nuffnang

Kawan-kawan saya

Tuesday, March 27, 2012

::PAYAH BENAU NAK EXPLAIN:

Assalamualaikum to all readers and bloggers.




Dalam hidup ni memang ada benda yang kadang-kadang payah sangat nak explain. Macam aku.haha. Walaupun kadang-kadang aku tau something tu, tapi bila orang tanya balik, aku payah sangat nak teruih terang. It's hard to explain. Dalam erti kata yang lain aku payah nak story balik.





Balik-balik keja kelmarin, tengah aku baru buka pintu keta nak keluaq, nak masuk rumah, anak sedara aku mai menyambut depan pintu.Anak sedara sulung aku ni darjah 2. Dia ni memang banyak cakap sket. Jenuh nak layan. 


"Cu, cu beli apa-apa dak kat atif?"
"laaaa. dak pun.Atif nak apa" bersalah la pulak rasa
"takda pa aih. Saja tanya."


Aku pi jenguk kura-kura aku dalam kolam dia.




Ni tinggai kenangan ja. Semua kena curi, tinggai sekoq ja ngan aku. Tapi nauzubillah, garang pun nye lah adoi.  La ni adalah sebesaq piring, dan dah berat pun. Okeh, dah agak lari konsep di sini, back to the point. Tengah aku dok tengok kura-kura aku yang cepat nau membesaqnya.Tiba-tiba....



"Cu, kenapa kura-kura cu duduk dalam ayaq?"
"sebab dia suka berendam"
"kenapa kulit dia keras"
"sebab nak lindung badan dia"
"kenapa kulit dia petak-petak"
"sebab tak licin"
"kenapa tak licin?"
"sebab kulit dia petak-petak"
"kenapa kura-kura cu ni garang?"
"taktau, sebab atiff buat dia kut, sebab tu dia pun garang"
"cu, kura-kura cu ni makan dak lagi?"
"atiff, cu pun baru balik ni, buleh dak lalu sket, tak keluaq keta lagi"
"awat cu tak habaq nak keluaq?"
"haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....................."
"dan.bla.bla.bla."



Aku rasa dah setengah jam aku tak jadi nak masuk rumah sebab dok layan soalan budak ni, macam-macam benau dia tanya aku. Takpa la budak-budak, tapi nak jawab soalan budak pun stress jugak. Aku takdan nak bukak kasut kena jawab soalan spontan sampai naik blur.Berpuluh-puluh soalan dalam masa 10 minit sampai taktau nak jawab apa.




Huhuhuhuhu. Aku taktau nak cakap apa dah, rasa nak biul pun ada kena tanya banyak-banyak. hahaha. Dah la jalan jem tadi.hihi. Tapi walau apa pun, aku suka budak-budak. Aku memang suka cari pasai dengan anak sedara aku yang dua orang tu. Sorang darjah 2, sorang lagi baru nak masuk 3 tahun. Aku suka buli yang no dua tu, tapi dia suka ketuk kepala aku dengan remote. Garang sket dia ni, kasaq. Bila dia garang, aku lari teruih, tak berani dah. Satgi dia suka gigit. Uiiiiiiiiiiiii macam phirana.



Dua-dua gila kamera.....errr...termasuk dengan cu dia jugak.hihhihihi



p/s : sunyi jugak kalau takdak depa ni...nak bergaduh takdak orang..muahahaha

4 comments:

Mah@mahu said...

Jom sertai 'Projek Amal Blogger' dengan moto Kami Prihatin Kami Hebah di sini mudah dan pasti hebat..

siti murni said...

oo..yang tu ka kura2nya yang post kat fb tadi....

rajin noo..bela kura2..

Munnafendy said...

kekadang layan peel bebudak ni seronok... =D

eh, xleh bayangkan..kalau kura2 garang camana? dia ada bunyi ke?

::Mastura Zakaria:: said...

kura2 garang ada jugak bunyi dia..siap menggigit lagi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails