihi

sedap wallaweh.. walopon ni first trial n error aku
tapi rasanya..perghhh..takda error..hahahah
sendiri makan sendiri komen..hahaha


ha...ni lah rupa cheesecake yang dah aku kerat...
aku buat, keluaqkan dari peti ais, aku jugak yang rasmi
mak aku lak memang tak layan menda2 cheese nih
haahha..maklumla takda adik..
so masalah perebutan nih takkan berlaku..hahhah


errrr..tetiba aku rasa terupload muka aku
banyak dari kek..hahahha
mintak maaf la ye..memang tebiat semulajadi aku
pantang tengok kamera..hukhuk..
okeh, pasni aku janji tunjuk gambaq kek je okeh..
ngeeeeeeeeeeeeee..


haaa....dah takda muka aku kat sinin..hihihi
ni lah bahan2 yang terlibat secara langsung
dalam menyedapkan kek aku...


ni masa baru keluaq dari peti sejuk...
sejuk jugak mata memandang..hihi
macam ada nur gitu..hihi


masa dah dikerat-kerat dalam sedemikian rupa...
yang bawah tu basenya adalah biskut oreo yang 
aku tumbuk guna lesung....
nasib bek tak pedas...
sebabnya aku ambik lesung yang mak aku guna
untuk buat sambal belacan..hahahhaha
okeh, pada sesapa yang nak cuba, try, test
oreo cheesecake yang mantap ni..
sila salin mengikut resipi yang aku kidnap
dari tenet..hihihi
Bahan:
(untuk lapisan bawah)
-200g biskut oreo[krim dia buang je, tak sedap pon] ditumbuk halus
-100g sponge kek coklat,ditumbuk halus[aku guna twiggies gardenia tu sebab darurat]hihihi
-60g mentega[dicairkan]

Untuk topping:
-500g cheese cream[aku guna philadelphia..tah betui ke tak aku eja, depa kata sedap..tapi mahai gak la]lantakla...
-sebijik kulit lemon parut halus 
-100g gula kastor
-1/2 sudu jus lemon[jangan boh banyak kang masam, jangan salahkan aku]
-3 sudu besaq gelatin[aku guna halagel]memang sah halal
-1  1/4 cawan whipping creme
-50g biskut oreo[tumbuk kasaq sket]
-2 bijik telur
-160g susu[fresh milk tu, jangan lak boh susu stoberi ka coklat lak]
-2    1/2 sudu air[ayaq]hihihi

okeh...cara nak buat

-cairkan mentega pastu tuang dalam adunan biskut+sponge kek yang ditumbuk halus tadi, campur la semua sampai sebati

-pindahkan adunan tadi dalam loyang kek, pastu tekan-tekan bagi rata, agak ketebalan dalam 1 cm macam tu, pastu sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang dalam 1/2 jam

-sementara nak tunggu base dia sejuk dan keras sket, putarkan cheese cream, whipping cream dan jugak kulit lemon sampai sebati

-dalam acuan lain,buat secara double boiler telur, gula, susu,jus lemon dan gelatin, kacau sampai tak berketul okeh...

-pastu, campurkan adunan krim yang diputar tadi dengan adunan yang diboil tadi nih sekali ngan biskut oreo yang ditumbuk kasaq tadi. Kacau sampai sebati. Pastu tuangkan saja dalam loyang biskut yang disejukkan tadi..

-pastu sejukkan dalam peti ais lebih kurang 4 jam, lagi lama lagi la elok, pastu bolehla tunggu maghrib untuk merasa.hihihi

p/s :selamat mencuba dan semoga melompat riang macam aku dengan kek jadi-jadian memasing..hihihi
 

Saturday, August 28, 2010

::BILA MALAM::

hai...semua..
Salam 1 malaysia....
tengah buat pe kah kalian..
aku?macam ni la tengah ngarang2 
buat ayat tanpa perenggan
hihihihihihi....

hmmm.. harini takde menda sangat nak share, 
cuma aku memang bengang tahap gaban ...*errr..apakah?
ntahla, abaikan je la...
mau tak gabannya bengang aku...

niat aku yang tulus suci lagi murni ni 
nak buat oreo cheesecake telah terpaksa dipostpone kali ke-2
ni semua gara2 mixer kak aku xmo function...
hangen betoi aku tau....

bahan semua da siap untuk buat kek....alih2 mixer buat hal
hampeh, x jadik nak buat... takkan aku nak beat ngan sudu ja
dari sejam ja buat kek mau melalut sampai seabad..huhuhu

so...malam ni aku end kat sinin..
nak tidoq la sebab sok aku nak pi rompak ATM aku
bawak kuar duit pi beli mixer baru....huhuhu..
nanti bila da siap oreo cheesecake aku,
aku upload kat sinin k....
nanti sok aku snap gambaq sekali...
baru boley layan time posa2 cenggini..
okeh, mari menuju katil...
hihihihi...
gudnite der2 and ter2 sekalian..
tah hape ja singkatan aku guna..

Friday, August 27, 2010

::NUZUL AL-QURAN::

Hai semua...
err...waktu Malaysia sekarang 12.35 am
errr apa patut aku ucap eh,?
selamat tengah malam or selamat awal pagi?
huh, apa2 je lah...

oh, penyakit malam sebelum cuti aku da mai...
susah nak tidoq....
adehhlaaaaa, tadi ngantuk sampai tak mau2,
la ni ta boley tidoq plak dah... tensi..!
aku memang ceni dah, 
contoh macam malam ni, otak tau dah esok cuti
malam ni die terooos arahkan mata suh berjaga
sok siang dia nguap2kan aku suh tidoq
haishhhhhhhhh...sokmo ginih..fening da aku pon...
so amacam sedara?
apa aktibiti kalian?
okeh, memandangkan kita akan menyambut 
Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, 
maka sukalah kiranya aku nak kongsi
tazkirah tentang 

"NUZUL AL-QURAN MERUBAH HIDUP MUSLIM"

yang dipetik dari http://www.harakahdaily.net

selamat membaca=)

Muslim dan al-Quran
Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri. 

a menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.
Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam. 

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal. 

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza. 

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?
Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat. 

Waktu turunnya al-Quran?
Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.
Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. 

Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar?
Dalil daripada al-Quran:
1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” 

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”
Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke dalam syurga di akhirat kelak.
Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi. 

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran
Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.

Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang bernama Islam.
Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian, rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi. 

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat, cenderung atau simpati kepadanya. 

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran, kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran. 

Cara bagaimana al-Quran diturunkan
Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut. 

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran).” 

Surah pertama turun dalam al-Quran
Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran. 

Ayat terakhir turun dalam al-Quran
Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:
Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas. 

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair. 

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab. 

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”
Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya. 

Apakah yang ada dalam al-Quran?
Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya. 

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini. 

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain. 

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan. 

Sikap Muslim terhadap al-Quran
Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran, perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.” Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis, Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.
Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran: 

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya. 

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah. 

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat manusia sepanjang masa. 

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT. 

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam ayat 101 surah Ali ‘Imran yang bermaksud : “Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat (al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?” 

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.
2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih dinaikkannya.”
Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.
Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah, mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya. 

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan
Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36 dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.” 

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji) isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.
 
 

Thursday, August 26, 2010

::MANDI WAJIB::

Hai salam 1 Malaysia
cewwwwaaahhhh.. rajin lehhh plak aku nak mengupdate
awai2 sapie rini..hihihihi

semalam aku dah cari bab ni untuk nak muatkan 
kat entri aku nih,
tapi aku tak jumpa...harini tetiba aku jumpa...
tu yang awai semacam update blog hari nih...

okeh, back to the topic...
entry kali nih..aku kidnap dari facebook aku

"MANDI WAJIB/ MANDI JUNUB"


gambaq ni pon aku kidnap jugak dari blog orang, 
tapi xpe..yang penting ilmu..
*jangan dok imagine bukan-bukan na pasai gambaq ni 
pleasssssssseeeee...
sekadar hiasan ja....

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 
 
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. 
 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

p/s: maka, pikirlah sendiri bagi perempuan yang warnakan rambut..











Wednesday, August 25, 2010

::CARA-CARA NAK COVER MALU::

Salam 1 Malaysia
hai kawan-kawan saya
anda sedang berbuat apakah?
sibuk sangat tak malam nih, 

aku macam besa lagi
takla sesibuk mana, tapi
lagi suka buat-buat sibuk sampai nampak
`wah, sibuknya saya!'
hahahahah...agenda tu....

memalam cenggini tetiba mai pulak dah satu kuasa
yang tak seberapa pantas [wah cam tajuk lagu peterporn..opps]hihihi
takdala.....kuasa yang power root pon tak berapa buleh kasik...
ngeeeeeeeeeeee =p
hahahha..inilah kerajinan menulis...
yang sebelum hinih agak keterlaluan kemalasan amat *tahap armagedon
huh!apakah? aku pon tatau..huhuhuhu

baekla kawan-kawan saya
mengenai entry pada malam yang berbahagia ini
ingin dikongsikan bersama anda....
tips2.........................
oh, seblom tu sila tepuk tangan 
dan mengangguk kepala dulu
[gud2.......eh,buatla dulu]

"CARA-CARA NAK COVER MALU"

okeh,  mari kita amalkan.. 



1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah- marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di depan bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....hihihi..selamat beramal=)


p/s: aku dah lupa aku cilok tang mana..hihi 

Monday, August 23, 2010

::OH, BERAT MERUDUM!::

Hai semua...
Assalamualaikum ( buat kawan2 yang beragama islam)
salam 1 Malaysia jugak buat yang sudi singgah2 kat sini
walaupon takda juadah hapa2 kat sini..hahha

harini dah ke-13 kita berpuasakan?
huhuhu..walopon aku takdala full sampai 13 lagi..ngeeeeee..erk?
*sila abaikan statement di atas
tapi astaga!!! berat merudum..
down to earth..hahah

bukan takat down to earth da punya kes nih,malah bertan2 kilo aku missing..hampeh toi..ni yang aku maleh ni... asal tak makan je, turun mencanak2..kalau la berat tu ikut percentage, maka hendaknya 40% je la markah aku..huh..kategori fail!mampusss...

sebelum ni agak membanggakan jugakla bila aku dengan cemerlang lagi gemilangnya mencatatkan 44kg..huh, baja pokok lagi berat pe..tu pon jenuh melantak tahap dewa.....dewa kalo tengok aku melantak pon, gerenti dia angkat sepanduk ngaku kalah ngan aku....tahap komodo lion nya melantak, dahla aku tak suka ngunyah sangat pe yang aku makan.ceh... ada one day, aku try la nak ngunyah makanan 44 kali *try nak ikut sunnah rasulullah, alih2, 4 kali ngunyah jek, aku da tertelan...heeeeeeeeeee=p.
*x sengaja seyhhhhh..hahahhaha

kalau time buka puasa *astagfirullah al -azim, melantak tak hengat. Segala bagai masuk,segala yang nu yang ni, pendek kata semua aku balun cam tongkang ja.pulun macam2. Kengkadang takot gak, kotla tetiba kebabom perut aku, tak ke nak kena ngantaq pi ICU pulak, tapi setakat ni, storage aku masih mampu menyorokkan segala benda yang aku telan, tapi..berat?still 42kg je.... tensi weyhhhh orang dok nanya2 aku "awat hg kurus sgt nih"..adeh, xtau nak jawab cemana.nak kata aku tahaq perut, tak telan apa2 pon itu memang satu benda mustahil. Yang aku musykil alamnya, kat mana tah ilangnya segala yang aku telan semua tu?raihan betol la....

kan aku dah cakap aku memang makan...
tula, xmo caya lagi cakap aku..huhu

entahla, aku da tensi semacam(perkataaan tension:mengikut bacaan aku=tensi) asek2 kalo jumpa kawan-kawan lama kat bazar ramadhan hatta kat lampu isyarat *secara tak sengaja, kat shopping complex ka, soklan yang paling top sekali depa tanya "awat kurus sangat nih.hoho" aku da taktau nak jawab pe, da la bagi soklan subjektif camtu. kalo bagi soklan objektif reti gak la aku memboooolat jek.hahaha. saat itu, aku tersedaq something, wo0o0o0 ramai gak kawan2 aku, bersepah-sepah..hahahahha...

kalo time makan, aku sengih2 camni..anda janganla pikir bukan2...
tu tandanya cara aku berkomunikasi ngan makanan aku, 
bukan komulonimbus ye...

oh, ya...mulai sekarang aku, akan pasang nawaitu, bukan sedar nawaitu sauma ghodin je, malah nawaitu untuk menaikkan berat aku, aku takmo la kurus sangat kang aku boley melayang2 ditiup hangin, hahaha...
okeh, mari kita berazam mencapai target 44 kg dulu! errrr..musykil*adakah yang nak join aku tambah berat badan ni?ke aku sorang je, padahal orang len sebuk je minum jusmate..nak kecikkan bontot memasing..hahahha...walau apa pun niat, kita..yang penting mari berusaha!

p/s :bertemu lagi kita esok k....

Friday, August 20, 2010

::APABILA HATI BERBICARA DENGAN TUHAN::

Assalamualaikum
buat saudara- saudaraku sekalian
yang sentiasa tak jemu-jemu walk in kat sinih...

[sambil ngesat air mata yang bertakung]
malam nih agak sayu hati
dan sebak mengunjung menjadi tamu di hati


ntah, tetiba aku jadik sebak sengsorang
teringat dosa- dosa yang dah berapa tan yang aku dah buat,
dengan hiburan merapu,
melengahkan solat, kadang- kadang langsung tah ke mana solat aku..

dengan perangai yang gila-gila
aku memang tak lupa siapa Pencipta aku
tapi aku selalu lalai dengan kehidupan aku

ambik ringan je semua benda
suka hati aku je ngan pakaian aku
suka hati ja nak buat apa yang aku suka

tapi Allah tak pernah lupa aku
Dia bagi pointer aku naik, kadang-kadang turun
Dia bagi aku sengih sorang2 bila tengok slip exam
Dia bagi aku menangis bila kena repeat paper
Dia bagi aku merasa dapat Dekan,
Dia jugak tak lupa bagi aku semangat untuk belajaq

Tapi aku.....
selalu lengah2kan sembahyang aku
kadang2 tertido dan tak qada sembahyang
kadang2 ntah hapa ja yang aku kalut ngan dunia nih
sampai aku tak sempat tingkatkan iman dalam diri

video harimau ngan anak monyet kat facebook aku
betul2 buat aku menangis
dalam sujud aku masih lagi sedu sedan
sebak tahan apa yang aku pendam

teringat dosa aku yang lepas-lepas
janganlah aku tergolong dalam ahli neraka
biarlah hidup matiku dalam islam

walaupun aku tak dapat kebahagiaan di dunia
aku tak kisah, janji aku dapat masuk syurga Allah
dengan apa yang aku buat dulu,
lalai dengan keseronokan dunia
aku dah langgar larangan Allah

"SUMPAH...aku takkan buat lagi"

sedikit sebanyak aku dah turut menyumbang
kepada kemurkaan Allah

dan aku akan tamatkan kecintaan aku pada dunia
melebihi kecintaan aku pada akhirat
aku dah malas nak ambik kisah
soal kaya miskin,
yang aku pentingkan soal halal haram,
soal dosa pahala...

walau macam mana pun, aku tetap ingat Allah
sekalipun aku penah jugak keluaq dating
tapi aku tak jugak tinggal solat aku
dan aku masih tak melampaui batas

ada hikmah jugak atas apa yang jadi
Allah nak tunjukkan betapa bukan masanya
untuk aku bertemu jodohku
aku redha segalanya

aku bersyukur sebab aku tak tersasar begitu jauh
dan masih boleh bentuk diri aku
cuma kelemahan diri yang aku perlu betulkan...

terima kasih ya ALLAH
kau berikan aku hidayah
dan keinsafan ketika aku berada dalam bulan Ramadhan
bulan mulia yang penuh penginsafan...

aku akan menjadi hambaMU
bukan hamba syaitan yang berusaha menyesatkan
semoga aku boleh ditempatkan bersama ahli
dari kalangan syuhada...
amin...

Thursday, August 19, 2010

::CARA PEMAKANAN MENURUT ISLAM::

Hai salam 
selamat..eh, still pagi..
so..selamat pagi lah...hihihihi
takkan tengah hari lak kot...hahhahaha
okeh kali ni aku buat entry special sket
"PEMAKANAN MENURUT ISLAM"

memandangkan ramai je yang men sumbat-menyumbat
dan telan- menelan termasukla jugak aku
kat sini aku nak share lah
diet mengikut aku islam...


ini adalah apa anak-anak....ya.....
ini adalah bukan diet..hahha
tapi gabungan sayuran yang membentuk huruf
gabungan perkataan diet..hihihi

okeh, sebelum aku meneruskan repekkan aku pada
entry kali ni... dengan ini disampaikan sedikit tazkirah mengenai
pemakanan dalam islam,

khas buat follower2 semua dan jugak yang suka makan
macam aku, walaupon aku dah buat pengesahan
yang aku dah tak boley gemuk a.k.a membulat..hahha



Ini adalah diet Rasullulah SAW kita. Ustaz kata, 
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai
jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini kawan2? tak
payahlah susah2 makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan2 ikut diet
Rasullullah ini, dijamin kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan
makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

  •   JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

  •   TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM. DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... 
silalah cuba dulu...

Ianya takdalah dalam jangka masa terdekat ni.... 
Ianya berkesan bila
kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat 
bercampur dengan  makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. 
Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat
amalan kat bawah ni:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. 
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap  pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). 
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails