nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, April 19, 2012

::ITU SEMUA SUDAH TAKDIR::

Assalamualaikum to bloggers and readers.



Malam ni actually aku agak kebingungan dengan wajah baru blog aku ni, lain beno. hehe. Setelah Mark Zuckerberg memaksa aku menggunakan timeline pesbuk beliau yang buat aku jadi serabut gitu. Apa-apa sajalah, however, aku paham la..... benda-benda free memang bila-bila masa ja buleh diambik balik..kan?kan? 




Jadi untuk melampiaskan keboringan aku malam ni, aku pun berblogwalking merata-rata tadi. Dari blog ruangan gosip artis sampai la ke blog politik. Penat buat tinjauan, stop sat. Makan nasik dulu.hihihi. Aku tertarik dengan satu statement Rita Rudaini 


"Allah telah tetapkan saya akan kahwin, saya akan ada dua anak, saya akan lalui hidup macam ni, saya redha, sebab ini dah takdir saya"


Ya. Memang betui tu. Semua yang jadi adalah takdir. Aku tak penah lagi jumpa orang yang nak hidup susah, suka hidup sedih, yang nak gagal dalam hidup. Sapa yang mau? Semua orang hanya harapkan yang baik-baik, nak jadi kaya, nak hidup senang, nak bahagia, nak macam-macam. Tapi bila sesuatu yang menyedihkan kita jadi, kita kena redha. Kena terima. Sebab yang tu bahagian kita. Allah tau apa yang kita mampu tanggung.




Jangan kita salahkan orang lain bila sesuatu yang kita nak, kita tak dapat. Apa yang jadi ada hikmahnya. Kadang-kadang kita takkan nampak sebab Why all this happen to me??? Kita takkan dapat jawapan. Tapi semua yang jadi tu mesti ada sesuatu sebab di sebaliknya.




Dan untuk entry malam ni, special dedicate to kawan baik aku yang penah sama-sama share bantai di rumah sewa masa zaman study dulu, yang rajin potong aku kuku aku dulu, takziah atas kembalinya ayahandanya ke rahmatullah baru-baru ni. Cumanya aku harap hang tabahla dengan apa yang dihadapi, doa tu penghubung dan sedekah buat yang dah tinggalkan kita. Setiap kita akan ke sana jugak cuma masa tu saja yang taktau bila. Walaupun kita agak jauh, tapi yang tu bukan sebab untuk kita terus jauh. Al-fatihah...

Ada masa mai ronda sini. Kalau takdak masa, hang tunggu sana, nanti aku pi..hihihi.
Aku cuma nak tunjuk gambaq yang boleh buat sejuk hati sket ni....





p/s : Bila tengok tok guru, rindu nak jejak bumi Kelate balikkan shada, syok shopping..hihi

2 comments:

aDiB sYaZWaN said...

setiap yang hidup pasti akan mati
takziah juga kepada kawan akak
=)

cara pemesanan trica jus said...

subhanallah...!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails