nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, December 20, 2011

::UBAH DIRI SENDIRI ATAU UBAH ORANG LAIN::

Assalamualaikum.Selamat hari selasa semua.



Harini aku cuti. Lepas ja menghadap sesi masak-memasak kat dapoq. Teruih ada mood nak update blog sat. Dengan tajuk yang nak macam tazkirah tapi bukan tazkirah pun.hihihi. Kadang-kadang ilham tu mai tak kira waktu. Time aku tengah masak dia mai pulak. So, aku cepat-cepat ja sumbat dalam blog sebelum aku lupa. Ilham cepat mai dan jugak cepat hilang.






Ramai orang sedih termasuk aku bila dalam dunia yang besaq ni jumpa macam-macam perangai yang tak sekepala dengan kita.Memang tak semua suka kita. Tapi tak dinafikan ramai pulak yang suka kita. Okeh aku perasan.haha. Tapi apa yang membuatkan kita kecewa? Apa yang kita nak, kita tak dapat. Frust tertonggeng.





Kadang-kadang kita boleh ajak orang jadi baik. Tapi apa yang kita selalu failed adalah nak ubah diri orang lain. Sebenaqnya tak perlu pun kita nak paksa-paksa orang supaya ubah diri depa.Kalau buleh dunia ni pun kita nak ubah ikut acuan kita kan? Mana buleh macam tu bro.









Ramai orang memikirkan (termasukla aku) "awat la dia ni buat aku macam ni," "kenapa la aku ja yang jadi mangsa," "apa laaaaa salah aku," "kenapa ada kawan yang tikam belakang...bla.bla.bla". Kalau nak merungut sampai 20 tahun lagi pun belum tentu habih. Apa yang dimerepekkan aku pun taktau.




Tapi berapa orang yang nak berubah untuk jadi lebih baik? Tak semua pikiaq macam tu. Yang kita sibuk-sibukkan adalah macam mana nak jaga hati orang, pikiaq nu. Pikiaq ni sampai tak pikiaq tentang hal sendiri. Apa la baguih sangat kita pikiaq tentang orang yang tak penah langsung pikiaq pasai kita. Takdak gunanya pun!




Jadi moral of the story, kalau orang tak boleh buat yang baik untuk diri kita, abaikan. Janji kita buat yang terbaik untuk diri sendiri. Sapa lagi nak ubahkan diri kita kalau bukan diri sendiri. Berubahlah untuk jadi yang lebih baik dan lebih terbaekkkkkkkkkkk dari ladang.hihi



p/s : Anda mampu mengubahnya.

2 comments:

Yatie Awang said...

untuk merubah orang lain, kita perlu perkuatkan diri kita dulu

Siti Nur Aisyah said...

NIce entri.:D)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails