nuffnang

Kawan-kawan saya

Saturday, March 31, 2012

::MEMANG KAMI SELALU MAIN TIANG::

Assalamualaikum.



Awai-awai pagi aku dah bertapa depan lappy aku ni, blogwalking. Masih mimpi-mimpi indah lagi sebab kedah menang bola semalam.hahaha (tadak kena ngena ngan entry).So, lepas subuh tadi aku dah tak boleh nak tidoq balik. So aku round ja la pagi ni.




Bila kita cakap bab tiang ni, mak aku selalu suruh aku pi tengok tiang letrik depan umah kalau blackout. Senang nak cakap kat TNB kata dia.hihi. Maklumla aku ni bukan buleh blackout lama-lama, tak buleh hidup dalam kegelapan. Tapi yang pastinya kat bawah ni bukanla tiang letrik depan umah aku tu.




Tapi bila bercakap bab tiang, zaman la memang dah macam zaman tak bertamadun pulak. Tiang nan sebatang tu pun boleh buat macam-macam. Begitu kreatif dan modennya kita pada hari ini. Still jelas dalam kepala aku ni, masa sekolah rendah dulu, aku dengan geng-geng mesti dok tunggu time rehat. Niatnya bukan kalut nak pi beli segala benda kat kantin, tapi kami kalut pi kat koridor berebut tiang.





Kiranya, time rehat ni, geng-geng kamila yang hebat dok konker tiang kat koridor sekolah. Sampai berpeluh-peluh punya dok main tak hengat. Tapi bila masuk kelas, kami belajaq macam besa. Tadakla kami dok campoq aduk antara tiang dengan keja sekolah.




Bila masuk tahun 2012 ni, baru aku tau medium game tiang ni dah diperluaskan. Malah, lagi kreatif dari yang kami penah main dulu.Kalau dulu, kami main tiang pakai baju sekolah ja, tapi la ni dah tak boleh pakai baju sekolah, haruslaaaaaa lagi seksi dan barulah boleh main tiang. Eh, helo....what kind of this game ha?





Ni dah tahap kritikal bagi aku, bila dah sampai sanggup buang semua rasa malu sebab nak main tiang camtu. Ingat-ingatlah sama dosa pahala. Kadang-kadang aku naik malu bila baca, siswi buat tarian tiang sebagai part time job. Wooooow! hebat. Aku dulu kalau tak tertungging-tungging dok study dalam bilik, aku pi lepak kat bilik kawan aku main game. Memang tak reti nak buat part time job ka hapa. Bila namanya SISWI, sepatutnya kebebasan tu diguna untuk belajaq, bukan bila dah pegang title SISWI, tu kira hebat sangat la boleh buat apa saja, baik tengok bola ja oiii.




Semua kita akan dapat dua tiang jugak, tapi masa tu kalau tak sempat nak bertaubat, jangan kita mengharapkan doa-doa kawan kita ja. Patutnya kena lah balancekan antara dunia dan akhirat. Jangan abaikan akhirat. Kita tak lama pun kat dunia ni. Ni bukan tempat kita.





p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal (",)

3 comments:

~hAKim ZaiLAn~ said...

hahha..dulu rajin main tangkap2 tiang ni..childhood story.

SM said...

orang-orang yang suka `main tiang' ni elok jugak kalau mati eksiden langgar tiang. baru ngam, hidup dipenuhi dengan `tragedi tiang'!

::Mastura Zakaria:: said...

baru dapat tiang free 'dua batang' sorang.....hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails