nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, December 13, 2011

::KENAPA MESTI LAGU SEDIH-SEDIH?::

Assalamualaikum.....





Apa lagi yang aku boleh buat kat sini selain mengupdate.haha. Sebabnya aku 2,3 hari ni tak update apa-apa sangat dalam ni. La ni aku jarang sangat layan lagu-lagu melayu. Bukannya aku bajet cam orang putih sangat. Aku kerap dok layan Red FM. Syok gak lagu2 western yang depa dok pasang.





Aku kengkadang heran jugak la, awat la lagu melayu yang sedap-sedap mesti lagu cinta. Dah lagu cinta pulak, lagu cinta yang tak kesampaian pulak tu..haiiiiiiiiih. Ni yang dok buat rosak jiwa ni dok tengok orang lain ada marka bagai nak rak.Aku memang heran.Asai aku rasa lagu tu sedap ja mesti lagu 'beribu sesalan'. 'patah seribu', dan ada la lagu lain yang kuciwa-kuciwa.so aku dah switch off kepala aku ni takmau layan lagu sedih-sedih. Aku dok dengaq lagu yang aku rasa sedap kat redFM.





Kawan aku ada yang nak naik pelamin tu, boleh dak aku tuju lagu 'omputih' kat hangpa. hahahhaha..Walaupun lagu takdak kaitan langsung ngan lagu kawen, tapi kengkadang syok melayan lagu omputih ni. Tak banyak lagu sedih-sedih.haha.









Sambil dengaq redFM, aku dok ngemas rumah sakan. Sampaikan dengaq 1 soklan dari mak aku 'mai mana pulak omputih lam umah ni?'haha. Lagu yang aku suka dengaq la ni dari foster the people.hihi.Aku ni memang suka dengaq lagu, jiwa lagu-lagu.ada sapa yang nak suggest lagu best mai la.sila.sila...

1 comment:

cili_kering said...

orang melayu suka patah aty...omputih sukakan hiburan..n eppy aja...tak gitu...tapi xsemistinya begitu kan..??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails