nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, June 4, 2011

::TERAPI YANG PALING SUKAR, TAPI SEMUA ORANG MAMPU BUAT::

Assalamualaikum bloggerssss...







Semenjak dua tiga menjak ni, rasa lama pulak aku tak share motivasi dan tazkirah kat laman tak bersawang aku ni kan, kadang-kadang banyak tengok gosip sana, gosip sini, rasa macam ..erkkkkkk..... apakah? sedangkan aku suka lagi baca blog motivasi yang boleh increasekan level iman aku. Sapa-sapa yang ada link pasai motivasi ka, apa-apa jalah pasai akidah sila tiggal link kat komen box aku. Nanti aku tejah.



gambar dikidnap dari marimerepek.blogspot.com





Aku paling suka bila jumpa orang yang ada sifat sabar. Siapakah? semua orang. Aku jamin semua yang ada sifat sabar. Cuma yang berbeza adalah cara masing-masing praktikkan sabar dalam diri. Ada yang senipis kulit bawang, ada yang sabar sampai tak mampu nak marah...... jarang aku jumpa orang yang sabarnya terlalu tinggi, sebab aku memang suka uji sabar orang( ujikaji kecik-kecik ja)..Takdala, gurau ja.





Tapi ya lah kan, dalam apa situasi kita kena tingkatkan sabar kita tu, contohnya. Sabar dalam melakukan maksiat. Kita menahan diri kita dari melakukan maksiat, kutuk-mengutuk, caci maki. Yalah, cakap memang senang, nak buat tu bukan senang. Dalam  hidup aku pun, aku cuba praktikkan sabar, sebab tu sampai kena pijak kepala pun, aku memang 'berdiam' biar yang tak bersabar tu ja yang bercakap.





Aku lebih banyak diam, dan kalau kena marah ataupun apa-apa, perkataan MAKI tu tak pernah ada dalam hidup aku. Aku bukannya sabaq mana, tapi aku sabar dalam mengeluarkan apa-apa perkataan balas yang boleh mendatangkan pergaduhan segala. Bagi aku, orang yang tak dapat bersabar ni, mesti dah terkena hembusan syaitan.





Sabar tu bukan bermaksud kita ni lembik. Aku sendiri pun tak dapat nak bayangkan bagaimana Rasulullah yang kita sanjungi bersabar sampaikan dakwah baginda, dan setelah baginda wafat sekarang ni pun, masih lagi dibenci sesetengah golongan. Tak rugi kita bersabar. Sentiasa jadikan Rasulullah model dan ikon kita, jangan pulak dijadikan Gambit sebagai ikon kita.opppssss..hihihi





p/s: bukan senang nak bersabar,dan bukan susah jugak untuk tidak bersabar.Mari tingkatkan sabar kita

4 comments:

Reen Rostarizam said...

sabar ituuu penting..kerana mulut badan binasa kalau tak bersabar :)

::Mastura Zakaria:: said...

@Reen Rostarizam


betul tu...kalau tak sabar..emmmmm, benda kecik blh jadi besar...

Unknown said...

Sabar itu sebahagian iman,

Sabar itu juga menyenangi insan disekeliling kita,

Sabar itu juga memberi ketenangan dalam jiwa kita.

Thanks..

;)

::Mastura Zakaria:: said...

@Azree


Manusia yang paling kuat, adalah manusia yang tinggi nilai sabarnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails