nuffnang

Kawan-kawan saya

Wednesday, October 6, 2010

:: PETUA HILANGKAN KEPENATAN::

Hai you all...
Sebelum aku buat story-mory kat sini, elokla sekiranya aku ucapkan salam 1 Malaysia
hihihi...pastu baru la boleh aku mula berstory okeh....

kat sini aku nak share tentang petua untuk hilangkan kepenatan dengan cara




"BERTASBIH, BERTAHMID DAN BERTAKBIR"


sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah r.a...


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :



“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu.”






Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.




Lalu Baginda s.a.w pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w berkata :



“Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”



Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.




Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w ini. Katanya : “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”





Maka dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.





sekian, untuk makluman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails