nuffnang

Kawan-kawan saya

Thursday, March 29, 2012

::RESPECT: TAKKAN RUGI PUN::

Assalamualaikum to all readers.



Sejak kebelakangan ni aku rajin dok hadap blog politik. Ya la kan, musim pun memang nak sampai dah. Jadi memang syok bila baca blog politik. Hentam sana, hentam sini, gaduh dalam parlimen. Kadang-kadang seronok jugak tengok gelagat menteri-menteri yang ada dalam Malaysia ni. Macam-macam hal. Besa la kan, manusia.





Tapi bila dah sampai bab-bab maki sesama sendiri, langsung depa tak kawal emosi. Memang aku tak nafikan kebanyakan parti politik yang ada dalam dunia ni, macam kalau tak maki tak sah pulak. Dok terpikir jugak dalam kepala aku, mana la rasa respect tu? Semua dah lost.



Kita usaha ajaq budak-budak "jangan melawan cakap orang, hormat orang tua". Tapi amat menyedihkan dalam suasana politik yang uih...taktau la aku nak cakap apa. Kadang-kadang ada budak-budak yang bawah umoq, taksub dengan parti politik.Kebanyakannya kat pesbuk, budak-budak yang komen maki-maki ni selalunya yang bawah umoq. Tengok ayat pun dapat agak dah mentaliti tu tahap macam mana.




Tapi kalau dah sampai buat banner, siap tulih terang-terang..hurmmmmmmm.Payah dah nak kata. tudia laaaaaaaaa, bila nabi ajaq takmau ikut.



p/s : hormat orang bukan rugi pun.

4 comments:

siti murni said...

that's why politics sucks..huhu..

RATU QASEH SAIFUDIN said...

nk orang hormat kita..kena laa hormat orang dulu..hihi..hormat menghormati kan amalan mulia..=)

sesumpahmerah said...

parti politik itu ciptaan manusia...ia hanyalah benda bukan hakikat....

::Mastura Zakaria:: said...

politik politik jugak, bahasa mau jaga der....org muda lebih teikut bahasa yang macam ni..kesian, gagal memimpin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails