nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, May 17, 2012

::KAMU BERTUAH SAHABATKU::

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah, malam ni tak hujan kat umah aku ni. Jadi lepas semayang maghrib ni, seperti sedia kala, idea nak mengupdate entry rasa mencurah-curah mai dalam kepala aku ni. Macam terjun dari langit saja.hihihihi. Bukan senang dia nak mai ni. Kadang-kadang seminggu lebih aku tak update entry dalam blog aku ni.



Dari bicara hati............... 



Alangkah bertuahnya kamu sahabatku, 

Andai kamu menemui sahabat yang benar-benar tulus hatinya. Dari riak wajahnya, tidak sekalipun dia cuba meminta belas ihsan kamu, dari tutur katanya tidak sekalipun dia meninggikan suara, mengguris hati kecilmu, dari segi perbuatannya, tidak sekalipun dia menunjukkan sifat bongkaknya terhadap kamu.



Dia sentiasa tersenyum bila ternampak kelibat kamu. Walaupun hatinya dibalut resah dunia, dia sebolehnya tidak akan menyusahkan kamu. Namun dia yang sering membantu kamu, susah dan senang kamu. Dia tidak meninggalkan kamu saat kamu dihimpit kesusahan. Dia tidak meninggalkan kamu saat kamu tersasar haluan. Dia tidak membiarkan kamu keseorangan di saat kamu kesedihan.




Sahabatku, mengertilah kamu bahawa...

Teman ketawa mudah dicari. Kamu bertuah andainya dalam masa hidup yang kamu ada sekarang, ada seorang sahabat yang sentiasa disamping kamu. Biarpun kadang-kadang kamu membelakanginya, kamu mengejinya, kamu mengabaikannya, tapi dia masih setia memberi kamu semangat di kala kamu rasakan hidup ini perit. Dia yang kuatkan hati kamu di saat kamu rebah di pertengahan jalan. Dia sabar menemani kamu di kala kamu marah. 




Dia yang bernama sahabat tidak pernah luput ingatannya pada kamu dalam setiap doanya. Hanya Allah yang tahu hatinya. Dan jika kamu tidak buta hati, kamu akan menyedari kehadirannya. Hadirnya bagai memberi harapan pada kamu. Datangnya membawa ketenangan pada diri kamu. Dia di umpamakan seperti sebutir bintang. Hilangnya membuat kamu sepi tanpa kata, bagai ayat yang tiada noktahnya. 



P/S : Susah nak jumpa seorang sahabat tapi 'serbuk karbaid' memang belambak...peace.




2 comments:

Unknown said...

semoga persahabatan saya dan dia kekal sampai bila2 .. insyaAllah ..

::Mastura Zakaria:: said...

insyaAllah..berdoa lah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails