nuffnang

Kawan-kawan saya

Friday, March 2, 2012

::TANDA ALLAH RINDU DAN SAYANGKAN KITA::

Assalamualaikum bloggers and readers.




Salam jumaat dan semoga di penghulu hari ini tidak melalaikan kita dengan tugasan dunia sehingga mengabaikan suruhan Allah SWT. Buat yang terlalai, sama-sama kita bantu sedarkan sebelum Izrail datang menjemput. cewwah semangat bukan main. Rasa macam nak bagi khutbah pulak harini.hehehhe. Lama aku tak update hal-hal ilmiah ni, harini buat selingan sket la. Tak rugi pun kongsi ilmu.




Banyak tanda yang membuktikan betapa sayang dan rindunya Allah pada kita, sama ada kadang-kadang kita sendiri yang tak sedaq, sambil lewa dengan sikap acuh tak acuh kita ni kan?





NYAWA.Kita ada satu nyawa. Allah sayang kita, kadang-kadang kita diberi peluang berpuluh-puluh kali untuk meneruskan nafas kita. Ada orang yang kerana kesilapan kecik saja, diragut nyawanya. Tapi buat kita yang masih hidup, Alhamdulillah harini kita masih mampu melihat dunia. Masih dapat bernafas.





SAKIT. Dah lama kita sihat. Kadang kala ALLAH datangkan sakit, kita ingat DIA. Allah, Allah.Sembuhkanlah aku. Walaupun di saat kita terlantar, mungkin kita tidak dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hambaNya, tapi Dia tetap memberi kesembuhan. Alhamdulillah.





KECEWA. Dah lama kita merasa senang dan bahagia. Kadang-kala kita terlalu hanyut dengan hiburan dunia, kita alpa, kita pandang ringan semua tuntutan agama. Allah datangkan sedikit kekecewaan mengalami pengalaman kita untuk menjadikan kita kuat. Kita memberontak dan merayu agar kurangkan bebanan yang kita tanggung. Lalu, Allah datangkan cahaya yang mana kita nampak ianya sebagai pelangi dalam kehidupan kita. 





SUSAH. Kita dah lama hidup senang. Kadang kala susah tu mai jugak jenguk kita walaupun kita tak suka. Susah pun penting jugak dalam hidup. Tanpa rasa susah, kita tak akan tau erti rasa bersyukur. Macam mana nak belajaq berdikari kalau kita tak bersyukur? Betui dak?



Peringatan buat kita




MEWAH.SENANG. Bila dah mewah dan senang jangan lupa pada yang lebih memerlukan dan yang masih tidak berkemampuan seperti kita.Renung-renungkan dan selamat beramal ;)



P/S : Segala takdir Allah itu perlulah dihadapi dengan tenang.

10 comments:

syira syah said...

Allah sayangkan kite kan :))

belog lang said...

buat hati byk berfikir, selama hayat byk nya nikmat Allah :)

Murni Alfathunnisa said...

good sharing mas..:)

yang penting ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...kan..

::Mastura Zakaria:: said...

@ syira syah

yup.that is so true...

::Mastura Zakaria:: said...

@Lang Radzlan


Tak terhitung rasanya nikmat Allah pada kita, buat insan yang mahu berfikir ;)

::Mastura Zakaria:: said...

@siti murni

betui2.hihi.penting tu 5 perkara.

Maya Diana said...

yang ni best untuk dikongsi kat http://rakanblog.com...sure ramai leh dapat manafaat....

Anonymous said...

Kalo Allah syg nape tak jadikan saya hidup senang. Sape leh jawab?

::Mastura Zakaria:: said...

Allah uji kita setimpal dengan apa yang mampu kita tanggung.

Anonymous said...

tima ksih...kengkadang ana selalu lupa suma 2...terima kasih ya Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails