Pagi-pagi lagi aku dah online, lepas semayang Subuh tadi, aku telan ubat dan on laptop aku ni. Hehe. Macam ni lah kehidupan aku, aku memang banyak habiskan masa di rumah saja. Tak pi mana-mana, duk diam-diam dengan lappy aku ni, ronda-ronda baca blog orang.hihi.
Semakin kita membesaq dan semakin dewasa ni, banyak pengalaman yang kita tempuh. Ada yang asyik kecewa, ada yang diuji dengan kesenangan. Tapi tu semua bukan maknanya kita ni lemah nak harung apa yang ada dalam hidup kita. Semua orang nak rasa hepi, dengan life masing-masing. Tapi realitinya tak macam apa yang kita bayangkan. Aku pun macam tu jugak.
Bila aku on fesbuk aku tu, tengok status kawan-kawan, ada yang dah start mengadu kat fesbuk.Pagi-pagi lagi dah moody. Ada yang dikecewakan kekasih la,ada yang mengadu keja bertimbun, ada yang mengadu ditipu kawan-kawan. Tapi setakat ni alhamdulillah, aku tak penah baca lagi status yang tak pueh hati dengan family masing-masing. Tu bermakna kita masih sedaq lagi sapa tulang belakang kita yang paling kuat.
Ada orang takmau semayang. Puas diceramah, ditarbiah, tapi macam tu jugak tindakan yang dia suka. Kita hanya boleh nasihat, tapi kita tak boleh nak paksa. Sebenaqnya, solat tu lah, masa paling berkualiti kita untuk mengadu apa saja dengan Allah.
Kita sujud dan dalam hati kita selalu mengadu pada Allah. Kita angkat tangan dan berdoa
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa keluargaku, dosa sahabatku, dosa seluruh umat Islam, selamatkanlah kami dari seksaan azab api nerakamu, hubungkanlah kami dengan syurgamu, jadikanlah kami orang yang bahagia dan tabah menerima ujian-Mu di dunia, sabarkanlah hati-hati kami ya Allah, berilah kami hidayahmu yang berterusan,jauhilah kami dari sifat pendendam dan sifat-sifat keji, dekatkanlah kami pada orang-orang yang mahu menyayangi kami, sesungguhnya Engkaulah yang menentukan nasib hidup kami."
Yang tu lah yang sering kita baca setiap hari lepas solat. Macam tu jugak aku pun. Janganla kita selalu patah hati, dan asyik mengadu pada orang yang salah. Orang lain takkan paham situasi kita. Allah yang mencipta kita, DIA lebih memahami macam mana patahnya hati kita. Betapa dasyatnya kecewa kita, Allah lebih tau. Betapa remuknya hati kita, Allah lebih mengerti. Betapa sedihnya kita bila kita rasa kekosongan, Allah lah tempat kita untuk mengadu.
Boleh kawan-kawan kita tolong kita? Ya, dengan semangat yang boleh menjadikan kita sedikit kuat. Kita mengharapkan kasih sayang manusia, tapi apa yang kita tak sedaq, manusia tak mampu luangkan semua masa yang depa ada untuk kita. Kita tak boleh mengadu pada manusia yang salah. Itu membazir masa. Mengadulah pada ALLAH.
p/s: Ya Allah, terima kasih atas hidayahMu
5 comments:
mengadu di facebook, berdoa di facebook, gumbira di facebook, bila kita nak bersendirian mengadu,menangis,berdoa dengan DIA kan? hmmm...
perkongsian yang baik. alhamdulilah semoga sama2 dpat manfaatnya :)
mengadu kpd fb bererti mengadu kepada manusia.."apabila kita bergantung kepada manusia,kita akan takut kehilangan pergantungan kita."..:)
mengadulah pada Allah. Allah selalu mendengar luahan hati kita.. Dia tau yang terbaik.. insyallah.. :)
mengadu difb bermakna kita menunjukkan kelemhan kita kepada orang lain....
Post a Comment