Hai semua..
blogwalking dan kawan2 sekalian
yang dikasihi
dan salam 1 Malaysia
esok dah masuk puasa hari pertama
selamat menyambut ramadhan ya sahabat
semoga amalan kita pada kali ini
akan diterima Allah SWT
okeh, pada kali nih, aku nak share experience
bak kata orang more to resipi laa..
nak buat pizza yang ummphh..
hihihi sambil memuji pembuat pizza...
[agak perasan sebentar]
namanya pizza cheezy ramadhan..
cess pepandai ja aku bagi nama
sebab buat on the first day..hihih
haaaaaaaaa..amacam? besssssssssar punya..hahahha
aku letak banyak cheese, so...rupa dia camtu la
lagi sedap lorh dari pizza hut...
oh, harap maaf ye..lighting kurenggg sket..
kalo x lagi beseri2..
haaaa....beseri x?selepas ditambah lighting....hihihi
disebabkan sampah sarap yang begitu banyak
maka terpaksala aku selerakkan dalam piring..hihihihi
okeh, meh sinin aku nak bagi resepi nak buat pizza
besaq gaban camni...
mula-mula, aku listkan bahan-bahan yang aku guna okeh?
1. tepung gandum (aku buat 1/2 kilo)
2. sesudu gula
3. yis ataupon serbuk penaik a.k.a mauripan
4. garam sesudu kecik
5.sesudu marjerin
6. susu kotak kecik[yang kita minum tu tapi janganla ngada-ngada beli susu stoberi lak]
untuk buat topping pizza, aku guna
1. lada benggala a.k.a capsicum ke pe tah nama dia[ala yang x pedas tu]
2. bawang
3. scallop ayam [untuk ganti daging] sebab aku maleh nak tunggu daging lelama
4. hotdog
5. timun
6. cheese mozarella[mahai gila cis ni]cis, mahai betui
7. kalo nak boh nenas pon buleh, tapi aku lupa beli nenas...
8. sos lada hitam/ sos cili[ ikut suka la boh sos pe pon]
9.tomato puree
10. mayonis thousand island
inila bebahan yang aku campak-campak
atas pizza
okeh, cara-cara nak buat lak....
1. Memula, ambi tepung campoqkan ngan mentega, garam, mentega, pastu ambik ayaq suam, bancuh yis ngan gula...letak kat tepi dulu.gaul tepung tu ngan susu, please tuang susu tu ciput-ciput dulu takut terlebih susu lak, pastu masukkan jus yis tadi...[ala yang bancuh ngan gula tu..mandai2 ja aku letak nama jus]
2.pastu uli lah tepung tu..time ni aku tak nyempat nak snap gambaq, tanan kebas..hahahha..lenguh nguli...dah separa lenguh aku mintak bantuan dari pihak mak aku yang merangkap sebagai pebyelamat tambahan masa aku lenguh..[mekasih mak tulun uli tadi]
3. dah lenyek tepung tu sampai jadi doh, pastu kuarantin kan doh tu dalam masa 1/2 jam untuk bagi tindakbalas kat doh tu...pastu kuarkan dia dan lenyek sampai membulat.
4.pastu, aku buat style cam dalam pizza...sumbat cheese kat belah tepi...
5.wallawehhhhh..time ni pon da nampak macam ada nur-nur keimanan je cheese aku nih..hihihihi
6. alamak tercomot....berikutan tangan aku gegaq2 masa sapu sos..ni aku campo tomato puri+sos cili+sos lada hitam....ikut tekakla nak boh pe pon, janji nampak best.
7. ni aku add mayonis thousand island..hihihihi..tah la pe rasa dia...asal nampak best, hentam saje daaaa...
8.pastu lepaskan geram anda ngan mencampakkan segala bebanan yang anda suka...tayah susun cantik2 cam puzzle, campak je semua..masa aku buat ni adala 3.2 tan metrik bebanan dia..hahhahaha
9.lepas dah puas mencampak sesuka hati bolehla ditabur cheese...sila tabur sebanyak mungkin untuk mendapatkan piza bertali yang kaw2...hihih
10. Bila dah siap tabuq cheese, memang agak tak nampak rupa beliau yang kacak itu, tapi sila mintak bantuan encik oven, bakaq pizza ni 180c selama 20 minit...
9.lepas dah puas mencampak sesuka hati bolehla ditabur cheese...sila tabur sebanyak mungkin untuk mendapatkan piza bertali yang kaw2...hihih
10. Bila dah siap tabuq cheese, memang agak tak nampak rupa beliau yang kacak itu, tapi sila mintak bantuan encik oven, bakaq pizza ni 180c selama 20 minit...
11. lepas 20 minit kita tengok hasilnya..berdebar-debar rasanya hati ni...hihihi
12. dah siap....yang jadik gelap tu sebab aku up kan sket kepada 28.5 minit..hhahhaha..saja je nak tengok jadik pe...
p/s: selamat menerai...
p/s: selamat menerai...
No comments:
Post a Comment