Disebabkan aku masih lagi MC, so pagi-pagi lagi aku dah ada banyak masa nak spend kat blog aku ni, hehe. Balas dendam, sket sebab bulan 2 tak banyak entri yang aku dapat share kat sini. So dengan startnya hari senin ni, ramaila yang berpusu-pusu ke kuliah dan ke tempat keja. Semoga happy-happy la hendaknya ye.
Bila kita sebut tentang aurat, umum lebih tau bahawa sebagai wanita islam, memang kita patut jaga aurat kita. Ya lah, itu kan maruah kita. Jadi entri kali ni adalah untuk menyedarkan diri aku terutamanya dan jugak sebagai nasihat buat pembaca yang mana terbaca entri aku ni.
Kita sibuk-sibuk jaga aurat kita bila nak keluaq pi shopping, atau pun kalau pi mana-mana. Baguih tu memang la baguih. Tapi ada jugak antara kita yang tak alert tentang aurat bila kita ada kat rumah. Aurat kita antara mak, ayah, abang ipar, sepupu segala. Jangan lupa, dalam rumah pun kita ada aurat. Aku pun kadang-kadang terbabas jugak bab aurat kat rumah ni, tapi aku sentiasa nak make sure aku boleh jaga aurat bila ada kat rumah.
Ni salah satu bab mengenai aurat dengan abang ipar, memanglah ada aurat yang mesti kita jaga. Cuma kadang-kadang kita terlalu ambik mudah bab aurat, aku pun sama jugak.huhu. Tapi belum terlambat kalau kita sama-sama nak tingkatkan fahaman kita dalam bab aurat. Setengah orang mungkin taktau dan mungkin tak sedaq, tapi bagi yang tau tu, janganla buat-buat taktau pulak. Biaqla orang kata kita ni kuno, dengan adik beradik pun jaga abih. Ya la kan, benda-benda macam ni selalu dipandang remeh, tapi bila dah ada kesedaran tu, Alhamdulillah. cepat-cepat bertindak.Bab-bab dosa kecik ni janganla pandang remeh sangat.
Ada orang kata, kat sekolah "ustazah kata takda aurat dengan ibu ayah, dan adik beradik", aku pun tak pernah terpikiaq nak tanya soalan macam ni kat Ustaz Azhar. Tapi kata ustaz "salah ajaran tu, kita jugak still ada aurat dengan ibu ayah, dan adik beradik, cumanya tak sama la dengan yang bukan mahram." Kalau boleh tu, biaqla kita dapat jaga walaupun kita ada kat mana pun. Kalau ditanya, memang semua orang mengaku nak masuk syurga, tapi takmau usaha untuk dapatkan syurga.Macam mana tu?huhu
Tak salah kalau kita usaha sebaik mungkin nak dapatkan redha Allah. Bukankah Allah sayang dan bagi peluang pada hambaNya yang mahu berubah? Anda mampu mengubahnya.
p/s : Baju ketat, selendang pun jarang, tapi claim sebagai MENUTUP AURAT. Apa celop?
4 comments:
thnx for the sharing~~
jagalah aurat di dunia sbelum ianya di bakar di akhirat kerena terleka
great entry.. memang kdg2 ada yg terlepas pandang benda2 begini kan..
Salam.
People know but they ignore.
Post a Comment