Malam ni aku upkan satu lagi entry dengan harapan dapat menjawab satu soalan 'ANONYMOUS' yang aku rasa dia baca jugak apa yang aku update dalam blog aku yang tak seberapa indah ni. Alhamdulillah, sambil berbaju hijau kuning (bukan jersi kedah tapi jersi brazil) dan disebabkan mood aku malam ni 'suam-suam kuku' sebab tak dapat tengok game bola secara live kat tv, so aku luangkan masa aku untuk share sesuatu yang jadi makanan rohani untuk semua.
Actually, untuk pengetahuan kalian, aku sangat suka dan menghargai semua feedback yang aku dapat melalui komen kat blog aku ni,at least aku tau ada yang baca entry aku ni walaupun kadang-kadang aku reply feedback kalian dengan sangat slow motionnya. Salah satu feedback yang aku dapat kat komen aku mengenai entry aku 'TANDA ALLAH RINDU DAN SAYANG KITA". Lama aku tak penaik entry tazkirah, dah rasa macam nak masuk bulan posa pulak.hihi
Kalau Allah sayang, nape tak jadikan saya senang? Sapa leh jawab?
Pertama sekali, aku nak cakap kat sini, sorry sebab aku gunakan bahasa diri 'aku' sebagai mengganti nama 'saya' sebab bila guna 'saya' aku rasa macam skema sket, satgi nak typing kat sini pun aku rasa kaku..kikiki. Aku tak pasti siapa 'anonymous' yang bertanya, tapi for sure aku yakin sangat bahawa ALLAH tu memang sayangkan kita. Dan aku harapkan entry ni dapat menjawab soalan itu.
Kenapa kita tak cuba tanya pada diri kita. Adakah selama ini aku bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kurniaanNYA pada aku? Adakah aku meletakkan hatiku hanya untukNYA? Adakah seluruh kehidupanku telah aku berbuat sesuatu yang baik untuk aku mendapat keredhaanNYA? Tanya soalan tu pada diri kita.
Aku akui, sebagai manusia biasa, kita memang tak terlepas dari sifat lalai, lali dan sebagainya, tapi kita kena sedar bahawa kita masih hidup (ya la kan, kalau tak cemana pulak aku nak update entry ni). Selagi kita hidup, kita takkan terlepas dari mendapat segala nikmat ALLAH. Kita mungkin tak perasan bahawa nyawa tu sesuatu yang bernilai, pergerakan kita, penglihatan kita, segala apa yang kita ada sebab setiap hari kita rasa benda yang sama.
Macam mana kalau suatu hari, bila kita nak bangun pagi, tiba-tiba saja tak buleh. Tak ka haru tu...masa tu apa yang kita rasa? apa yang kita akan sebut? Ya Allah...Lazimnya, macam tu lah.Kita kena ingat kenapa Allah datangkan kesusahan, sakit dan dugaan pada kita. Itu semuanya ujian untuk mematang dan menguatkan kita. Mendidik hati menjadi sabar, melatih jiwa menjadi kental.
Sakit tu menghapuskan dosa-dosa kecil kita, kesusahan itu akan melatih kita jadi kuat. Memang kita rasa susah, tapi percayalah Allah menguji hambaNYA bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggung. Dia lebih tau apa yang kita boleh, walaupun haikatnya kita rasa kita dah tak boleh nak lalui. Tapi yang sebenaqnya kita mampu, TIME WILL HEAL EVERYTHING.
Bukan kita saja yang susah atas dunia ni, ramai lagi nuuuuuuuuuu. Tak terkira jumlahnya, jangan kita tengok kat Palestin nu, dalam Malaysia ni pun ada yang hidup berantakan, miskin la, takdak rumah la. Jangankan kata dalam Malaysia ni, jiran selang dua rumah dengan aku ni pun selalu dok merungut tak cukup duit nak bayaq sewa, nak bayaq hutang nu hutang ni. Tu maknanya, bukan kita sorang saja yang susah.Tu ujian buat yang susah.
Bagi yang senang pulak, masalah jugak. Bila dah senang, banyak duit, lagi banyak dosa pulak yang buat, pi labuq kat tempat yang takdak faedah la, buat kasino la, pi sana pi sini, kaya nak mampuih tapi kedekut pulakkkkkkk. Ujian jugak tu. Ingat senang ka jadi orang kaya? Takut wooooo hari-hari mesti dok pikiaq sapa pulak la nak pecah rumah aku hari ni?Nanti dok risau rumah selamat ka dak, amah curi duit ka dak? Tak ka nak sesak jiwa tu?
Haaaaa, baik kita jadi diri kita sendiri. tak kaya sangat, tak susah sangat. Sederhana. Apa yang boleh kita tolong, insyaallah semoga dapat pahala. Sekian saja jawapan aku. Perghhhh, exam SPA pun aku tak penah jawab panjang macam ni untuk soalan yang sekerat macam ni..hihihi. Apa-apa pun jangan lupa Allah, takut-takut kita tegolong dalam hamba yang putus rahmatNYA. naya woooo...sekian saja jawapan aku.hihi.peace.
p/s : Perkembangan semasa Kedah 0 Sarawak 2. Haru betui. Bikin panas saja. Aku dok harap Pak Midan nak sumbat sebijik. #Mendukacitakanhatiakusaja.huh!
4 comments:
ada suprise untuk anda.
saya adalah saya. hari hari saya digunakan. hari hari saya dipaksa bekerja. hari hari jugak lah saya merasakan saya terpaksa mengeluarkan cairan. kadang kadang berwarna hitam kadangkala hijau kadangkala biru kadangkala pula merah.
penat saya. saya tak mempunyai kawan sebab tuan saya tidak memiliki kotak pensel. namun begitu. saya bukan pen mahupun pembaris mahupun pemadam. saya jugak bukan highlighter.
saya rasa anda tak tertanya tanya pun siapa saya. saya adalah pen. mesti anda dah tau kan. penat je anda dah tau. sebab tak suprise pon.
errrrkkkk....
saya surprise kerana mendapat komen panjang bukan surprise sebab teka teki itu.
walau bagaimanapun thannks a lot singgah baca kat sini dan men'drop'kan komen yang begitu panjang..kikikii
Allah swt sayang semua hambanya...jika kita bersalah kita taubat kerana Allah sentiasa memberi kita jalan dan peluang..samaada kita mahu ambil atau tidak...jika Allah tidak makbulkan doa kita tidak bermakna Allah tidak sayang pada kita tp belum waktunya lg...jika semua doa dimakbulkan jadi masalah jugak..jika 1000 orang berdoa minta macam2 jika semua dapat x tahu lh apa jadi..ada minta kapal terbang ada minta nak g bulan ada minta macam2 lh...so yg penting kita sabar usaha dan terus ingat padanya...dan yg hakikatnya kita semua akan menghadapNYA suatu hari nanti..x ada yg xakan mati...
...sya nk sangat Allah sayangkn sya sgt2.
Post a Comment