nuffnang

Kawan-kawan saya

Monday, August 9, 2010

::MARHABAN YA RAMADHAN::

Assalamualaikum para pemblogger
sahabat-sahabat yang sudi menyinggah
di ruangan tanpa bicara ini
hanya penulisan saja cara aku 
menzahirkan apa yang terbuku di hati

Alhamdulillah, 
panjang lagi usia aku rupanya..
sehinggakan aku tidak sabar untuk
bertemu Ramadhan 1431 H ini..
rindunya dah lama tak jumpa Ramadhan

Salam takziah jua diucapkan pada mereka
sahabat- sahabatku yang menyambut ramadhan
tanpa insan tersayang...
mesti terimbas segala kenangan di bulan puasa ini kan...
tak apalah, yang penting untuk mereka adalah
doa - doa dari anak yang soleh
itu sahaja yang dapat menyelamatkan mereka
dari azab siksaan Tuhan di samping
amalan yang telah mereka lakukan...


apa-apa pun selamat menyambut ramadhan
bulan yang penuh barakah
harapan aku agar jadi lebih rajin,
untuk bersolat, untuk mengaji 
dan mempertingkatkan
ibadah di waktu malam

syaitan dah kena ikat ni,
harap- harap nafsu baik aku 
berganda-ganda lah hendaknya.

entry ringkas kali nih semata-mata
nak ucapkan selamat menyambut ramadhan 
dan semoga amalan kita diterima Allah
dan buat para sahabat sekalian

jangan lupa solat tarawih
pada malam hari....

p/s : jangan awal ramadhan je tarawihnya..kalau boleh biarlah sampai penghujung ramadhan=)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails