nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, April 14, 2012

::MINAT KIAN BERALIH ARAH::

Assalamualaikum bloggers and readers. Selamat pagi Sabtu.



Awai-awai pagi aku dah kena beletiaq tadi sebab bangun lambat. dekat kui 9 jugak.huhu. Semalam tidoq pun lambat pukui 2,3 pagi, kena beletiaq jugak..huhuhu. Bangun pagi-pagi telan roti, teruih on laptop. Jenguk-jenguk pesbuk aku. Bukan buleh kalau sehari tak jenguk pesbuk, aku dah rasa terputus hubungan dengan dunia. Bila mai part rajin, buka blog, update entry baru.




Tapi tak la sehari suntuk aku dok hadap kat sini, mau kena ceramah perdana lagi, memang kes naya. Okeh, sebelum aku start merapu tang ni, aku agak boring jugak sebab dah beberapa bulan tak pi snorkeling. Last pun tahun lepas rasanya. Tahun ni aku terpaksa melupakan hasrat aku yang suci murni tu sebab aku dah perabih cuti aku dengan MC sekali. memang dah takda makna kalau doc bagi MC sekalipun.




Jadi bila dah halatuju disekat sedemikian rupa, maka aku start balik hobi aku yang dulu kala. Buat collection kereta. Time study dulu, memang aku agak gila beli kereta mainan yang 'hotwheels' tu. Aku ni tak suka sangat hobi yang pompuan selalu dok buat, beli setem la, barbie doll la..geli aku natang tu.haha. La ni, teddy bear aku ada 5 plastik besaq aku simpan. haha. Taktau nak buat apa, nak bagi kat orang sayang la pulak.





Disebabkan masa study dulu, aku tak reti drive dan dok tumpang keta orang, jadi aku memang tak buleh tengok atas dashboard tu 'kosong'. Aku pi beli 3,4 bijik keta ceni letak atas dashboard keta depa. Jadi untungla depa sebab masa abih study, aku lupa mintak balik keta-keta aku tu..huhuhu. Ntah ada lagi ka takdak. Tapi bila buat collection banyak macam ni, syok buleh tengok. Bukan nak main sangat pun, cuma syok buat parking lot saja.hihihi




Di samping ada collection macam ni, aku agak tertarik bila tengok orang dok main helikopter yang kontrol tu. Aku tak penah try lagi, sebab aku takut jatuh, sayang ooo. Dahla mahai. Kelmarin aku pi riki harga helikopter tu. Ada dua jenih rupanya, ada untuk yang indoor dan outdoor. Seratus lebih jugak la yang outdoor tu. Kalau jatuh siap ada sparepart lagi. Tapi yang indoor, kalau jatuh sekali, memang Innalillah, takda sparepart. Heli untuk outdoor besaq sket dari heli yang indoor tu.Kalau eksiden tu yang aku takut, jenuh nak buat maintenance cari sparepart dia.







Tapi aku tak minat lagi nak beli benda alah ni, sebab tak reti main. Buat merabihkan pitih ada laaaa. haha. Still dok riki benda yang aku boleh buat collection, pastu dengan sedikit tazkirah dari mak aku "beli buat apa la keta ni semua, buat semak rumah saja!" perghhhhhhhh!ayat tu paling tak tahan tu, tiap kali nak beli kereta baru dok pikiaq nak simpan tang mana.



p/s : nasib baik la bab modify keta mak aku suka..kikikii

8 comments:

nida husna said...

tu diaaaa. kena beletiaq dah hehehe.

SM said...

salam, sekarang aku juga tengah minat kumpul model terutamanya berskala kecil dan ada details yang kompleks. begitu juga dengan rc heli. jenis 3 channel atau 3.5 channel tu sesuai untuk beginers (macam dalam gambar) dan syma adalah brand yang baik kalau ada gyro. tapi sekarang aku dah mula beralih kepada 4 channel yang lebih sukar. cuma masa je takde... sekian komen tunggu waktu maghrib.

Iena Eliena said...

salam:)

singgah sini..
jom join http://www.ienaeliena.com/2012/04/projek-100-bloggers.html

::Mastura Zakaria:: said...

tengah belajaq nak kenai heli yang ada variasi channel tu..gigih jugak walaupun takut nak fly...

sesumpahmerah said...

masih ada dalam simpanan...mpv wana silver hijau yg paling di sayangi..

SM said...

kau patut cuba 3 channel dulu. lebih mudah. harga pun antara rm60 hingga rm90 bagi yang ada gyro. senang, main dalam rumah tapi kena off kipas dan tutup tingkap. yang dipegang warna kuning tu, kalau 6 channel paling kurang pun mau rm600. complete set saiz kecil sikit ada yang cecah rm900. gila la weh!

Nadratul Syazwana said...

Helikopter tu walaupun kecik mahal tuu

::Mastura Zakaria:: said...

tu la...teringin gak nak belajaq fly kan yang kecik-kecik tu..hihihihihi..memang mahai..jatuh..siap laaaaaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails