nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, May 18, 2012

::RAHSIA YANG KITA SIMPAN::

Assalamualaikum peeps.




Salam jumaat bagi semua saudara islamku, to all bloggers and readers, semoga ceria-ceria la dan diredhai Allah lah hendaknya. Semenjak kebelakangan ni, macam-macam status aku tengok kat facebook. Segalanya nak update dalam fesbuk. Nak maki pun dalam fesbuk, nak berjiwang pun dalam fesbuk, nak mengata, mengutuk semuanya dalam fesbuk. kadang-kadang benda yang tak sepatutnya diuploadkan, terlepas jugak. Semua orang mudah 'share' benda yang belum tentu kita tau kesahihannya.




Bila orang kata gila glamour, kita jadi marah. Padahal, memang itu pun yang sedang jadi. Aku sedikit sebanyak tak berapa suka dengan benda-benda yang macam ni. Semuanya nak bagitau orang, sikit pun tak simpan rahsia untuk diri sendiri. Paling aku nak muntah, ada kawan yang 24 jam dok update status putuih cinta, ayat-ayat frust tonggeng. Sebelum ni aku dah cakap, jangan buat macam tu, bukan hang sorang dalam dunia ni yang putuih cinta. Bila aku tak komen kat status dia, aku kena marah pulak. Kononnya aku tak concern dengan keadaan dia. haishhhhhh, please stop it, don't mess your mind and my mind too.





Semua orang ada rahsia. Kita semua ada rahsia, tapi kena paham situasi. Tak semua orang kita boleh cerita semua benda. nak cerita pun kena tengok orang sama. Jangan main ikut suka saja nak terjah pun. Susah kita nak cari orang yang boleh dengaq story kita. Jangan disebabkan bila kita tak puas hati dengan sesuatu benda, kita teruih nak heboh dengan satu dunia. Macam mintak simpati. Mintak penampaq pun ada jugak. Bukankah seeloknya kita sujud dan mengadu pada Allah? Bukankah itu jalan yang terbaik?




Bagi aku, memang aku mengaku teruih terang, aku memang tak suka cakap straight to the point. Selalunya kalau ada apa-apa masalah, atau ada something secret yang aku nak bagitau, memang aku suka berkias. Aku hanya bagi klu-klu. Sebab memang style aku macam tu. Jadi, kalau orang tak paham, aku buat taktau saja. Sebab aku tak suka explain. kecuali kalau aku rasa aku salah, then aku akan explain. Aku bukannya seorang yang cepat berterus terang. Everything aku rahsiakan. 




Selalunya, bagi kawan-kawan yang mana kenai aku, depa akan paham melalui gerak geri aku. Cara aku akan bagi 1001 gambaran, tapi aku jarang berterus terang. Kalau aku tak puas hati pun selalunya aku akan buat ayat tergantung dan buat semua orang pening, kepala mesti penuh dengan "Question Mark".hihihihi. Yang sabaq saja kot yang dapat korek rahsia aku..hahaha. Sebab kalau aku simpan, memang aku simpan dalam-dalam. Buat apa nak bagitau, orang tak kisah pun pasai kita. Kannnnnnnnnn?




P/S : Bila aku tak puas hati, aku tulis atas kertas, then bakaq....Settle..tak update dalam fesbuk pun.hihihihihi

1 comment:

Unknown said...

hehe .. cara tu kawan kita pernah cadangkan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails