nuffnang

Kawan-kawan saya

Sunday, August 8, 2010

::OH, INDAHNYA SYURGA ALLAH::

Hai semua...
selamat tengah malam 
pada yang suka jalan- jalan kat sinin..
tapi cumenya aku takleh nak serve ayaq ja..
so, kalau kering tekak tu pandai-pandai la okeh 
pi minum ayaq..
hihiihi....

eh, lupa lak nak cakap 'salam 1 malaysia'
hahah bukan pe, terlalu seronok membaca 
kisah syurga Allah
yang Dia telah janjikan kepada 
hambaNya yang beriman...

Harap-harap aku pon 
dan sapa-sapa jualah 
yang baca entry aku nih
biarlah kita sampai syurga
[bukan lagu faizal tahir]
tapi bukan syurga dunia ni tapi syurga Allah yang kekal...


Syurga adalah sebuah tempat yang akan dimasuki oleh orang-orang beriman bertaqwa dan yang beramal soleh, serta merupakan tempat bagi orang-orang yang dimuliakan oleh Allah. Dari kalangan para Nabi, Shiddiqin, Syuhada” dan orang-orang soleh sebagai balasan kemudian di kampung akhirat Syurga adalah cita-cita yang sangat mulia yang membuat mata terpesona melihat taman-tamannya, yang dirindukan oleh setiap manusia disetiap tempat dan zaman. Sesungguhnya Syurga itu adalah cita-cita yang paling agung bagi seorang mukmin. Memasukinya dan hidup di dalamnya adalah sebuah harapan yang selalu difikirkannya sepanjang umurnya, sehingga Syurga membuat seseorang segera menuju kebaikan dan kebenaran walaupun di dalam perjalanan menujunya dipenuhi bahaya, kesulitan, pengorbanan, dan penuh duri, bahkan kematian.
 
Sehingga dengan semangat menggapai Syurga inilah ada sebuah kisah dari Abu Musa al-Asy’ari yang ketika itu berhadapan dengan musuh dalam peperangan, dia berkata, Rasulullah bersabda :
“sesungguhnya pintu – pintu Syurga berada dibawah kilatan pedang.” Mendengar itu, “Wahai Abu Musa! Apakah engkau mendengar Rasulullah mengatakannya.”Abu Musa menjawab: “Ya”. Serta orang itu kembali kepada teman-temannya dan berkata:”Saya menyampaikan salam kepada kalian.” Kemudian, dia merobek sarung pedangnya lalu menebaskannya kearah musuhnya hingga dia terbunuh..”


Ayat – ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang Syurga.

Allah SWT telah menjelaskan tentang keadaan Syurga didalam kitab-Nya dengan keterangan yang nyata sehingga seakan-akan terlihat di depan mata. Penjelasan tentang Syurga itu tidak hanya terdapat dalam satu Al-Quran saja, bahkan sangat banyak surah didalam Al-Quran yang terkandung kisah tentang Syurga, diantaranya : 

 “Sesungguhnya orang – orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman , (yaitu) di dalam taman – taman dan mata air –mata air ; mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) mereka berhadap – hadapan. Dan Kami berikan kepada mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman (dari segala kekhawatiran)”. (QS. Ad – Dukhan : 51-55)

“Sesungguhnya Allah memasukkan orang – orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kedalam Syurga – Syurga yang dibawahnya mengalir sungai – sungai. Di Syurga itu mereka di beri perhiasan dengan gelang – gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera.”           ( QS. Al-Hajj no. 23 )

“Sesungguhnya orang – orang yang bertaqwa itu didalam taman – taman dan di sungai – sungai, ditempat yang disenangi di sisi (Rabb) Yang Maha Perkasa.” ( QS. Al-Qomar : 54-55)

Hadis – hadis sahih yang menjelaskan tentang Syurga.

Ketahuilah, wahai, hamba Allah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan tentang sifat Syurga yang dijanjikan Allah kepada orang – orang yang bertaqwa dengan keterangan yang mendalam, dan terperinci. Keterangan ini membuat tenteram (hati) orang – orang yang beriman. Orang – orang yang soleh merasakan kenikmatan dengan mengetahuinya, dan orang – orang yang bertaubat merasakan kesenangan dengan mengingatinya.

1.      Orang yang pertama kali masuk Syurga
Dari Anas bin Malik, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Pada hari kiamat nanti aku akan mendatangi pintu Syurga, kemudian aku meminta agar dibukakan (pintunya). Maka penjaga bertanya “Siapa anda?”Aku menjawab : ”Muhammad.” Selanjutnya dia berkata:”hanya untukmu aku diperintahkan agar membuka pitu ini dan dilarang bagi seorangpun sebelummu.”” (HR.Muslimno.188 )

Dari hudzaifah Radhiallahu”anha, dia berkata bahwa Rasulullah bersabda “Semua anak Adam berada di bawah benderaku pada hari kiamat, dan aku orang pertama yang dibukakan pintu Surga” (Shahiihul Jaami’ no. 6995)

2.      Sifat rombongan pertama yang masuk Syurga
Dari sahabat Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang pertama kali masuk Syurga dalam keadaan bagaikan bulan dimalam purnama. Orang yang masuk setelah mereka bagaikan bintang yang sangat terang di langit yang cerah. Mereka tidak buang air besar, tidak berhingus, dan tidak meludah. Sisir mereka dibuat dari emas. Keringat mereka adalah minyak kesturi. Tempat Bukhur (pewangi ruangan dan tubuh) mereka adalah batang kayu gaharu. Isteri -isteri mereka semuanya para bidadari. Bentuk tubuh bapa mereka, Adam; tingginya enam puluh hasta di langit.” (Muttafaq “alaih,{al-Bukhari no. 3327 dan Muslim no.2834})

3.      Pintu – pintu Syurga
Dari sahabat Sahl Sa”ad, ia berkata Rasulullah bersabda:”Di dalam Syurga ada delapan pintu, diantaranya Syurga ada yang bernama “Ar-Rayyan”. Pintu itu tidak dimasuki, kecuali hanya oleh orang – orang yang berpuasa.” (HR.Al-Bukhari no. 3257)

4.      Tidak ada kematian dalam Syurga
Dari Sahabat Abu’ Sa’id dan abu hurairah Radhiallahu’anhu bahawa Rasulullah bersabda : “jika penduduk Syurga sudah masuk ke Syurga, maka ada yang berseru :
“Sesungguhnya kalian akan tetap hidup dan tidak akan mati. Kalian akan tetap sihat dan tidak akan sakit. Kalian akan tetap muda dan tidak akan tua. Kalian juga akan selalu hidup senang dan tidak akan mendapat kesusahan,” (HR. Muslim no. 2837. Diriwayatkan juga oleh Ahmad no. 11905, at-Tirmidzi no. 3246.)

5.      Kedudukan penghuni Syurga dan tingkat-tingkat Syurga
Dari Sahabat Abu Hurairah,ia berkata,Rasulullah bersabda:”Siapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat dan berpuasa Ramadhan, maka wajib bagi Allah untuk memasukkannya ke Syurga, baik dia berhijrah di jalan Allah atau tetap tingal di tanah airnya.” Para Sahabat berkata : “Wahai, Rasulullah, bolehkah kita memberitahukan ini kepada orang banyak?”Beliau bersabda :”Sesungguhnya di Syurga ada seratus tingkatan yang telah disediakan oleh Allah bagi para Mijahiddin fii Sabilillah. Setiap dua tingkatan seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kalian memohon kepada Allah,mohonlah Syurga “Firdaus”yang tinggi. Kerana ianya Syurga yang paling atas. Dan diatasnya terdapat “Arsy ar-Rahman. Dari sana sungai-sungai Syurga mengalir.” (HR. Al-Bukhari no.7423,lihat juga Shahiilil Jaami’ no. 7873)

6.      Sifat-sifat Penduduk Syurga
Dari Mu’adz bin Jabal Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah bersabda:”Penghuni Syurga akan masuk Syurga dengan tubuh dan wajah yang tidak berbulu, dan bercelak,mereka berumur 30 tahun atau 33 tahun.”(Shahiihul Jaami’ no. 7924)

7.      Wanita-Wanita Penduduk Syurga
Dari Anas bin Malik,ia berkata,Rasulullah bersabda:”…Kalaulah seorang wanita penduduk Syurga menampakkan dirinya kepada penduduk dunia,nescaya dia akan menerangi antara keduanya dan bumi akan penuh dengan kewangian. Dan sesungguhnya, penutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan sisinya.” (HR.Al-Bukhari)

8.      Makanan dan minuman penghuni Syurga
Dari Muwiyyah bin Haidah, ia berkata, Rasulullah bersabda : “sesungguhnya di Syurga ada lautan air, lautan madu, lautan susu, lautan khamr, kemudian darinya sungai – sungai mengalir.” (Shahiihul Jaami’ no. 2118)

9.      Pemandangan di Syurga
Di Surga ada kenikmatan yang abadi, kebaikan yang merata,dan rahmat dari Allah yang begitu luasnya. Disana ada pelamin- pelamin tinggi yang terlihat bersih dan suci. Ada gelas-gelas berasal dari emas yang disusun rapi yang disediakan untuk minum,tidak perlu diminta dan dipersiapkan. Ada bantal-bantal dan tilam-tilam untuk berbaring di waktu bersantai. Di sana sini terhampar karpet-karpet, sejadah-sejadah untuk perhiasan dan duduk bersuka ria.Khemahnya yang terbuat dari mutiara, istanya diperbuat dari emas,hingga pohon yang tumbuh di Syurga pun diperbuat dari emas.

Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah bersabda : “Tidak ada sebuah pohon pun di Syurga, melainkan batangnya dari emas.” (Shahiihul Jaami’ no. 2118)
Ketahuilah, wahai, hamba Allah,bahawa penghuni Syurga adalah orang – orang yang merasa takut kepad Allah. Rasa takut yang mendorong kepada kebaikan dan mencegah dari setiap penyimpangan. Rasa takut inilah yang membuat ibadah dan amal menjadi ikhlas, bersih dari noda riya’ dan syirik dari segala bentuknya.

Para penduduk Syurga adalah orang – orang yang bertaqwa, takut, lagi waspada. Allah tidak akan menggabungkan dua rasa takut pada satu jiwa, yakni merasa takut kepada-Nya di dunia dan merasa takut kepada-Nya di hari kiamat 

Oleh kerana itu, siapa yang takut kepada-Nya di dunia, nescaya Allah akan memberikan rasa makmur kepadanya di akhirat. Dan bersamaan rasa aman, juga diberikan rasa dekat dan pemuliaan.

Itulah Syurga, kisah- kisahnya nyata lagi jelas, dan inilah jalannya mudah rata, serta terdapat petunjuk dan penerang disekitarnya. Sekarang, kita akan menuju kesana kerana pintu Syurga (selalu) terbuka bagi orang – orang yang mau menempuhnya.

Inilah jalan-Nya , sebagaimana yang digambarkan Rasulullah dalam sabdanya : “Syurga itu dikelilingi oleh hal – hal yang dibenci (manusia), sedangkan Neraka itu dikelilingi oleh hal – hal yang menyenangkan” (Shahiihul Jaami’ no. 3142)

Juga dalam sabda beliau SAW : “Setiap umatku akan masuk Surga, kecuali orang yang enggan. ” mereka bertanya : “Wahai, Rasulullah, siapa yang enggan?” Beliau bersabda : “barang siapa taat kepadaku, nescaya dia akan masuk Syurga, dan barang siapa derhaka kepadaku, bererti dia enggan (masuk Syurga).” (HR. Al-Bukhari).

sekian...
p/s: selamat beramal =)

1 comment:

afterlifeIII said...

Alhamdulillah, jumpa jugak kisah syurga. Btw, terima kasih sbb kongsikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails