nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, August 5, 2010

::MALAIKAT KAMU::

hai you olls...
salam 1 Malaysia buat semua pemblogger tegar
buat semua blogwalking,
mai singgah-singah selalu kat sinin okeh...


hari ni bersempena ngan hari khamis
dan mustilah esok hari jumaat
maka ada sedikit tazkirah,
khutbah pra-jumaat yang ingin aku share kan ngan semua pembaca...
selamat membaca dan merenung kembali
janji kita [bukan lagu spin] terhadap Allah S.W.T
tentang malaikat yang diutuskan Allah S.W.T

Bacalah walaupun seminit...

Suatu hari seorang bayi sudah sedia untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .'


Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; di dalam syurga ini,apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'
Dan Tuhan menjawab: 'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'


'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'
'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'


'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'
'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'


'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?'

'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'


'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'
'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa ada sisimu'
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah sekiranya Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'
Dan Tuhan menjawab: 'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU ' Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.'

p/s : harap maaf ye, aku dah terlupa nak copy sumber..amat malas la bagi aku untuk menjejaki sumber semula..kalau ada sape2 yang nak ngaku ni entry dia jugak boleh la berbuat demikian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails